Friday, December 30, 2011

KENAPA AKU PILIH KERJA NI??



Hari ni nak cerita serba sedikit pasal diri aku. Hampir sebulan juga la aku bekerja di Cure, Care Service Centre (CCSC) under AADK. Tugas aku sebagai Case Manager.


Sebelum tu meh aku terangkan apa itu CCSC. CCSC adalah satu pusat perkhidmatan untuk orang yang mengalami masalah berkaitan dengan dadah. Yang nak dapatkan khidmat nasihat pon boleh.


Kat sini antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah

  • kaunseling,
  • kelompok sokong bantu,
  • pencegahan relapse,
  • khidmat masayarakat
  • Rawatan terapi gantian dadah (methadone)
  • rujukan dan advokasi

Kat CCSC ni ada tiga jenis klien, ada outpatient, Daycare dan residen iaitu orang yang tinggal di asrama yang disediakan di CCSC.


Apa Tugas Case Manager??


Apa yang aku buat adalah of course kena buka fail untuk klien. Kena tau latar belakang klien. Segala penyakit yang dia ada, pendek kata segalanya pasal klien yang aku kena tau. Orang pertama yang klien akan jumpa adalah aku.


Macam-macam jenis penagih kita akan jumpa. Ada yang datang iaitu masih dalam keadaan "high" lagi. Cakap pon merepek-repek. Ada yang tiba-tiba menangis pon ada sebab ingatkan aku marah dia. Padahal aku nak ke tandas. Nak tergelak pon ada. Tapi Itu antara kesan-kesan penagihan dadah.


Yang macam aku bagitau tadi adalah kesan orang yang amik syabu atau popular dengan nama ice sebab bentuk dia macam ice batu tu yang jernih tu.



Google: syabu


Kesan dia pulak lebih kepada alami halusinasi sebab tu dia kadang-kadang boleh cakap sorang-sorang dan tak sedar pon apa yang dia buat.


Jadi jangan hairan la kalau ampa dengar berita ada penagih yang rogol nenek sebab mungkin dia nampak nenek tu cantik macam Fasha Sendat ka siapa tahu??


Kenapa Pilih Pekerjaan Ini?


Ada orang tanya kenapa aku pilih kerja macam ni. Bukannya sebab terpaksa dan tak ada kerja lain dah. Cuma minat aku ke arah macam ni. Aku suka kan cabaran. Memang mencabar dan kadang-kadang beri tekanan pada kita dan disitu la kita nak tengok keupayaan kita boleh handle tekanan atau tidak.


Aku sendiri belajar dalam bilang social science. Kalau buat test kerjaya pon ada menunjukkan yang aku lebih sesuai bekerja dengan orang ramai dan terlibat dengan masyarakat. Tak tahu la kenapa.


Mungkin aku rasa kita perlu bantu orang yang mempunyai masalah macam ni. Kalau sebelum ni aku praktikal di Asrama Akhlak iaitu untuk gadis bawah 18 tahun tapi sekarang aku deal dengan mereka yang lebih tua umurnya.


Banyak perbezaannya dan lebih banyak cabarannya. Untuk pengetahuan semua juga yang paling tertinggi yang menagih adalah bangsa melayu, india dan cina. Kalau zaman dulu cina tapi sekarang ni Melayu lebih ramai. Sedihkan tengok bangsa Melayu macam tu?


Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsi pasal ni tapi aku rasa cukuplah setakat ni dahulu. Rugi ada blog tapi tak berkongsi pengalaman kita dalam ni. Mungkin kita berlainan bidang tapi kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing itulah kelebihan mempunyai blog =)


Nanti aku akan cuba kongsikan pengalaman mengenai stigma masyarakat semasa aku menjalankan outreach. Apa itu outreach? Nanti aku terangkan.




14 comments:

  1. kami pun suka kerja2 macam ni sebenaqnya.. :-)

    ReplyDelete
  2. wow, best! (^_^) suka jugak keja yang camni.

    ReplyDelete
  3. waaaa
    bile bace ni...mimi pon jadi minat keje ni
    huuuu
    sukekan cbran yg mmbuat kite terfikir setiap hari :)

    ReplyDelete
  4. menarik dan mencabar tu...takpa..pengalaman bekerja =)

    ReplyDelete
  5. Selamat maju jaya..
    Cak! Senyum selalu ('',)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..
    bagus la awak nie:)
    two thumbs up

    ReplyDelete
  7. mesti tak boring keje, jumpa memacam ragam orang tiap ari..

    keje cam kita ni la bosan, tiap ari mengadap komputer buat benda yg sama..

    ReplyDelete
  8. wah bagusnya. dear ingat i lg? hehe.

    eh btw husband i ada band yg message dorg say no to drugs, free sex and alcohol. if you nak buat show ke apa let me know hehe. sbb band dorg selalu gak ADK agensi dadah kebangsaan sponsor :)

    ReplyDelete
  9. kerjaya menarik..semoga maju jaya GKSB

    ReplyDelete
  10. anys..kalau ade program ape2 macam kerja komuniti ke ape ke..jgn lupa paggil kami..kami pun suka kerja2 bantu orang macam ni..

    seronok dpt tolong org sebenarnye..^_^

    ReplyDelete
  11. kami pn lg ske kerja dgn masyarakat luar nie.. sbb kita berdepan dgn realiti, klu kita keje ofis akan jd plastik sbb byk rules yg kene ikut...byk sgt pantang larang yg xblh lepas... sgt plastik..

    ehh teremosi lak.. hew hew hew :p

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi