Tuesday, September 6, 2011

PENGALAMAN PERTAMA KALI BERAYA DI RUMAH SI DIA



Assalamualaikum, pada hari ahad bersamaan dengan 4 September 2011 jadi sejarah untuk aku bila aku buat pertama kalinya beraya di rumah incik TTM. Memang berdebar tapi orang kata jadi diri sendiri. So aku jadi diri sendiri je la tak control apa pon haha...


Alhamdulillah la dipermudahkan, kemain lagi aku dok bersembang dengan mak bapak dia. Buat pertama kali ni macam biasalah latar belakang kita yang akan ditanyanya. Mak bapak keja apa, dulu study mana, kos apa, dah minta kerja mana, tu antara soalan-soalan yang diterjah oleh mak TTM pada aku.


Abah dia pon ok, boleh dok melawak. TTM ada kata kalo abah dia boleh dok melawak tu kira ok la tu, kalo dok senyap ja dok tengok saja ada la yang tak berkenan di hati. Fuhh lega lepas dah aku hehe...


Cuma TTM ja aku tak bawa secara rasmi lagi jumpa mak bapak aku. Kalo mai jemput aku kat umah, selalu jumpa umi macam tu ja. Tak kena soal siasat lagi macam aku kena. Lepas ni turn dia plak la, tapi tak tau lagi bila nak bawa. Tunggu dia sedia dari segi mental kot hihihi....


TTM ada gak ceta aku 1st perempuan yang dia bawa jumpa mak bapak dia. Dulu ex-gf dia yang dia kawan sampai 4 tahun sekali pon dia tak pernah bawa lagi. TTM yang berani lebih atau aku yang berani lebih ni? Kui3...


Mak dia bagi aku 3 jenis kuih bawa balik hehe... Kuih raya kat rumah dia ada la dalam 8 jenis kalo tak silap aku semua mak dia buat sendiri. Buat sorang-sorang lak tu, nak harap kat anak pon depa semua anak teruna, nak kena cari menantu perempuan cepat-cepat ni keh3... Gatai! =P


Lepas ke rumah dia sempat la jalan-jalan kat Padang Besar dengan TTM. Alasan p tengok orang. Dapat la rembat pencil box dengan bear angry bird. TTM beli pencil box untuk adik aku puteri. Kemain suka lagi si puteri tu yang memang dok gila main game angry bird.



Sebijik mcm pic google ni



Nasib baik dah lama habis study kalo tak aku rembat dah menatang ni untuk aku hehe.... Lepas ni nak p cari lagi la. Nak beli angry bird banyak-banyak hehe... Macam budak-budak pulak aku kan?? Biasa la jiwa muda kui3...


Raya tahun ni walaupun aku rasa macam tak raya kira ok la sebab aku dapat beraya dengan TTM, jumpa family dia, lagipun bila umur macam aku ni dah sesuai sangat kot nak melangkah ke alam baru cuma sama ada dah sedia atau belum bersedia. Persoalannya dah sedia ker aku??


Apa-apa pon macam biasa la cuma minta ampa mendoakan kami berdua. =) Insyaallah....



Pedulikan pp aku yang makin bambam tu @_@



12 comments:

  1. iAllah.. moga cepat smpai serunyer tuh.. walau jiwa muda, tp kan dah tuA.. kuikuikui..

    SELAMAT ARI RAYA MAAF ZHIR BATIN.. :)

    _________________________
    I have added cool emoticons to this message.
    To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

    ReplyDelete
  2. Beli Satu Angry Bird Hadiah Kt Kami..Hehe

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  3. sepatutnya encik TTM yg kena jupe family pompuan dulu hehehe..kena mintak kebenaran nk kawan dgn niat nak kawin ngn si gadis hehe..semoga berbahagia ye..jgn lupa jemput makan nasik minyak

    ReplyDelete
  4. Izzati x prnah g umh si dia wlaupun dh jdi tunang..huhuhu

    * semoga cepat kawin! ^_^

    ReplyDelete
  5. amin2.. semoga urusan ampa berdua dipermudahkn.. =)

    ReplyDelete
  6. heheh part paling risau adalah nak jumpa parents dye~ fuh fuh fuh.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi