Friday, July 1, 2011

KISAH AKU DAN ARWAH TOK #1 (BEKAS PESAKIT KANSER)



Berhubung dengan ENTRY NI mungkin pada yang tidak pernah mengalami atau ada ahli keluarga yang mengidap kanser, mungkin tidak tahu bagaimana keadaannya. Banyak perkara yang perlu diambil kira termasuk lah dari segi emosi pesakit dan juga keluarga.

Dan insyaallah aku akan berkongsi pengalaman semasa arwah tok aku masih ada. Beliau merupakan pesakit kanser payudara. Dari mula hingga ke akhir hayatnya. Untuk pengetahuan semua aku duduk dengan arwah tok dan wan dari kecik hingga form 1 baru aku duduk dengan family.

Tapi boleh kata aku memang kerap balik kampung kat Yan. Time cuti sekolah memang aku akan sentiasa balik kampung. Jadi kebanyakan masa aku membesar memang bersama arwah tok dan wan.


Family aku bersama arwah tok (2009)



Arwah tok Sirun @ Saharah Bt Othman merupakan pesara guru. Aku masih ingat lagi masa tu aku masih bersekolah menengah. Aku ada dengar tok cakap ada ketulan di payudara dia. Banyak kali aku suruh tok p check kat hospital. Sampai ada 1 hari tu tok marah aku balik. Masa tu aku ingat lagi kata-kata tok


"Biaq p kat dia la bukan dia kacau pon, tak sakit buat apa nak p check".


Bagi aku, biasalah orang tua, mungkin mereka kurang pendedahan. Jadi aku tak salahkan tok bila dia cakap macam tu. Lepas dari tu, aku dah tak sebut lagi perkara ni depan tok. Sehinggalah bila 1 hari tu..........


Bersambung..............

3 comments:

  1. macam drama samarenda pulak..
    dok syok2 layan tetiba bersambung esok..hehhe

    ReplyDelete
  2. laaaaa... kasilah panjang2 sikit n3.. hahaha.. pendek sangat..

    ReplyDelete
  3. mereka selalu ingt sakit sikit..

    bersambung..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi