Sunday, December 4, 2011

SUSAHNYA NAK HIDUP SUSAH TAPI KESENANGAN TAK MUNGKIN DATANG BERGOLEK



Assalamualaikum.,


Dah selamat aku melaporkan diri di tempat kerja baru. Di mana?? Di AADK WPKL sebagai case manager. Macam berat je tugas ni kan?? Agak berat apatah lagi bila kita akan bekerja dengan orang yang dikategorikan sebagai bermasalah.


Dan aku akan bertugas di Care, Cure Service Centre (CCSC) salah satu kawasan hotspot di KL. Dan perjalanan hidup aku bukan sesuatu yang mudah sekarang ni. Terpaksa meminta pertolongan kawan-kawan dan saudara mara buat sementara waktu.


Kadang-kadang rasa menyusahkan mereka. Tapi aku terpaksa. Sementara nak stabilkan hidup dan memulakan hidup ditempat yang baru, nak kenal selok belok kawasan. Harap dipermudahkan.


Kadang-kadang rasa nak menangis pon ada, dengan tak ada transport sendiri, terpaksa bersusah payah ke sana ke sini sorang-sorang, habis duit banyak alahai letihnya. Tapi tu la cabaran dan pengorbanan yang terpaksa aku hadapi. Mungkin... Mungkin juga boleh kurus hahaha...


Sekarang ni kena siapkan mental untuk hadapi kerja dan situasi yang mencabar ni bila mental dah kuat secara tak langsung fizikal juga akan kuat. Cuma bila stress migrain mula menyerang. Asyik sakit kepala tu la kelemahan aku buat masa sekarang.


Banyak fikir. Tu yang TTM selalu perkatakan pasal diri aku. Huhu...


Tak apa la sementara nak biasakan diri. (sedapkan hati sendiri) =P Insyaallah aku boleh. Susah-susah dulu. Bila hidup susah baru kita akan tahu menghargai kehidupan bila dah mengecapi kejayaan ye dakk??


Memang susah nak hidup susah tapi kesenangan tak mungkin datang bergolek. Yang penting sabar dan terus berusaha.






15 comments:

  1. Ganbatte ne!
    Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan hari-hari seterusnya..

    (^_____^)
    Anak rantau di tempat orang.. Saya juga baru sampai ke KL..(",)

    ReplyDelete
  2. caiyok2 cik SKSB..mmg susah idop di tempat org, bekerja plak dlm suasana yg tak berapa nak best.at least try dulu, yer dak..rasa cam tak ok nti, leh la pk cara lain plak nak idop..huhu

    ReplyDelete
  3. buleh aih.. nak berak pn tak senang kalau kita ingat senang GK oih, nak kena p cari jamban, nak buka suaQ, nak teran lagi. last2 da setel, nikmat tu takleh nak kata aa.. so jgn isau. pengorbanan tu tak sia-sia selagi mana ALLAH ada bersama. :)

    apa2 habaQ la noh.. :P

    ReplyDelete
  4. Setiap usaha pasti ada hasilnya..jgn rsau..semuanya akan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  5. @sara

    anak perantauan la kita ye dak??

    insyaallah....semoga diberikan kekuatan insyaallah...

    ReplyDelete
  6. bersusah2 dahulu.. bersenang2 kemudian.. takpa anggap aja ni ujian utk cik gksb.. sentiasa berserah kepadaNya.. InsyaAllah.. akan dipermudahkan segalanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Tabahkan hati dan kuat semangat hidup di perantauan. Akak pernah lalui keadaan yg sama 10 tahun lepas, but Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya


    Pelan-pelan usaha ya!!

    ReplyDelete
  8. chayok2 !
    lepas ni cakap belankang bunyi eee lah noh,,
    hehe

    ReplyDelete
  9. cik gksb, xmo sedey2. kita serupa. baru report duty kat KL nih. huhu

    ReplyDelete
  10. insyaAllah blh... "Allah tak kan menguji duluar kemampuan umatNya" kami pegang kata2 tue start kami jejak kaki kat alor setar nie dlu..

    dan kami mulakan live kami kat sini lone ranjer, xde sedara, xde kawan.. step by step. alhamdulilah sumenye Allah permudahkan... jgn ptus asa GK :)

    ReplyDelete
  11. Selamat Bekerjaaaaaa...
    semoga terus tabah di sana dan semoga Allah lindungi GKSB... aminnnn

    -silent reader-

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi