Wednesday, July 20, 2011

SABAR ADA TAHAPNYA




Bila kita berbicara pasal kawan, macam-macam jenis kawan kita akan jumpa. Sama ada kawan yang jenis macam "drive thru" atau kawan yang p mana pon, pusing-pusing pon kawan tu juga yang kita akan cari dan berkawan.





Sebenarnya bukan mudah nak cari kawan yang sekepala dengan kita. Tak dapat dinafikan dulu masa zaman sekolah aku lebih suka berkawan dengan lelaki. Kalo dalam kelas cikgu tak ada aku lepak dengan geng laki sembang-sembang.


Pada peringkat awal memang geng perempuan akan pandang sinis pada aku, tapi aku tak kisah sebab aku tau diri aku macam mana. Bila dah lama-lama depa sendiri boleh paham aku macam mana. Budak-budak laki pon ada cakap "hang ni sekepala dengan kami, jenis tak gedik sebab tu kami boleh ngam dengan hang".


Kalo dah ada 4 orang adik laki kat umah nak gedik apanya anggap macam biasa ja. Lain la sesetengah perempuan macam tak pernah jumpa laki, mula nak control-control tergedik-gedik haishh aku tak boleh tengok perempuan macam tu.


Kalo lepak dengan perempuan macam biasala gosip tak sangka hahaha... Tapi ada faedahnya juga at least tau juga berita-berita terkini ni. Biasala kepochi....


Dari situ juga kita akan kenal macam mana perangai kawan-kawan kita. Dan mungkin juga perangai kita sendiri. Kadang-kadang kita rasa diri kita ni dah cukup jaga pergaulan kita tapi tu pon ada yang tak puas hati lagi, suka buruk-burukkan orang lain sampai buat orang lain benci kita.


Tapi bila sampai satu tahap Tuhan nak tunjuk, sekaligus saja kebenaran akan tersingkap. Kalo kita buka aib orang, sampai satu tahap aib kita pula akan ditunjukkan. Semua tu dah terbukti.


Di akhir-akhir semester, kebenaran tersingkap juga. Kalo busuk hati tu apa saja boleh jadi. Yang paling penting semua orang dah tahu kebenarannya.


Jadi pendekatan yang paling mudah jaga diri sendiri sudah, biarlah apa orang nak kata pasal kita, cakap la selagi boleh tapi sampai satu masa aku hilang sabar, hampir-hampir makan penumbuk juga itu budak kalo ada yang tak halang dan pegang aku hari tu.


Sabar ada tahapnya.



Peace no war

7 comments:

  1. eh2!! tag ku tu!
    "peace no war"
    aiyookk!!! hehehehe.... :p

    ReplyDelete
  2. dulu saya pun suka berkawan dengan budak lelaki sebab mereka tak suka touching. kawan perempuan kuat touching and bila merajuk suka buat citer busuk kat org lain. Huhu. sy juga perempuan. tp perempuan biasa-biasa saje. hihi

    ReplyDelete
  3. iye,sabo ada batas jugak..hilang sabo kang,payah jugak.. :/

    ReplyDelete
  4. orang yang tak sabar tu kawan syaitan..

    relax..
    jgn kawan dgn syaitan
    tp kawan dgn iman..

    ReplyDelete
  5. kawan perempuan suka ngata2 kat belakang..

    ReplyDelete
  6. peace balik kat puteri..ehehe..


    biasa la tu anyss..susah nak cari kawan yg betul2 ngam dgn kita..kadang2 yg baik depan kita, belakang kita kemain lagi dia ngutuk..tmbh2 kawan pompuan la..


    sha pun salu sorang2..jaga diri sendiri lagi sonang..best berkawan dgn lelaki lagi kot..sebab tu sha ramai kawan baik laki dr kawan baik pompuan..kih3..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi