Tuesday, December 6, 2011

PENGALAMAN MELIHAT MANGSA KEBAKARAN DI DEPAN MATA


Tadi di kawasan tempat kerja aku dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diduga bila ada salah sebuah rumah flet dari tingkat 15 terbakar. Ada dua orang mangsa iaitu suami isteri. Mula-mula aku lihat dari jauh tapi aku beranikan diri untuk lihat sendiri secara dekat.


Suami menggelupur kepanasan sambil menjerit panas, panas. Tangan dia hanya tinggal isi putih saja. Masa tu hanya ada anggota bomba di samping lelaki tu sebab pasukan penyelamat perubatan berada di tingkat atas untuk selamatkan isteri dia.


Malangnya isteri dia dah tak sedarkan diri masa tu dan aku boleh lihat macam mana keadaan isteri dia yang lagi teruk bila dikatakan melecur 80% diseluruh badan. Dah tak ada kulit yang ada hanya isi-isi atau daging di badan dan kakinya terbakar teruk.


Bila terasa loya cepat-cepat aku blah. Sempat juga aku tengok bila pasukan perubatan nak masukkan mangsa ke dalam ambulans ramai orang yang dok cepat-cepat amik gambar dengan telefon bimbit. Masa tu aku terfikir dah sanggup ke kalo perkara yang sama terjadi pada ampa ada orang yang amik gambar macam tu padahal ampa dalam kesakitan??


Lagi malang kalo disebarkan. Sanggup ker??


Bagaimana keadaan suami isteri tu aku tak pasti tapi insyaallah suaminya selamat cuma isterinya yang melecur teruk. Cuma dapat doakan yang terbaik untuk mereka.


Dan pesan aku pada sesiapa terutamanya yang tinggal di rumah flat, apartment atau kondo pastikan pintu rumah anda senang untuk dibuka dan anak kunci rumah berasingan dari kunci lain dan berada di tempat yang sepatutnya sebab jika berlaku sesuatu ampa tak kan tercari-cari kunci apatah lagi dalam keadaan panik.




13 comments:

  1. Amin2. Doakn depa cpt smbuh. Huu cian depa.

    ReplyDelete
  2. huhuhu.tak sanggup.kesiannya depa :'( sama2 lah doakan suami isteri ni

    ReplyDelete
  3. haishhh dok rasa nyut2 dah sakitnya...

    ReplyDelete
  4. kesiannya .. moga2 si isteri dapat selamat :)

    ReplyDelete
  5. Kat mana ni? Tadi terbaca kat Berita Harian kata isterinya meninggal dunia, xtau la kejadia yg sama atau tak.

    ReplyDelete
  6. uihhh..ngerinyaa..
    pnah jgak ada kbkaran dkat flat yg zti dok.. dgr cita anak tuan rmah yg tbkar tu main api dlm bilik.. myb bdk tu gna mncis @ lghter.. nsib bek takdak yg cdra..cma brg2 ja tbakar..

    ReplyDelete
  7. argh dekat mana tu? huhuh semoga pasangan tersebut selamat.. seram nyaa..

    ReplyDelete
  8. eeee takot noh... ..cam sya kalu nak kuaq umah @ duduk rumah time nak tido berkali2 check benda2 bahaya ni..iron,dapoq gas,semua la..takot jadi benda lagu ni la...

    ReplyDelete
  9. betul betul.
    kalau kunci rumah tuh biar kunci rumah je.

    senang.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi