Friday, July 15, 2011

Produk Penjagaan Muka versi GKSB



Kalau sebelum ni aku ada tulis pasal Shampoo yang mengurangkan keguguran rambut aku, kali ni aku nak kongsikan produk-produk untuk jaga kulit muka yang aku pakai.

Walaupun semua produk ni murah jer, tak mahal macam sesetengah orang tapi tak salah kalau aku nak kongsikan.

Tapi jangan la mengharapkan yang aku ni guna produk mahal yer.

Ok kita mulakan dengan pencuci muka. Aku gunakan Nivea Visage Sparkling white whitening foam.







Almaklumlah kadang-kadang kulit kita ni terdedah dengan cahaya matahari. Mula la muka kita sun burn. Lebih-lebih lagi orang yang aktif sukan macam aku ni cepat sangat sun burn. So cara terbaik nak bagi kulit muka sekata balik aku pilih pencuci muka ni.


Ok untuk toner pula aku guna Safi Balqis Perfect 10.




Toner ni bagus untuk menyegarkan muka dan menutup liang-liang roma. Selain itu kita boleh cuci dan menghilangkan sisa kotoran dekat muka. Kalo guna kapas tu kita boleh tengok kesan kotoran kat muka kita tu. Kalo kotor sangat boleh nampak kesan kekuningan dekat kapas tu eeeuwww.....



Untuk krim pula aku guna fair n lovely multivitamin




Nampak macam tak ada kelasss jer kan?? Tapi percaya la memang berkesan sangat. Aku guna fair n lovely start aku darjah 6. Sekarang ni umur aku dah 20-an so bleh bayangkan betapa lamanya aku guna. Ni la tandanya aku seorang yang setia keh3..

Bukan aku tak pernah cuba krim lain, tapi semua tak sesuai.. Muka aku yang tak pernah berjerawat tetiba naik jerawat. Sebab tu aku pakai jer krim ni sampai sekarang. Lagipun memang dah terbukti berkesan.

Macam aku cakap aku seorang yang aktif sukan, bila muka dah sun burn, pakai krim ni memang tak amik masa yang lama untuk pulih macam biasa. Bukan aku tak mau guna sun block, dah pernah guna tapi lagi burn muka pastu amik masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala.



Kalau muka ampa ada parut jerawat aku syorkan ampa guna krim ni.



Ni berdasarkan pengalaman kawan aku. Dia lelaki ok. Muka dia memang banyak parut jerawat ampa bayangkan la sendiri kalau ada parut tu macam mana rupanya, ada sekali tu terkejut jumpa dia sebab muka dia dah licin, bila tanya apa rahsia dia cakap dia guna krim ni.



Bagi kulit yang selalu ada bintik-bintik hitam macam aku, aku guna gel pengelupasan Syahirah.




Tapi kecik jer, agak mahal la bagi yang tak berduit macam aku hehe. Tapi syok la tenyeh kat muka sebab dia akan keluarkan sel-sel kulit mati kita dan muka yang rasa macam banyak bintik hitam tu akan kurang.

So dah terdedah rahsia apa yang aku gunakan untuk jaga kulit hehehe..

Alhamdulillah kulit aku tak ada masalah jerawat.

Walaupun barang yang aku guna semua tak ada la mahal gilerrr tapi janji sesuai dengan kulit aku sudah.

=)







NOTACIKGADIS: Sesuai dengan kulit aku tak semestinya sesuai dengan kulit ampa juga.



8 comments:

  1. banyak sangat produk nelly pakai ~
    =.=

    ReplyDelete
  2. ehhh..sama la..kami pun guna toner tu gak...tapi pencuci muka yang kami pakai lagi tadak kelas kot..sabun susu beras ja...krim pkai krim safi gamat..hehehe..

    ReplyDelete
  3. akak tak pakai krim apa pun..
    ada pencuci muka dengan pelembab ja..
    mungkin sebab akak tak de masalah kulit pun..

    ReplyDelete
  4. fair & lovely memang nostalgia sungguh. sekolah dulu, mmang fair & lovely yang sangat popular..
    terbaek...

    ReplyDelete
  5. oh,kita boleh pakai campur2 produk eh?cheqwa nak try gel pengelupasan syahirah tapi takot ...hehehe.patot muka cik GK cantik je :D
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. setuju dengan toner safi balqis tuh
    tpi dyan pakai krim safi balqis gak . lagi berkesan :D:D .

    pencuci pon safi balqis tpi yang kale hijau tuh :D
    saya pengguna SAFI yang setia :P

    ReplyDelete
  7. urm pakai tona safi balqis tu memang muka pedih2 ke first2??,, btw saya baru try pakai tona ni..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi