Saturday, November 26, 2011

Everything happens for a reason???


"Everything happens for a reason"


Sudah pasti kita semua pernah dengar petikan ini kan?? Setiap yang berlaku ada sebabnya. Sama juga maksud setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apa yang terjadi walaupun kita tak nampak apa sebab berlaku begitu di kemudian hari kita akan tahu juga hikmah yang tersembunyi.


Sebagai contoh yang berlaku dalam hidup aku dulu. Dulu aku dapat tawaran ke Politeknik dalam Diploma IT. Padahal masa tu aku berada di dalam tingkatan 6. Sama ada meneruskan atau berhenti untuk ke Poli. Dan aku memilih untuk ke Politeknik.


Segala surat menyurat suma dah ada cuma tunggu untuk pendaftaran saja tapi masa tu bapak aku suruh stay form 6. Aku enggan. Sampaikan bapak aku cakap nak p boleh tapi segala perbelanjaan tanggung sendiri. Ok aku kalah kalo bersangkut dengan duit ni.


Aku gagahkan diri untuk belajar di tingkatan 6 walaupun pada mulanya aku memberontak tapi lama kelamaan ia berubah bila aku antara pelajar dalam kelas yang di target akan mendapat keputusan yang cemerlang.


Alhamdulillah walaupun result exam aku tak menepati ramalan tapi sudah cukup melegakan aku apatah lagi bila ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia. Dan yang penting sekali aku dah banggakan mak bapak aku dengan kejayaan aku. Bila fikir-fikir balik tu hikmahnya bila aku dengar cakap bapak aku dulu.


Ada lagi contoh pengalaman aku yang lepas. Ini kisah lama. Bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun tiba-tiba si dia tinggalkan aku tanpa sebarang kata, tanpa sebarang petunjuk dan menghilang diri macam tu saja tanpa boleh dihubungi lagi. Tinggalkan aku terkapai-kapai sorang diri.


Dia kahwin dengan orang lain yang dia baru kenal tak sampai sebulan. Dan kini lepas 3 tahun baru aku tahu apa sebenarnya yang terjadi. Syukur juga kehidupan aku lebih baik dari dia dan syukur juga aku tak dapat lelaki macam tu sebagai suami aku.


Bila aku ingatkan balik keadaan aku masa mula-mula ditinggalkan terasa macam bodohnya aku. Sampai jatuh sakit, berat badan susut. Tapi kalo lihat aku sekarang yang mana makin "sihat" boleh tahu macam mana senangnya hati aku hahaha....

Kalo kita amati balik segala perkara yang berlaku sama ada suka mahu pon duka pasti ada sebabnya dan yang pasti, ada hikmah di sebaliknya. Yang membezakannya sama ada kita sedar ataupun tidak dengan perkara tersebut.


Kalau ditimpa musibah acap kali kita menyalahkan takdir, takdir mempermainkan kita la, itu ini, ingat ni cerita hindustan ka asyik nak menyalahkan takdir dan juga Tuhan??


Itu tak redha namanya. Memang kadang-kadang kita akan merungut itu ini tapi bila Tuhan berikan dugaan untuk kita hadapi bermakna dia nak menguji adakah kita sabar, adakah kita redha dan adakah kita akan makin dekat dengan-Nya ataupun semakin jauh dari-Nya??


Apa yang pasti everything happens for a reason.


Sempena Awal Muharam ini, mari kita sama-sama muhasabah diri apa yang kita telah lakukan dalam hidup kita sepanjang masih bernafas ini. Sememangnya manusia takkan pernah lari dari kesilapan tapi yang membezakannya adakah kita akan belajar dari kesilapan dan menjadikannya pengajaran atau masih terus menerus melakukan kesilapan yang sama???


Tepuk dada tanya hati.





9 comments:

  1. betoil..smua tu ada sebab..actually dah tertulis pun smuanya..cuma kita ja nk atur lagu mana..

    ReplyDelete
  2. aliff pon dulu ditawarkan ke tingkatan 6 gak hehehehee tapi tak pegi..urmm..mungkin dah tersurat UNIKL redha jelah...selamat maal hijrah..senyum mau manih :)

    ReplyDelete
  3. perbaiki apa yg patut insyaAllah Allah permudahkan jalan-jalan kehidupan.

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah
    jinggo kembali ke blog - nak menulis semula.............

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah buat Anyss..


    betul tu..semua yg berlaku pasti ada hikmah..mungkin bukan skrang yg kite nmpk..masa akan datang bile kite imbas balik pasti kite bersyukur kita diuji sebegitu..kan?

    ReplyDelete
  6. btul tu...sumenye ade hikmah yang tersembunyi...

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya betul... tapi mengubat hati waktu itu memang sakit kan.. :)

    ReplyDelete
  8. maknanya kena bertenang dalam menerima suratan takdir kerana kita tak boleh tgk apa akan terjadi keesokan hari. kan. tq bebanyak :)

    ReplyDelete
  9. Allah sediakan yg terbaik untuk umatNya.. kene percaya tue.. :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi