Tuesday, December 6, 2011

WANITA MAUT AKIBAT KEBAKARAN




KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai punca kebakaran di sebuah rumah di tingkat 15, Flet Desa Rejang, Setapak, di sini, semalam yang menyebabkan kematian seorang wanita berusia 34 tahun, terjawab apabila siasatan polis mendapati wujud unsur jenayah.


Difahamkan, unit forensik menemui dua botol petrol yang diletakkan di bahagian dapur dan ruang tamu rumah berkenaan yang secara tidak langsung menimbulkan keraguan mengenai punca kebakaran di kediaman itu.


Rentetan penemuan itu, polis menahan suami wanita terbabit berusia 56 tahun yang masih dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana melecur hampir 60 peratus badan dalam kejadian sama bagi membantu siasatan.


Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan menghidupkan dapurnya untuk memasak sebelum berlaku letupan yang menyebabkan kebakaran.


Menurut sumber, botol petrol itu diletakkan berhampiran kawasan memasak dan apabila wanita terbabit menghidupkan api dapur berkenaan, letupan kuat berlaku sebelum api menyambar tubuhnya.


“Ketika kejadian, suami mangsa berada di ruang tamu rumah dan bergegas menyelamatkan isteri sebaik mendengar jeritan wanita itu.


“Bagaimanapun, dia yang disambar api gagal berbuat demikian lalu menjerit meminta tolong,” katanya.


Sumber berkata, jiran yang mendengar jeritan pasangan terbabit masuk ke rumah berkenaan dan menyelamatkan mereka.


“Penduduk menghubungi polis dan bomba melaporkan kejadian itu,” katanya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Anuar mengesahkan ketika dia bersama pasukannya tiba di lokasi kejadian, api yang merebak itu sudah dipadamkan penduduk sebelum pasangan terbabit dikejarkan ke hospital.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan suami mangsa.


“Kami menahan suami mangsa bagi membantu siasatan selepas polis menemui dua botol petrol di rumah berkenaan. Penemuan botol petrol ini menimbulkan keraguan dan kami percaya ada unsur jenayah dalam kebakaran itu.


“Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan dan percakapan suaminya (mangsa) akan dirakamkan selepas keadaannya stabil,” katanya.


Tambahnya, pihaknya masih mengumpul bukti bagi mengklasifikasikan kes itu dan semuanya bergantung kepada hasil siasatan.



..............................................................................................................................



Macam yang aku cerita dalam entry aku semalam, kalo belum baca boleh rujuk SINI. Nampaknya umur isterinya tidak panjang sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.


Macam aku dapat maklumat kelmarin ada sabotaj mengenai kebakaran tapi aku tak tulis dalam blog sebab perkara tu belum dipastikan. Hari ni keluar berita rupanya berkemungkinan suaminya cuba nak bunuh isteri. Tapi perkara tu masih dalam siasatan.


Apa pon motifnya mungkin berkemungkinan sebab cemburu. Cerita sebenar terserah pada hasil siasatan nanti.


Cuma aku terbayang-bayang semasa lelaki tersebut menggelupur sambil jerit "panas, panas" kalo betul la dia cuba bunuh isteri dia boleh tak dia bayangkan bagaimana isteri dia yang maut akibat melecur teruk akibat terbakar di mana aku lihat dengan mata aku sendiri seluruh badan terbakar dan melecur. Sedangkan dia yang turut melecur dah terjerit-jerit macam tu apatah lagi isteri dia.


Rupanya hidup di bandaraya Kuala Lumpur ni banyak cabaran yang menanti. Banyak perkara yang tidak terduga terjadi. Ya Allah jauhkan aku dari segala bahaya, lindungilah aku Ya Allah.




9 comments:

  1. Sentiasa la berwaspada dan selalu berserah kepadaNya..

    p/s: Al-Fatihah.. semoga roh mangsa ditempatkan bersama org2 beriman..

    ReplyDelete
  2. baca juga kisah semalam dan pagi tadi di surat khabar.
    tak tahu nak tulis apa. moga kita semua terlindung dari bala , fitnah dan mala petaka

    ReplyDelete
  3. @deen azmi

    sentiasa berwaspada dan kadang2 berada dalam ketakutan

    ReplyDelete
  4. kesian..lelaki tue mmg zalim giler!..nie la org kata, kalau baru disayang2, dah lama skit ditendang2..kalau lagi lama, di bunuh2..elok laki tue kne hukum bunuh jer..al-fatihah!

    ReplyDelete
  5. ramai yang jenis dengki dan keji sekarang ini....moga aku dijauhkan dari semua ini

    ReplyDelete
  6. inalilah wainalilahirajiun... Al-Fatihah....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi