Monday, February 28, 2011

RINDU LA SAYANG





Aku ni romantik ka?

Ada la sikit-sikit kot hahaha...

Sekarang ni tengah mood rindu.

Rindu sangat nak tengok senyuman dia

Rindu nak dengar celoteh dia

Rindu nak usik dia

Memang aku rindu sangat pada

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Adik bongsu aku Puteri Qistina Syakira.


Semalam aku call cakap dengan adik, adik dah start masuk Taska, umi aku antaq. Dia baru nak masuk 4 tahun.

Pot pet pot pet dok cerita cakap seronok p sekolah, ada papan gelongsor, mandi kolam, pastu belajar melukis dan warna siap bagi tau ada kawan nama Syaada.

Aku gelak ja dengar dia cerita.

Tak sabaq nak balik minggu depan jumpa dia.

Kakak rindu adik la.

GATHERING DI PENANG


Assalamualaikum,

Kami geng-geng blogger di sebelah utara ni akan mengadakan Gathering bertempat di Penang.

Tarikh awal cadangan sebelum ini iaitu 19-3-2011 mungkin akan ditunda kepada 26-3-2011 bersamaan hari Sabtu.

Kemungkinan Gathering kali ni lebih santai dan akan diadakan BBQ.

Apa-apa pon semua ini masih dalam perbincangan. Harga masih belum ditetapkan lagi.

Jadi kalau berminat tolong kosongkan jadual anda pada hari tersebut dan boleh tak aku tahu berapa orang yang berminat nak sertai dan tinggal di sekitar Pulau Pinang kalau boleh sebelah Pulau ni yer?

Sunday, February 27, 2011

KELIRU~PLEZZ VOTE DESIGN MANA YANG BERKENAN DI HATI


TOLONG UNDI DESIGN T-SHIRT UNTUK KAMI BLOGGER UTAGHA (KBU) DI POLL SEBELAH KANAN NI.



DESIGN 1




DESIGN 2



DESIGN 3




DESIGN 4



DESIGN 5



DESIGN 6



DESIGN 7





DESIGN 8




DESIGN 9



DESIGN 10




KENAPA BLOGGER BARU SELALU TANYA MACAM MANA NAK DAPATKAN FOLLOWERS RAMAI BUKANNYA........



Kenapa blogger baru selalu tanya macam mana nak dapatkan followers ramai bukannya tanya macam mana cara nak cari idea menulis bagi blog kita menarik?


Jangan terlalu ghairah mengejar followers sehinggakan meninggalkan pesanan "I follow u, follow me back". Sebaliknya usaha cari idea-idea yang menarik dan menulis tentang sesuatu perkara yang mungkin menarik minat pembaca membacanya.


Tapi aku tak kata blog aku ni dah cukup perfect sebab aku paham bukan mudah sebenarnya nak memerah idea. Aku ambil contoh blog aku, walaupun adakalanya dicampur aduk kan dengan luahan perasaan tapi aku menulis dengan style aku sendiri. Nama pon orang utara so ampa dapat bayangkan macam mana orang utara bercakap bila membaca blog aku ni.


Aku pernah dikritik disebabkan penggunaan perkataan utara sebagai contoh "ampa" yang membawa maksud korang. Tapi itulah identiti aku.


Bagaimana nak cari idea untuk menulis?


Pada pendapat aku, usah dipaksa otak untuk memerah idea, sebaliknya banyakkan pergaulan dengan orang ramai, banyakkan bersembang mungkin dari situ akan timbul 1 isu yang akan memberi idea untuk ampa menulis.


Selain itu, jika ampa jenis yang suka makan di luar dan bersiar-siar ampa boleh mengabdikan foto dan di situ ampa akan ada idea untuk menulis. Dan sebagai blogger memang ampa tak akan dapat lari dari kamera, malah kalau ampa jumpa apa-apa yang menarik di tengah jalan ampa akan ambil gambar alasannya "boleh masuk blog". Betul kan? Senyum =)


Macam aku cakap pada mula tadi, jangan terlalu ghairah mengejar followers. Mesti ada yang cakap "hang followers dah ramai boleh la hang kata macam tu". Tapi ampa lupa ka aku juga bermula dari bawah. Beza aku dengan ampa aku bermula awal sket daripada ampa terjun ke dunia blog ni.


Jadi fikirkan cara mencari idea-idea untuk menulis. Selain itu, rajin-rajin diri meninggalkan jejak anda di komen-komen entry blogger. Selalunya dari situ la blogger tersebut akan jejak ampa kembali.


Ini merupakan pandangan aku mungkin ampa ada pandangan lain kongsikan.


NOTACIKGADIS: Jom join GA GKSB<---KLIK SINI

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU DAN KAU DAN AKU



Sapa suka baca novel??

Jangan ingat perempuan ja suka, lelaki pon suka tau cuma depa cover macho ja depan kawan-kawan konon tak baca novel.

Tapi dalam diam-diam curi baca juga kan? Ampa tok sah dok muhung la kan hehehe..

Sekarang ni aku tengah layan novel

Lafazkan Kalimah cinta-Siti Rosmizah





Ampa jangan baca tajuk terus ampa ingat ni novel jiwang. Sebab tu la ada pepatah Dont Judge a Book by its cover ye dak???

Aku baru ja baca beberapa muka surat ayaq mata dah meleleh dah. Memang mendalami sungguh la apa yang aku baca.

Lagipun novel ni berkisar pasal keluarga memang ampa tak akan bosan punya.

Penulis dia memang mabeless la sebab dia boleh buat orang yang membacanya sedih dalam sedih tu dok teriak sakan dah aku ni tiba-tiba ada lawak kira memang pandai dia buat plot dan main dengan perasaan kita.

Nak tau sinopsis dia?

Ampa p cari dan beli terus la tak payah sinopsis ni sebab bila aku kata syok, syok la jadinya boleh tera tu??


Dan sapa pernah baca novel Cinta Kau dan Aku?





Novel ni pon memang best gila. Memang tak kering gusi bila baca. Aku yang jarang beli novel ni pon sanggup beli.

2-2 novel ni dari penulis yang sama.

Kalau ampa peminat novel, 2 novel ni aku suggest dekat ampa.

Dapatkan segera di pasaran

=)

SORRY



Sory kamu. Saya main-main masa kamu minta tolong saya. Asalnya nak gurau-gurau jer tapi tak sempat nak akhirinya kamu kena rushing 4 something.

So sory. Dah lakukan apa yang kamu minta tolong saya tu.


.....................................................................



Nampaknya aku kena berubah. Ubah perangai yang suka main-main ni menjadi lebih serius.

=_="

GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR BIRTHDAY GIVEAWAY



Sempena Birthday GKSB pada 27 Mac nanti, GKSB akan anjurkan 1 giveaway iaitu



Giveaway ini hanya terbuka kepada:

1. Followers blog Gadis Kampung Separa Bandar.

2. Perlu membuat entry dengan tajuk "GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR BIRTHDAY GIVEAWAY" beserta link ke entry ini.

3. Letakkan banner pada sidebar blog beserta link entry ini.

4. Tinggalkan link entry anda di entry ini.

5. Terpulang nak tag blogger lain atau tidak. Kalau tag lagi bagus =)



3 Pemenang akan dipilih melalui

1. Random.org

dan

Seorang pemenang bertuah yang dipilih oleh GKSB berdasarkan

1. Entry yang kreatif.

2. Mengetahui banyak maklumat mengenai GKSB contohnya nama sebenar, umur atau pun apa-apa saja yang berkaitan dengan GKSB yang bila GKSB tengok entry dia "Wow macam CSI dia ni".


Kalau ampa nak tau pasal GKSB kena la rajin godek-godek entry lama GKSB.


Tarikh Tutup adalah pada 31 Mac 2011 jam 11.59 Malam.


Hadiah yang ditawarkan adalah rahsia tapi klunya adalah berkaitan dengan

~Handset~


Selamat mencuba

=)

Saturday, February 26, 2011

PILIH PASANGAN BUKAN MACAM PILIH BAJU DI PASARAYA


Teringin nak couple bila tengok orang lain ada couple?

Jeles?

Lepas tu main bantai jer sapa-sapa pon dengan alasan baik ada daripada tak ada?

Hello cik abang, hang nak hidup dengan dia nanti bukan untuk sehari 2, kalau boleh sampai akhir hayat.

Kalau hang main amik ja sedangkan langsung tak kenal, jumpa pon tak pernah nanti tiba-tiba ja hang terus hantaq rombongan meminang nanti kalau jadi apa-apa sapa yang susah?

Diri hang juga kan?

Aku tahu aku bukan orang yang sesuai nak nasihat hang at least hang fikirkan masa depan hang.

Tengok, aku masih risaukan diri hang. Adeh...

Apa-apa pon aku doakan yang terbaik untuk hang walaupun aku tau aku lagi baik dari dia hahaha...

Lawak ja nowh =P

So fikir-fikirkan la, nak cari pasangan hidup ni bukannya macam pilih baju, rasa berkenan terus beli.

Ini soal antara kebahagiaan hidup.

Orait bro?

BLOGGER SEKARANG PANTANG DITEGUR???




Blog adalah medan untuk kita menulis, melahirkan buah fikiran, dan meluahkan pendapat kita mengenai apa-apa perkara pon. Malah blog juga menjadi alternatif untuk menegur.

Namun tak semua orang boleh menerima teguran lebih-lebih lagi mengenai isu sensitif. Kadang-kadang apa orang lain tulis tu terkena kita walaupun tak banyak sipi-sipi pon jadi la.

Adakalanya kita naik marah, melenting apatah lagi bila tulisan tersebut disalah tafsirkan. Kadang-kadang kita menulis secara umum, tidak kaitkan nama sesiapa pon tapi ada yang terasa plak.

Perlu diingat tak semua orang boleh menerima teguran. Tapi adakalanya teguran atau kritikan yang pedas tu la yang akan membuatkan kita berfikir apa yang diperkatakan. Mungkin yang tak terlibat langsung akan amik perkara ini jadikan pengajaran supaya kita tak buat perkara yang sama.

Orang yang menegur bukan nak tunjuk diri dia bagus ke apa ke, tapi apa yang ditegur itu akan membuatkannya turut berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang sama. Macam teguran aku mengenai Entry Ampa Menyampah Tak Dengan Orang Yang Suka Dok Tayang Marka Rata Cerok??? Ada yang terasa sampai up entry pulak pasal ni.

Dan kita kena hormati juga apa yang dia tulis. Jangan ingatkan kita ja yang betul. Pastu nak tulis lawan balik entry yang dia tulis tu plak lepas baca entry tersebut. Semua ada hak masing-masing jadi hormati lah mereka juga. Mungkin kita tak suka tapi jangan sampai membenci.

Adat lah tu kalau kena kritik, kena tegur. Aku sendiri pernah kena. Walau kita terasa tapi jangan sampai benda tu boleh bawa bergaduh. Dunia maya ni kecik ja. P mai p mai jumpa juga.

Pada yang tidak boleh terima teguran, belajar berlapang dada untuk terima teguran walaupun perkara itu sangat susah untuk diterima. Pada yang menegur, tegurlah dengan berhemah sebab kadang-kadang tulisan kita mungkin disalah tafsir.

Apa-apa pon Senyum Mau Maneh.

=)

Friday, February 25, 2011

PERSAMAAN GKSB DAN HANIS ZALIKHA




Rupa.

Jika nak dibandingkan Hanis Zalikha dengan aku. Fuhhhhhhhhhhh........ Memang jauh beza. Dia cantik, model plak tu. Kalau diletakkan aku dengan dia memang orang tak akan pandang aku walaupun sebelah mata pon.



Hanis Zalikha




Gadis KG Separa Bandar




Family.

Hanis Zalikha anak orang kaya ok. Duduk di banglo lagi. Aku ni duduk rumah papan ja. Memang bukan la persamaan aku dengan Hanis Zalikha. Jadi apa persamaannya?


Jantina.

Mau kena pelangkong bagi jawapan ni. Semestinya la sama. Aku perempuan kot walaupun lasak mengalahkan lelaki dalam hati ada taman huhuhu..


Sebenarnya persamaan aku dengan Hanis Zalikha adalah:


Nama.

Nama aku dibelakang sekali adalah Hanis. Ramai yang tak tau nama sebenar aku kan? Hehehe.. Aku ada 3 nama dan Hanis adalah nama belakang aku.


So inilah persamaan aku dengan Hanis Zalikha. Ada juga persamaan kan? Ampa ada ka? Ahakz!

=P







HILANG SABAR!


Sabar sabar sabar tapi sampai bila???

Dah lama sangat aku bersabar dengan budak ni. Banyak kali dah. Dah banyak kali dah mulut celupar dia tu cakap macam tu.

Dah banyak kali dah aku hampir hilang sabar. Tapi aku masih sabar.

Aku ada tulis entry pasal PERANGAI MACAM TAIK. Aku kata malas nak amik port. Tapi itu sebelum.

Tadi memang aku betul-betul hilang sabar, aku tanya elok-elok tapi cara dia jawab betul-betul buat aku mengamuk. Dia kata aku tak buat kerja.

Aku tak buat kerja?

Semalam aku balik pukul 3 pagi sebab p siapkan rumah sukan.

3 pagi walaupun masa tu dah ting tong sangat kepala ni.

Sedap mulut dia kata aku tak buat kerja.

Hari tu aku penat-penat baru balik uruskan pasal Sukad, baru jer duduk dia cakap aku tak buat keja.

See dah banyak kali aku kena dengan dia macam tu.

Hang apa tau?? Yang hang tau kata orang tu orang ni tak buat keja. Baru sekali p meeting dah nak bising kata orang tu tak buat keja.

Dari awal lagi aku yang p meeting semua cuma akhir-akhir ni je aku slow sket sebab ada oral test dan aku demam hari tu.

Sebelum ni aku uruskan Sukad sorang-sorang ada aku bising-bising tak?

Perlu ka nak heboh 1 dunia kata kita ni buat keja?

Setakat dok mengekoq ja orang lain pastu owh nampak muka dia ni, so done! Buat keja.

Macam **** je mulut tu.

Hampir-hampir aku pukul dia tadi gara-gara mulut dia yang celupar sangat. Nasib ada orang tahan.

Ya allah sabaq ja la.

Memang aku mengamuk sakan tadi.

Tak tahan dengan perangai orang yang macam ni. Dah banyak kali aku terkena dengan dia tapi kali ni memang betoi-betoi buat aku hilang sabar.

Nak tunggu orang pijak kepala hang dulu baru nak sedaq.

Sory, hang tak kenai lagi aku sapa!

PERANGAI MACAM TAIK!


Manusia manusia...

Ada manusia perangai macam taik!

Ada perangai bajet baik depan kita, belakang??? Macam hareeemmm....

Kalau kena kat kita, perghhh.....sesedap rasa dia bagi.

Kalau kena kat depa, ada ka kita nak bunyi???

Lantak la nak kata apa.

Malas amik port



PUTUS ASA


Pernah tak ampa rasa apa itu putus asa dalam hidup ampa?

Putus asa tentang semua perkara?

Bila banyak sangat masalah tapi kita asyik memendam.

Nak luahkan tak tahu dengan siapa kita boleh percaya. Sebab bila kita percayakan seseorang itu, dia musnahkan kepercayaan kita dan kita dah tak tahu pada siapa lagi kita perlu percaya.

Pernah kah ampa rasa macam tu?

Orang tengok aku, sentiasa happy, jenis tak amik pusing langsung apa orang nak cakap.

Mungkin terlalu memendam perasaan.

Aku tak pandai nak meluahkan.

Kadang-kadang aku perlukan sokongan keluarga, tapi takut keluarga tak faham. Perlukan sokongan kawan-kawan tapi boleh ke mereka berikan sokongan?

Mungkin blog yang menjadi pendengar tetap untuk aku. Masih setia untuk aku coretkan segalanya.

Bila sedih, gembira, susah hati aku cari blog.

Aku takut nak luahkan pada orang. Takut salah orang untuk aku percaya. Mungkin ini medan yang terbaik bagi aku.

Tapi aku ada ampa, kawan-kawan yang ada dalam dunia blog ini, yang setia membaca dan memberikan kata-kata semangat untuk aku.

Terima Kasih semua.

=,)


Thursday, February 24, 2011

MASALAH PROBLEM


Aku tak tau la apa masalah 2, 3 hari ni. Internet macam apa lagi. Buka kat dashboard kosong. 1 link blog pon tak ada. Nak jenguk blog ampa pon susah.

Dah la bloglist tak ada gara-gara kena serangan malware durjana hari tu. Nak buat bloglist baru pon tadi tak boleh gara-gara internet macam apa lagi.

Nuffnang pon tak boleh nak buka. Buka pon boleh tengok earning ja.

Sabaq ja la. Haihhh....

Sapa tau punca jadi macam ni?

Sebab internet gelong ka atau ampa pon hadapi masalah yang sama?

Ce cite ce cite. Jangan bako sudah

=P

1ST GIVEAWAY SAYANGKU FAISH


1st giveaway kali ini adalah dari blog Sayangku Faish <---klik sini.

Aku dah kenal akak ni dah lama dah, dari danial masik kecik lagi sampai la dia dah tambah anak lagi sorang

Sepasang dah anak akak ni.

Tapi kenal dalam blog la, tak pernah jumpa lagi.

Apa lagi jom join sebab tarikh tutup adalah pada

25.2.2011 jam 11.59 malam.


TREND SEKARANG =)



Ehem ehem.

Assalamualaikum.

Check check rock rock

ahak!

Amacam lawa tak banner ni?

Especially orang yang dalam banner tu kan? ahahaha tettt.....






Sekarang ni geng-geng KBU dok gila buat banner ni. Siap jadi pic profile lagi dekat FB. Walaweh cun betoi,

Ni baru namanya sehati berdansa, Eh?

Apa-apa pon ampa memang terbaik ar..

BTW, banner aku ni ditaja oleh



Makaseh yer =)

Kalau ada sapa-sapa yang nak join Kami Blogger Utagha sila p klik banner dekat sebelah kanan blog aku tu yer.

Terhad kepada orang yang berasal dari utara dan yang kerja atau study di sini.



AMPA MENYAMPAH TAK DENGAN ORANG YANG SUKA DOK TAYANG MARKA RATA CEROK??


Apa pendapat ampa tentang blog yang suka dok tayang gambaq pakwe/makwe sampai penuh 1 blog?? Kiri kanan gambaq depa 2. Benci? Menyampah? Jeles?

Serius ramai yang menyampah. Kalau ampa tak percaya mai baca blog si Nazirul Hazwan ni.



Awek cun




Aku setuju juga apa yang dia katakan tu.

Lagipun belum tentu nak kahwin lagi. Baru in relationship, mungkin.

Asyik dok ceta ja pasal hubungan ampa 2 nanti tiba-tiba putus di tengah jalan, malu pon dapat, sedih pon dapat. Jadi keja plak nak p delete gambaq dan entry yang ada cerita pasal buah hati ampa tu.

Mesti ada yang cakap blog dia suka hati dia la nak tulis apa pon. Ayat cliche tu.

Lagipun dah banyak kes dah terjadi, bila dah putus baru rasa menyesal. Dok tayang rata. Kalau ada yang dok p sumpah kita plak kata "tu la dok tayang sangat padan muka putus"

Ha sakit hati tak???

Sory kalau aku katakan ada sesetengah tu sekolah pon tak habis lagi tapi dah letak gambaq BF/GF dalam blog ni. FB tu telah la kan?

Kalau nak cerita tu tak salah, tapi biar la berpada. Orang kata jangan Over sangat ye dak??

Tepuk dada tanya hati.



Wednesday, February 23, 2011

AHLI KBU BERGADUH?? BIAR BETIK!!!



Semalam memang aku tak ada mood langsung gara-gara majuk dengan Teman Tapi Mesra (TTM) aku. So cara nak release tension mula la p mengadu dekat group KBU.


Post status ni:



Lepas tu adalah sorang tu kan komen. Saja ja aku buat tak nampak apa dia komen tu hehehe..

Terus dia buat status ni:





Tak pasai-pasai dia dah majuk.

Aku pon balas status dia tu:




Sekali memang majuk betoi.

Keluaq plak status ni:



Tak cukup dengan tu dia tambah plak status ni.




Kecoh abeh KBU semalam. Semua pakat nak majuk.

Sekali adik kita ni punya la bengang dia post status ni:





Ahahahaha... Hanan ni memang lawak sket dia.

Lepas tu mula la sesi pujuk-memujuk.

Ampa nak tau kesudahannya??

Apa yang ketua bandaq dah buat?

Adakah 2 insan tersebut berdamai?

Kalau nak tau



Memang drama king betol la hahaha...

Hilang tension terus.

=)

SERONOK WOO ADA KAWAN RAMAI


Kawan-kawan semua.

Ni geng-geng baru dekat KBU.

Selamat berkenalan dan memeriahkan KBU lagi yer.

Jom kita kasi gegarrrr....

=)

























Kalau Nak sertai KLIK SINI

Tuesday, February 22, 2011

GROUP KAMI BLOGGER UTAGHA TIRU SAHABAT BLOGGER?



Aku nak cerita pasal apa yang berlaku di sebalik Mini Gathering geng Kami Blogger Utagha (KBU) yang mungkin tak ada dalam entry SINI


Masa mula-mula jumpa depa tu serius aku malu. Memang malu la sampai tak mau mengaku yang aku ni Gadis Kampung Separa Bandar. Ya la asyik dok menyakat depa ja dalam group FB tu secara automatiknya aku bertukar menjadi pemalu. Hihihi...


Masa sesi ice-breaking tu Ady Budika tanya aku "Macam mana aku boleh terfikir nak create KBU ni adakah disebabkan geng Sahabat Blogger?"


Ady dan GKSB



Jawapannya adalah tidak. Sebenarnya semua idea ni timbul bila aku asyik join gathering dan anjurkannya di Alor Star. Semua tu hanya Mini Gathering dan impian aku adalah nak anjurkan Gathering yang besar sekali di utara ni.


Jadi sebagai permulaan aku anjurkan segmen Kami Blogger Utagha dalam blog untuk tujuan mengumpulkan blogger yang berada diutara tak kisahlah walaupun dia bukan orang utara tapi asalkan dia study atau bekerja di sini.


Tapi masa tu, aku rasa macam ada kekurangan. Aku tak mau bila aku kumpulkan semua tu tiba-tiba nanti akan senyap macam tu jer tanpa berterusan. Sebagai contoh sebelum ni ada blog yang bertujuan mengumpulkan blogger dari negeri di seluruh Malaysia ni, masa tu semua orang buat entry pasal tu dan lepas tu habis setakat tu.


Sebab tu aku create pula FB dan buat group KBU dalam tu. Sebelum ni memang aku tak terlibat lagi pon dalam group Sahabat Blogger. Baru-baru ni jer yang depa anjurkan Gathering yang Heliza mai tu baru terbuka mata sikit pasal SB ni. Mungkin 1 hari nanti geng KBU boleh anjurkan gathering yang besar-besaran macam tu siapa tahu?


KBU ni baru lagi bertapak, SB dah beriban orang mungkin apa yang depa buat tu boleh jadi inspirasi kepada kami untuk anjurkan Gathering nanti. Mana tau dapat panggil Rozita Che Wan plak mai hahaha... =P



Rozita Che Wan



Sejak KBU ni ditubuhkan memang boleh dikatakan kalau tengah stress pon boleh hilang stress. Depa semua dalam tu semua sporting. Dah macam 1 family dah rasanya. Skandal tu tok sah kata la bersepah termasuk tuan tanahnya sekali hakhak.


Cuma adatla kalau buat group ni, ada yang mai post link entry pastu blah. Langsung tak pernah nak beramas mesra dengan ahli-ahli kat sana. Ada yang kata depa ingat ni papan iklan ka apa? Yang ni aku setuju sangat.


Kalau nak promote blog tu tak salah tapi jangan sampai ingat group ni tempat papan iklan. Sekali sekala tu mai la bertegur sapa dengan geng KBU ni. Jangan risau semua ramah-ramah.


Tapi ada yang memilih nak jadi silent readers tengok gelagat kami ahahaha... Malu katanya. Ala jangan malu-malu la. Kalau ampa tegur depa dalam komen ka pastu p dok melawak ngan depa ka kompom depa akan layan dan ingat punya.


Dalam group KBU ni, semua sama. Tak ada hang ni newbie aku tak mau tegur. Owh aku ni ramai followers hang tu sapa? Tak ada na. Sapa dok buat eksyen macam tu aku luku pala satgi. Tapi yang penting mesti ada rasa hormat. Itu yang aku nak tekan kan sebenarnya.


Siap aku dah buat syarat-syarat kat sana supaya tak ada yang bergaduh sesama ahli. Aku paling tak suka orang dok buat ayat provok tak kisah la sama ada sentuh pasal agama ka sosial ka pastu gaya macam nak cari gaduh ja macam yg berlaku dalam 1 group ni.


Apa-apa pon ingat hormat orang lain dan orang lain akan hormat kita. Sampai ada yang kata group KBU paling happening sekali yang dia pernah masuk. Kekalkannya sampai bila-bila yer.


Terima kasih pada geng KBU yang banyak menceriakan hidup GKSB. =)



Sebahagian dari ahli KBU

WAKTU KLIMAKS DI PENANG



Hari Jumaat (18-2-2011) hari tu aku balik Alor Star gara-gara mahu join Mini Gathering yang dianjurkan oleh Ady Budika.

Dalam 5 lebih cam tu la kawan aku antaq naik motor ke jeti. Time tu adalah waktu klimaks (puncak) orang balik kerja, keadaan jalan tu paham-paham la sendiri.

Tambahan pulak orang Penang ni kalau ampa tengok depa bawa kenderaan memang ampa akan mengucap siap-siap. Jenis tak peduli apa dah senang ceta bawa style loqlaq.

3 tahun aku dok Penang ni memang paham sangat ragam pemandu kat sini.

Sapa yang pernah mai sini dan orang sini mesti ampa tau macam mana depa bawa kenderaan.


Time ni memang banyak kereta. Aku p naik motor ja.




Semua berpusu-pusu nak naik jambatan Pulau Pinang.

Kalau time ni memang sesak la jalan.




Bila sampai kat jeti masa ni tak la berapa ramai sangat orang.

Lega la sket.





Tapi lepas tu, ha dah jadi macam ni



Naik kereta ka naik feri ka memang akan sesak.

So, kalau ampa nak balik tu jangan la balik waktu puncak time orang balik kerja.

Aku balik time tu pon sebab tunggu kawan aku habis kelas nak hantar ke jeti.

Dah lama mana aku tak balik naik bas asyik dok rempit naik motor ja ke Aloq STaq. Lepas kena hujan ri tu masa balik Penang, serik la sat hoho..

Kalau ramai-ramai macam ni, jaga elok-elok la beg duit ampa atau harta karun yang ampa bawa bersama.

Tapi yang seronoknya macam-macam gelagat kita boleh tengok.

Pada yang nak mai Penang tu, ampa jangan terkejut tengok gelagat pemandu kenderaan kat sini. Bersiap sedia la dari segi mental dan fizikal yer.

=)



........................................................

KLIK BANNER UNTUK JOIN

ads

Monday, February 21, 2011

MACAM MANA KEADAAN AKU KALAU AKU BERHENTI BLOGGING?




Tiba-tiba aku terfikir pasal ni. Macam mana keadaan aku kalau aku berhenti menulis blog? Blog ni dah jadi sebahagian dalam hidup aku. Sejak dari 2008 lagi aku menulis. Tak pernah berhenti.

Aku menulis, aku mula dari bawah, tak ada nuffnang lagi masa tu dan kebanyakan reader aku hanya kakak-kakak dan abang-abang yang lebih tua dari aku dan ada sudah berumah tangga.

Aku masih ingat Sis Nita, Sis Aryani, Sis El, Lots of Love, Cgu Jinggo, Jedi, HEMY dan beberapa orang lagi yang mungkin aku tak sebutkan nama yang sentiasa menyokong aku dan bersama aku dari dulu sampai sekarang. Tapi ada antara yang aku sebut tadi dah tak aktif menulis macam dulu.

3 tahun aku menulis blog tapi followers bloggers baru lagi banyak pada aku?

Aku tak mengejar traffic, aku tak mengejar followers. Nuffnang pon baru tergerak hati nak buat bulan 11 tahun lepas.

Biarpon agak perlahan, tapi apa yang penting sekali adalah KEPUASAN. Itu yang aku cari sebenarnya. Aku puas sebenarnya bermula dari bawah, dari sapa pon tak kenal aku, alhamdulillah sekarang aku ada readers yang mungkin juga silent readers aku.

Tapi aku tak kata orang yang mengejar traffic itu salah. Matlamat kita berbeza. Kena ingat itu. Masing-masing ada cara yang tersendiri tetapi bagi aku, aku selesa begini.

Aku terfikir, macam mana keadaan aku kalau aku berhenti menulis blog? Sedangkan semua ini dah jadi rutin harian aku. Contohnya macam makan nasi, setiap hari kita akan makan nasi, tapi sehari kita tak jumpa nasi, kita mula resah, macam mana pon nak juga makan nasi macam tu la agaknya bila menulis blog ni.

Aku pon tak pasti aku boleh ke tak berhenti menulis blog.

Kalau fikir pon memang aku tak akan ada jawapannya. Tapi siapa tahu 1 hari nanti, tiba-tiba aku akan berhenti. Masa depan kita tak pasti macam mana kan?

Atau

Bila aku dah tak ada maka penamat segala cerita. Hanya ada penulisan aku untuk tatapan semua.



.....................................................................................................

NAK SERTAI? KLIK BANNER

ads

THE FACEBLOG~JOM SERTAINYA =)

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.

MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA.

SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH


Untuk sertainya klik Banner ni



TULANG BELAKANGKU YANG KE 1555?



Cantikkan angka followers aku ni?

1555





Siapakah followers aku yang ke 1555?

Blogger tersebut adalah daripada






Blog ni ada menjual shawls, cardigans, baju dan juga klip riben ala yang ampa slalu lekat kat atas kepala tu ala-ala Fatin Liyana yang comel tu. Sapa-sapa yang berminat boleh la p terjah blog dia.

Aku siap jadi promoter hari ni hehe..

Apa-apa pon terima kasih kepada Mid Fashion Shop kerana sudi jadi sebahagian dari followers blog Gadis Kampung Separa Bandar.

Dan juga kepada followers aku yang lain. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi menjadi sebahagian tulang belakang GKSB.

Terharu =,)



Sunday, February 20, 2011

BEKAS KEKASIH YANG MASIH DALAM INGATAN



Bila sebut pasal bekas kekasih mesti ampa terbayang saat manis dan pahit bila bersama dengan dia kan?


Hari ni aku nak cerita pasal ex-boy aku. Kalau berminat teruskan membaca, kalau tak berminat cukup saja sampai di sini sebab aku akan menulis pakai hati bak kata Aizul Marcello.


Bila sebut pasal ex-boy aku yang latest ni, aku akan tersenyum. Aku suka curi-curi tengok senyuman dia. Aku suka tengok mata dia yg dihiasi dengan bulu mata lentik. Dan juga lesung pipit yg amat payah nak menunjukkan rupanya itu kecuali kalau dia tersenyum. Macam aku yang tengah senyum sekarang bila membayangkan rupanya yg tersenyum. =)



Dia comel macam bear bear ni =)





Tapi hubungan kami terlalu banyak halangan, terlalu banyak dugaan yang melanda. Ada saja masalah yg timbul. Memang kami langsung tak berjaya nak atasi semua ni. Semua ni disebabkan ego. Kami masing-masing ego. Aku akuinya.


Saat dia melakukan kesalahan dan memohon kemaafan dari ku, aku terlalu ego untuk memaafkannya. Aku terlalu mengikut perasaan gara-gara terluka olehnya. Aku cuba memaksa diri melupakannya walaupun aku terlalu ingin membalas SMS dan memaafkannya. Aku tahan. Setiap malam aku menangis disebabkan terlalu rindu tapi dalam masa yang sama hati aku masih terluka.






Sampai la satu tahap, aku dah letih. Letih memaksa diri melupakannya, letih memaksa diri untuk terus menahan rindu yang semakin sesak di dada. Rindu untuk melihat senyumannya rindu akan segala-gala tentang dirinya. =(


Lalu aku memaafkannya. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga darinya untukku. Lapang dada ku. Memang lapang bila dapat memaafkan orang. =)


Kemudian aku bertemu buat kali pertamanya dengan dia selepas lama kami berpisah. Niat hatiku ingin memulakan perkara yang baru dengannya dan melupakan perkara yang lama.


Hari tu memang hari yg paling bahagia untukku. Kami dapat bersembang dengan gembira tanpa perlu memandang perkara yg lepas. Sempat lagi kami bergaduh dan aku merajuk hehe... Sebenarnya aku rindu nak bergaduh dengan dia.


Tapi semua tu hanya angan-angan aku. Bila panggilan telefon yg diterimanya memusnahkan segala-galanya. Kami kalau dah berbaik pasti akan ada sesuatu yg akan berlaku yg membuatkan hubungan kami semakin dingin.


Rupanya dia dah ada pengganti diriku. Aku tak salahkan dia. Itu hak dia. Mungkin terlalu penat mengejar kemaafan dariku. Dan perempuan itu hadir pada masa yang tepat, mungkin.


Dan sekarang aku buntu.


Aku tahu aku perlu melepaskannya. Mungkin aku dah tak ada makna dalam hatinya dan juga hidupnya. Keadaan tak mungkin akan sama seperti dulu. Ya, aku mudah berputus asa, itulah aku.


Hingga kini, kalau aku SMS dia untuk bertanya khabar walaupun hanya sekadar ingin bertanya “Buat apa? Dah makan?” Air mata aku akan mengalir laju. Haha.. Pelik kan?
Dan dia tak kan pernah tahu. =)


Aku tahu, walaupun kuat mana aku berusaha untuk melupakannya aku tak kan berjaya. Biarlah dia terus menghuni dalam hati ku. Aku hanya mampu doakan kebahagiaan dirinya. Bebaskan lah dirinya dari masalah. Jangan lah diuji lagi dirinya. Tenangkan hatinya. Berikanlah kejayaan untuk dirinya Ya Allah.


Aku tak mahu lagi menjadi beban dan masalah pada dirinya. Berikan yang terbaik untuk dirinya. Hanya doa yang mampu aku berikan kepadanya.


Apa-apa pon yang terjadi, jangan ingat aku tak sayang, jangan ingat aku dah melupakan diri kamu sebab kamu sentiasa ada di sini, dalam hatiku.


Terima kasih sentiasa menceriakan diri ku dengan bebelan mu, senyum tawamu. Aku rindu semua itu tapi mustahil untuk aku miliki senyuman mu itu.


Dan hari ni 20 hb kan? Hari ulang tahun perkenalan kami. Setiap kali tiba 20 hb aku akan kira dah berapa lama kami kenal. Aku post entry ni 11.59 malam bermakna masih 20hb.


Tetapi aku harus sedar sesuatu.


Ini.




JUMPA BLOGGER LAGI =)




Tengahari tadi aku kuaq dengan blogger Oshin dan Incik Lebah iaitu Izamir Ridzwan blogger baru yang makin meningkat naik sekarang dan sorang lagi kawan depa Yusri. Depa praktikal kat TM.

Tapi kan masa OTW jemput depa untuk lunch tu, aku tersilap p TNB. Haha.. Baru aku teringat depa praktikal dekat Telekom bukannya TNB huhu..

Ni semua gara-gara nak bagi cokelat yang orang Langkawi kirim, dia bagi kat aku 1, 1 lagi dia minta tolong bagi dekat Oshin. Siapakah dia yg bagi itu? Dia minta namanya dirahsiakan =) Ampa cari la blogger yang dok langkawi tu hehe..

Kami p makan kat Pekan Rabu jer.

Boleh kata dah ramai juga yer blogger yang aku dah jumpa.

Lepas ni sapa plak yer??

BILA UMUR SEMAKIN BERTAMBAH

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia sampai sekarang.

Tapi tahun demi tahun umur semakin bertambah.

Sejujurnya untuk aku, aku macam tak bersedia dan mahu mengakui yang umur aku sekarang sudah 2* something.

Sebab tu bila orang tanya umur aku, aku berat hati nak bagitau.

Ada sesetengah cakap "Hang umuq macam ni hang dah malu nak bagitau nanti kalau hang umuq dah 4o macam mana la plak kan?"

Sebab apa aku kata aku tak bersedia. Sebelum ampa fikir yang aku ni tak boleh terima kenyataan ka apa ka meh sini aku nak habaq mai.

Semuanya disebabkan kadang-kadang aku rasa masih berperangai kebudak-budakkan. Masih lagi suka main-main.

Suka mengusik, suka ketawa, suka main-main.

Aku plak agak rapat dengan junior sampaikan ada yang ingat aku ni budak 1st year gara-gara banyak lepak dengan depa.

Adakah aku masih tak matang?

Perempuan selalunya cepat matang kan?

Entah la. Adakala aku rasa aku ni matang adakala aku rasa aku ni masih budak-budak lagi dan aku tak percaya yang umur aku sekarang dan 2* pastu macam mana?




Macam budak tak cukup umur plak aku ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi