Wednesday, September 7, 2011

MUKA BERTALAM-TALAM




Muka bertalam-talam. Depan kita baik, belakang mengata. Lumrah dunia la tu. Mau tak mau mesti kita akan jumpa orang macam ni juga dalam hidup kita. Aku tak suka nak mengata orang tu macam ni, orang tu macam tu. Nak amik tahu pasal orang lain pon aku malas.


Tapi bila asyik ada yang menjaga tepi kain, depan kita kemain lagi pijak semut pon tak mati tapi belakang kita perghhhh....Boleh tahan juga mulut tu. Pada aku benda kecik-kecik ni tak payah la nak diperbesarkan. Tak ada faedahnya pon.


Sekali dua boleh sabar lagi tapi kalo dah lama-lama hangin juga aku. Kawan aku lagi teruk kena. Sampai hal-hal kecik-kecik pon nak dihebahkan pada orang lain. Pada aku, kita jaga diri sendiri sudah, jangan terlalu sibuk menjaga hal orang lain, mengata itu ini padahal anak sendiri lagi teruk perangainya cuma dia yang tak tahu.

Orang yang talam dua muka ni sangat bahaya kot. Nak cakap lebih-lebih pon tak boleh sangat. Chill sudah~Haishh....Sabar je la....



9 comments:

  1. HAHA~ tadi baru lepas ceciter pasal talam dua muka kat pantry opis..

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    DALAM QURAN, SERING DISEBUT WATAK YG SEMACAM INI ! BERLAKON DAN BERPURA2. TERMASUK DALAM GOLONGAN MUNAFIK !

    ReplyDelete
  3. bahaya talam dua muka ni..
    tapi anehnya kita tetap percaya apa yang si talam dua muka cakap..
    heheheh

    ReplyDelete
  4. kt opis sya ni pun ramainya si talam banyak muka...sampai kami susah nak cakap dgn dia nih cz tatau nak ckp dgn muka yg mana satu...:D

    ReplyDelete
  5. hadiahkn talam jer time besday die tue nanti... hihihihi

    ReplyDelete
  6. Ini Epol selalu kena tapi biasalah, setakat berani belakang-belakang, tak hebat manalah. kan? :)

    ReplyDelete
  7. tak suka juga orang talam talam ni, kuih tepung talam suka! heheh.

    ReplyDelete
  8. mat/minah talam mana plak hang jumpa nih

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi