Friday, June 10, 2011

SAYA TAK NAK KAHWIN!



Dia : Saya nak kawen bila umur 25 tahun je.
Saya : Tak rasa lambat sangat ke? Kalau dah sampai seru kawen je lah.
Dia : Ahhh~ tak nak! Selagi belum 25 tahun, saya tak nak kawen.


Saya tak pernah menghadkan usia untuk bernikah. Yang saya tau, dari dulu saya berdoa semoga diusia 23 tahun, saya telah berkahwin. Tadi, sempat berbual dengan kawan. Dia menegaskan yang dia tidak akan berkahwin selagi usianya belum mencecah 25 tahun.


Saya : Kau tau tak, akak dulu harap sangat dapat kawen awal. Sebab akak harap, bila dah berumur 25 tahun, akak dah ada anak. Akak kawen umur akak 23 tahun. Tapi sekarang akak dah 25 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Kalau kau nak kawen umur 25 tahun, kau yakin lepas tu kau boleh terus dapat anak? Kalau dah usia 30 pun belum dapat anak macam mana?

Dia : Alaaaa janganlah cakap macam tu.



Secara peribadi, saya berpandangan orang yang mentaliti macam ni sebenarnya sombong bodoh. Maaf kalau ada yang tidak bersetuju. Pada saya, jodoh tu urusan Allah. Kita boleh bercakap yang kita tak nak, tapi andai tiba-tiba esok jodoh itu datang kita tak akan mampu untuk menolak. Dan jangan disangka Allah akan temukan kita jodoh ketika usia 25 tahun seperti yang diimpikan.

Orang yang macam ni mungkin dia rasa dia ada segalanya. Ketika usia dia 25 tahun, dia mampu memiliki segalanya. Waktu tu, petik jari je berderet yang datang meminang. Sebab tu dia berani bercakap macam tu. Dulu saya sedar saya banyak kekurangan. Dan saya memang tak akan lepas peluang kalau ada yang meminang. Saya menjalin hubungan cinta dengan niat untuk berkahwin.

So, bila dapat tau bakal suami sendiri main kayu 3, huh~ tak ada maaf bagimu. Alasannya? Bercinta dengan saya tak boleh keluar dating. So, nak kepuasan cari aweks lain di luar. Wow~ hebat. Tu yang tiba-tiba desperate minta bakal abang ipar kenalkan kawan dia dekat saya. Haha.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang hingga ke hari ini membuatkan saya rasa menyesal. Kadang-kadang saya sendiri pelik dengan diri sendiri. Saya nak kawen awal sebab nak anak awal. Kalau boleh bila dah tua, anak dah macam setaraf kawan-kawan je. Haha. Kuat berangan.

Tapi, lepas saya bertemu dengan jodoh yang saya tak pernah kenal, niat saya jadi lain. Saya selalu tegaskan dengan diri sendiri dan sesiapa yang bertanya yang saya nak anak selepas 2 tahun berkahwin. Konon nak ambil masa kenal hati budi masing-masing. 2 tahun honeymoon lah kiranya. Tapi, rupanya lepas kawen tak ambil masa yang lama untuk kenal each other.

Saya cerita dengan suami. Suami marah juga sebab saya cakap macam tu sebelum kawen. Kata-kata itu doa. Kot-kot time saya cakap tu lah Allah perkenankan. Hah! kan dah kena.

Apa pun, pada saya setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Ilham itu datangnya dari Allah. Jadi, pada saya kata-kata saya dulu juga ilham dari Allah. Banyak hikmahnya yang saya rasakan dalam tempoh 2 tahun tanpa cahayamata. Siapa cakap saya tak risau? Saya risau tapi saya percaya dengan apa yang Allah tetapkan.

Pengalaman saya hampir sama dengan kisah di tajuk entry ni. Sebab tu saya minta dia berhati-hati ketika bercakap. Kata-kata macam kawan saya dan saya sendiri nampak macam bongkak. Sepatutnya berserah dan berdoa semoga dikurniakan jalan hidup yang terbaik untuk kita.

Kalau pandangan saya ni salah, saya harapkan teguran dari anda.

Thanks for reading =)


...........................................................................................................


Ini bukanlah entry yang aku tulis, tapi aku copy dari entry Nini Hartini.

Memang aku suka sangat baca entry NH ni.

Kadang-kadang kita dah merancang macam-macam dalam hidup kita, tapi adakalanya apa yang kita inginkan itu tak selari dengan apa yang kita rancangkan kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dan sejujurnya, aku bukan la seorang yang suka merancang apa yang aku nak buat. Apa yang aku terfikir, aku akan buat. Itu saja.

Tapi adakalanya perancangan itu perlu.

Berdasarkan situasi berikut, apa pon kita nak cakapkan, kita fikir dulu takut perkara itu akan makan diri balik. Peringatan untuk diri aku juga.



15 comments:

  1. ingatkan entry Cik GKSB tadi..tapi suka jugak pendapat dia...Allah is the best planners :)

    ReplyDelete
  2. alangkah ruginya sapa yg xmau kawen.. haha..

    ReplyDelete
  3. suspen...bila plak GK dah kawin ni..jodoh ajal maut di tangan Tuhan..

    ReplyDelete
  4. betul la pendapat dia tu..
    akak setuju sangat..
    kita rancang je..
    tapi tuhan yang tentukan..

    ReplyDelete
  5. @diana

    bila apa yg kita rancang tak menjadi, sebaliknya berusaha lagi untuk mencapainya

    =)

    ReplyDelete
  6. kahwin awal bagus juga...tapi elok lengkapkan semuanya dahulu dari segala segi...

    ReplyDelete
  7. ai nak kawen lekas la camni. lalalalala~~ :P

    ReplyDelete
  8. Kita ni hak ALLAH. DIA memiliki kita dan DIA menentukan hak ke atas kita. Jika DIA kata ada jodoh, maka adalah jodoh untuk kita pada sekian masa dan tempat. Begitu juga dengan rezeki anak...DIA yang tentukan.

    Namun, aku sangat bersetuju, kata-kata kita kekadang seolah2 menjadi doa. Dan memang ada masanya, doa kita itu akan dimakbulkan. Cuma kita yang tak tau masa bila. Jadi berhati2lah dengan cara bercakap dan cara kita berfikir...

    ReplyDelete
  9. kita hanya boley merancang ja.....tak semestinya kita brcinta ngan org tu kita akn kawen ngan org tu.....mmmmm

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi