Saturday, August 27, 2011

BILA HUBUNGAN DIDUGA~ADAKAH BERPISAH JALAN PENYELESAIAN??



Hubungan mana yang tak pernah diduga. Selama ni hubungan aku dengan TTM berjalan dengan lancar, tak pernah diduga. Kalo ada masalah kami akan cepat-cepat selesaikan. Tapi aku tahu hubungan yang macam tu la sekali bila diduga akan lebih teruk dugaannya.


Sampai satu tahap kami hampir berpisah. Semalam kata-kata keramat tu keluar dari mulut aku. Hanya 1 perkataan yang dia cakap membuatkan aku terasa dengan dia. Ditambah dengan perasaan rendah diri yang aku tak sepadan dengan dia. Padahal dia tak pernah peduli semua tu.


Bila aku berkeras nak berpisah, aku tersedar pasal 1 perkara bila dia memujuk aku, ada sesuatu yang istimewa ada pada aku yang orang lain tak kan ada. Apa dia biarlah aku dengan dia saja yang tahu. Memang aku tersentuh sangat. Tak pernah ada orang ungkapkan perkara macam tu pada aku.


Sampaikan satu tahap dia cakap, kalo dia kehilangan aku dia tau dia tak kan jumpa dah orang macam aku. Dia serius dengan aku, bukan nak main-main. Mungkin aku tak patut ikutkan rasa hati sangat. Bagi peluang untuk sama-sama perbaiki diri.


Alhamdulillah, kematangan dia tu membuka mata aku. Jangan terlalu merendah diri sebab masing-masing ada keistimewaan masing-masing. Dia sendiri juga tak sempurna cuma kalo ada masalah, sama-sama bawa berbincang dan selesaikannya.


Alhamdulillah juga pagi tadi, TTM bawa family dia jemput aku kat rumah keluar shopping raya dengan family dia. Buat pertama kali juga aku jumpa dengan mak dan abah dia. Segalanya dipermudahkan alhamdulillah.


Baru aku sedar satu perkara, bila lelaki itu dah betul-betul sayangkan kita, dia akan menerima segala kekurangan kita macam mana dia terima kelebihan kita. Ada hikmahnya. Malam kami hampir berpisah tapi pagi tadi dia hadir bersama family dia mungkin nak buktikan yang dia memang betul-betul serius dengan aku.


Cuma nasihat aku, kalo ada masalah berbincang dari hati ke hati lebih baik dari membuat keputusan ikut hati. Buang ego jauh-jauh sebab semua tu tak berguna tapi hanya akan bawa masalah lagi. Jagalah hati orang yang sayangkan kita. =)


Di kesempatan ini juga kami nak ucapkan


Doakan hubungan kami berdua =)



Lagu ni khas untuk ampa semua....


Kredit to: Inchik Eman





16 comments:

  1. alhamdulillah tu erti dia memang serius nak sama2 :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. Nadh ada belakang sokong ampa GK. syukurlah. :D

    ReplyDelete
  3. dah jumpa family ni baguslah. hee.
    semoga bahagia kak =))

    ReplyDelete
  4. sweetnya ! nak macam CKSB jugak !

    ReplyDelete
  5. so sweet la Cik GKSB.. semoga berkekalan.. amin..

    ReplyDelete
  6. smoga berkekalan ye cik GKSB...

    ReplyDelete
  7. woittt...hg ni..suka emosi nohhh...

    ReplyDelete
  8. amboi amboi Wan Anyss. cheq kat sini dengki sangat-sangat ok :)

    ReplyDelete
  9. tahniah..semoag jodohnyer kekal ya.. :)

    ReplyDelete
  10. anis..lau dh tahap jmpa family tu..mmg dia betul2 nk serius..elok2 lah berkwan..jga hubungan btl2..insyaallah klu dh jodoh..smpi jgk masa bahagia kamu nti..=)

    ReplyDelete
  11. hu2.. mesti masa jumpa family dia rasa ketaq lutut kann.. teman pernah rasa camtu.. hu3

    ReplyDelete
  12. hu2.. mesti masa jumpa family dia rasa ketaq lutut kann.. teman pernah rasa camtu.. hu3

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi