Monday, August 22, 2011

ENTRY WAJIB BACA: KEMBARA RAMADHAN BERAKHIR | DISEBALIK TABIR PROGRAM INI

Alhamdulillah majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Perlis akhirnya tamat dan berjalan dengan lancar. Sebelum tu jom baca perjalanan majlis ni iaitu sehari sebelum berlangsungnya program ini di blog Syakira yang juga merangkap Bendahari KBU.


Sebelum tu nak bagi amaran pada ampa semua entry ini mungkin panjang tapi jangan risau akan diselitkan dengan banyak gambar so ampa mungkin tak kan boring membacanya. =p Insyallah. Bukan apa malas nak buat banyak part hehehe....


Sebelum tu nak perkenalkan orang-orang kuat group Kami Blogger Utagha


Yang dok control ayu ni dikenali sebagai Cik GKSB @ GK merangkap founder/admin/kepala KBU (aku la tu)




Yang santai sambil buat muka kekenyangan ni Pakcu Sofi merangkap penolong kepala KBU yang juga admin 2 @ admin gila kosa katanya =P




Yang kecik molek ni Adish Shida, setia yang sentiasa berusaha (setiausaha) juga merupakan admin 3 KBU.





Hat yang comel ni pulak Syakira merangkap ceti KBU (Bendahari) Bab duit semua serah kat dia yang pasti dia jujur dan amanah. Garang bendahari ni..Jaga-jaga hihihi



Sebelum berangkat ke Perlis, kami semua berkumpul di rumah Syakira. Sebab apa kumpul di rumah Syakira?? Semestinya untuk mengambil barang-barang sumbangan untuk diletakkan dalam bonet kereta masing-masing.

Masa ni dah siap sedia nak berangkat ke Perlis. Ada 6 buah kereta yang berkonvoi ke Perlis.




Berikut adalah bungkusan sumbangan yang telah siap dibungkus.



Antara jenis sumbangan yang diberikan adalah barang berbentuk keperluan, al-quran, sejadah, telekung



Sumbangan untuk 40 orang warga emas dan juga 10 orang anak yatim




5.30 PM, kami tiba di Petronas Jalan Kaki Bukit sambil menunggu ketibaan belia menjemput kami ke KG Padang Melangit. Masa dok tunggu tu sempat bergambar dulu. Biasalah kami ni pantang jumpa kamera terus lupa diri.




Konvoi ke KG Padang Melangit sampil memasang double signal dalam kelajuan 40 KM/J adalah moment paling bermakna sekali. Kenapa 40 KM/J?? Sebab nak bajet masa bagi sampai tepat pada masanya so ampa jangan heran la masa tu kita macam makan angin sambil menikmati keindahan alam semesta. Kannnnn???


Akhirnya 6PM kami sampai di Masjid Al-Sakinah di Kg Padang Melangit. Turun-turun je kereta lepas susun sumbangan terus bergambar. Macam biasala, aktiviti wajib tu.

Promote baju KBU sikit. Sikit je la sebab sorang tak ada baju. Nak order?? Hihihi...



Kemudian model-model carian Hero Remaja ini posing pula dengan sepanduk (boleh dikatakan sepanduk la kot =P) KBU WE CARE yang menjadi trademark KBU terutamanya untuk majlis amal.




Banner pada hari itu.



Tiba-tiba pengerusi MAYC kg tersebut jumpa dengan aku suruh buat ucapan. Apa lagi terus nebesss.... Mula la nak mengarang ayat. Dah macam karangan dah. Ok ni tipu, nak buat ayat kemain susah, rasa lagi susah dari karangan Bahasa Melayu SPM.



Tapi disebabkan kesuntukan masa sebelum penyampaian sumbangan tu, aku gtau pengerusi MAYC supaya teruskan acara bagi sumbangan nanti ye la kalo aku dah start berucap tak tau bila boleh abeh padahal nebesss nak berdiri bagi ucapan. Satgi tak sempat nak berbuka puasa pulak.


Masjid AL-Sakinah




Apa la yang sedang difikirkan Tok wan kita ni??




Warga emas eh silap warga muda ni sempat lagi posing. Biasala retisss pantang jumpa kamera omai...



Antara sebahagian warga emas dan anak yatim yang hadir



Dalam 15 minit lagi nak buka puasa selepas ceramah serta ucapan dari pengerusi penyampaian sumbangan diteruskan. Mereka ini mula mengambil tempat.



Sumbangan untuk masjid Al-Sakinah kg padang Melangit kepada Imam masjid tersebut.

Al-Quran, sejadah, surah Yasin dan telekung disumbangkan kepada mereka. Apa yang imam ni ucapkan pada aku, dia berterima kasih kepada semua dan mendoakan supaya Allah memurahkan rezeki semua yang telah menyumbang pada majlis ini. Amin.....



Pak cu sofi menyampaikan sumbangan kepada warga emas.




Akhir sekali, cenderahati pihak KBU kepada MAYC. Time ni azan Magrib dah berkumandang menandakan waktu berbuka bagi kawasan yang sewaktu dengannya =P




Tapi ada sesuatu yang menarik pada hari tu sebab kita ada Rosyam Nor yang hadir. Ok bukan Rosyam Nor pelakon tu tapi Rosyam Nor versi cilik yang menjadi tumpuan kami semua. Aku tanya mak cik tu sapa letak nama anak dia. Mak cik tu cakap dia letak sebab minat sangat dengan Rosyam Nor. Bertuah Rosyam Nor ada peminat setia macam ni. Ada yang nak letak nama anak Seth Tan tak?? Errr......


Kemain lagi Rosyam Nor ni posing.



Alhamdulillah majlis ni berjalan dengan lancar. Kami mendapat feedback dari Encik Sani iaitu pengerusi MAYC, yang warga emas disitu terharu sebab menerima sumbangan daripada kita terutamanya nak dekat raya ni.



Lepas selesai ja majlis tu, kami semua bergerak untuk bermain bunga api. Apa nama tempat kat tengah bandar Kangar yang ada replika Keris besar tu eyh???


Kemain lagi main bunga api.


Siap dapat buat ini lagi...So sweeettt....




Potret Keluarga KBU diabadikan di sini.



Memang macam hari raya dah.





Di kesempatan ini, aku sebagai wakil dari KBU, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan bagi membantu program ini diadakan. Alhamdulillah, sumbangan ampa telah kami sampaikan kepada pihak yang sepatutnya menerima sumbangan.


Imam masjid itu sendiri rasa berbesar hati kerana kita, yang hanya penulis blog sahaja dan bukan siapa-siapa mampu bekerjasama dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Jumlah sumbangan juga telah mencecah RM 13**. Terima kasih sangat-sangat kepada semua termasuk yang bukan blogger yang turut sudi menghulurkan sumbangan. Tolong sampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga masing-masing.


Terima kasih juga kepada pihak belia MAYC Kg Padang Melangit yang sudi memberi peluang kepada pihak blogger untuk bekerjasama dengan mereka. Insyallah group Kami Blogger Utagha akan terus menjalankan aktiviti berbentuk amal dan dalam perancangan untuk mendaftar sebagai NGO kerana itulah salah satu tujuan group ini ditubuhkan.




KREDIT PIC: Kepada semua la yang rasa pic yang dia ambil wujud di sini. Terima kasih yer =)


19 comments:

  1. tak baca . komen je . kahkahkah .

    oke rinduuuuuuuuuuuuu gilerrrrrrrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. nice. mekasih buat GK dan orang kuat KBU serta warga-warga KBU yang menjayakan program ini.

    bab baju tu, saya sebagai pemakai baju kuning hanya boleh mengatakan NANTI...

    nanti saya beli. nanti lah ok. kih kih kih

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. ALLAH mudahkan urusan kan? tahniah pada semua. n maceh suma ;)

    ReplyDelete
  4. sama-sama kasih..walaupun dapat sumbang sikit..rasa sangat gembira..maaf la tak dapat join nak pergi..hari tu ada family gathering sempena besday kakak..insyaAllah lain kali kalau ada lagi sha join..


    tapi rasa nak nagis baca entri ni tmbh2 bile tgk gmbr tokwan tu..uhuhu..saye memang kememek sungguh!


    alhamdulillah..KBU memang group yg sangat prihatin dan BEST!sha sokong dan sgt setuju kalau KBU didaftarkan sebagai NGO..100% sokongan diberikan..

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya. kalau CK pun dok kat Kedah...leh join sama. Org Kedah yg keje kat perantauan....huk huk

    ReplyDelete
  6. SEDIH BERLINANG PLAK AIR MATA BACA ENTRY GK YANG INI....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,KBU semakin kuat hubungan silaturahimnya, moga kita dapat teruskan dengan perhubungan yang sudah terjalin.... alhamdulillah juga, semuanya berjalan dengan lancar... tahniah ampa semua...


    p/s: ada dak konvoi ke puncak alam? gagagagaga :P

    ReplyDelete
  8. TERBAEK KBU...

    syukur sangat papa khai dpt kenai ampa2 suma yg sempoi2 belaka..

    tahniah kat suma2 yg menjayakan event kali nih... cik gk dah leh start wat galeri dah ni suma event KBU WE CARE tuh.. nnti klu nk wat proposal bleh selit2 event yg dah berjaya sblm2 nih.. kuat sket proposal tu nnti...

    next nya event apa plak....

    ReplyDelete
  9. yang pling sempoi tu ada rosyam nor...hahaha

    ReplyDelete
  10. wa.. best gila r.. mcm meriah ja.. teruihkan usaha anda haha

    ReplyDelete
  11. tahniah....

    aku salute KBU...

    ReplyDelete
  12. Salam,
    alhamdulillah semua berjalan lancar. TAHNIAH BUAT KBU!
    adalah lebih baik buat gathering begini drp gathering yg tiada hala tuju...

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah.. KBU dpt berbuat amal di bulan puasa ni..semoga KBU terus berjaya... =)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah semua nya berjalan lancar... trima kasih buat semua yg membantu.. buat GK yg byk berusaha jugak..

    errrrr perlu ke mention garang tue? hahahaha

    ReplyDelete
  15. insyaALLAH, benda baik macam ni, tak salah diteruskan lagi :)

    ReplyDelete
  16. Maaf last minutes tak dapat join sekali, masih penat bergelut dengan kesihatan. ^^"

    Apa pun, tahniah KBU dan cik gksb yang pemes. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi. :)

    p.s : Kirimsalam pada kawan2 yang lain. Harap tak ada yang ambil hati. ^^

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi