Monday, January 31, 2011

BLOGGER UTARA, BILA KITA NAK DATING NI? AHAKZ =P



Terima kasih pada yang dah buat entry "Kami Blogger Utagha" dan yang dah add FB GKSB tu.

Dan jangan lupa untuk like FB pages Kami Orang Utara.

Nanti GKSB akan buat bloglist khas untuk blogger utara ni.

Sempena cuti hari raya cina ni, mesti ramai yang balik kampung kan?

Aku pon dok lepak kat rumah ja kat Aloq Staq ni.

Teringin gak nak lepak dengan blogger-blogger yang dok area-area sini, tapi masalahnya nak tetapkan tarikh tu la..

Kalau kita buat hari Rabu ni atau Khamis ada yang nak join tak?

Hari sabtu memang tak boleh, kawan aku tunang hari tu.

Apa pendapat ampa plak?

Respon Plezz...

KAMI BLOGGER UTAGHA



Kepada blogger sama ada berasal dari Utara iaitu 4 negeri utama di Utara, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, ataupun study dan kerja di sini,

GKSB sedang berusaha untuk mengumpulkan blogger-blogger yang berada di utara ini.

Tujuannya adalah supaya satu hari nanti, mungkin kita boleh anjurkan Gathering Blogger Utara

Sebelum ni mungkin ramai yang terlepas untuk Join Gathering Blogger Utara yang GKSB anjurkan di Alor Star.

Oleh itu dalam usaha untuk mengumpulkan blogger dari utara, GKSB nak Ampa buat 1 entry bertajuk "KAMI BLOGGER UTAGHA" dan letakkan banner di bawah ni serta linkkan ke blog GKSB.





Nyatakan ampa dari negeri mana.

Dan kalau boleh add FB sebab GKSB ada buat group untuk blogger utara.

Jangan lupa nyatakan ampa dari utara yerk?


Dah selesai semua tu ampa tinggalkan link dekat entry ni.

Orait?


UPDATE 12/5/2011: PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBUAT PERKARA BERIKUT


Ada yang tinggal link blog sahaja tapi sebenarnya tak buat entry pon pasal KBU

Ada yang dah buat entry tapi hanya tinggalkan link blog

Ada yang buat entry, tapi mungkin terlupa link kan balik entry dia tu ke link entry ni. So ada kawan-kawan yang nak join, tapi tak tahu nak join macam mana.

Ada yang dah buat entry semua, tapi tak add GKSB kat FB. Tapi ada yang add tak beritahu plak yang dia dah buat entry KBU.

So selepas ni, harap benda ni tak akan berulang lagi. Pada yang hanya tinggalkan link blog dia tanpa buat entry. GKSB tak akan update nama dia dekat sini.

PERHATIAN KEPADA BLOGGER MEH SINI ADA PENGUMUMAN SKET


Aku dah buat akaun FB baru khas untuk blogger sahaja.

Jadi nak minta tolong ampa add aku yer

Terima Kasih.

=)








Sunday, January 30, 2011

CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI


Sebelum ni aku tulis entry pasal aku yang suka Memberontak dalam Diam.

Aku dah buat sesuatu yang membuatkan dia benci kat aku =')

Mungkin itu yang terbaik untuk dia.

Dia dah ada orang yang sayangkan dia mungkin lebih daripada aku, mungkin itu yang terbaik untuk dia.

Rasanya tak perlu ada aku lagi, kalau ada pon mungkin akan ganggu hubungan dia sekarang.

Aku?

Hanya mampu senyum dan menangis dalam hati

=')

Cinta kadang-kadang tak semestinya memiliki.

MARI KITA LAYAN PERASAAN

Jom layan perasaan sambil dengar lagu ni

Penantian-Kertas Band






Teringat kat seseorang, dulu-dulu selalu jer call sambil main gitar dan nyanyi untuk aku

Hihihi...

Apa cerita la dia sekarang yer?

MENANTU TIP TOP~MENTUA HOT GILA



Ampa tengok tak drama cerekarama malam tadi?

Tajuk menantu tip top.

Boleh la tahan cerita ni ada unsur-unsur lawak tapi ampa tengok tak Amyza Adnan yang berlakon menjadi mak dan juga mentua kepada Sariyanti?


Sariyanti



Pada aku la ni la mentua paling hot, seksi kot haha..


Amyza Adnan



Pelakon lelakinya pula lakonan Nazim Othman

Ensem betoi dia ni

Hihi..





Macam adik dengan kakak plak aku tengok depa ni hoho...

Yala mak seksi sangat kot...

Dan yang paling aku suka masa ada satu dialog tu Abby Yus yang berlakon sebagai ayah cakap kat bini dia Amyza Adnan "Bukan macam awak kaki panjang dari kain " Lebih kurang macam tu la ayat dia

Kebetulan masa tu bini dia pakai baju tidur yang singkat tu paras lutut hoho...

Apa-apa pon drama ni agak menghiburkan boleh la gelak-gelak hilangkan stress juga

=)


Saturday, January 29, 2011

BERANI HANG BULI ADIK AKU NOWH?



Kalau masa aku kecik-kecik dulu, aku la kaki buli adik-adik aku.

Kalau bergaduh mesti nak menang.

Alasannya, aku kan kakak hehe...

Tapi bila depa dah besaq ni, aku la pembela adik-adik aku kalau kena buli. Tambah adik-adik laki aku suka sangat buli puteri.

Ya la dah yang tu ja adik kami, seorang perempuan plak tu.

Kalau ampa tak percaya ni buktinya beserta gambar yang depa memang suka membuli puteri





Tragis kan?

Hakhak

Dalam family kami, aku anak sulung, ada adik 4 laki dan sorang perempuan.

Walaupun aku ni kakak, tapi perangai aku tak macam kakak plak, adik aku yang no 2 tu yang macam abang aku plak.

Tapi sekarang ni aku dah sedar diri.

Umur dah nak masuk 2* haruslah kena banyak muhasabah diri.

Walaupun aku ni garang dan jarang tunjuk kasih sayang aku, kecuali pada puteri ja, aku tetap sayang depa ni, adik-adik aku.



**seorang lagi adik aku tak ada dalam gambar

Dan muka kami rasanya memang tak ada iras-iras langsung ye dak?

AKU NAK TUNANG =)

Ada lagi lebih kurang 4 bulan lagi aku nak habis study.

Lepas ni macam mana la hidup aku untuk yang kedepan-depan ni.

Insyaallah kalau panjang umur dapat la aku hadapi masa hadapan aku yang belum tahu macam mana coraknya.

Dan insyallah aku nak tunang hujung tahun ni.

Hehehe...

Dengan siapa aku tak tau lagi, calon pon tak dak lagi ni.

Tapi tarikh dah pilih iaitu 11-11-11.

Akan tercapaikah angan-angan aku tu?

Tunggu sampai masa tu nanti

hihihi

=)


Pakai baju macam ni masa nak tunang ok tak?

Ahaha....

Gurau jer

=P


Friday, January 28, 2011

PEREMPUAN MATA DUITAN


GOOGLE




Ampa pernah tak jumpa perempuan macam ni?

Ka ampa yang tergolong dalam jenis yang macam ni?

Memang tak dapat dinafikan duit merupakan segala-galanya pada zaman ini, kerana duit manusia boleh jadi lupa diri dan kerana duit juga manusia sanggup buat apa-apa saja.

Dan ampa jangan terkejut kalau ada perempuan yang jenis couple ramai-ramai dan semua tu hanya kerana duit. Dan lebih malang lagi kalau ada lelaki yang tahu perangai awek dia macam tu tapi biarkan saja disebabkan nak menumpang kemewahan perempuan tu.

Duit, sapa tak mau duit cuba habaq mai?

Tapi biarlah kita cari duit dengan cara yang elok dan paling penting halal. Rezeki yang ampa bagi anak bini ampa makan kalau tak halal boleh jadi darah daging.

Sebab tu la ampa jangan la hairan kalau ada anak ampa yang benak sangat nak belajar, sebab dah makan rezeki dari sumber yang tak halal.

Dan pada ampa lelaki iaitu pemimpin rumah tangga pastikan duit untuk nafkah anak-anak dari sumber yang halal.

Untuk perempuan yang mata duitan ni, sudah-sudah la mempermainkan perasaan orang, bila ampa dah perabeh duit dia senang-senang ja ampa nak tinggalkan dia.

Kalau ada lelaki yang tak puas hati dengan ampa silap-silap boleh jadi kes simbah asid plak nanti.

Tepuk dada tanya hati

=)

MEMBERONTAK DALAM DIAM



Perangai aku ni pelik sket. Selalunya kalau orang tuduh aku buat benda yang aku tak buat, lepas tu tak mau percaya kat aku, akan ada satu tahap aku akan buat benda yang orang tuduh aku buat tu.

Rasanya banyak kali berlaku benda macam ni. Member aku cakap aku suka memberontak dalam diam. Hahaha... Mungkin la kot.

Aku pantang kalau orang dok tuduh-tuduh aku ni buat benda yang langsung aku tak buat. Dan sekarang rasanya aku akan buat la apa yang orang tu tuduh aku.

Lepas ni kalau rasa sakit hati dengan aku ka apa ka, nak benci kat aku ka terpulang la. Aku dah tak kisah apa-apa dah. Sekali aku hilang sabar memang aku akan buat benda yang orang tu tak suka.

Kalau rasa meluat, nak benci aku ka terpulang. Rasanya perasaan benci tu lagi bagus untuk menjauhkan kita hehe...

Benci tapi rindu? Oppss terlebih sudah. Ahahaha... Senyum mau maneh

Thursday, January 27, 2011

KONTROVERSI FASHA SANDHA, NORA, JEJAI & AKU, EX-BOY DAN TEMAN TAPI MESRA


Tak abeh-abeh lagi kan kontroversi pasal Fasha dan Nora Danish ni.

Pasal lelaki, perempuan selalu memalukan diri sendiri.

Yang terbaru ni Fasha tuduh Nora buat cerita sedangkan Nora cakap Jejai yang bagitau macam tu.

Kalau si Jejai tu tipu, maknanya kita pon tertipu la.



Selalu kita tengok perempuan bergaduh pasal lelaki. Semalam pon aku kena sound dengan awek ex-boy aku dalam FB.

Ex-boy aku yang cari aku untuk berkawan, bila aku dah boleh terima sebagai kawan lepas macam-macam yang berlaku, jadi macam ni plak.

Awek dia siap sound aku, siap nak nasihat aku lagi hallloooooooooooo... Kalau hang tu tak tau apa-apa jangan pandai-pandai la nak sound-sound orang ni.

Pastu aku kena marah balik sebab p layan awek dia tu kalau dah tau pangai awek dia macam budak-budak pandai-pandai la handle jangan salah kan aku plak.

Bengang! bengang!

Hang ingat aku suka bergaduh sangat? Aku usik awek dia tu lagi ada la, cakap nak berkongsi pak we dia, susah nak tinggalkan dia la ahahaha.. Melenting budak tu.

Jangan risau la nowh wahai cik adik, aku ni tak jahat sangat nak merampas laki orang ni. Lagipun hidup aku sekarang ni dah sangat ok. Mungkin ada lagi lelaki yang lebih baik dari dia yang boleh jaga aku.

Cuma selama ni aku ja yang buta, malas nak buka hati aku untuk orang lain tapi rasanya sekarang ni dah tak ada masalah dah untuk aku buka kan hati aku untuk orang lain lepas apa yang jadi ni.

Mungkinkah akan dengan Teman Tapi Mesra aku ini?





Teman tapi Mesra



Atau kami lebih sesuai berkawan sampai bila-bila?

Apa-apa pon jodoh semua di tangan Tuhan

Kita hanya mampu berusaha tapi yang menentukan hanyalah DIA.

=)

Tepuk dada tanya hati

60 HARI MENCARI CINTA


Tiba masanya membuka hati pada orang lain.

Kisah yang lama mari kita lupakan.

Insyaallah akan bertemu orang yang akan lebih baik dari yang lama

Mudah-mudahan

=)

SAKIT SANGAT

Hahahaha... Gara-gara aku baru tukar status kat FB dari SEPARATED kepada SINGLE pon jadi isu. Ingat aku ni baru single ka? Dia tu kot jadi orang terakhir dalam hidup aku setakat ni.

Dah la aku ni bukan yang jenis senang-senang nak terima orang lain dalam hidup aku. Selama ni aku asyik mengenang benda yang lepas ja.

Ditambah plak dengan kawan-kawan aku yang saja buat kontroversi tadi. Dia tak kenai kawan-kawan aku macam mana. Langsung tak kenai. Cara depa melawak lain. Lepas tu senang-senang nak jatuhkan hukuman macam tu kat aku.

Hati aku ni rapuh beb.

Sekali kena jentik dah rasa sakit.

Bila tengok kawan-kawan aku yang baru putus hubungan, cepat ja dapat pengganti. Hairan betul aku tak rasa apa-apa ka lepas putus?

Aku ni dah la terpaksa amik masa nak lupakan benda yang lepas, nak ada pengganti dalam mimpi ja la kot dapat. Kalau la aku ni jenis senang-senang nak terima orang lain macam depa, kan senang.

Ni hati baru nak baik, terluka lagi. Diluka oleh orang yang sama plak tu. Dah jauh aku lari tu tapi kenapa nak cari aku balik? Lepas tu senang-senang luka kan hati aku lagi.

Aku ka yang bodoh?

Aku harap ni la kali terakhir jadi macam ni. Cukup-cukup la aku rasa macam ni. Sakit ar............ Sakit dah ni. Sakit sangat.



Wednesday, January 26, 2011

BILA RASA DIRI TIDAK BOLEH TERIMA KENYATAAN


Huiii....

Sakit jiwa bila dok belek-belek gambar lama-lama ni.

Sakit hati plak aku tengok gambar sendiri.

Haihhhh....

Rasa macam tak boleh terima kenyataan plak.

Awat la aku jadi lagu ni???

Kalau ampa tengok perbezaan 2 gambar ni apa ampa nak kata?


SEBELUM

Tarikh Akhir ambil: 28-2-09






KINI

Tarikh Akhir Ambil: 22. 12. 2010




ARGHHH.....

Macam tak boleh terima kenyataan aku dah makin demok

Hukhuk...

NAK JUMPA BLOGGER UTARA LAGI?


Minggu depan cuti hari raya cina dan semestinya ramai yang akan balik kampung.

Lepas disapa oleh Taufiq Helios di FB tadi, aku terfikir apa kata buat meetup blogger lagi sekali.

Mungkin ada yang tak berkesempatan p masa Gathering hari tu boleh la join plak.

Tapi ni cuma cadangan saja.

Mungkin ni hanya kecil-kecilan dan lebih kepada main bowling jer.

Dan semestinya buat kat Aloq Staq la.

Apa pendapat ampa plak?

Dan aku nak tarikh yang sesuai. Kecuali 5hb memang aku tak boleh sebab aku nak ke Perlis kawan aku tunang.

Tapi kalau ada orang lain yang nak jadi penganjur plak kali ni sangat dialu-alukan

=)

Tuesday, January 25, 2011

PUTUS JUGA AKHIRNYA HUBUNGAN FASHA DAN JEJAI


SUMBER: HARIAN METRO



Dah putus dah depa ni.

What goes around comes around.

Nak kata balasan pon boleh.

Kalau dulu hang amik hak orang, hang ingat hang boleh bahagia ka?

Lepas satu-satu kontroversi yang dia timbulkan termasuk kes berbikini hari tu.

Malas aku nak komen lebih-lebih cuma aku nak tekan kan selalunya hubungan hasil keruntuhan masjid orang lain akan berkekalan kah?

Kalau masa couple pon kita dah melenting marah kalau pasangan kita ada orang lain apatah lagi sampai bercerai-berai.

Dan aku terfikir sejauh manakah hubungan pasangan yang 1 lagi yang lebih kurang macam ni juga, sampai bercerai-berai plak artis tu. Siapakah dia?

Jeng jeng jeng...



KALAU P KELANTAN WAJIB SINGGAH 2 TEMPAT INI

Ore goyak kalo g kelate kalo tok g rantau panje meme tak cukup syarat. Aku g rantau panje try kecek kelate walo bunyi mace sie

hahaha...

Boleh bayangkan tak orang kedah cakap kelantan? Keh3...

Orang kelate amacam boleh terima tak bahasa aku ni?

Kira halal la kan? Hahaha...

Sebelum balik tu sempat singgah rantau panjang. Malam sebelum tu p wakaf che yeh.

Ni buktinya aku p sana hehe..



Tak ada la borong sangat. Tapi bila p rantau panjang memang borong sakan la.

Bila digabungkan antara barang-barang yang aku beli adalah

anak patung katak ni yang besar punya harga asal RM 40 tapi hasil tawar menawar hanya

RM 28.



Kalau kat kedai biasa mau mencecah beratus ringgit pa?

Ni aku beli dekat rantau panjang.



Kemudian aku beli blanket pink love ni



Harga asal RM 20 lepas tawar menawar dapat RM 15.



Beli kasut ni dengan harga RM 15, kalau dekat Alor Star dan Padang Besar dalam RM 20-25 so kat sini boleh dapat murah lagi. Aku beli kasut ni dekat wakaf che yeh.






Jersi ni plak dengan harga RM 17.

Ni orang pesan.

Senang nak main badminton katanya




Dekat aku plak, aku beli jersi Malaysia yang warna biru. Kalau dekat sebelah utara memang dah tak ada, sold out.

Harganya RM 35. Paling murah kot, harga asal RM 45. Semua standard harga kat kedai macam tu.

Tapi aku tak tau la kot-kot ampa dapat lagi murah dari tu.


Yang lain-lain aku borong keropok ja nak bawa balik rumah cuti raya cina nanti.

Aku jarang shopping tapi sesekali shopping macam-macam plak aku beli huhu...

Ampa plak macam mana?

Kaki shopping gak ker?


Team Futsal Wanita

=)



Monday, January 24, 2011

PERANGAI KURANG AJAQ


Entry sebelum ni aku ada mention trip aku kali ni untuk SUKAD adalah paling tak best selama 3 tahun aku terlibat dengan SUKAD ni. Dan apa yang aku nak cerita ni mungkin akan membuat orang terasa tu pon kalau depa baca. Tapi kalau ada yang terasa tu pakat amik sorang sket la nowh?

Apa yang paling aku dan kawan-kawan aku hangin sangat ni adalah perangai junior yang langsung tak ada perasaan hormat pada senior. Bukan semua, tapi ada sesetengah yang mulut tu celupaq sangat.

Memang kurang ajaq senang cerita. Dan budak tu adalah budak yang sama yang pernah aku cerita dalam entry-entry aku yang sebelum ni pasal kes masa tengok TV untuk AJL.

Dah la tak reti nak hormat orang, kalau maki tu ikut suka hati dia ja. Memang langsung tak ada perasaan nak hormat pada orang yang lebih tua. Walaupun aku senior, ada ja junior aku yang lebih tua pada aku ni, boleh ja kami hormat, tapi depa ni aku tak paham betul perangai tu mai dari celah mana.

Yang depa tau keja nak komplain orang lain, tapi bila ada apa-apa yang orang tegur depa ni, keja nak marah balik. Tak boleh langsung terima teguran dan paling aku tak suka orang yang kaki merungut.

Bukannya aku nak kata depa ni tak baguih, ada ja junior yang baguih tapi kalau yang jenis ada geng mula la menjadi besaq kepala.

Kalau ikut hati aku, orang yang dok buat perangai kurang ajaq ni, tambah-tambah dengan aku memang boleh bawa gaduh. Bila pikiaq balik, aku sebagai yang umurnya dah matang, tak kan nak buat perangai budak-budak macam depa? Nak gaduh-gaduh tengking orang ikut suka hati dia?

Cuma 1 ja aku risau pasal diri aku, kalau aku boleh bersabar aku sabar ja tapi kalau aku hilang sabar.... Tunggu masa ja la.

Pastu berlagak, cakap macam dia tu hebat sangat, tapi haraaammm....

Ni la sejarah aku dapat junior yang perangai kurang ajaq dan semestinya perempuan la.

Kalau budak-budak ni tak suka kat aku, aku tak kisah langsung sebab kalau tak betul memang aku akan tegur direct, tapi berlapik, tapi yang aku hairannya dengan senior lain pon depa tak reti hormat apa cerita?



Sunday, January 23, 2011

KAWE DAH PADAI KECEK KELATE WEH...



Alhamdulillah selamat sampai dari Kelantan.

Kawe dah padai kecek kelate weh kih3.....

Baru p 2 malam. Tu belum p dok sana lama sket.

Penat la..

Penat shopping ahahaha..

Entry yang sebelum ni ada orang tanya SUKAD tu apa?

SUKAD tu adalah singkatan bagi Sukan Antara Desasiswa. Kalau dekat USM, Hostel yang kami duduk ni panggil desasiswa. So adalah nama-nama dia. Contohnya Desasiswa Cahaya Gemilang, Restu, Tekun, Indah Kembara dan ada lagi nama yang indah-indah hehe..


Bukannya penat main. Eh main futsal pon penat juga. Dan kali ni kami kurang bernasib baik walau macam mana pon aku telah berjaya menjaringkan gol untuk pasukan aku bagi kedudukan seri bagi perlawanan kedua.

Perlawanan ketiga kalah. Sayang betul. Kalah tipis 2-1 jer.

Muka aku toksah kata la sunburn teruk ar. Camna nak p dating ni cewah hehe..

Tapi kali ni, selama 3 tahun aku jadi student kat sini dan terlibat dalam SUKAD, ni la trip paling tak best. Sebab apa? Nanti aku cerita.

Nak rehat sat.

Saturday, January 22, 2011

PEREMPUAN, MAKE-UP DAN ROZITA CHE WAN?


Selalunya perempuan selalu dikaitkan dengan kaki mekap. Ada sesetengah perempuan kalau tak mekap, memang tak keluar rumah.

Ada sesetengah pula, memang tak suka dimekap.

Tanpa kita sedar, mekap ni sangat penting terutamanya untuk membuat kita kelihatan berbeza daripada biasa dan lebih cantik.

Tapi adakalanya lelaki sukakan perempuan yang mempunyai kecantikkan semulajadi tanpa ada alat solek, ada lelaki pulak sukakan perempuan yang disolek cantik.

Lain la kalau kita ni mempunyai rupa yang menarik macam Rozita Che Wan.

Kalau kita tengok perbezaan gambar ni

iaitu Rozita Che Wan tanpa mekap



dan Rozita Che Wan yang dimekap



Harus diakui dia memang dah cantik kalau tak mekap.

Aku plak suka mekap tapi tak pandai mekap.

Kalau orang tua-tua tak suka anak dara mekap lebih-lebih sangat depa kata nanti kalau kawen hilang seri.

Lain la kalau yang tak pernah mekap tapi bila mekap kawen nanti nampak sangat perubahan tu, cantik sangat kan?

Apa-apa pon pada gadis-gadis di luar sana, kalau ampa rasa selesa dengan keadaan ampa sekarang teruskan tapi kalau sesekali nak berubah gaya apa salahnya kan?

Friday, January 21, 2011

SELAMAT TINGGAL



Pukul 3 japgi, aku akan bertolak ke Kelantan untuk SUKAD USM, doakan keselamatan pergi dan balik kami yer

=)

Blog mungkin akan ditinggal lagi

='(

Rindukan aku yer =P



Thursday, January 20, 2011

KENING LEBAT KUAT CEMBURU??




Betoi ka kuat cemburu???

Aku pernah tengok rancangan talkshow apa tak tau tak ingat, ada la sentuh pasal ni, kononnya orang yang kening lebat ni kuat cemburu.

Sebab ada hormon apa tak tau yang mempengaruhi seseorang itu menjadi kuat cemburu. So kalau nak tau dia kuat cemburu ka tak tengok kening dia lebat atau tak.

Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti sangat kalau ada yang tau kongsi-kongsi la sket yer?

Tapi kalau aku ni dulu-dulu kalau cemburu jenis tak tunjuk. Bila mai umur 20-an aku pon tak tau la kenapa aku cepat cemburu dan yang paling penting bukan cemburu buta la.

Cemburu tanda sayang cuma kalau terlalu kuat cemburu sampai mengongkong dan membawa kepada cemburu buta tu memang tak patut la.

Selalunya cemburu aku bersebab.

Sekarang ni, aku pon tak pasti yang aku cemburu ka tak andai kata teman tapi mesra aku tu dah ada GF nanti. Kalau aku plak yang ada BF dia cemburu ka tak eyh?



BILA EX-BOY DAH ADA MAKWE BARU



Ex-boy aku dah ada makwe baru wiwittt.....

Ahahaha.....

Jeles ker??

Ada la juga sikit-sikit apatah lagi kalau nak dibandingkan cara layanan dia dulu dekat aku dengan makwe dia sekarang.

Ahahaha...

Aku dah maafkan dia tapi apsal kadang-kadang aku teringat balik apa yang dia dah buat kat aku?

Sakit ar....

Biarlah dia, aku doakan dia bahagia sekarang dengan makwe baru dia tu.

Aku??

Hehehe..

Aku bukan jenis yang senang-senang cari pengganti.

Sayang tu masih ada tapi mungkin hanya sisa kasih sayang???

Bodohkan aku?

Kadang-kadang rasa macam nak menangis pon ada. Eh dah menangis pon.

Aku hanya berharap aku boleh redha dengan apa yang berlaku.

Mungkin memang ada yang lebih baik dari dia, dan mungkin bagi dia ada yang lebih baik dari aku.

Aku sangat susah untuk difahami dan dia juga sangat susah untuk aku fahami.

Kepada kamu MR S, semoga berbahagia. Maaf, aku tak boleh jadi macam yang hang nak, aku tak mampu ikut macam mana yang hang nak. Aku dah cuba. Tapi tak boleh.

Hang nak kita berkawan, aku cuba tapi aku tak mampu.

Penat la weh....

Kalau memory kita ni boleh delete, aku akan delete saat aku dengan dia.

Kalau boleh tak mau ingat langsung dah.

Eeeeee..........

Pergi jauh-jauhlah wahai kenangan.

Wednesday, January 19, 2011

AKU TAK ADA KELOPAK MATA?

Kawan aku cakap aku tak ada kelopak mata.

Motif dia cakap macam tu sebab mata aku sepet.

Walaupun ada orang lain ada mata yang lagi sepet, contohnya macam BUDAK INI, aku tetap termasuk dalam kategori sepet juga.


Sepet kah??




Ada sekali hari tu, dekat supermarket aku saja nak try eyeshadow, sekali promoter tu bermurah hati nak tolong pakaikan dekat mata aku ni.

2 kaler dia guna sebab dia kata mata aku sepet macam cina. Cina kan selalunya tak ada kelopak mata. Kebetulan kalau ikutkan moyang aku sebelah tok aku ni memang ada keturunan cina, aku ikut mata depa kot cuma kulit ja tak berapa nak putih hohoho..

Baru-baru ni member aku buat tutorial mekap, konon-konon nak try dulu sebelum dia nak mekap budak-budak yang masuk senamrobik tu.

Aku plak jadi model.

Ni muka aku sebelum dimekap.

Bila nak amik gambar terpaksa membesarkan mata hohoho...





Member aku yang mekap ni pon kata aku tak ada kelopak mata. Suka-suka hati dia ja kan kata aku macam tu.

Tapi memang betul pon.

Penat ja bubuh eyeshadow banyak-banyak tapi bila buka mata harem tak nampak pon

huhuhu...

Lepas dimekap jadi la muka aku macam ni.





Haih tebal plak kening aku ni. Kuat cemburu ker???

Ahakz...

Mata tu tetap sepet


=P


MARI KITA MAIN SOROK-SOROK


Aku dah makin tembam yer???

Arghh takut pulak nak timbang berat badan.

Kadang-kadang aku pelik juga, aku ni bersukan jer, tapi badan still macam tu.

Nak kata makan, sehari sekali jer.

Tapi tetap macam tu....

Ayoyo... achaneee ni?

Sapa yang dah kenal lama aku dalam blog ni mesti perasan perubahan aku, kalau dulu gambar maintain jer tapi sekarang sampai kena buat macam ni





Motif??

Untuk sorokkan lemak-lemak yang berada di dagu hohoho....

Tak kisah la aku macam mana pon janji aku bahagia...

Eh bahagia ker??

=P

Tuesday, January 18, 2011

KERJA GILA


Kalau yang betul-betul kenal aku mesti akan tau aku ni jenis kepala senget sket. Suka sangat gelak dan melawak.

Dan kadang-kadang suka buat benda yang lain dari yang lain.

Sebelum aku p Sukad hari tu, tugas aku dengan exco yang lain adalah p beli air minuman dan roti untuk pemain.

So ajak la adik junior 2 orang Daus dengan Zul sambil ditemani driver kami, Yan. P naik kereta dia.

P beli barang kat tesco ja. So nak senang amik la troli yang tak ada penghadang tu sebab nak letak air botol yang dalam kotak tu.

Disebabkan aku malas jalan, jadi la macam ni..





Kelabu la plak pic ni, kita tengok pic 1 lagi...



Hahahaha...

Buat keja gila.

Si daus ni kejanya menolak, so aku pon duduk la atas troli tu. Ada ja orang pandang tapi aku buat bodoh ja.

Pastu siap berlakon jadi cacat lagi sampai herot-herot mulut hahahaha..

Bengong betul.

Hehehehe...

Ala depa bukan kenal aku pon, so buat muka tak malu dah la duduk atas troli tu hehehe...

Tapi bila fikir balik, sesekali buat perkara yang gila benda tu la yang akan jadi kenangan manis untuk kita.

So, enjoy your life

=)

INI BUKAN VIDEO LUCAH

Baru-baru ni aku p sukad, antara acara yang dipertandingkan adalah senamrobik. Dan alhamdulillah team perempuan dapat no 3.

Memang puas hati. Aku puji depa ni, tiap-tiap malam turun kadang-kadang buat latihan sampai pukul 3 pagi baru balik bilik.

Dan hasilnya memang memuaskan hati apabila dapat memberi saingan hebat kepada pasukan lain.

Dan di bawah ini bukan video lucah yer tapi video senamrobik.

Jom tengok aksi depa.


video






Monday, January 17, 2011

PENGALAMAN DIKEJAR ANJING

Assalamualaikum semua. Ampa sihat ka?

Rindu aku tak? Rindu la rindu la hahaha boleh plak paksa-paksa orang suruh rindu hehehe =P.

Sebagai mukadimahnya aku nak cerita pasal aku kena ligan dengan anjing. Hanjing punya hanjing.... Aduyai...

Kami p sukan hari tu, sewa homestay, so nak dijadikan cerita dekat area homestay tu ada la kedai makan tapi kena berjalan kaki dalam 15 minit macam tu la kot.

Kami kuar makan ada la dalam 10 orang.

Waktu balik tu ada sorang kawan aku ni sakit perut, dia nak balik dulu. Nak balik sorang-sorang. Takkan aku nak biaq dia balik sorang-sorang, kalau jadi apa-apa nanti susah. Nak kena jaga juga anak buah aku. Aku pon temankan dia balik.

Masa on the way balik tu, ada lebih kurang 6 ekor anjing duduk bawah lori dan kebetulan masa tu kami lalu tepi lori tu.






Mula-mula nampak 2 ekor, ok lagi, bila jalan depan lagi jumpa plak lagi 4 ekor. Masa tu memang aku takut sangat. Apatah lagi baru-baru ni masuk berita ada orang mati kena gigit anjing.

Sekali tetiba anjing tu bangun, menyalak dekat kami. Dah la banyak. Aku ni punya terkejut+takut lari tak cukup tanah dengan kawan aku tu. Anjing ligan kat belakang.

Memang sekuat hati lari. Lari masuk dalam kedai runcit. Ketaq tu tok sah kata la sampai aku menangis la huhuhu...



Macam ni la gayanya aku kena ligan anjing cuma tak ada la dok senyum macam ni.


Depa kata kalau jumpa anjing jangan lari. Habis tu sekali tetiba anjing tu bangun pastu sergah kami macam tu mau aku tak terkejut. Lari la apa lagi hohoho...

Kawan aku yang sakit perut masa mula-mula tu terus tak jadi nak membuang hahaha...

Apa-apa pon tu la antara pengalaman aku yang memang aku tak kan lupa sampai bila-bila. Pastu siap kena perli lagi ngan depa, lepas ni ada temasya tahunan olahraga plak, tak payah cari peserta dah, aku ada. Depa suruh aku masuk lumba lari, pastu lepas anjing suruh ligan kat belakang hahaha..

Hampeh betoi.


NOTACIKGADIS: Pic kredit to google.

Sunday, January 16, 2011

HAI KAWAN-KAWAN


Dah lama tak menulis blog. Aku baru sampai hostel dari kampus kejuruteraan. Apa cerita terbaru ampa?

Mesti banyak cerita kan?

Nanti aku p jenguk-jenguk blog ampa na...

Banyak cerita aku nak kongsikan.

Nak rehat jap...

adios....

Thursday, January 13, 2011

SAMPAI BILA & KERENAH BIROKRASI


Kadang-kadang aku terfikir, sampai bila aku akan menulis blog?

Zaman masa belajar ni mungkin ada masa untuk menulis, tapi andai kata aku kerja nanti dan kerja aku lebih kepada kerja luar adakah aku akan terus menulis?

Sekarang ni pon ada banyak benda nak kena uruskan. Terlalu banyak kerenah birokrasi bila membabitkan urusan yang melibatkan pihak atasan dan urusan-urusan lain.

Nasib baik pihak pejabat desasiswa aku banyak membantu.

Penat tu toksah kata la.

Sampai roomate aku tegur baru je masuk bilik pastu keluar balik.

Tengah sedap-sedap tidur, dapat call ada masalah plak. Bangun kelam kabut siap.

Tapi, itu jalan yang aku pilih. Pilih untuk menyibukkan diri. Tapi alhamdulillah dengan kerjasama dengan semua exco aku, insyaallah harap-harap semua berjalan dengan lancar.


NOTACIKGADIS: Penat berhadapan dengan kerenah birokrasi.

Tuesday, January 11, 2011

BILA KESIBUKAN BERMULA

Kenapa aku jarang update dah sekarang? Kalau ampa perasan masa cuti hari tu, sehari 2-3 post. Tapi sekarang 1 hari 1 post ataupun 2hari sekali.

Aku agak sibuk sekarang. Sibuk uruskan bajet, penginapan dan pengangkutan untuk sukan. Minggu ni dekat USM kampus kejuruteraan, minggu satu lagi plak dekat kampus kesihatan.

Petang-petang handle futsal untuk budak perempuan plak.

Kalau dulu asyik tidur lewat, sekarang ni agak awal. Tidur mati plak tu. huhuhu... Letih la.

Kepala pon tak berapa nak betul sangat.

Tapi kesibukan itu bagus untuk melupakan masalah.

Cuma minda kena kuat.

Fizikal memang kuat, tapi cabarannya datang dari minda.

Kalau minda ok, fizikal pon no hal la.

Masalahnya sekarang minda pon sat ok, sat ko.

Apa-apa pon i will try my best

Maaf juga kalau aku tak sempat berkunjung ke blog ampa yer... Line kat U aku ni slow nak mampuih...sat ok, sat ko. Dok tengah sedap online tetiba terputus.

Mood aku nak blogwalking pon terbantut. Dok tulis nak komen tetiba line tak ada. Rasa nak maki laju-laju ja.

Apa-apa pon terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog aku. Nanti dah settle semua, aku jejak balik ampa terutamanya yang selalu tinggalkan komen.

Orait?

=)

JOM KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK: SAMBUNGAN....

Ini adalah entry sambungan daripada entry JOM KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK. Kalau di entry yang sebelum ni aku ada cerita pasal kes aku masa di tadika, kali ni, aku nak cerita plak apa yang menariknya di sebalik gambar ini.




Perghh.... Mabeless.. Aku kecik-kecik dah naik kereta tak ada bumbung ni. Seronok jer... Berangin. Tak payah dok kalut-kalut nak ada aircond ka atau apa-apa pon. Dapat makan angin free ja kan?

Tapi menurut cerita umi aku la, walaupun seronok naik kereta ni tapi bila hujan turun, umi aku terpaksa buka payung dalam kereta. Hahaha... Ampa boleh bayangkan tak macam mana?

Dah la buka payung dalam kereta, pastu kalau bawa kereta laju sket silap-silap haribulan dengan payung-payung terbang sekali keh3.....

Basah tu tok sah cerita la. Bila dengar umi aku cerita balik memang gelak sakan la kami adik beradik. Hahaha.....

Dan aku boleh rasa ni la salah satu kenangan yang mungkin umi aku tak kan lupakan. =)


Monday, January 10, 2011

WALAUPUN ADA JUNIOR YANG KEREK, TAPI ADA JUGA JUNIOR YANG MABELESS =)


Ampa ada main tak permainan yang dekat FB tu, ala yang suruh tinggalkan no kat inbox tu.

Selalunya kita tak tau apa penilaian orang pada kita, so bila main permainan ni at least kita tau apa penilaian orang pada kita.

Ni antara komen 2 junior aku.


Komen dari Daus~



Hahaha.... daus ni memang. Junior yang konon-konon kami train bagi menggantikan senior-senior yang kononnya mulut lazer hahaha...

Aku ni kalau dengan adik-adik junior memang suka melawak. Kadang-kadang kalau ada bahan ja bubuh depan-depan juga hehehe.... Kalau ada yang sentap tu nasib la tapi tak ada la sampai simpan dalam hati.

Depa pon paham dah aku macam mana. Kadang-kadang pakat "bubuh" sorang sket. Tengok komen dia tu, siap nak kutuk laki aku kat meja pengantin nanti... hahaha..


Dan ni komen sorang lagi junior aku.


~Poi~





Keja aku mengadap blog ja eyh?

Hahaha....

Ni la namanya blogger tegar kot hehe...

Apa-apa pon, depa 2 ni salah seorang junior-junior aku yang sporting. Boleh melawak. Aku ni plak jenis loyar buruk gak so memang layan la....

Terima kasih poi dan daus =)

Semoga ampa 2 juga akan beroleh kejayaan dan jumpa jodoh yang baik-baik yer. Ada beberapa bulan ja lagi kita akan bersama cewahh... hehehe =P

JOM KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK

Sekali sekala teringat zaman budak-budak dulu memang banyak menggamit memori. Apatah lagi kalau kita ni jenis nakal. Dan lebih manis lagi zaman kanak-kanak kita penuh dengan mainan tradisional contohnya main tuju selipar, randers, tuju guli dan macam-macam lagi.

Tapi dalam banyak-banyak aku paling suka main tarik upih pinang. Perghhh... Seronok tu. Selalu ja main tarik-tarik dengan adik aku yang muda setahun dari aku tu. Ampa tau tak main dia macam mana? Main dia macam ni.




Ampa bayangkan la aku selalu main dengan adik aku. Kadang-kadang aku tarik dia, lepas tu dia plak tarik aku. Macam pic kat atas tu la contohnya. Konon-konon yang tengah duduk tu aku, yang tarik tu adik aku.

Tapi dia suka mengelat. Buat-buat penat bila time tarik aku. Yang aku ni pulun la tarik dia laju-laju bila giliran dia. Geram betoi aku bila dia buat macam tu kat aku.


Aku dan Adik aku.


Nama dia Megat Iskandar Zulkarnain. Kalau kawan-kawan dia panggil Megat, kalau aku panggil iskandar, kalau nama panggilan kat kampung Nang. Nang tu asalnya nine sebab nama last dia Zulkarnain. Tapi biasa la orang tua-tua ni susah nak sebut tu yang jadi nang tu. INI BLOG DIA.

Aku ingat lagi masa dia darjah 1. Dia dok teriak tak mau p sekolah. Aku ni sebagai kakak yang baik haruslah menemani adik aku walaupun dia buat perangai masa kat perhimpunan pagi. Bila dah lama-lama tu ok la.



ZAMAN TADIKA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN


Kalau cerita pasal sekolah ni, teringat plak zaman tadika. Aku tak macam budak lain, sebab aku belajaq kat umah. Lepas tu terus masuk darjah 1. Nasib baik aku ni cerdik gak hahaha... Dah la tak pernah tadika, bila exam masa darjah 1, dapat no 5 kira ok la kalo nak dibandingkan dengan budak lain yang tadika.

Kisahnya masa mak sedara aku antaq tadika (aku duduk dengan tok dan mak sedara dari kecik) mula-mula seronok la p masa hari 1st tu sebab dapat uncang yang dalam tu ada kaler crayon, pembaris, pensel. Pastu dalam pukul 10 pagi dapat makan lagi.

Aku ni demand lebih, nak p sekolah kena mandi ayaq panas, pagi-pagi mak sedara siap ayaq panas bagi aku mandi. Ada 1 hari tu, aku tak mau p tadika. Tapi dia paksa gak aku p. Aku pon p, bila sampai tadika, cikgu pegang tangan aku. Sebab aku nak ikut mak chaq aku balik.

Masa tu aku meraung-raung dah nak balik. Disebabkan sakit, aku gigit tangan cikgu tu hahaha.... Sampai sekarang ni bila aku terjumpa cikgu tu, aku jadi malu. Dan ahli keluarga aku tak habis-habis ungkit pasal ni sampai aku besaq.



Lepas gigit tangan cikgu tu, ada lagi benda yang dasyat aku buat. Bila dah semua budak masuk kelas, aku ni ketegaq tak mau masuk. Kononnya nak duduk kat luar. Aku tipu cikgu kata nak duduk kat luar. Tapi bila tengok cikgu dok leka mengajar, aku panjat pagar tadika hahahaha...

Ampa boleh bayangkan tak macam mana aku panjat? Dah la tinggi. Pastu tetiba kain aku tersangkut hahaha... Bodoh ja bila aku ingat balik. Masa tu dah kecoh dah, semua orang termasuk budak-budak pakat jenguk keluar.

Tapi akhirnya aku berjaya gak tarik kain aku dari tersangkut. Terus buka langkah seribu lari balik rumah hahaha.....Sejak hari tu langsung aku tak p tadika dah. Walid aku cuma beli buku kat aku dan aku belajar di rumah.

Arwah tok aku plak bekas guru. Depa la yang rajin ajaq aku kenal ABC, kira nombor. Dan arwah tok aku juga yang mengajar aku mengaji, pasal ilmu agama ni. Aku duduk dengan tok dari kecik lagi sampai aku form 1 baru aku duduk dengan family.





Amacam smart tak kereta bapak aku yang tak berbumbung ni??? Ada kejadian di sebalik ni. Bila dengar umi aku cerita memang lawak ar. Nak tau apa? Tunggu...

Lagipun ampa bukan suka baca panjang-panjang kan? Entah-entah baca pon skip? Hahahaha... Tapi aku tau, ada yang baca sampai habis. Terima kasih yer =)


bersambung.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi