Tuesday, July 12, 2011

Gangguan Makhluk Halus


Bila sebut pasal gangguan makhluk halus, macam-macam cerita akan keluar. Mungkin ada yang percaya dan mungkin ada yang tidak. Pada yang tak percaya mungkin tak pernah mengalami semua tu.

Semalam aku balik kampung lepak dengan kawan lama aku sebab dengar cerita adik dia sakit. Banyak dia cerita, tapi antara yang paling buat aku terkejut bila dia cakap tangan adik dia akan keluar jarum peniti. Bila masuk waktu Maghrib adik dia akan jerit panas lepas tu mula keluar jarum dekat tangan.

Dia nak tunjuk jarum yang hampir penuh bekas dadih tu tapi aku tak mau tengok. Sebab jenis aku ni suka teringat. Dia ada cerita gangguan yang mereka sekeluarga alami termasuk la bila malam-malam ada orang ketuk pintu rumah, kat atas bumbung bunyi orang berjalan.

Bila pergi berubat macam-macam versi boleh dengar sampai tak tahu nak percaya yang mana satu.

Asalnya, adik dia eksiden, pergi langgar pokok asam yang memang dari kecik aku dengar pokok tu berhantu. Memang besar pokok tu. Kononnya ada makluk yang marah dekat adik kawan aku ni sebab dah langgar anak dia.

Hari tu dah baik, sekarang ni jadi balik, jadi cam harimau pulak tangan adik dia tu dok cakar-cakar tangan sendiri. Kesian aku tengok. Habis tangan ada kesan cakar.

Yang aku hairan kawan aku ni memang terkenal dengan penakut dulu dan tak percaya pasal semua ni. Nak tidur pon buka lampu. Tapi disebabkan situasi cam ni dia bertukar jadi berani.

Sekarang ni pon insyaallah aku try call Lecturer aku nak tanya pendapat dia pasal ni. Mana tau dia boleh tolong. Apa-apa pon kita tolong doakan semua kembali pulih. Adik dia pon muda lagi baru Form 4 ke form 5 kalo tak silap aku. Sekarang ni pon tak dapat nak pergi sekolah.

Mungkin yang tak pernah mengalaminya tak kan percaya, tapi bila dah alaminya mungkin akan percaya.

16 comments:

  1. keluarga pak sedara nazz pun ade terkene benda2 sihir ni..sekarang ni tgh berubat dgn ustaz..jln yg terbaik perubatan secara islam..jgn ngan bomoh dok jampi2 bagai tu..

    ReplyDelete
  2. eh,kalau u nk i boleh bgtau sorg ustaz ni
    dia ddk area2 nk msuk penang tu
    abg i dlu pn brubat dkt dia jgk

    ReplyDelete
  3. haiyo...bole cube perubatan islam~ ustaz syarhan yang selalu kuo tb tul.die ade byk cawangan..insyaAllah..dah ramai yg pulih =)

    ReplyDelete
  4. sedihnya.setuju,guna cara islam je sebab maklhuk tu pun makhluk Allah jugak

    ReplyDelete
  5. betol3 cuba cara perubatan islam ..

    cik gk penakot . wekkk ;p

    ReplyDelete
  6. kira doakan mereka semua selamat... nie ujian Allah tuk diorang.. berubat kt perubatan islam ye.. klu diorang letakkan harga jangan percaya.. klu diorang kte bg ikhlas yg tue mungkin blh dipercayai..

    ReplyDelete
  7. kalo kat kedah cer cuba kat ustaz syarhan.. cian budak tu. sekolah lagi..

    skrg ni mcm2.. kena hati2..

    ReplyDelete
  8. akak pun baru sangat org dok cerita benda2 halus ni.. emm kena berubat tu ..

    ReplyDelete
  9. kn percaya benda2 ni... sebab benda2 ni mmg wujud kan?

    ReplyDelete
  10. cik gksb rasenye tu santau,,huhu klu jarum, msti kaca yg kluaq..bleh jd santau angin.. cube bawa dkt darul syifa...

    ReplyDelete
  11. cik gksb rasenye tu santau,,huhu klu jarum, msti kaca yg kluaq..bleh jd santau angin.. cube bawa dkt darul syifa...

    ReplyDelete
  12. aku ada jgk mcm tu.kacau bumbung rumah.

    klu nk pelindung amalkan fatihah 7kali dan kursi 7kali

    klu terasa kena buatan org baca ayat kursi 40 kali pastu sedekah kat org yg wat kita, niat kita mudah2an spy org yg buat org dpt hidayah, petunjuk Allah

    ReplyDelete
  13. okay fine! baca tak sampai habis,seram! huhu...dah la duk bergelap keseorangan,huwarrrrrrrr....

    ReplyDelete
  14. macam cerita kawan kami gak GK...adik dia pun accdnt langgar pokok tp xtau pokok ap....
    adik dia pun kdg2 suka cakar2...adik kwn km F5....tp aritu dia kta dh ok tp xtau la skunk......
    e2 la kita sbg umat islam nie ap pun kne doa,usaha,ikhtiar dan tawakal kpd Allah...
    "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". (Al-Fatihah ayt-5)

    ReplyDelete
  15. hurmmm bawak jumpa org perubatan islam la... bahaya biar tue.. muda lagii.. hurmm.. :)

    ReplyDelete
  16. wahhh cm best je..
    ok mai baca kisah ni pulak...
    http://angahshark.blogspot.com/2011/07/pengalaman-di-malam-hari.html

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi