Tuesday, July 5, 2011

CIKGU KESAYANGAN DAN NASI YANG MAHAL



Pagi tadi aku ke sekolah lama aku SMK Al-Bukhary Alor Star sebab dah janji dengan abang senior nak p melawat sekolah sambil jumpa cikgu-cikgu lama.

Tak sangka aku walaupun aku sekolah tu sampai PMR ja then bila form 4 pindah ke Teknik masih ada cikgu yang ingatkan aku.

Paling aku rindu nak jumpa adalah guru Sejarah aku cikgu Ong. Sebab dia la aku minat sangat-sangat belajar Sejarah. Skor A lagi tu.

Kenangan paling manis sekali sebab aku pernah dapat markah penuh bila buat folio sejarah pasal diri dan keluarga. Kalo dapat markah penuh tu ampa tau saja la mesti cantik punya dan kreatif.

Masa aku jumpa tadi pon dia ada tegur pasal folio aku yang jadi contoh untuk anak-anak murid dia sekarang. Bangga aku sampai kembang-kembang hidung hahaha...

Balik ja dari sekolah kami singgah dekat kedai makan di Stadium Darul Aman.

Nak tahu lauk apa aku amik??

Ni lauk dia.
Abaikan lukisan huduh ni



Ampa nak tau harga dia berapa??

RM 6. Bapak mahal.

Sampai 2 kali aku ulang tanya harga takut aku silap dengar.

Kalo dengan RM 6 di Kedah ni boleh dapat 3 lauk.

Disebabkan ramai orang tadi segan aku nak sound. Masa aku tanya harga tu pon orang dah pandang-pandang aku dah.

Haihh kalo la aku ni berani sket dah kena sound dah Mak Cik tu.

Pernah sekali aku komplen kata ayaq mahal masa kat salah 1 hostel USM jika nak dibandingkan dengan hostel lain tu pon Mak Cik ayaq tu dah bising sampai orang lain pandang aku balik.

Sebab tu aku malas nak bising tadi. Bayar dan blah....

Lepas ni kalo jadi sekali lagi kat mana-mana aku rasa aku kena beranikan diri untuk bersuara.

Berani kerana benar



8 comments:

  1. gilaa mahal kot! kalau kat ofis tia mcm tu je dalam 4.50 je!

    ReplyDelete
  2. gerai num bape tu gk...

    wah wah nak tgok folio tu...kenapa x amik gambar

    ReplyDelete
  3. @adish shida

    tak ingat plak no berapa...

    tp sebelah kedai nasi ayam n makanan sup...

    cikgu kata folio tu ada ckgu lain pinjam..

    ReplyDelete
  4. Nasi ayam rm6?mahal giler.. =.=

    ReplyDelete
  5. Abaikan lukisan huduh ni..

    lukisan cantik apa?? unik..! keh keh keh..


    memang sakit bila kita beli tak mcm banyak lauk padahal bila bayar macam kimak ..

    mahal nk mampos.. rasa2 boleh tk kita jual balik dekat owner tuh?? keh keh keh

    ReplyDelete
  6. hari ni hari pertemuan murid dan guru sedunia ke?
    haahaha
    RM6?
    aku sarankan hang report dkt persatuan pengguna or tv3
    bapak mahal

    Ukur Baju Di Badan Sendiri

    ReplyDelete
  7. aa..penah beli makanan kat situ dulu
    bungkus lauk je tapi kena sampai 40 ringgit lebih
    selalunya dgn 4 jenis lauk tu kena dlm 20 ringgit lebih paling mahal..

    lepas tu tak pegi dah situ..
    huhu...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi