Monday, June 27, 2011

KENANGAN MASA PRA-U

Dok saja-saja tiba-tiba teringat masa aku Pra-u dulu. P ke sekolah yang langsung aku tak pernah terfikir nak masuk.

Masa ke sekolah tu memang aku tak kenal sapa-sapa. Hanya aku dan Ida ja dari sekolah Teknik. Yang lain boleh kata kebanyakan adalah murid asal sekolah tu.

Mula-mula depa kata kami ni menyombong. Biasala dah tak kenal so memang tak tegur sapa-sapa la. Ada plak 2,3 orang yang memang aku anti haha.. Tapi bila dah kenal lama tak sangka boleh jadi kawan baik pula.




Antara sebahagian kawan-kawan form 6.



Kat sekolah aku ni ada 2 kelas ja. Pra u 2A, dan Pra-u 2B. Kami dipecahkan kelas ikut subjek. Yang specialnya sekolah ni kami bleh pilih subjek mana yang kami nak amik dan aku pilih Geografi dan Sejarah di mana Pengajian Am dan Bahasa Melayu pula adalah subjek wajib.


Ada yang amik seni dan sastera. Seni?? Err aku tak minat sebab aku tak suka benda yang renyah ni. Huhuhu....

Ada sekali tu kami ada kem Pra-U dekat....Errr aku lupa plak nama tempat ni. Serius aku lupa. Macam-macam aktiviti kami buat. Antaranya aktiviti di bawah ni.




Best wooo....Tapi ada tragedi yang berlaku. Kasut aku hilang. Lepas mandi je naik-naik tengok kasut tak ada, balik berkaki ayam ke khemah. Rupa-rupanya ada kawan aku yang tersilap amik kasut. Tak pasal-pasal jer berkaki ayam.


Apa-apa pon banyak kenangan masa aku form 6. Banyak ilmu yang aku dapat dari cikgu-cikgu dan yang penting sekali aku berjaya jejakkan kaki ke USM. Alhamdulillah.


Sapa boleh cari mana aku?? Keh3...




3 comments:

  1. kenangan manis akan terkenang selamanya

    ReplyDelete
  2. ayunya cik GK didepan sana. bhahaha...

    # senyum lah, senyumlah,, ahaiii cek mek molek..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi