Tuesday, June 7, 2011

PANAS | TEMAN TAPI MESRA (TTM) BUKAN LAGI TTM




TTM aka Teman Tapi Mesra kini bukan TTM lagi. Hubungan kami mungkin lebih dari TTM kot hehe..Alhamdulillah....


Lepas macam-macam yang berlaku dalam hidup aku akhirnya aku dipertemukan dengan seseorang yang mungkin dan insyaallah akan menjadi yang terakhir..Mudah-mudahan


Walaupun perkenalan hampir mencecah setahun dan hubungan TTM tu baru beberapa bulan jer dan hubungan yang lebih dari TTM ni baru sangat ja..setakat ni memang ada keserasian antara kami.


Dia pandai nak handle bila mai perangai berangin aku ni.. Kalo merajuk tu memang dia akan pujuk sampai aku ok keh3... Biasa la perempuan ni, kalo tak merajuk tu bukan perempuan la namanya hehe



Encik A.N.S (ada tiga nama macam aku juga)



Perangai kami pon agak berlawanan. Aku ni jenis banyak cakap sket, dia plak jenis pendiam... Tapi bila ada point, dia boleh jadi lebih banyak cakap dari aku. Aku plak jadi pendiam kui3...


Tapi 1 jer aku segan sampai sekarang, al-maklum la dia ni berkulit cerah+putih. Bukan putih sket2 tapi putih banyak gak la.. Aku ni kulit gelap sket.. Memang sangat takut orang mengata..


Kadang-kadang nak sedapkan hati fikir depa jeles la tu hahaha... Boleh macam tu??


Alhamdulillah juga dia boleh terima aku seadanya dan insyaallah aku juga kena terima dia seadanya..Mana ada orang sempurna.


Mungkin dia dah matang, umur pon dah 27... Kalo apa-apa hal memang dia akan tegur aku dengan cara baik. Memang dia agak tegas sket. Setakat ni dia tak pernah marah aku kalo ada yang tak kena dia akan tegur elok-elok.



si kurus (nak juga kurus macam ni)




Aku ni ramai sket kawan lelaki, nama pon berkawan hehehe... ada sekali tu dia ada tegur


"Kalo nak berkawan tu boleh, tapi berpada-pada la..Fikir sama yer"


Fuuhhh....Teguran yang baik tapi makan dalam juga tu.. Nasib baik la aku baik...Cuma nakal sket-sket ja ahaha... =P Lagipun kita sendiri kena pandai fikir, kadang-kadang orang lelaki ni depa suka tengok dan diam ja, buat macam tak kisah tapi dalam hati entah-entah mendidih juga per...


Dia sporting. Kalau aku nak buat apa memang dia tak pernah nak larang nak kesana ke sini dengan kawan-kawan cuma kena pandai jaga diri.


Dia tak jeles ker??


Lelaki mana tak jeles cuma dia cakap dia tak nak tuduh atau cemburu membuta tuli, dia lebih suka fikir positif sebab dia nak jaga perhubungan ni baik-baik dari dok buat macam tu.


So bila dah kata macam tu, kita pandai-pandai la fikir eyh?? Aku pon kadang-kadang tak suka tengok kawan-kawan yang dah berpunya huha terlebih sangat dengan kawan-kawan berlawanan jantina yang lain.. Apa-apa pon kena pandai jaga perhubungan tu.


Wahh dah macam DR LOVE plak aku ni....Tapi betul la, kita tak belajar menghargai kecuali bila kita kehilangan seseorang tu. So, aku akan belajar menghargai apa yang aku ada sekarang sebab aku dah tak nak merasa kehilangan sebab perasaan itu sangat menyakitkan.

Aku cuma mampu berdoa supaya hubungan ini kekal sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya sampai ke akhir hayat.






♥ ~Rupanya Tuhan berikan kita hujan untuk berikan kita Pelangi~ ♥ Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..



Nak tahu macam mana kami berkenalan?? Boleh terjah SINI

31 comments:

  1. macam penah dengar ja ayat bawah sekali tu? lalalalalalalala~~

    ReplyDelete
  2. MACAM KACAK JE CIK ABG ANYSS NI..EHEHE..SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN SEHINGGA KE JINJANG PELAMIN..AMIN..

    ReplyDelete
  3. semoga sampai ke jinjang pelamin kak :) amin . .

    ReplyDelete
  4. wah...berflower2 nampak!!!hehehehehe
    tahniah anyss..

    ReplyDelete
  5. pewwit! suwet lh. >,<

    moga kekal smpai jinjang plamin noo..:D

    ReplyDelete
  6. tahniah GK..akhirnya senyum sampai ketelinga..hihihi.. tak sabaq aihh nak makan nasi minyak GK ni.. ameen

    ReplyDelete
  7. ehem3... wah3.. kenduri jgn lupa nora auuuwwww

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah . moga berkekalan lah yer . jgn lupa jemput makan nasi minyak GK lepas ney ;)) tak sabaq

    ReplyDelete
  9. pergh.. semoga cepat2 kawen! jangan tunggu lama2.. :P

    ReplyDelete
  10. tahniah.. semoga berkekalan..

    ReplyDelete
  11. jeles tu sejenis tuntutan hak dalam perhubungan. kadang2 lelaki diam bukan nya tak kisah. dalam hati memang tengah mendidih. kena faham2 le.

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah gk dh jmpe kebahagiaan die.. kami tumpang hepy, hepy sgt.. kami doakan ampa dua kekal bkn jer hingga akhir hayat tp hingga ke taman2 syurga.. insyaAllah...

    ReplyDelete
  13. 1 perkembangan yang baik...alhmdlah...egt yer apa dia pesan....

    ReplyDelete
  14. tudia
    blur gambaq pakwe hang serupa dia penjenayah plak
    hahahaha
    moga berbahagia
    dah bau nasi minyak dah
    pasnih aku dengan pijai snap gambaq dia tutup muka plak noh
    hahahahaa

    Juvana Episod 7

    ReplyDelete
  15. @Muslimah

    nasi minyak?? nak kena cari duit dlu baru bleh mkn hehe

    ReplyDelete
  16. bagus juga..censored muka cik abg tu...biar menjd rahsia...semoga cepat dijodohkan...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi