Tuesday, July 12, 2011

TUALA WANITA PUNCA BARAH RAHIM??



KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.

Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya.

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.

Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.

“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya.



.....................................................................................

Ada kemungkinan kah??

Kalo betul mungkin wanita perlu berhati-hati. Tapi nak hati-hati macam mana kalau dah memang time "bulan mengambang" memang kena pakai tuala wanita?

Apa-apa pon yang penting kena pandai jaga kebersihan.

Termasuklah tidak dicuci bersih dan tidak buang merata-rata tuala wanita tu.

Kalau kat hostel dulu, ada juga yang dok buang merata-rata sedangkan pelajar universiti tu.

Haisyooo....

7 comments:

  1. yang dah kawen beranak pinak pown ade jer yg buang merata2...

    ReplyDelete
  2. no komen..sbb xpkai bnde ni..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. ish biaq betoi...dah tu nak pakai pa lg pasney?

    ReplyDelete
  4. pakar biotech.. apa lagi..!!

    ReplyDelete
  5. sy nk mencelah buleh? hehhehe haiyooo... mcm x realeven jek.... kalo betol tuala wanita penyebab cancer, so semua wanita lah kn kan? ni, sesetengah orang je yang kena... mungkin ada sebab2 lain.. so, jgn korang pakai drypers plak key.... abaikan jek pasal isu ni.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ye ke ... nampak nye ... nk kena ngandung je la keja aku .. elakan period ..huhu takut...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi