Monday, July 4, 2011

KISAH AKU DAN ARWAH TOK #2 (BEKAS PESAKIT KANSER) : Pemergian yang tidak disangka


Sambungan dari EPISOD 1


"Biaq p kat dia la bukan dia kacau pon, tak sakit buat apa nak p check".


Bagi aku, biasalah orang tua, mungkin mereka kurang pendedahan. Jadi aku tak salahkan tok (nenek) bila dia cakap macam tu. Lepas dari tu, aku dah tak sebut lagi perkara ni depan tok. Sehinggalah bila 1 hari tu payudara tok aku bengkak sehingga dia mengalami kesakitan.

Kami sekeluarga membawa tok check di hospital. Ujian darah dan X-ray mengesahkan yang tok aku mengalami kanser. Maka bermula rutin bagi pesakit kanser iaitu kimoterapi.

Semasa dia ditahan di hospital, aku yang menemankan tok. Selalunya selepas kimoterapi pesakit kanser mungkin belum terasa kesannya tapi selepas sehari atau 2 hari, tok akan mula mengalami muntah-muntah. Cepat letih. Dan lebih menyedihkan rambut tok gugur sedikit demi sedikit.

Kadang-kadang bila aku sikatkan rambut tok selepas mandi, banyak rambut yang gugur dan lekat pada sikat. Aku hanya mampu menahan air mata daripada gugur. Aku tak mau tunjuk yang aku ni lemah, sedangkan tok seorang yang kuat semangat. Sikit pon aku tak pernah dengar dia mengeluh.

Pada masa tu, kuku tok bertukar menjadi hitam kesan kimo, tangan tok lebam-lebam hasil ambil darah di hospital. Tapi dia masih cuba buat kerja-kerja rumah walaupun ditegah. Mungkin kudrat orang tuanya tidak seberapa, tapi dia lebih suka buat sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Penah sekali tok pengsan di depan aku. Nasib baik aku sempat pegang tok sambil menjerit panggil bapa saudara aku pada masa tu.

Lepas dari tu memang kami melarang keras dia buat apa-apa kerja pon. Dalam pada masa yang sama, tok wan aku jatuh sakit. Tapi aku tahu, tok sangat kuat semangat, dengan berperang dengan penyakit kanser, dengan menjaga suami yang sakit dan alhamdulillah aku tengok semua anak-anak mereka iaitu adik-beradik ayah aku semua tidak lepas tangan dalam menjaga ibu bapa mereka.

Masa tok wan aku sakit, aku turut menemankan tok di hospital untuk menjaga wan. Kami tidur di hospital. Adakalanya bila aku terjaga, aku tengok tok tak tidur pon. Bila aku tidur hanya menyembamkan muka di katil, mereka pula yang risau lebih. Tapi aku tak kisah sebab aku tahu dari kecik lagi mereka yang membesarkan aku, masa ini la aku nak membalas jasa mereka.

Boleh kata setiap minggu aku balik ke Kedah dari Penang untuk tengok keadaan wan dan tok. Dan siapa tahu, tok wan yang selama ini sihat, pergi dulu dari tok yang mengidap kanser. Wan meninggal dunia. Walaupun hati aku sedih, tapi sedikit pon air mata aku tidak mengalir. Mungkin sebab aku puas, puas sebab dapat menjaga dia semasa hayatnya masih ada.


Aku dan sepupu bersama arwah wan



Sehingga lah ada satu hari tu aku rindu sangat-sangat dengan tok wan, aku menangis sungguh-sungguh sampai teresak-esak. Tidak pernah aku menangis seteruk itu. Mungkin kerana terlalu memendam perasaan akhirnya aku kalah dengan air mata. Aku rindu arwah wan. Aku ingat lagi kecik-kecik dulu, aku selalu minta duit, mesti aksi seperti dalam cerita P. Ramlee aku tiru. "Nak 20 sen."

Ataupun aku selalu ikut wan p pasar. Bagitau je kita teringin nak makan apa, mesti dia akan beli. Ada sekali aku teringin makan sambal petai, wan aku beli petai, tapi bila makan nasi aku bagi petai kat dia. Wan aku tegur tadi suruh beli petai awat tak makan. Aku bagitau aku tak makan petai tapi suka rasa petai bila dimasak sambal.

Selepas kematian arwah wan, Walid aku mengambil alih untuk menghantar dan mengambil tok untuk pemeriksaan kanser. Sehingga pada suatu hari tu mata tok pula mengalami masalah selepas pemeriksaan di hospital.

Apapula kata doktor??

Bersambung.......

6 comments:

  1. wah
    xdapat bayang weih ahli keluarga kena cancer
    menakutkan

    Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

    ReplyDelete
  2. Takziah wat GKSB skeluarga...T_T

    btw, nk mintak tlg vote utk Hannah leh? Thanks!!

    http://greennnpanda.blogspot.com/2011/07/vote-for-hannah-lucky-draw.html

    ReplyDelete
  3. Takziah..semoga seluruh keluarga tabah dengan cubaa ini..

    ReplyDelete
  4. takziah untuk awak.CGSB.
    pernah merase jugak sedih. bf saye dulu pengidap kanser.ok sgt sedih.terpaksa bpisah kerana takdir Allah. Harap awak bersabar.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi