Awak suka saya tak?? Suka sampaikan aku dah terjatuh cinta pada novel baru karya Melur Jelita ni. Masa mula-mula nak beli memang aku tak tahu novel apa yang aku nak beli. Yela dah lama aku tinggalkan minat dan hobi aku yang satu ni.
Bila tengok di FB ada yang nak jual novel aku terus tempah. Pada mulanya novel lain yang aku booked tapi lepas aku terbaca entry kak Sofi pasal novel ni terus aku tertarik nak memilikinya. Dan sila la percaya yang ampa tak kan menyesal membeli novel ni.

Novel ni memang lain dari yang lain. Banyak mengajar kita mengenai kasih sayang dan ada la sikit persamaan watak intan tu dengan aku. Cewah! Yang sama tu bila yang selalu amik keputusan melulu tanpa mahu nak dengar penjelasan.
Asyik bersangka buruk padahal orang tu sayang kita. Ada la sket menyedarkan aku bila kenang balik masa lalu. Dan insyaallah aku tak kan ulanginya untuk perhubungan yang ada sekarang ni.
Kalo dalam perhubungan,ada sesetengah orang jenis tak kan luahkan perasaan dia waima untuk berkata i love u sekali pon. Tapi bagi aku, aku akan selalu meluahkan rasa hati sekurang-kurangnya sebelum tido sebab aku takut yang aku mungkin tak akan ada kesempatan lagi nak mengucapkannya sama seperti dalam novel ni.
Kalo ampa nak tahu apa sebenarnya cerita yang terkandung dalam novel Awak Suka Saya Tak? Sila dapatkan di pasaran. Dan paling penting novel ini mengajar kita untuk cintakan Allah, Rasul, Ibu bapa dan keluarga sebelum mencintai orang lain.
Kalo nak baca novel review yang lain KLIK SINI


10 PESANAN PENAJA:
boleh beli ni..
lama dak aih tak baca novel,hehe
terbaik dari ladang...aku pernah baca novel nih...
dalam mimpi jer la..hahahah
wah~~mcm best..
pasal kasih sayang-2 gitu ka,adui rasa gedik nk beli lar pulak..
cun ah covernya..heehe
Boleh cuba neh...macam menarik... ^_^
Salam adik jelita,
tak sangka...terharu...terimakasih kerana sudi mempromot ASST.
Alhamdulillah..semoga ASST menjadi novel terindah dalam hidup adik jelita.
DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL
ms anak dara mmg minat baca novel bila dah kahwin nidan ada anak xde masa nak baca novel,.
lor.. br dapat nopvel tui semalam.. tp member yg beli..bc permulaan pon da besh.. tp tebal gile.. nk kene bagi balik kt member esok.. haishh.. xsabar nk abeshkann
tgh tgu osmate abis bce.. nk pnjm kt die pulak..hihihi
erk...x suka baca novel sbnarnya...komik suka la..haha
Post a Comment