Wednesday, June 29, 2011

KISAH FACEBOOK





Ini kisah pasal facebook. Bila dah ada facebook ni mestila kita akan berjumpa balik kawan-kawan lama. Tak kira la dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Dan setiap dari kita pasti ada kisah masa zaman budak-budak dulu kan?


Dan bila berjumpa kawan-kawan lama ni ada saja kisah yang akan diperkatakan. Kalo cerita yang gembira tak apa tapi ada plak kawan-kawan yang saja nak mengungkit kisah yang memalukan. Yang ni paling aku tak suka.


Agak-agak la kalo nak buka kisah lama pon tengok la kisah tu akan memalukan orang lain atau tak. Ni kisah sekolah rendah nak ungkit balik. Sekarang kita dah dewasa kot, umur pon dah cecah 20-an tak perlu la nak memalukan orang lain dengan ungkit balik kisah yang berbelas-belas tahun berlaku. Kisah zaman tak matang.


Block Facebook??

Aku hampir-hampir nak block kawan aku tu dari FB. Tapi bila fikir pusing-pusing nanti akan jumpa muka dia juga jadi jalan terbaik adalah delete jer komen dia. Kalo dia terasa pon aku tak kisah at least biar dia tahu aku tak suka cara dia dan kalo nak bergurau ada hadnya.


Orang yang kenal aku akan tahu aku memang boleh dibawa bergurau tapi kalo macam ni keadaannya memang nampak sangat something wrong kan?


Pernah juga seorang blogger ni yang merupakan kawan dalam FB buat FB baru gara-gara keadaan yang lebih kurang sama dengan aku. Yang penting kena tahu hadnya. Kita bukan budak-budak lagi sampai nak ungkit kisah zaman tak matang dulu.


Katakan seseorang tu dah berjaya pegang jawatan yang besar dan dihormati tetapi tiba-tiba ada plak kawan lama di FB ungkit perbuatan dia yang berpuluh-puluh tahun dulu masa zaman muda-muda dan perkara itu memalukan tak ker benda tu menyebabkan orang akan hilang hormat kepadanya.


So kalau nak buat apa-apa sila fikir dulu kesan dan akibat harap maklum.



20 comments:

  1. yehhhhhhh!yang penting pemikiran kita ni jangan kolot sangat,benda dah lepas tayah la nak ungkit2 kan... block? bagi onie bukan cara terbaik lah ... btw, berkawan dan terus berkawan ^_^

    ReplyDelete
  2. errr cik gk marah saye T_T

    kekekekee

    ReplyDelete
  3. agaknyer cik gadis teremosional kot.. relax la.. nama pun kawan2 lama..

    tp kalau sampai memalukan dan menjatuhkan maruh harus juga nak marah..

    relax.. tindakan remove komen tu agak rasional saya rasa.. ok la tue!!

    ReplyDelete
  4. sebab tu FB Nadh banyak orang asing, tak pernah nak ping blog sndiri pa suma dalam page sndiri. ntah la nak cakap camna segan pn ada.. biar la Nadh dalam dunia baru . weeee~~

    ReplyDelete
  5. jarang saya ber Fb sekarang ni..asyik dgn blog saja...

    ReplyDelete
  6. betul tu..bergurau perlu ada hadnya..

    naseb baek anyss tak sound dia balik..just delete komen die tu je..kalau tak mahu terkincit2 die kena sound dgn anyss..ehehe..

    ReplyDelete
  7. <<< suka block orang ..hahahahahaha

    ReplyDelete
  8. Kawan naya kawan tu ramai,
    kawan naik kawan tu sikit. kan? :)

    ReplyDelete
  9. @ikhram

    emo?? GKSB bukan seorang yg mudah teremosi tanpa sebab yg munasabah

    =)

    ReplyDelete
  10. @frame

    mungkin sebab tu juga la GK buat 2 FB, 1 untuk blogger 1 untuk kawan2..

    ReplyDelete
  11. @cik sha

    sebenarnya dah tegur tak payah nak buka cerita lama la kat sini tapi dia macam buat dek jer..senang ceta delete je komen dia...

    ReplyDelete
  12. @epol

    yup..

    tapi alhamdulillah kebanyakan kawan2 semua baik2 cuma ada 2,3 orang yg slalu buat spoil

    ReplyDelete
  13. akak pun tak suka la kalau terjadi gitu..nampak macam dia saja nak memalukan kita je..kan??kalau kita budak kecik boleh la kot nak ungkit cerita2 yang memalukan..ni kita dah besar dan ada kawan2 lain selain dia..kalau akak memmang remove terus je..banyak lagi orang lain yang boleh di buat kawan..
    remove tak semestinya putus sahabat..kan??
    heheh

    ReplyDelete
  14. betul3x.. sokong sangat. masa sekolah dlu kita mana tau pkir baik buruk & akibat tul tak..

    ReplyDelete
  15. akak selalu block orang .. malas nak layan ...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi