Monday, October 17, 2011

BILA DIRI DIFITNAH




"Kak Anis, hati-hati sikit dengan ****"

"Awat kenapa?"

"Dia............."



Bermula dari situ lah aku dapat tau segala-galanya cerita yang berlaku di belakang aku. Dan lebih teruk siap mereka-reka cerita yang tak betul pasal aku, dah memfitnah aku. Padahal dia baru masuk kerja dan aku berkesempatan kerja shif dengan dia baru sekali lepas tu aku cuti, dia dah tabur macam-macam fitnah dah kat aku sampai bawa cerita dekat bos.


Ya Allah aku betul-betul tak sangka. Tak sampai 2 minggu dia masuk kerja dah macam-macam benda dia dah buat. Sebab tu kawan aku tu berhenti bila tengok banyak perkara yang tak betul berlaku. Budak tu tak jujur, tak amanah.


Aku masih bertahan sebab niat aku kerana Allah nak cari rezeki halal, nak menabung untuk persiapan aku duduk KL awal bulan Disember ni.


Kadang-kadang aku fikir, aku dah cukup jaga tingkah laku, buat kerja betul-betul tak amik peduli sangat hal orang lain dan jaga diri sendiri tapi masih ada yang tak puas hati. Masih ada orang yang nak busuk hati, apa salah aku???


Mesti terfikir boleh percaya ke orang yang menyampaikan cerita tu kat aku?? Jawapan aku boleh. Sebab selama aku bekerja dengan dia dah 3 bulan lebih ni kita dah tahu macam mana perangai dia dan aku senang bekerja dengan dia.


Tapi bila ada budak baru masuk, dengan mulut dia yang asyik mengata orang, mencarut sana sini kita dah dapat tau orang macam mana dia ni. Awal-awal masuk keja dah tipu pasal umur. Bila aku ternampak salinan ic dia dan aku tanya sekali lagi dia tetap nak menipu. Bila aku bagitau dia pasal tu, dia diam ja tak kata apa. Agak-agak orang jenis apa macam ni?


Cukup lah aku pernah terkena sekali dulu tahun 2005/2006, sampai aku diberhentikan keja gara-gara terkena fitnah. Dan sampai 1 tahap semua benda dah terbongkar dan dia mengaku memang saja nak kenakan aku.


Hanya disebabkan cemburu pada aku baik dengan semua orang dan lelaki yang dia suka kat tempat keja tu nak kawan dengan aku dan tak suka dekat dia. Hanya kerana sebab tu ja.


Aku menulis pasal ni sebab aku dah tak tahan dengan tekanan. Migrain tiap-tiap malam bila terlalu asyik fikir pasal ni. Dah tak larat nak menangis bila fikir apa yang jadi.


Mungkin ni dugaan Allah SWT untuk aku. Aku redha.






"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)






12 comments:

  1. Sabar! Dah tahu senang kita berhati-hati, tapi mcm mana dengan kawam baik yg tikam kita tanpa kita sedar. Yang ini patut kita lebih berhati2...sebab bukan semua yg baik dengan kita suka pada kita!!

    ReplyDelete
  2. aku harap hg tabah hadapi semua ni..anggap ini dugaan kecil hg utk bjaya gelak..

    ReplyDelete
  3. Ade hikmat disebalik ape yg berlaku..

    ReplyDelete
  4. biasa laaa sis..lumrah kehidupan...buat baik salah buat jahat apatah lagikan..semuanya nak jeles n mangata..sabar n tawakal k...

    ReplyDelete
  5. bykkn bce ayt qursi lepas solat.. tue pesan sahabat kami

    ReplyDelete
  6. berhati-hatilah bila berkawan...bukan semua orang senang dengan kita =)

    ReplyDelete
  7. sabar ye awak.. org dalam kesusahan doa dimakbulkan.. bykkan berdoa

    ReplyDelete
  8. semoga Allah kuatkan hati dan kurniakan kesabaran dlm menempuh semua cobaan dan halangan kt dunia nie.. biasela manusia hati laen2.. yg pnting kita jaga hati kita supaya x jd mcm mereka2 nie..^_^

    ReplyDelete
  9. sabar eh anyss..pasti ada hikmahnye tu...orang dengki ni memang berlambak atas muka bumi ni..kuatkan hati eh..jgn tunjuk anyss lemah kat depan dia..

    ReplyDelete
  10. dear, sabar n jangan pikir kan sangat.. jaga kesihatan,
    janji kerja dan niat telus insyaAllah..
    teruskan berbuat baik pada orang mcm biasa n tiap kali kalo budak tu buat apa2 senyum je n kalo dapat time kasih kat dia.. dia menyumbang pahala untuk awak.. sabar yee.. insyaAllah satu hari akan terjawab semua.. dont give up!

    ReplyDelete
  11. hati2...
    jangan biarkan..
    takut dia buat benda yang semakin tak elok kat belakang kita...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi