Friday, July 8, 2011

RESEPI KEK BATIK | "Kakak, kakak adik lapaq kek batik"



Ahad: kakak, adik lapaq kek batik la..

Isnin: Kakak, buat la kek batik

Selasa: kakak, bila nak buat kek batik?

Rabu: Kakak nanti buat kek batik tau..

Khamis: Kakak...buat la kek batik..nak kek batik... cepat la..adik lapaq kek batik (sambil teriak-teriak)

4ptg...

Kakak: Nah siap dah kek batik.....



Gambar kek batik yang pernah aku buat sebelum ni.



RESEPI KEK BATIK

Bahan-bahan A

1 tin Susu pekat manis
Milo (packet kecil)
2 camca Serbuk Koko
2@3 Biji Telur

Bahan B
Buttercup

Bahan C
1 bungkus biskut marie 310 g


Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan A di dalam kuali dengan api yang kecil
  2. Kacau hingga sebati dan masukkan Bahan B. Kacau sehingga Buttercup cair.
  3. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatahkan kecil.
  4. Kacau sehingga biskut marie sebati dengan bahan-bahan tersebut dan masukkan ke dalam loyang dan ditekan sehingga mampat.
  5. Letak di dalam peti ais kemudian sedia untuk dimakan

Selamat mencuba



NOTACIKGADIS: Resepi ini boleh juga diubahsuai ikut kreativiti dan selera masing-masing



9 comments:

  1. baik dan rajin kakak dia...
    nak juge..

    hehe

    ReplyDelete
  2. comelnye adik, 4 hari sabar menunggu akhirnye dpt.hehe.. da lame x buat, tetibe rasa teringin, nak skit :)

    ReplyDelete
  3. pernah sekali kawan buat kek batik depan mata. sedap. tapi tak pernah nak buat. lepas ni nak terai ar.. hehehe

    tq sharin GKSB..
    so sweet..

    ReplyDelete
  4. mudah dan sedap! dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  5. waw..mcm senang jee...boleyh cube nnty ^^

    ReplyDelete
  6. nampak mcm sedap...pos mai sni skit bleh?.. :)

    ReplyDelete
  7. yumm...tengok gmbar pun da sedap...
    boleh try ar wat nti.....xD

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi