Tuesday, August 2, 2011

HARI PERTAMA BERBUKA PUASA~SANGAT SADIS


Semalam masa berbuka puasa memang sadis sekali. Time nak berbuka la banyak order dapat. Tak sempat nak makan. Nak dekat pukul 8 baru boleh makan dengan tenang.


Tapi rasa lega sikit sebab tak ramai orang macam hari-hari sebelumnya sampai aku rasa macam nak sesak nafas ja. Ramai orang sangat-sangat. Pulak kalo nak kena layan kerenah customer yang macam-macam tu memang letih la. Selalu yang cerewet ni berbangsa cina la.


Nasib baik bukan turn aku yang kena handle. Cuma bila ramai orang tu aku jadi kalut. Dah la jenis kelam kabut aku ni kui3.... Tapi mesti nak berlagak cool.. Bila time ramai orang tak boleh nak berlakon jadi cool dah, memang terserlah kelam kabut tu. Pastu sendiri penat hahaha..






Tapi tak apa, kerja untuk sementara waktu ja. Nak tunggu kerja tetap bila boleh dapat tak tau la. Belum ada rezeki lagi. Lepas la juga nak beli baju raya nanti. Lepas raya nak konvo lagi. Banyak duit tu nak guna.


Tapi tahun ni memang aku tak berpeluang pergi terawih. Sedihnya. Kerja punya pasal. Tak apa la nak buat macam mana.


Bila dah asyik bz keja balik pon lewat-lewat macam mana dengan TTM??


Hari ni genap seminggu keja. Awal-awal hari tu timbul masalah gak la. Bukan dari dia tapi dari pihak aku. Bila dah balik lewat-lewat ni memang tak sempat nak SMS. Ada la 2,3 ja lepas tu terus dia ngantok ye la dah lewat, esok nak kerja lagi. Mula la aku nak cari modal buat gaduh huhu...


Kadang-kadang dok fikir bukan-bukan ye la aku bz keja, nak sms memang tak sempat, aku pon balik lewat takut gak kalo tetiba dia fikir aku tak ada masa untuk dia, dia guna alasan tu untuk cari lain. Bila aku cakap macam tu kat dia aku kena marah balik. 1st time dia marah aku. Selama ni tak pernah pon huhu...


So maknanya memang dia tak suka aku cakap macam tu. Orang yang tak pernah marah tetiba marah maknanya memang dia tak suka aku cakap macam tu. Cuma dia cakap sekarang ni tolong percaya kat dia. Bila dia dah kenal aku, faham situasi aku memang dia tak ada masalah. Cuma masalahnya aku ni jer la. Huhuhu suka fikir bukan-bukan


Nak buat macam mana, pengalaman yang lepas-lepas ni buat aku cuak sket. Tapi dengan TTM ni insyaallah kalo ada jodoh tu ada la. Bila keadaan dah stabil kami akan ke fasa seterusnya. Harap-harap dipermudahkan. Aminnn....


Baru perasan panjang gila entry aku ni kan? Lepas geram konon-kononnya sebab dah lama tak menulis hehehehe.....Harap-harap masih ada yang sudi membacanya....

Salam Ramadhan dari GKSB

=)



9 comments:

  1. hehe sape TTM tu??cik abang lettew..hehe

    jemput singgah ;)
    http://www.syafiqah.com/2011/08/bila-budak-kecil-banyak-soalan.html

    ReplyDelete
  2. kalau org tu syg kita..percayalah ape jua keadaan mesti dia pham punya..

    ReplyDelete
  3. cik GK mcm penat jee.sian cik GK..huhu.papon,tabah ye nak.kekekeke.selamat berbuka :)

    ReplyDelete
  4. siapa la yang suka kena tuduh..kan..

    ReplyDelete
  5. chaiyok! salam ramadhan :)
    pengalaman yg mematangkan :D

    ReplyDelete
  6. sabar banyak banyak GK. belajar la memahami TTM tu naa~

    ReplyDelete
  7. masa mcm gini lah kita nk tgk keihklasan seseorg tue dkt kita..

    ReplyDelete
  8. sabaq aja la.. biasa la kdg tak semua org phm mcm mana keadaan kita.. salam ramadhan dari sy.. ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi