Thursday, June 16, 2011

THE PURSUIT OF HAPINESS | MEMBERI INSPIRASI



Kalau ampa rasa yang hidup ampa tak bermakna, kalau ampa rasa hidup ampa susah, kalau ampa rasa yang ampa dah putus asa dengan hidup, aku syorkan ampa p tengok cerita The Pursuit of Hapiness.






Sebenarnya cerita ni dah lama (2006). Tapi semalam ditayangkan kembali di TV 2 jam 10 malam. Dan aku berpeluang tengok ceta ni. Memang sangat sedih dan penuh pengajaran.


The Pursuit of Hapiness mengisahkan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual menghadapi kehidupan yang susah dan desakan hidup kerana tiada wang. Sehingga isterinya meninggalkan dia kerana tak tahan dengan kehidupan yang susah. Mereka mempunyai seorang anak dan dia mengambil keputusan untuk menjaga anak mereka.


Dalam pada tu macam-macam perkara malang yang berlaku. Dihalau dari rumah sebab tak ada duit nak bayar sewa, dan yang paling sedih bila dia dan anak dia terpaksa tidur dalam tandas bila tiada tempat nak bermalam.





Tapi dia tak pernah putus asa untuk mengubah kehidupan dia. Banyak perkara yang menarik berlaku lagi kalau ampa nak tau, kena la tengok cerita ni. Cari CD ker, download ke atau apa2 jer la.


Cerita ni berdasarkan kisah benar. Dan watak yang dipegang oleh Will Smith, Mr. Gardner itu kini menjadi seorang Broker yang terkenal dan berjaya.


Bagi aku, cerita ni memberi banyak pengajaran pada kita, untuk berjaya bukan senang tapi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Dan ada satu dialog tu memang sangat terkesan di hati. Bila Gardner berpesan pada anak dia:



"Don’t ever let someone tell you that you can’t do something. Not even me."


=)



10 comments:

  1. aaa..citer ni semlm. tapi syg tak dpt tgk abis disebabkan terlena di depan tv.. =(

    ReplyDelete
  2. waaahhh. Nadh cari sekarang jugak.. lalalalaalala~~

    ReplyDelete
  3. bro pun tengok cite tu semalam, memang cerita tu membina...

    ReplyDelete
  4. kat sini ada.

    http://mediafire-strain.blogspot.com/2010/06/pursuit-of-happyness-2006.html

    ReplyDelete
  5. kalau citer sedih2 ni, takut sikit nak tengok.... teringat2

    ReplyDelete
  6. Cerita ni best, semalam tengok sampai habis.. part paling sedih bila dia kena tax tu, pastu minta hutang kat Wayne tapi tak dapat sebab tak ada duit dah.. Kapten amerika anak dia jatuh masa naik bas tu.. huhu..


    p/s : Ada satu lagi cerita yang best semalam kat astro, [I love you, Beth Cooper]. Trylah google. :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi