Friday, July 1, 2011

KISAH SEDIH PASANGAN NORMA DAN TALIB




Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...


Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..





Tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..




anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya




Siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan




Talib dan Isteri


Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..


Tangan Norma yang lebam



Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



Cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


PERHATIAN: Entry ini dicopy sepenuhnya di BLOG INI

-------------------------------------------------------


Arwah tok aku juga merupakan bekas pesakit kanser. Selama tiga tahun dia melawan penyakit kanser barah ini.

Dan aku tahu macam mana keadaannya selepas kena kimo. Alhamdulillah Tuhan berikan kekuatan kepadanya untuk melawan penyakit ini. Dan aku harap sangat Kak Norma dan keluarga akan tabah menghadapi dugaan ini.

Pada yang berkemampuan mari kita sama-sama tolong pasangan ini.



18 comments:

  1. terkedu akak baca entry ni..
    tak sedar pun airmata mengalir..
    insyaallah...
    sama2 kita bantu..
    berapa ringgit pun tak pe..sikit2 lama2 jadi bukit..yang penting kita usaha..

    ReplyDelete
  2. kesiannya...marilah kita sama2 pakat bantu mereka

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... Moga keluarga norma bertambah kekuatan utk menghadapi dugaan ini. sama² lah kita membantu meringankan dugaan yang di lalui mereka. InsyaAllah ^__^.

    thanks ya GK...

    ReplyDelete
  4. as salam...anak kpd kawan emak saya juga pernah menghadapi situasi seperti ini semasa mengandungkan anak kedua..dan anaknya langsung tidak dpt belaian seorg ibu krn ibunya menghidap kanser payudara..kpd moon dan suami, semoga beliau sekeluarga tabah dan sabar dlm menghadapi dugaan ini..insyaAllah akan cuba bantu mana yg termampu..

    ReplyDelete
  5. Thanks Kowang

    MOga Allah membalas jasa baik kalian semua

    - Moon -

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..sedeh mmg sedeh..
    hanya org yg pernah melalui kanser n kimo yg taw seksanya..
    sy pun penah kene kanser,kimo n botak..
    alhamdulillah..stkt ni sy survive krn rahmat Allah swt..
    ble org tny apa ubatnya..jwpn sy
    1.YAKIN sepenuhnya pd Allah
    2.Kekuatan org sekeliling yg buat sy lebih kuat

    ReplyDelete
  7. sy pinjam entry ye..nak post jgk cte ni..

    ReplyDelete
  8. sedih cerita ni. kesian anak dan suaminya.

    ReplyDelete
  9. kesian la.. yg tu aja boleh cakap .. nanti akak PM cik GK..

    ReplyDelete
  10. tak salah pun..
    kalau ada kemudahan apa salahnya..

    bgus ek blogger GKSB niee..

    ReplyDelete
  11. alamak sedihnya bila tahu. huhu..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah.. sgt menyayat hati...
    smoga suaminya akan trus tabah di sisi isteri dan anaknya tu..

    sy akan letak banner utk di'link'kan ke blog moon.. mudah-mudahan org akan menghulurkan bantuan..

    ReplyDelete
  13. Kisah sedih cam na pon aku xkan rasa sedih.. Bunuh diri ke, rogol ke.. Rsa simpati je.. Tp bila kes melibatkan anak kecil, aku yg gagah ni pun mata leh berair... Kesian kat budak rafiq tu... Aku ada sorang anak angkat yg aku jaga sejak baru lahir.. Aku faham sgt penderitaan norma ni wlpon aku lelaki.. Siksa jiwa bila xdpt plok anak apatah lg bila nyawa jd taruhan... Ya Allah.. Kau maha berkuasa dan tiada apa lagi yg mampu menandingi kuasaMu ya Allah.. Aku hambamu memohon sihatkanlah Noorma dan jgnlah Kau Ya Allah memisahkannya dari suami dan anak kecil yg engkau kurniakan Ya Allah... Allah maha besar, nabi Muhammad nabi tercinta.. Lailahhaillaulah muhammadurrasulullah.. Amin ya rabbal alamin....

    ReplyDelete
  14. Meditasi bisa mnyembuhkan cancer..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi