Sunday, June 26, 2011

SEGMEN KBU: JOM KEMBALI KE SEKOLAH




Sebelum tu nak tempek gambar masa kecik-kecik dulu =P





Kali ni GKSB nak join segmen yang Pak cu Sofi anjurkan. Kalau nak baca boleh KLIK SINI. Segmen ini adalah berkaitan dengan kembali ke sekolah. Ala zaman masa sekolah-sekolah dulu. Mesti banyak kenangan kan? Jom kita kongsikan.


Mana paling best, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah?

Sebenarnya GKSB tak berpeluang ke tadika. Err sebenarnya pernah merasa ke tadika tapi GKSB lari dari tadika, kalo nak cerita macam membuka pekung di dada. Tapi tak pa la benda pon dah lama. Sebenarnya GKSB start tadika umur 5 tahun. Masa tadika tu macam biasala cikgu bagi 1 uncang dalam tu ada pensel, pemadam, kaler krayon. Seronok tak kira la.

Nak dijadikan 1 cerita, ada satu hari tu GKSB tak mau p tadika, tapi Mak chaq GKSB (GKSB tinggal dengan tok, tok wan dan mak sedara dari kecik) suruh p juga. Dok guling-guling atas lantai pon Mak Chaq GKSB paksa p juga. P la tadika dengan hati tak rela.

Pastu dah sampai tadika teriak (nangis) nak ikut Mak chaq balik. Cikgu plak masa tu pegang tangan GKSB kuat-kuat sampai sakit tangan. Apa lagi disebabkan nak cikgu tu lepaskan tangan GKSB, GKSB gigit tangan cikgu tu hahaha...

Tapi bukan berhenti setakat tu ja. Bila dah lepas tangan tu GKSB dok teriak lagi. Tapi depa dah kunci pintu pagar dah. GKSB pon bohong la cikgu tu nak duduk kat luar ja. So depa pon bagi duduk kat luar. Masa tu semua budak-budak sibuk nyanyi ABC, tengok line clear terus GKSB panjat pagar tapi yang syoknya kain plak tersangkut hahaha...

Masa tu keadaan dah kecoh dah cikgu lari keluar nak pegang GKSB, tapi GKSB berjaya lepaskan diri dan lari balik ikut sungai belakang rumah. Start dari tu GKSB tak pernah p tadika. Belajar pon kat rumah ja. Tapi bila masuk darjah 1, GKSB dapat no 5. Top 5 tu sedangkan GKSB sorang ja yg tak pernah p tadika dalam kelas hehehe.

Kalo ditanya yang mana paling best, maybe sekolah rendah kot. Sebab GKSB ni aktif sukan. Pernah jadi kapten bola baling, bola tampar dan pernah dinobatkan pemain terbaik bola baling. Sebab tu la UPSR dapat 2A 3B ja kot haha....Banyak main sangat.








Pengalaman pahit??

Bila kawan baik sendiri tikam dari belakang masa tu form 3. Dia dok bohong GKSB macam-macam sekali tengok-tengok rampas BF GKSB hahaha... Tapi bukan persoalan rampas atau tak cuma masalah kawan yang kita percaya khianati kita. Itu yang jadi masalahnya. Sampai sekarang GKSB susah nak maafkan dia.

GKSB juga pernah bergaduh dengan budak lelaki masa sekolah rendah. Lawan tumbuk tendang semua ada sampaikan cikgu terpaksa masuk campur. Dasyat tak?? Kenangan pahit tu sebab GKSB kena penendang betul-betul perut. Tapi dia kena tumbuk betul-betul kepala, banyak das plak tu haha...


Pengalaman manis

Kenangan manis adalah terpilih jadi wakil negeri Perlis di sekolah menengah dalam Kawad Kaki KRS. Sampai ke Johor kami p. Lepas tu ke Perkhemahan Perdana KRS dekat negeri Sembilan. Kira merata la GKSB p masa di sekolah Teknik Kangar dulu. Sampai muka pon hitam legam. Tapi tak kisah, pengalaman punya pasal hehe...



Gambar masa baru balik dari Negeri Sembilan





Subjek yang digemari

Bahasa Melayu dan Sejarah. Memang minat gila subjek ni. Kalo sejarah tu memang boleh kata buku GKSB jadi lunyai sebab selalu sangat baca. Buku colourful. Hahaha... Tapi masuk form 6, jadi tak minat. Mungkin sebab faktor cikgu yang mengajar juga kot. Hasilnya GKSB hanya skor Sejarah 2. Sebab cikgu dia best. Sejarah 1 hancuq haha....


Rasanya cukup dulu setakat ni hehehe...


KLIK SINI untuk join Kami Blogger Utagha

KLIK SINI untuk join segmen ini



8 comments:

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi