Tuesday, September 27, 2011

AKU PUNYA KONVOKESYEN~~SEBAK NOKSSS...




Assalamualaikum....

Alhamdulillah aku kini dah bergelar graduan dari USM. Memang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata macam mana perasaan aku. Cuma masa dalam dewan, masa tengah nyanyi lagu negaraku dan lagu USM, rasa sebak sangat bila teringat balik yang aku akhirnya dapat genggam ijazah juga.


Ni 1 kejayaan yang paling manis buat diri aku sebab aku berjaya buktikan pada mak bapak aku, anak yang paling ketegaq, kahaq, yang selalu menyusahkan depa ni akhirnya berjaya juga jadi "Orang". Cuma terkilan sebab arwah tok dan wan tak ada sama nak raikan hari bersejarah aku ni. *kesat air mata* Al-fatihah untuk mereka.


Ok jom nak sajikan pic yang sempat dirakam masa hari konvo aku tu.



Masa ni tengah beratur tunggu giliran nak amik skroll. Disebabkan nama aku bermula dari W haruslah berada di kedudukan belakang. Moral of the story letak la nama anak ampa nanti start with A. Masa ni dah seram sejuk dah tangan. Menggigil sebab nevesss sama. Dah la tak p raptai kan. Nasib baik la dah ada tanda dekat pentas tu nak berdiri dekat mana. Yang mana 1 aku?? Yang kiri sekali tu yang tak berapa nak cukup tinggi tu kui3....





Bila dah settle semua terus rasa lega. Masa nak keluar dewan tu mula la tercari-cari mak bapak masing-masing. Nasib baik jumpa. Dah la masa tu telefon bagi dekat adik aku pegang al-maklum la pakai baju kebaya mana ada poket. Nak juga mention pakai baju kebaya~~kelass ko jahh....


Sesi bergambar dengan umi & walid aku. Errr nampak muda kan umi aku?? Kalo kata kakak pon orang percaya. Tapi sila jangan tanya kenapa anak dia ni membesar dengan sihat. Bambam sangatkan aku ni??




Ciuman seorang adik untuk kakak dia. Aku harap puteri bila dah besar nanti ikut jejak langkah kakak dan abang-abang dia. Jadila budak yang bijak-bijak macam kakak & abang-abang yer... Ok aku perasan bijak padahal malas belajar @_@ menangis baca statement sendiri.






Tahniah untuk diri sendiri. Tahniah juga sebab dah berjaya membesarkan badan dengan sihat menjelang hari konvokesyen. Pipi oh pipi~~ =(






Bersama adik no 4, insyaallah bakal ikut jejak langkah kakak dia juga. Pipi oh pipi =(





Antara ahli keluarga aku yang hadir. ~~Arghh pipi lagi






Dan paling best sekali keluarga aku yang satu lagi dari group Kami Blogger Utagha turut menghadirkan diri. Siap bagi bearbear lagi. Terharu noksss....


Dari kiri: Syukri aka Mr Straw, NAMI, Budak comel, Zezolla Atin, Cik Sha, walid aku (eh termasuk juga)




Terima kasih sangat-sangat pada ampa semua yang sudi mai, siap bagi hadiah lagi. Terharu cheq. Lepas tu malam tu rancang keluar makan dengan depa ni dan beberapa orang lagi geng blogger. Aku dok tunggu gambar ja ni nak buat entry, ampa jangan terkejut tengok apa yang kami makan malam tu. So tunggu aku up entry pasal ni.


Apa-apa pon rasa sangat puas, gembira, sedih pon ada. Syukur sangat-sangat sebab segalanya dipermudahkan. Syukur juga sebab dapat kawan-kawan macam ni. Tak tau nak gambar dengan kata-kata melainkan bersyukur pada Allah sebab beri nikmat yang begini pada aku. Alhamdulillah.









13 comments:

  1. congrate gal, sy bln10 ni...hepiiiiii

    ReplyDelete
  2. pipi kita dah boleh buat maen laga2 la anyss..same2 tembab tu..hahaha..

    ReplyDelete
  3. ok saya upload gambar tu kat fb ! hehe . sori lambat~ T.T

    ReplyDelete
  4. wahhhh.. tahniah lagi sekali.. emmang orang kata time nak nyanyi lagu negaraku dan lagu universiti memang akan menitis la air mata terharu beb.. tu my let yang kata la.. i pon dah mula nebes ni..

    ReplyDelete
  5. tahniah2... dah abis blaja lps ni dah bole keje....dah keje lps tu bole kawen plak..ehehe

    ReplyDelete
  6. tahniah weh..tumpang bangga dgn hg. hohohohoh..moga berjaya di luar nnti..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Cik GK..seronokkan grad..rasa cam x puas je..ehee Mudah2an perjalanan lepas ni turut dipermudahkan..Amin~

    ReplyDelete
  8. hahahaha cik gk!

    pipi ohh pipi, dilema pipi.

    ala, oke dh tu. chomelss nokk!

    ReplyDelete
  9. seronoknya.. xsabaq nak konvo.. hehe (padahal baru pra-u ja ni)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi