Friday, June 10, 2011

TANGGUNGJAWAB LELAKI SEBAGAI SEORANG SUAMI



Tanggungjawab lelaki sangat besar. Tanggungjawab pada ibu bapa, keluarga, dan bila ada isteri tehadap isteri dan anak-anak pula. Nafkah itu wajib diberi kepada isteri dan anak-anak.


Tapi zaman sekarang ni di mana suami isteri bekerja ada yang telah lupa pada tanggungjawab kerana memikirkan yang isterinya berkemampuan. Dan ada pula hanya menumpang kesenangan isteri.


Tapi ada yang kata selagi isteri redha ia tidak menjadi soal.Tapi sebaiknya sama-sama membantu untuk kesenangan keluarga dan jangan hanya mengharapkan isteri tapi duit gajinya dihabiskan pula untuk berpoya-poya dengan perempuan lain.





Mungkin aku belum layak untuk bercakap semua ini memandangkan aku masih belum berkahwin tapi apa yang ingin aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku pada orang sekeliling dan juga pengalaman orang.


Tapi paling aku kesalkan pada sebuah keluarga ini. Suami masih berkemampuan, tapi pemalas nak kerja. Kalo kerja pon keja nak gaduh dengan orang. Sekarang ni dok gila nak jadi artis plak. Anak-anak terbiar macam tu ja.


Anak-anak p sekolah kadang-kadang tak bawa duit sedangkan mereka tinggal di Kuala Lumpur. Pernah mak aku tolong cari keja dekat dia tapi dia boleh jawab "TAK STANDARD". Amboi. Hang tu hebat sangat ka sampai nak memilih kerja. Ni sijil pon tak ada. Ntah2..Mengaji setakat SRP.


Tapi bukan kelulusan yang menjadi soalnya, kalo belajar sampai tahap mana pon, tapi ada kerajinan dan kemahuan nak kerja tak jadi masalah. Ini tak, memilih kerja. Akhirnya duduk nganga saja tak keja apa-apa. Anak 4 orang nak jaga.


Tua saja tak ada akai. Tak kesian anak bini kot. Memang hangin aku. Aku hairan orang macam ni, tak reti nak fikir ker??


Alhamdulillah aku syukur sangat-sangat yang keluarga aku tak macam ni. Walaupun tak senang mana, mak bapak aku boleh menyara kami sampai ke IPT. Adik-adik aku semua boleh kata berjaya dan pandai dalam pelajaran. Bukan aku nak meninggi diri, tapi aku sangat-sangat bersyukur. Walaupun tak sesenang mana, tapi ada juga usaha mak bapak aku nak menyara kami.


Pada lelaki di luar sana, tolong la jadi seorang yang bertanggungjawab bila dah ada keluarga. Jangan mementingkan diri sendiri sahaja tapi fikirkan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah harta yang paling bermakna sekali dalam hidup.



Tepuk dada tanya iman

Senyum Mau Maneh

=D








13 comments:

  1. dan tanggungjawab wanita pula berhati-hati mencari suami. hehe..kalau dari awal2 bercinta dah nmpk dia bukan jenis bertanggungjawab baik cari lain. jgn merana dikemudian hati cewah...

    Heart In A Cage

    .

    ReplyDelete
  2. tu orang jenih pemalas tu..
    nak kerja yang mudah saja..
    malam2 dok kat karaoke..
    tu yang berangan dok nak jadi artis..

    ReplyDelete
  3. syurga dibawa tapak kaki suami...heheheh betoi ke idok..@@

    ReplyDelete
  4. ye2~ steng2 laki mmg gini..nth xphm npe jd gni..=))

    ReplyDelete
  5. lelaki tu nak jadi artis?
    erkkk
    macam2'
    yups
    kahwin tu tanggungjawab besar
    amanah tu
    haih
    kesian anak bini dia


    Review Filem KL Gangster

    ReplyDelete
  6. @Nini

    itu yg sebaiknya..kalo rasa dia tu tak ok, jgn teruskan...tp apa yg berlaku pada pasangan tersebut adalah mereka bercinta selepas kawen

    ReplyDelete
  7. @diana

    memang sangat pemalas...adakala sanggup makan megi ja dgn anak2..

    ReplyDelete
  8. @angah

    betul la tu angah.. tapi tgk keadaan suami tu juga..kalo dia bleh bimbing ke syurga alhamdulillah..kalo kes macam entry ni dah sesat teruk dh...

    ReplyDelete
  9. dear...akak bercinta selepas kawen tau. hehehe...

    We Are Not Perfect Couple
    .

    ReplyDelete
  10. kalau ko ke blog aku lagi satu...aku byk share pasal rumah tangga dan relationship =]

    ReplyDelete
  11. sha pernah jumpa gak orang jenis macam ni..pemalas mampos nak kerja..dah la memilih pulak tu..hmm..skang dah kawen..ade nak sorang dah..baru dapat..tapi tak kerja lagi..bila kawan2 tanya kerja mana skang..die boleh jawab..aku tak kerja..kerja aku dok rumah jaga anak dgn bini je..erk??tak paham betoi..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi