Thursday, August 4, 2011

CINTA JARAK JAUH


Ramai pasangan kebanyakan bercinta jarak jauh tapi tak semua boleh lakukannya. Pasti ada masalah, pasti ada dugaan yang menanti. Kadang-kadang bila bercinta jarak jauh akan mula timbul kebosanan, bila tengok orang lain yang asyik berkepit mula timbul perasaan cemburu. Hati mula nak memberontak.


Mula la menipu pasangan. Mula mencari yang lain dengan alasan untuk menghilangkan kebosanan sekali tersangkut dan lebih parah lagi bila dah terkantoi. Hubungan yang dah mencecah 6 tahun mula goyah. Nak lepaskan sayang sebab dah lama berkawan tapi masih nak memberi peluang dengan harapan dia berubah.


Tapi akan berubah ker??







Itulah situasi yang dialami oleh seorang kawan aku. Pak we dia dah mula buat perangai bagi alasan nak enjoy dulu. Tapi cara dia tu tak kena. Macam dah terlebih enjoy pula. Bagi alasan hanya berkawan tapi dah melebih-lebih plak.


Dah macam-macam nasihat aku bagi kat kawan aku tu, tapi kalo hati dah sayang ni susah sikit la, 6 tahun plak tu berkawan. Dah la kawan aku tu segak, putih bukan main lagi ramai yang suka tapi kalo dah sayang agak susah sikit la. Hati kita lain-lain.


Cuma aku nasihatkan dia cuba berkawan dengan lelaki lain, bukannya aku suruh dia curang tapi cuba berkawan, bagi dia peluang lihat dunia sikit sebab dia hanya nampak pak we dia tu saja. Setia sangat-sangat tapi pak we dia tu macam tu plak.


Mungkin sebab-sebab macam ni la aku takut nak bercinta jarak jauh. Bukan tak pernah, pernah. Bercinta bertahun-tahun alih-alih kawen dengan orang lain. Sakit kot. Sebab tu aku cari orang utara juga. Senang. Nak balik raya pon tak yah gaduh-gaduh hehe..


Nak cakap pasal ni lebih-lebih pon aku tak berani. Sebab kita hanya merancang tapi yang menentukan hanya Dia. Cuma aku doakan kawan aku tu dapat jodoh yang baik. Kadang-kadang bercinta nak dekat 10 tahun pon belum tentu dapat menjamin kebahagiaan tapi kadang-kadang baru je kenal sampai ke jinjang pelamin. Wallahualam.




11 comments:

  1. buat solat istikharah mnta petunjuk rsanya lg ok dari dia setia tp blom tau itu jdoh yg sbenar ke x.....

    ReplyDelete
  2. malas sudah terlibat ngan kes2 cmni..single lagi baik..=)

    ReplyDelete
  3. ala... nak 1000 daya.. xnak 1000 dalih... kejujuran di perlukan... heee



    pasal copy paste tu... erm, ade naluri yg mnyatakan bahawa mereka tlh mengkopi paste benda2 tuh... hahahha... nnt buat tutorial... tu pon klo nak~

    ReplyDelete
  4. jangkamasa b'kwn bukanlah penghalang utk b'pisah. Kalau mmg kita dapati si dia takde pendirian yg kukuh, lepaskan je. Lg parah bila dh kawin dia buat mcm tu.

    Kita ada hak memilih, pilihlah yg terbaik utk diri sendiri jugak. Jgn biarkan rasa syg membuat kita merana.

    ReplyDelete
  5. ramai yg tak tahan lama cinta PJJ ni

    ReplyDelete
  6. susah laa PJJ ni :( tp kena kuatkan hati la kalau bebetul syg!

    ReplyDelete
  7. single senang. x saket pala. kaple2 suma wat kusut ja. soh kawan awk 2, kaple ngn sy jelah. =)

    ReplyDelete
  8. kalo ada jodoh tak ke mana..
    penah ada 2 experience dgn pjj..
    alhamdulillah yg kedua berjaya jadi suami isteri.

    ReplyDelete
  9. CW skg nie pun tgh lalui CJJ (Cinta Jarak Jauh),
    hihihihihi....

    alhamdullilah hubungan kami masih berjalan dgn lancar,
    semoga hubungan kami akn kekal hingga ke jinjang pelamin,

    insya-ALLAH

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi