Sunday, December 25, 2011

CINTA SEORANG BLOGGER

Sumber: Google



"Anis, cuba hang tengok blog ni... Best la.. Banyak kata-kata nasihat dalam blog dia. Jarang aku jumpa penulis yang macam ni. Asyik dok jumpa blog yang menulis ala-ala cerita lucah ja" sambil mira tunjukkan blog yang dimaksudkan pada anis.


"Eh, dia ni ker? Ada jer dalam list kat blog aku. Boleh tahan la cara penulisannya. Try la hang follow blog dia mana tau boleh jadi kawan hang plak nanti hehe" cadang Anis pada Mira.


Sejak dari hari tu, Mira menjadi silent reader blog yang berlatarbelakangkan hijau itu. Sejuk mata memandang. Sesekali Mira turut meninggalkan komen entry di blog Dari Kaca Mata Ari. Tanpa Mira sedar, Ari turut menjadi “stalker” di blog Mira. Dalam hati Ari, ada timbul satu perasaan aneh hanya dengan membaca penulisan di blog Mira. Apa maknanya perasaan itu yer??


Sejak dari itu, Ari memberanikan diri add Mira di Facebook dan mereka selalu bertegur sapa. Dari situ wujudnya keserasian antara mereka. Kerana minat mereka yang mendalam dalam bidang penulisan menghasilkan satu idea yang mungkin jarang-jarang blogger lain buat.


Mereka bergabung mengadakan pertandingan menulis cerpen di blog. Mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak dijangka oleh mereka bila mereka menerima lebih dari 200 peserta yang menyertai pertandingan tersebut.


Apa yang menariknya, Ari dan Mira belum pernah bertemu di dunia realiti hanya berhubung di dunia maya. Bukan mereka tidak pernah merancang untuk bertemu Cuma masih belum ada kesempatan. Ada saja yang menghalang. Mungkin ada hikmahnya.


Akhirnya pertandingan penulisan di blog diumumkan kemenangannya. Hadiah juga telah di poskan oleh Mira dan Ari. Pemenangnya adalah blog yang dikenali dengan nama Gadis Kampung Separa Bandar atau nama penanya GKSB. GKSB membuat keputusan untuk belanja Mira dan Ari makan malam sebagai tanda terima kasih.


Kesempatan itu digunakan oleh Ari dan Mira untuk bertemu buat pertama kalinya.


Bersambung…….


Apa akan yang akan terjadi bila buat pertama kalinya Ari dan Mira akan bertemu?? Adakah berlakunya sesuatu yang tidak diduga?? Adakah akan berputik bunga-bunga cinta? Atau berlaku sebaliknya? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.



NOTACIKGADIS: Hasil perah otak GKSB semalam hehe....Mendapat inspirasi dari kisah seseorang. =) Nama dan watak hanya rekaan semata-mata. Cerita ini tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia =)






16 comments:

  1. perghh..ni dah boleh tulis novel dah anys..ayat bagus kot..rase macam baca novel..^_^

    ReplyDelete
  2. pergh! boleh buat novel ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. adoi!
    syg betul semua tu rekaan je..ingatkan betul2 tadi..sweet je cinta blog camtu..aww hehe..


    :)

    ReplyDelete
  4. ngeh.ngeh.. Ari dan Ira.. sweet couple.. :-)

    tak ada kena mengena dengan hidup dan mati ye GK.. hehe

    ReplyDelete
  5. mcm knl jek cter ni

    xpe2 tggu tuannye dtg mengomen hehe

    ReplyDelete
  6. kisah diri sendiri ke??hehehe

    ReplyDelete
  7. fuyoooooooo menang tuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. Ehem2.. nama tu bukan nama sebenar jugak. kan?

    Kalau boh nama anis dgn ehem2, macam betul pulak jalan cerita tu. eh? ;p

    ReplyDelete
  9. bru sempat nk bce cerpen ampa... maaf la terlewat byk...

    wahhhhh sweet nye depa :D

    ReplyDelete
  10. so suweeetttt....post la sini jugak...


    ok la tu....suka2 dulu..yer tak...same goes to me...hehehe


    jemputan khas:Para bloggers yg kiut miut n encem2 semua....apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....hehehehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi