Thursday, March 31, 2011

MACAM MANA NAK UKUR KEMATANGAN??



Assalamualaikum......

Kematangan? Boleh ke diukur dengan umur? Mesti ramai yang kata tidak sebab kadang-kadang orang lain yang umur dia masih muda tapi kematangan dia berfikir itu terselah melalui gaya percakapan dan pemikiran.

Kadang-kadang umur dah meningkat pon pemikiran masih lagi tak matang. Apa yang aku boleh katakan kadang-kadang kematangan kita tu turut dipengaruhi oleh persekitaran. Ya, persekitaran merupakan salah satu elemen yang menjadikan kita matang atau tidak.

Bila seseorang itu berfikiran matang, dia boleh berfikir dengan rasional sama ada benda itu baik atau buruk. Matang dalam bercakap, matang dalam berfikir.

Tapi dalam situasi tertentu, ada sesetengah orang tidak dapat berfikir dengan baik dan menjadikannya seseorang yang tidak jujur.

Sebagai contoh, Assignment group di mana semua orang bertungkus-lumus nak menyiapkan assignment, bersengkang mata tak tidur sebab nak siapkan cepat. Ada ahli plak hanya buat-buat sibuk tapi sebenarnya tak buat apa pon. Bila dah siap semua, disebabkan ada sorang ahli ni tak buat keja, dia diamanahkan untuk print assignment. Semua orang percaya akan dia tapi apa yang dia buat?

Dia tukar nama dia dalam assignment supaya duduk barisan atas sekali. Kalau ampa nak tau ada sesetengah lecturer akan bagi markah lebih kepada nama yang duduk barisan atas sekali. Selalunya orang yang nama di atas sekali, dia la yang buat keja lebih, kalau nama yang dok bawah sekali, lecturer akan paham-paham sendiri so disitu la pembahagian markah diberikan. Tapi ini bergantung kepada sesetengah lecturer juga, tak semestinya ia menilai macam tu.

Apa yang jadi pada si polan yang tak buat kerja apa tapi nama dia duduk di atas sekali dalam assignment tu? Semestinya markah dia lebih tinggi berbanding depa-depa yang dah bertungkus-lumus menyiapkan assignment.

Kesiankan depa yang dok pulun buat assignment ni kan??

Itulah kehidupan sebenarnya, tak semua orang akan berlaku jujur walaupun kita ni jujur dengan orang lain. Kalau sendiri terkena tu memang rezeki masing-masing la nak buat macam mana. Sapa yang pernah kena tikam dari belakang oleh kawan sendiri mesti tau bagaimana rasa sakitnya perasaan itu.

Ada orang kadang-kadang terlalu mengejar nama dan kedudukan sehingga dia terlupa kalau naik dengan cara salah maka nak jatuh pon senang.

Semua orang memerhati, semua orang tahu, mungkin kita seronok tapi berbaloikah kalau ada yang membenci?? Hati pon tak tenang bila dihantui oleh rasa bersalah.

Kalau nak buat apa-apa pon fikir dulu jangan sebab terlalu mengejar nama dan kedudukan sehingga menggunakan jalan yang salah. Tepuk dada tanya hati.




HUHA HUHA BERSAMA BLOGGER LAGI SAMBIL LAYAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Assalamualaikum...

Halu2.... 2,3 hari ni entry aku asyik berkisar pasal jumpa blogger jer kan??

Nak buat gena kan dah jodoh aku dengan depa kuat kih3...

Semalam berjumpa blogger lagi jadi sila jangan muntah darah membacanya cuma entry kali ni saja nak bagi ampa jelesss...

=P

Disebabkan befday aku 27 Mac, aku dapat tiket wayang free dari Golden Screen Cinema. So janji dengan 2 orang blogger ni. Mr Straw dengan Lan.

Asalnya nak p berempat dengan kawan aku, tetiba last minute dia cancel. So bertiga pon jadi la.

Sekali sampai wayang pukul 9 lebih daaa.... Bukan pukul 6. Check on9 pukul 6 memang xleh pcaya betoi la...

Dok la kami melangut depan cinema nak pilih ceta. Kami tengok Hikayat Merong Mahawangsa la. Orang lain pakat tengok bertahun dah kami ni baru nak gegeh p tengok huhu..

Dok sat Cik Zai Penang SMS gtau baru lepas tengok ceta tu.. Sekali jumpa depan Cinema daa..

Disebabkan wayang tu start kul 9 dan setelah dipelawa oleh Cik Zai Penang nak belanja kami makan kat Kapitan apa lagi on terus la keh3...

Pekena nasi beriani 2,3 das, huha huha gosip sket2 dalam kul 8 tu masuk dalam Queensbay cari surau =)

Tapi sebelum tu mestila sesi bergambar dulu keh3...


Ini la cik Zai yang dimaksudkan tu..






Kami bertiga plak dengan sipoootcomel yang paling tinggi tu la haha...

Err...comel ker?? =P



Nak tengok pic Lan ka??

Ala dia tak bagi plak satgi ramai kenal dia, haha... poyo wekk =P

Thanks Cik Zai sebab belanja kami makan Nasi Beriani Kapitan. Memang sedap tapi malangnya aku makan tak abeh, kenyang la plak makan Mcflurry sebelum tu. Seb bek ada tong sampah besaq yang bernama sipoootcomel tolong menghabiskannya hahaha...

Errr...rasanya belum terlambat kalau aku kata ceta Hikayat Merong Mahawangsa tu memang best gilerrr...........

;)

Wednesday, March 30, 2011

ENTAH BANYAK MANA TANGISAN YANG TUMPAH MENGHIASI GATHERING KBU. TAPI TETAP TERBAIK~~


Aku nak sambung cerita pasal Gathering hari tu. Agak panjang dan memerlukan kesabaran untuk menghabiskannya. RIGHT KLIK SINI untuk cerita yang sebelum ni.

Ok kalau ampa nak tau Gathering ni berlangsung sehari sebelum befday aku. Memang malam tu adalah hari yang paling aku tension sekali. Tiba-tiba dalam status FB ramai yang tak jadi mai. Pastu macam-macam la masalah yang timbul. Yang tu yang ni.

Yang paling aku geram sekali bila depa main-main "la hang tak jadi p ka, kalau cm tu aku pon tak jadi p gak la kalau hang tak p".

Awai tu aku ok la tak boleh nak p, nak buat macam mana tapi bila depa dok main-main cam tu terus darah aku menyirap. Gila penat kot dok rancang semua ni. Sorang-sorang plak tu ke sana ke mari settle kan macam-macam benda. Nasib baik ayam BBQ kak shida dah tolong perap dah kalau tak memang lagi kalut aku.

Terus aku naik status tegur depa lebih kurang cam ni la

"SEMUA PAKAT-PAKAT BESAQ DAH KOT, BOLEH PIKIAQ YANG MANA BAIK YANG MANA BURUK. JANGAN ASYIK PENTINGKAN DIRI JA TAPI FIKIR ORANG LAIN YG DAH BERSUSAH PAYAH NAK MENJAYAKAN GATHERING NI, JANGAN LA MAIN-MAIN JADI P KA TAK, YANG TAK LEH P TU TAK PA LA NAK BUAT MACAM MANA. TAK ADA REZEKI KITA NAK JUMPA"

Caps Lock terus status FB aku.

Pastu ada yang kata tak mau p alasan sebab tak dapat baju.

Masa tu aku dah down gila. Sampai fikir, depa ni tak fikir ka orang lain yang dah bersusah payah. Penat kot nak handle ni semua sorang-sorang ingat senang ka? Depa senang-senang ja dok main-main jadi p, sat tak jadi p.

Terus aku offline FB. P jumpa Syukri amik dawai BBQ. Dia dok tanya pasal apa..ngan muka nampak penat. Haha memang penat pon.

Lepas tu memang aku dah malas la nak layan depa semua kat FB. Aku fikir nak p esok p la, kalau ampa xmo p sudah... semua pakat besaq2 dah, dah boleh pikiaq..Aku dah malas nak kata apa dah masa tu.

Dah la aku ni jenis kalau penat ka stress ka mesti nak muntah.

Bila esoknya hari berlangsung aku jadi susah hati sebab hujan nasib baiklah semua berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekalutan disebabkan cuaca.

Ramai gak yang nak balik awal masa tu sebab ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tak pa la nak buat macam mana jadi yang mana yang tinggal ni kami mula dengan sesi ice-breaking.

Tapi aku tertarik dengan kata-kata Pak cu lebih kurang cam ni la ayat dia almaklum la ingatan aku ni tak berapa nak power sangat

"Kalau dot dot dot maka tak ada makna la kita mai sini jauh-jauh kalau kita tak buat ice-breaking, maka gathering kali ni tak ada makna kalau kita semua tak kenai antara satu sama lain."



Jadi sesi ice-breaking pon dimulakan dan Pak cu aku lantik jadi MC pada hari tersebut. Dia la yang jadi kepala untuk start sesi ice-breaking.



Dari pada tak kenai semua terus jadi kenai. Baru terpikiaq la dia ni ka rupanya, la dia ni ka..awat dalam FB lain.

So dah boleh kenai semua.

Habis sesi ice-breaking kami main games plak. So Ady Budika dan Adish Shida ditugaskan untuk handle game kali ni. Kami main KOTAK BERACUN.

Mangsa pertama yang terkena adalah Ezmaliza Ezrik.

Dia kena jadi orang utan garang yang kena sergah dengan aku. Memang garang gila la haha.. Sangat sporting walaupun masa mula-mula malu2 miaw ja.





Mangsa lain adalah Pak cu yang perlu menggayakan gaya Karam Sing Walia yang kena melaporkan berita. Tengok tangan la....Hahaha...



Mangsa kotak beracun seterusnya adalah Hadi kena menyanyi lagu sambil menangis..

Sekali tersilap lirik daa...pakat dok lawan gelak hahaha.. Cian ampa nowh.. Keh3..



Tang anith ni plak kena dia terpaksa jadi Minah rempit.

Tengok la gaya dia naik motor memang sesuai sangat haha



Tapi dalam banyak-banyak yang paling gamat dengan ketawa adalah time

Meaw kena terima arahan pilih seorang blogger pastu luahkan perasaan sampai dia malu.


Mula-mula steady lagi Mikro Kokus ni masa kena puji. Sekali bila meaw buat gedik terus Mikro Kokus jadi malu hahahaha...

Bila ingat balik muka Mikro Kokus yang malu tu memang gelak guling-guling la hahaha...



Muka Mikro Kokus yang steady lagi masa ni lepas tuuuu.......Sendiri mau ingat la keh3...




Mangsa seterusnya adalah Daus.

Dia dapat arahan untuk meluahkan perasaan cinta dia dekat sorang blogger. Ada ka dia pilih aku memang tak patut la.....

Time ni aku malu gila. Muka tu panas ja rasa. Merah dah pa hahaha....


Mak aih siap melutut tu yang aku tak boleh blah tu... Malu malu hahaha...

Dia kata terima la cinta saya GK

aku jawab

"Ala I kan tua dari you"

Daus jawab

"Umur hanya angka"

Hahaha...mabeless la... sampai sekarang depa cop skandal dengan daus ni aduyai...

Memang happening sangat hari tu.

Semua sporting sangat best kot...

Entah banyak mana tangisan la yang menghiasi Gathering kali ni. Semua pakat terharu sampai ada yang hilang nset, pastu dok bebai tak mau amik gambaq sekali nset tu ada orang lain dah tolong simpan sebab letak merata kan kak shida kan? Hahaha... =P

Apa yang penting semua orang bagi komitmen, kalau tanpa ampa semua Gathering kali tak kan berjaya.

Dan aku nak ucap banyak-banyak terima kasih pada Kak Shida, Ady Budika, Papa Khai dan juga Pak cu sofi yang banyak tolong aku dari awal sampai akhir.

Serta semua ahli KBU yang sanggup bagi komitmen ampa, mai dari jauh-jauh berkorban tenaga, duit serta macam-macam lagi.

Terima kasih gak pada Juan Nasir jadi driver aku hari tu. Pendek kata semua sekali ahli KBU yang terlibat pada hari itu.

Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi kalau ada umur yang panjang insyaallah kita jumpa lagi.


Gambar-gambar Sekitar Gathering hari tu








Sambutan hari lahir yang paling bermakna sekali seumur hidup aku.



KLIK SINI~Untuk Lihat tangisan GKSB yang buruk gila kena prank

KLIK SINI untuk lihat rancangan yang diaturkan untuk Prank GKSB





Tuesday, March 29, 2011

BIRTHDAY GIVEAWAY GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR~SENARAI NAMA PESERTA SETAKAT NI


Iklan sat.

Sapa-sapa yang belum join Birthday Giveaway GKSB sila la join tarikh tutupnya adalah pada 31 Mac 2011.





Ini adalah senarai nama peserta mengikut nombor giliran yang akan diundi nanti dengan menggunakan random.org. (Nombor tak ikut susunan)


1. ME'AW
2. Fadzillah Kamarudin
3. Nanakimie
4. Nana
5. Nurul Nabila
6. Cik Zai Penang
7. Mama Zharfan
8. Umiliza989
9. Cute mum
10. Jieda
11. Mariah_smile
12. Weiydaweingwaffa
13. Kak Ngah
14. Nea Flerida
15. Kehelan
16. Budak Kedah
17. Adyshariz
18. Tiefazatie
19 eb ezrin2
20 cempaka kuning
21. nurul_anwar
22. Eima
23. Nadiah

(Tak ikut susunan nombor tapi nombor ini dijadikan sebagai nombor anda untuk diundi nanti)

63. CikpuanHady
62. Dyahaha
61. Nida
60. Ummu Ukasyah
59. Nadyabubble
58. Zai Kulim
57. Una
56. anisah sofiah
55. Mama Rayyan
54. Ika puk puk
53. Noor Fatin
52. Lyafrina
51. Azni
50. Khadijah
49. Hazrina Erin
48. Huda
47. Zanna Orked
46. Nadiah Sidek
45. jeeha
44. MamaRaisya aka Lisa
43. puan bee
42. azie
41. pzah
40. Maizura
39. alycia
38. Salmia
37. Tina
36. Farhana
35. my shaizhar
34. Vaithis
33. Liyana
32. Cikanna
31. azatiesayang
30. anim
29. Fieda
28. Akieyzecky
27. Efipurpleshine
26. Nisa' azman
25. misz Lovely
24. Nad@mamazakwan


Kalau hari tu aku gtau hadiah adalah rahsia dan KLU dia adalah berkaitan dengan handset. Tapi kali ni aku nak pecahkan rahsia.

Inilah hadiah yang dimaksudkan

Sarung handset. Sesuai untuk semua jenis saiz handset kecuali Blackberry dan yang seangkatan dengannya.

Undi pertama akan mendapat hadiah warna kuning+hitam, Undi kedua oren+hitam, Undi ketiga kuning+biru

dan warna purple+pink adalah hadiah untuk peserta pilihan GKSB yang dipilih berdasarkan entry dia yang kreatif dan tahu banyak maklumat mengenai GKSB.

Nak tau kena la rajin godek-godek entry lama GKSB.

Tunggu apa lagi jom la join. Tarik tutup adalah 31 Mac 2011 jam 11.59malam.

Selepas tu penyertaan tak akan dikira.

AKSI TERLARANG 2 BLOGGER YANG ASYIK MELAYAN S***W



Ampa ada tak habit yang ampa suka buat dan susah nak tinggal?

Contohnya suka gigit kuku sampai kuku jadi kontot?

Tapi aku baru 1st time jumpa orang yang suka gigit straw bukan sorang tapi 2 orang plak tu dalam 1 masa yang sama.

Dasyat.

So saksikan lah..





Ada sekali tu kuaq lepak dengan depa ni Pak cu Sofi pon ada sekali dengan kawan aku sorang Su.

Kami lepak malam lepas Gathering ritu.

Masa tu aku dok perasan dah depa 2 orang ni asyik dok gigit straw sambil sembang. Ingat saja ja. Tapi tengok depa cam "layan" sangat masa gigit straw tu aku pon tegur depa.

Rupa-rupanya 2-2 orang ni berkongsi habit yang serupa. Kalau lepas makan ja ada straw mesti kena gigit straw. Tapi bila dengar cerita Hadi, dia pernah gigit sudu sampai ada bekas gigi tu memang dasyat punya gigitan la.

Pen pon jadi sampai lekat bekas.

Memang asyik kalo gigit. Aku masa kecik-kecik dlu suka gigit kuku. Nasib baik dah boleh tinggal habit yang kurang sihat tu huhu...

Kalau nak tau betapa taksubnya depa dengan straw meh tengok bukti-bukti ni.


Baju putih dan baju hitam tu layan sungguh straw



Dok mengayat awek pon gigit straw?? Apa daaa....




Eh ada juga yang nak join sekaki??

Bertiga jadinya



Bila dah jadi habit sampai ke besaq ni susah la plak nak tinggal kan?

Macam tu juga hisap rokok. Kalau dh ketagih tu susah la sket kalau nak berhenti merokok tapi di mana ada kesungguhan disitu ada kejayaan

orait??

Sesungguhnya makan straw itu lagi bagus dari hisap rokok

Senyum Mau Maneh

=D

DEMI KBU JAMBATAN PULAU PINANG SANGGUP KU REDAHI



Tengahari tadi masa dok lepak dalam FB, tetiba tengok status kak Shida kata nak mai jumpa geng2 KBU dekat seberang. Aku apa lagi mesti la nak join juga. Terus buat cadangan makan charkuetiau.

Contact Pakcu Sofi, Hadi dan Syukri Hasshan tapi masa tu Syukri Hasshan ja on, Pak cu dengan Hadi belum lagi, so kami p rempit dulu naik motor asing-asing tunggu Onie, Erika dan Tatia Bulat dekat depan Pacific seberang.

Dah kumpul ramai-ramai terus ke Char Kuetiau SG 2 telur dibasuh.

Sekali dah ada Mikro KOkus dok tunggu. Tak lama selepas tu Nadh dan adik dia Nadzli sampai. Ada Daus, Adam dan juga Che Ain. Lama lepas tu Kak shida, Kirin Selama Perak dan juga Amalina sampai plak.






Time ni aku dok tegur syukri yang dok gigi straw "Cukup tak Straw kalau tak cukup ni ada lagi sambil tunjuk straw aku"





Memang dipenuhi dengan gelak tawa perjumpaan kami tadi. Lenguh mulut gelak.

Tengok reaksi aku masa ni dah la... Gelak sakan




Masuk plak Nadh yang asyik dok cakap ja. Pot pet pot pet mulut dia macam bertih jagung. Dalam FB mengaku pemalu.. aiyooo...




Lepas tu ada sesi bergambar plak....

Ni la skandal aku di KBU..

Daus hakhak


Tak sesuai la aku nampak cam kakak dia plak. Memang hakikatnya dia muda dari aku pon hehehe =P Tapi bak kata Daus "Umur hanya angka" keh3...'




Skandal kedua adalah Mikro Kokus dan Onie Iyoko aka Meaw

Malu2 jer Mikro Kokus.. Comel cam bearbear haha


Errr...Adi Suda tak marah ke Onie??




Tapi dalam banyak-banyak pasangan aku suka pasangan ni...

Jom vote.........

Comel sangat depa ni, sepadan........ Kalau dalam FB pon depa 2 orang ni kemain lagi Mamadom la papadom la..Sekeh juga satgi hahaha... =P




Kat KBU ni depa dah buh nama kat aku GKSB= Gadis Kampung Skandal Banyak

Auuuwwww...

Banyak sangatkah skandal??

Errr... Ni skandal aku juga kah???


Mata sepet 2-2 hahaha...




Dan hari ni kami warga KBU berkumpul sekali lagi.

Tak puas Gathering hari tu.



Antara geng KBU yang hadir tadi =)



Demi KBU jambatan Pulau Pinang sanggup ku redahi. Balik tu kena hujan...

Basah lokoih hohoho...

TAGLINE KBU

WE ARE FAMILY

=)


Pic dicedok DISINI

Monday, March 28, 2011

DAH 2* TAHUN 1 HARI~~ALHAMDULILLAH MASIH BERNAFAS

Genap sudah umurku 2* Tahun 1 Hari.

Maxis pon dah expired tak ada call free dah hehehe..

Apa yang aku inginkan dalam hidup ini adalah kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta akhirat.

Bertemu jodoh dengan orang yang boleh membahagiakan aku serta Allah memurahkan rezeki aku.

Aku manusia yang punyai banyak kelemahan dan kadang-kadang kita alpa dengan keseronokan dunia tanpa kita sedar mati semakin menghampiri kita.

Mati itu pasti cuma bila dan bagaimana kita tidak tahu.

Umur hanya angka dan kematangan seseorang itu tidak boleh dikira dengan umur.

Terima kasih pada yang telah mengucapkan dan mendoakan aku sempena hari lahir aku ni sama ada di blog, FB, telefon dan ada yang siap nyanyi lagi untuk aku. Thanks Anith Shasha Chan =)

Befday aku kali ni sangat bermakna sebab aku sambut sehari lebih awal bersama geng-geng KBU. Siap ada yang sponsor kek lagi.

Thanks pada Cik Zai Penang.


(3 dari kanan)


Banyak juga kejutan yang dirancang oleh ahli-ahli KBU. Memang bikin panas dan air mata aku mengalir ja.

Dasyat betoi depa prank aku.

Kalau nak tau lebih lanjut jom kita tengok apa rancangan depa DISINI

Sunday, March 27, 2011

FIRST GATHERING GENG KAMI BLOGGER UTAGHA~~SEMPOI =)


Mesti ramai yang ternanti-nanti apa yang berlaku masa Gathering kelmarin kan?? Harap ampa bersedia untuk membaca entry yang panjang dan dipenuhi oleh gambar-gambar.

Sehari sebelum berlangsungnya Gath ni, Kak shida aka Adish Shida telah mempersiapkan ayam BBQ untuk dijadikan santapan kami semua.

Buktinya sila lihat gambar ini


Beliau sedang membasuh ayam yang turut dibantu oleh Ady Budika dan juga Wani.

Tu cerita sehari sebelum Gathering.

Bila tiba hari Gathering aku tunggu Juan Nasir dari seberang yang turut membawa Hajar, Bad dan Efa. Alang-alang depa ada sekali kerahan tenaga pon bermula hehe..

Lepas dah siap membeli sosej, arang, air kami p breakfast kat Pelita nasi Kandar dulu.

Masa tu memang dah hujan tapi rintik-rintik. Lepas tu sekali hujan lebat gila. Aku dah susah hati dah. Macam mana la nak buat satgi kalo hari ni hujan. Pastu hujan berhenti, sekali hujan lagi.

Aku susah hati sampai makan roti canai pon tak abeh. Sebelum tu siap gtau depa kata aku nak makan banyak sebab semalam aku tak makan apa-apa.

Susah hati punya pasal lepas tu dah kul 11 p jumpa pak cu plak. Dok lepak kat Subaidah. Nadh call gtau "kami tak boleh mai ni terkandas kat seberang, jambatan tutup".

Aku dok kata dia bohong,tapi dengan confidentnya dia dok kata betoi.. Aku malas nak cakap dah mood down masa tu terus pass fon dekat Pak cu Sofi.

Lepas dok gebang-gebang terus tunggu yang lain-lain dekat Padang Minden USM. Mikro Kokus call gtau kata dah sampai lepas tu ada lagi kereta-kereta di belakang.

Ada Papa Khai, Kirin Selama Perak, Ady Budika, Cik Zai Penang, Izamir Ridzwan dan ramai lagi. Dekat 15 biji keta juga la kalau tak silap. Masa tu hujan. Sampai berpayung kami kat luaq ni.

Dalam pukul 12.30 kami gerak ke Tanjung Asam, Teluk Kumbar. Tetiba dapat tau Liza yang dari Perlis sesat kat seberang sampai shopping complex mana tah. Nadh ditugaskan untuk tunggu depa.

Bila sampai sana tiba-tiba hujan rintik-rintik, pak cu sofi ajak aku p tanya tuan kedai untuk duduk di Khemah berdekatan situ. Rupanya kena sewa satu kepala RM4, kalau 50 orang dah berapa dah memang kaut untung sungguh tokei kedai tu. Lepas kautim dapatlah harga separuh.

Pakat dok bertungkus lumus buat bara nak panggang ayam.

Bila dah settle suma, anak yatim pon dah sampai, hidang-hidang apa yang patut, majlis kami pon dimulakan dengan ucapan pengarah projek yang juga merupakan Admin KBU, sapa tak tau??


Kelihatan Mikro Kokus disitu yer...bukan mikro kukus hehe

Bla Bla Bla.....habis sudah ucapan..

Time untuk makan..

=)



Rileks sakan depa ni, penat buat keja kot hehe...




Orang kuat BBQ

Megat dan Juan Nasir




Kaki Kipas (bukan bodek na)





Lepas makan tu majlis penyampaian sumbangan kepada Wakil rumah anak yatim Sinaran Kasih, Kak Atikah.




Sumbangan kepada anak-anak yatim





Dan paling special sekali adalah sumbangan Al-Quran khas dari Lubnan oleh Papa Khai kepada rumah anak yatim ini.




Lepas tu apa lagi sesi bergambar la.

Bunga-bunga di KBU
=)




Masa ni bergambar beramai-ramai sebab ada yang dah nak balik dah.

Antaranya Yuyu Zulaikha yang mai dari Langkawi. Mai bersama IR, Oshin dan Ayu.



Lepas depa ni balik kami buat sesi ice-breaking dan banyak bertukar pendapat mengenai dunia blog. Antara topik yang dibincangkan adalah pasal pentingkah populariti dalam dunia blog, blog macam mana yang paling disukai dan macam-macam lagi. Memang hangat la perbincangan kali ni sebab dapat tau macam-macam reaksi dari semua orang.

Ini antara blogger yang stay sampai tamat program ni



Pada aku, majlis ini mungkin agak terganggu sedikit akibat cuaca yang hujan hari tu tapi mungkin ini adalah hujan rahmat.

Alhamdulillah petang tu, hujan dah berhenti jadi kami telah mengadakan 1 game. Memang lawak abeh la. Tak sangka plak depa ni nampak ja malu-malu tapi semua sporting habis.

Rasa tak puas sangat hari tu tapi terima kasih pada semua yang sudi join dan bagi komitmen ampa untuk Gathering kali ni daripada mula sampai habis.

Masa sesi ice-breaking tu mungkin semua dah boleh kenal antara satu sama lain, yang tak kenal boleh kenal kot-kot la cinta berputik kan angah dan anith.. Eh??

Tapi dalam pada tu memang aku kena prank teruk arr dengan geng-geng KBU ni..

Sampai menangis wehhh...

Kalau nak tau tunggu untuk entry seterusnya nanti. Kali ni siap ada blogger perempuan yang ngorat blogger laki... Berani gila...

Siap ada yang menangis lagi sebab kehilangan sesuatu...

Nak tau sapa kena la tunggu jeng jeng jeng.............



Antara senarai blogger yang terlibat pada hari tersebut

1 GKSB- www.nurrcahaya.blogspot.com

2 Pakcu Sofi- http://gardeniaboys.blogspot.com/

3 Syakira Yaakub- http://kierasakura.blogspot.com/

4 Adish Shida- http://cahayanurqasih.blogspot.com/

5 Nurul Aifaa- http://efashi.blogspot.com/

6 Yuyu Zulaika- http://kupukupukecik.blogspot.com/

7 Hajar Rasdi- www.bdkkck.blogspot.com

8 Ady Soleh Ahmad- www.adybudika.com

9 Izamir Ridzhwan- www.izamirridzwan.com

10 Oshin www.oshinlove.blogspot.com

11 Daus Spartanz http://perrydaus90.blogspot.com/

12 Syukri Hasshan http://sipootcomel.blogspot.com/

13 Cik Ciput http://ceriteracikciput.blogspot.com/

14 Noor Badriah http://akudieya.blogspot.com/

15 Mikro Kokus http://syukri0235.blogspot.com/

16 Eva Natasha Isma http://evalovevo.blogspot.com/

17 Nur Syaliza http://liyzaisakuro.blogspot.com/

18 Nora Amila Ghazali http://noraamila.blogspot.com/

19 Ana Syanaz http://nana4one.blogspot.com/

20 Cik Zai Penang http://storymoryluahanku.blogspot.com/

21 Abdul Hadi Saaidin http://hadiee07.blogspot.com/

22 Onie Iyoko http://letopkeypad.blogspot.com/

23 Cahaya Wany http://chayapengawal.blogspot.com/

24 Erika http://tomatokering.blogspot.com/

25 Tatia Bulat http://tshirtungu.blogspot.com/

26 Nur Amalina http://aremelyna.blogspot.com/

27 Hamizah Dali http://www.micahonly.blogspot.com/

28 Cikali Xerzes http://cikali.blogspot.com/

29 Nadh Zher Ee http://frameandlenses.blogspot.com/

30 Muhd Fadil http://penyuagar.blogspot.com/

31 Encik Angah http://angahshark.blogspot.com/

32 Nadzli Azlan http://afrospexs.blogspot.com/

33 Ezmaliza Ezrik http://ezmaliza.blogspot.com/

34 Khairul Amilin Zakaria http://ituakuamel.blogspot.com/

35. Ayu http://.shawlsayucinta.blogspot.com/

36. Anith Abil Chan http://redwritter.blogspot.com/

37. Anith Shasha Chan http://anithchan.blogspot.com/

38. Inchik Eman http://bukanpembohong.blogspot.com/

39. Cik Sha http://riesha-ariesha.blogspot.com/

40. Kirin Selama Perak http://kirinselamaperak.blogspot.com/

41. Juan Nasir http://titiknoktah.blogspot.com/

42. Adam Zulhilmi http://adamzulhilmi.blogspot.com/

43. Munet http://minerelisme.blogspot.com/

44. Megat Fahidayat

45. Siti Jusiza http://akuJUSIZA.blogspot.com/

46. Adi Suda http://adisuda.blogspot.com/

TUA SUDA~~UMUR HANYA ANGKA

27 MARCH~~

EPY BEFDAY TO ME

=)

HADIAH PALING BERMAKNA PADA BEFDAY AKU TAHUN INI ADALAH BERSAMA DENGAN GENG-GENG KBU TADI YANG MENJAYAKAN 1ST GATHERING KBU.

TERHARU

=,)



TERIMA KASIH

=)


Saturday, March 26, 2011

AKHIRNYA SAAT YANG DITUNGGU TIBA JUA~

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ni bakal menjelma




Dalam pada tu macam-macam drama berlaku.

Macam-macam ragam yang ada.

Bukan mudah sebenarnya nak uruskan gathering ni apatah lagi ia melibatkan anak-anak yatim seperti yang aku nyatakan dalam ENTRY ni.

Kalau aku sorang buat semua ni memang tak kan jadi.

Tapi alhamdulillah ramai ahli KBU yang banyak menolong aku.

Tak sangka aku rupa-rupanya semua ahli KBU ni kreatif.

Antara produk yang dikeluarkan oleh KBU adalah

Paper bag untuk gift bagi anak yatim nanti.






Button badge




Pelekat kenderaan



Dan yang terbaru

Kad keahlian Kami Blogger Utagha (KBU)

(pak cu sebagai model)


Ditaja khas dari Cik Sha Khas untuk yg p Gathering ja


Dan ini adalah plan nak ke Tanjung Asam dari Jambatan ke SG.2 seterusnya ke Tanjung Asam



Kalau tak paham juga pagi ni pukul 11 pagi berkumpul di parking Padang Minden USM.

Kalau ada apa-apa masalah call aku 019-4446535.

Dan aku mohon doa dari kalian supaya mendoakan keselamatan pergi dan balik kami semua.

Harap-harap Cuaca esok hari juga baik dan tak hujan.

Amin.......


NOTACIKGADIS: Kalo hujann??? hmmmmmmmmmmm...........

Friday, March 25, 2011

APOM KA APAM???



Ampa suka makan apom tak??

Ia sejenis kuih tradisional yer kawan-kawan.

Ada 3 jenis apom.


1. Apom balik.



Memang sedap kalau makana time panas-panas.

Kalau yang garing sket lagi sedap. Rangup ja...

Tapi sekarang ni isi di dalam dia orang buh sket ja.... Kadang-kadang aku tengok ada la secoet ja kot.

Selalunya depa buh jagung dan gula. Memang mabeless la..




2. Apom lenggang



Sebab masa buat kena melenggang kot sebab tu nama dia apom lenggang hehehe....

Aku suka makan apom ni.




3. Kuih apom



Yang ni lagi sedap kalau makan masa breakfast. Tapi kalau tak pandai buat, dia akan jadi masam atau rasa dia lain.

Susah nak cari orang yang pandai buat kuih apom ni.

Arwah tok aku sebelah umi, pandai buat kuih dulu. Siap buat meniaga lagi. Memang sampai sekarang aku boleh ingat lagi rasa arwah tok aku buat.

Kalau sekarang ni memang susah nak cari rasa yang sedap macam tu lagi.


So inilah 3 apom iaitu nama yang sama tapi berlainan jenis.

Kalau kat bandar susah nak cari ketiga-tiga apom ni kecuali la kat pasar malam.

Apom manakah menjadi pilihan ampa??



Notacikgadis: pic google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi