Thursday, October 13, 2011

FACEBOOK MEMBAWA KITA MENGIMBAU KENANGAN LAMA



Facebook sekarang ni dah jadi satu laman sosial yang wajib kita ada. Kononnya kalau tak ada facebook dikatakan ketinggalan zaman, kononnya la.


Tak dinafikan juga facebook merupakan salah satu alternatif untuk kita berhubung dengan kawan-kawan lama sehingga la ada yang dah terpisah lebih 10 tahun dapat jumpa balik hanya dalam facebook.


Bila ada facebook ni pasti akan ada gambar-gambar lama kita masa zaman sekolah dulu yang akan diupload dan bila kita tengok mesti akan terfikir "aku ka ni??" atau "tudia muka aku....." errr macam aku ja yang fikir camtu??


Baru-baru ni member aku masa sekolah teknik dulu ada tag gambar yang bila aku tengok nak tergelak pon ada, macam skema rama-rama pon ada keh3....... Jom tengok gambar masa aku zaman bebudak dulu.


Masa ni bergambar dengan guru kelas, Pn Ku Nazli Afifah yang juga guru add math kami.





Cam tak aku yang mana?? Hahahaha... Skema gila... Time ni suma muka bajet budak baik. Yang dulu kurus sekarang dah berubah habis jadi montel


Dan yang tak boleh blah sekali pic kat bawah ni turut bersama adalah blogger Hans.Yang mana 1? Ampa cari la sendiri hahaha...(mampus aku kena dengan dia lepas ni =P)





Apa-apa pon aku rasa zaman sekolah ada zaman di mana kita belajar sesuatu yang baru terutama sekali untuk sesiapa yang tinggal di hostel. Bertemu dengan orang yang baru, berbeza latar belakang serta bermacam ragam.


Macam-macam geng ada. Tapi kalo dalam kelas aku suka berkawan dengan bebudak yang tak tinggal di asrama. Boleh gak dok seludup handphone kat depa hahaha.....


Kenangan masa di sekolah asrama memang terbaik la. Kalo nak cerita memang tak kan habis. Tapi dari pengalaman itulah yang ajar kita jadi manusia tapi ada juga yang tersalah langkah dan mungkin akan membawa penyesalan sehingga seumur hidup.



7 comments:

  1. skema rama2? haha.. ok.. yg tu lawak!

    hans yg pkai spek kan? yes! kantoi!

    bru tau gksb 1 skolah dgn hans..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang bukan facebook jer buat kite terkenang mase lalu,kalau bace blog post lame kite pon boleh teringat kisah lalu. Best kan?
    urm tu pasal buat blog. Nanti boleh tunjuk ke anak cucu macam mane kite dolu-dolu. hihihik.

    ReplyDelete
  3. xpe GK... nanti blh kurus mcm dlm gmbr tue lg.. =)

    ReplyDelete
  4. hahaha cik Gk muda belia dah kurus la..

    tp sekaraNG CUN WOWWWOOWOOW!!

    ReplyDelete
  5. akak tak de langsung gambar2 masa sekolah dulu malu nak ambik gambar sebab kulit itam..:p

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi