Saturday, October 1, 2011

MONOLOG SEORANG AKU~~KISAH HATI



Kisah hati sangat susah kita nak ungkapkan. Bila kita cuba ceroboh dalam-dalam terowong hati itu dan aku pasti tidak akan siapa akan jumpa jalan keluar lalu tersesat di dalamnya.


Itu kisah hati.


Tapi ini kisah kehidupan. Kehidupan realiti yang kadang-kadang kita rasakan bagai mimpi. Macam mana cepatnya masa berlalu sampai kita tak sedar budak hingusan itu sudah menjadi dara, sudah menjadi teruna. Lalu kisah-kisah dahulu kian dilupakan.


Bila kita ingin cuba selak kembali kisah-kisah lama belum tentu ia dapat diselak dengan kemas. Pasti ada cebisan-cebisan yang tertinggal bagai kertas yang dikoyak, hancur...


Kita selalu idamkan sesuatu yang mustahil kita akan miliki. Bila dapat memilikinya adakah kita akan menghargainya???





Menanti dan terus menanti saban waktu



Acap kali ia bermain-main di fikiran aku. Betulkah jalan yang aku pilih? Betulkah ini yang aku inginkan?? Adakah ini yang aku mahukan?? Lantas kenapa harus aku keliru dengan rasa ini??


Mungkin hanya masa yang aku perlukan. Masa untuk bersendiri. Cukuplah. Penat bila terlalu memaksa diri. Aku tahu, aku yang terbaik tapi masih ada yang lebih baik.




Hanya mampu tersenyum tapi rahsia hati tak siapa yang tahu



Biarkan aku membawa diri. Mencari sesuatu yang mungkin telah hilang. Hilang ditelan masa. Masa yang semakin cepat berlalu sehingga kita tidak sedar sebenarnya ia dah jauh meninggalkan kita. Dan kita masih fikir yang kita masih ada masa???



Izinkan aku pergi mencari "sesuatu" itu




10 comments:

  1. rahsia di hati tak siapa yg tahu..~ semoga kamu baik2 saja..

    ReplyDelete
  2. i izinkan,pegi cepat balik!kekekeke ^_^
    semoga jumpa apa yg dicari :D

    ReplyDelete
  3. La Tahzan dear....

    semoga akan cepat sembuh... =)

    ReplyDelete
  4. good luck! untuk perjalanan seterusnya.. selangkah menuju kejayaan ^^

    ReplyDelete
  5. tabahkan diri cik gksb.. semoga dipermudahkan segala urusan.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi