Thursday, December 29, 2011

APA CERITA DENGAN MAKANAN DI KUALA LUMPUR??


Hari ni kita tinggalkan kejap pasal Cinta Seorang Blogger. Cuma aku nak ceritakan pengalaman aku dengan makanan.


Apsal makanan?? Sebab aku suka makan dan sebab itulah juga badan aku sekarang ni macam dipam pam. Mendadak naik tak turun-turun @_@ Kalo turun menangis air mata darah la hang. Ni asyik darah ja yang kuar tiap bulan macam mana?.. #EH??


Berbalik pada makanan. Sejak aku kerja kat KL ni memang susah sangat aku nak cari makanan yang tepati citarasa. Nak kata cerewet pasal makanan, tak la cerewet sangat, bedal ja janji sedap. Yang tak sedapnya nak cari yang sedap ja manjang kalau tak sedang membebel la aku sebab tak sedap. Sangat tak tahu bersyukur kan aku ni??


Pertama sekali aku nak komen kebanyakan makanan adalah sangat berminyak. Gulai berminyak dan paling tak bleh blah sambal pon berminyak. Kalau cedok sambal dapat minyak saja. Silap haribulan kalau amik minyak tu untuk goreng ikan pon boleh.


Sampaikan 1 tahap aku fikir patut la minyak selalu tak cukup stok, dah hang dok perabih minyak banyak sangat. Memang tak bleh p dengan makanan yang terlalu berminyak (gaya orang utara cakap). =Maksudnya memang tak ada selera...


Tak pedas.

Adalah salah satu ciri masakan sambal. Apa barang masak sambal tak pedas. Kalau aku makan tu siap tambah 2,3 kali kuah sambal still tak pedas. Kadang-kadang sampai penuh kuah sambal masih rasa tak pedas. Orang tengok aku makan pon hairan apsal la budak ni, tak takut buasir ka apa? #EH??




Sumber: Google




Mahal

Harga tu memang tak dapat dinafikan mahal gila. Kalau tomyam rm6 semangkuk yang hanya penuh dengan bawang,serai dan benda alah apa lagi tak tau. Isi ada la 2,3 ketoi. Alahai. Ni yang buat aku rindu kat kedah ni. Tomyam sana rm3.50 ada lagi semangkuk. Habis kuat rm4.


Sebab tu aku kena catu makan sekarang ni. Sehari sekali je makan. Tak percaya? Ok la aku ngaku 2 kali. Tu pon pagi kadang-kadang makan kuih ja. Al-maklum la baru keja, duit gaji tak ada lagi =p


Penambah Rasa

Ok ni pengalaman kawan aku kat tempat kerja. Melantak nasi lemak sampai habis. Last sekali baru perasan, depa makan sambal lipas. Aiyarkk... Nasib baik la hari tu aku tak rasa nak makan. Kalau tak kompom muntah. Bau sampah pon aku dah muntah-muntah. Hidung aku sensitif.





Sambal berlaukkan lipas??



Rasanya setakat tu saja la pendapat aku pasal makanan. Tu belum masuk hal halal ke tak. Pekerja yang bebas penyakit atau tak. Yela kebanyakan pekerja adalah bangsa asing. Sebab tu kalau nak makan, jangan main hentam jer. Ampa terdedah dengan Hepatitis, tibi, penyakit berbahaya ni.


Kalau nak makan, sila pastikan tempat nak makan tu bersih dan sila perati kalau-kalau ampa akan makan sambal lipas =P




11 comments:

  1. Mak aih.. apa pun, utamakan kebersihan dan kesihatan.. :-)

    ReplyDelete
  2. sambal berlaukkan lipas????eaaauuuuwwwwwwwwwwww kalau dapat pijak2 lipas tu....tak suke

    ReplyDelete
  3. berhati2..tak sabaq nk tgk hg kuruih..kalau la kuruih...

    ReplyDelete
  4. langkah paling senang masak sendiri lar kak..takpun diet ja..wehaaa

    ReplyDelete
  5. heeeeee
    cm tulah budaya org masak la ni
    x taw la nak kata apo lagi aihhh

    ReplyDelete
  6. suker entry nie... begitu lah lumrah hidup di KL nie dik.. memang apa yg you ckpkan nie semuanya points2 yg betol! pasal tu tiap kali kalau nak makan best2.. memang teringat kat sekitar kawasan luar KL nie jer.. uhuhu...

    ReplyDelete
  7. memang susah nak cari makanan harga murah kat sana anyss..len kali berhati2 kalau nak beli mknn ok..jgn terkena mcm kwn tu..errr..mcm nk muntah pulak rase..(-_-")

    ReplyDelete
  8. er tu la... kadang-kadang kedai tu nampak bersih, tapi bila tengok bahagian dapur, Ya Allah, tuhan saja la yang tau... Saya lebih pentingkan kebersihan dari harga makanan. (tapi harga makanan pun biar la berpatutan ye tak?)

    ReplyDelete
  9. mmg x dinafikan makanan kt kedah nie murah dan sedap... x semua tp byk... :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi