Saturday, April 30, 2011

TAK KETAHUAN PUNCA~~



Assalamualaikum..

Wiwit.... Ni entry tak ada punca. Ya la petang-petang macam ni baru nak update blog.

Hari ni lepak dekat Batu Ferenghi~~

Mabelesss la...

Pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan sampai sakit pinggang-pinggang.

Ai pelik plak kan buat apa la tu sampai sakit pinggang.

Nak tau??

Tunggguuuuu.... Siap bagi bukti bergambar lagi nanti...


Eh jap, tolong VOTE GKSB ja.. 1 undi setiap hari yer... Makaseh



VIDEO MAHARAJA LAWAK~JOZAN MINGGU KE-5

Antara banyak-banyak peserta Maharaja Lawak, yang paling aku minat adalah JOZAN.

Lawak depa memang best.

Boleh tengok keserasian antara depa 2 orang. Memang bagi saingan hebat kepada Nabil

Jom tengok video depa



Terbaik~~





Jangan lupa VOTE GKSB yer. 1 undi sekali setiap hari. Terima kasih




Friday, April 29, 2011

PUNYALAH SUSAH SAMPAI TERKELUAR URAT DAHI



Arghhhhhhhh

Gila gila...

Rasa nak pecah kepala tadi jawab exam. Selama 3 tahun aku dok mengaji Paper ni paling susah.

Ampa tau tak, dalam tak cukup masa, dengan dok pikiaq jawapan aku boleh plak dak berangan kalau la aku extend paper ni macam mana la agaknya, nak dok hostel plak nanti. Tudia... Sampai tera tu.

Susah.

Aku tak harap apa pon untuk paper ni janji lulus ja.

Masa dok jawab tu rasa macam urat kepala nak putus, tekanan sungguh.

Apa-apa pon dah selesai dah satu Tinggal lagi 1 paper.

Lepas tu Good Bye USM

=)



Sebelum ampa komen, tolong GKSB vote sat

Makaseh yer =)

2011 DI TAHUN 2011~APAKAH?????



Fuh~~ tidur ku terganggu dengan kilat dan guruh semalam.

Gila la dok tengah tidur boleh terkejut. Nasib baik tak ada lemah jantung walaupun dulu aku hampir-hampir disahkan menghadapi tanda-tanda sakit jantung.

Hmmm...

Eh masuk blog tetiba tengok Tulang Belakang dah ada 2011 la. 2011 di tahun 2011 Fulamak~~

Siapakah dia yang bertuah itu??

Bila aku masuk SINI tengok entry dia baru lepas masuk hutan. Perghh dasyat tu apatah lagi ada pacat banyak dalam hutan. Geli tu.. Tapi aku tak takut pacat hehe cuma lintah ja aku takut.

Aktifnya budak INI. Macam-macam aktiviti dia buat, Nak kenal dengan budak INI?

Masuk SINI

=)



Sebelum pergi tu Minta tolong VOTE GKSB dulu yer.



Makaseh =)

Thursday, April 28, 2011

MAAF GADIS DAN BUNGA



"Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu"





Tetiba keluar plak lirik lagu Gadis dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim kan??

Hehehe..

Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di fikiran aku sejak kebelakangan ini. Aku adalah seorang yang suka memerhati (baca:pemerhati).

Memerhati tingkah laku manusia, gelagat manusia. Macam-macam kerenah ada. Adakalanya menghiburkan, adakalanya mungkin tidak menyenangkan.

Tapi selagi kita bernama manusia, kita tidak akan terlepas daripada kesilapan.

Cuma apabila kita sedar akan kesalahan kita, hendaklah kita memohon maaf.


“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)


Orang yang paling berani adalah orang berani mengaku akan kesalahannya dan yang memohon maaf dengan apa yang telah dia lakukan.

Kalau kita ada buat salah, ikhlaskan diri untuk memohon maaf dan jangan diulangi kesilapan tersebut ye dak??

Fuhh... Tetiba aku jadi seorang yang serius plak kan? Hihihi

Ini mungkin peringatan untuk diri aku juga.

Hmmm...

Sebenarnya aku exam ni esok. Killer subject la bagi aku~~

Ok la jom stdy. Doakan aku yer kawan-kawan

Jom sambung nyanyi




Gadis Dan Bunga

Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu.

Pic: Kredit to Munet



Senyum Mau Maneh

=D


Sebelum tu apa kata luangkan masa vote GKSB


BILA ASHRAF MUSLIM BERTUNANG...........




Bila Ashraf Muslim bertunang, mesti ramai peminat perempuan yang kecewa kan??

Kih3...

Memang terbaik la. Pilihan bakal isterinya pon bukan calang-calang orang tu..

Semoga jodoh mereka hingga ke akhir hayat insyaallah.


Kredit to MK Street




Aku plak bila lagi??

Bulan 6 ni insyaallah ada kenduri kat rumah aku. Kenduri apa tu??

Jeng jeng jeng...

Biarlah rahsia...

Kadang-kadang kita hanya merancang Tuhan juga yang menentukan

=)


Apa kata luangkan masa sekejap VOTE GKSB

Makaseh..

Senyum Mau Maneh

=D

Wednesday, April 27, 2011

I LOVE U TULANG BELAKANG KU




Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni adalah hari yang agak gembira pada aku.

Tulang belakang aku sudah mencecah 2000. Fuh..Bukan senang nak dapat angka yang begitu.

Aku start berblog dari tahun 2008. Sekarang dah 2011 dan aku tak pernah langsung berhenti menulis. Boleh katakan perjalanan aku dalam dunia blog ni agak perlahan jika nak dibandingkan dengan blogger baru lain yang cepat jer naik.

Tapi aku puas. Puas bila aku bermula dengan hasil usaha sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Jika nak dibandingkan blogger dulu dengan blogger sekarang memang banyak beza.

Blogger sekarang ada blogger yang terkenal bantu mereka, ada pelbagai group ditubuhkan dan ini memudahkan ampa untuk promosi blog ampa. Untung kan?

Tapi setiap orang berbeza, aku selesa begini sebab aku boleh merasa setiap detik itu, aku kenal dengan pelbagai lapisan umur, sebab salah satu tujuan aku buat blog ni pon untuk mencari kawan.

Dan kalau ampa nak tau aku baru ja buat nuffnang lepas 3 tahun berblog hehe....

Dulu, aku tak fikir sangat pasal ni semua, yang aku tahu menulis, komen dan itu saja.

Tapi baru aku sedar, sebenarnya dunia maya ni boleh kita tukarkan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat untuk semua maka terhasil lah Group Kami Blogger Utagha (KBU).

Disinilah aku kenal sebuah family yang sangat happening, saling menjaga antara satu sama lain, sentiasa ada di saat kita dalam kesedihan dan tak keterlaluan jika aku katakan yang kadang-kadang mereka ni semua lebih baik dari kawan yang ada di dunia realiti.







Tapi kalau dah namanya adik beradik "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik"

Cuma jaga la hubungan kita elok-elok yer. Kita kawan sampai mati ingat tu.

Dan pada Tulang Belakang GKSB, terima kasih kerana sentiasa menyokong GKSB tanpa ampa semua siapalah GKSB hanya pacal yang hina lagi maneh ja... Opsss...

I love u Tulang belakang ku dan adik beradik KBU

Senyum Mau Maneh

=D






TEKAN VOTE UNTUK GKSB SAT MAKASEH



WAKIL GROUP ANTI BLOGGER MOHON MAAF




Pergh...

Panas panas.... Isu pasal Group Anti-Blogger ni yang dok buat kacau dekat group lain.

Yang aku tau semalam yang kena group Blogger Perak dan Group Kami Blogger Utagha (KBU).

Lepas slow talk dengan salah seorang ahli dia apa yang aku dapat simpulkan budak-budak ni baru habis SPM. Dah tak ada keja sangat la tu, tu yang bikin kekacauan sedangkan tanpa depa sedaq, benda macam ni bukan boleh buat main-main.

Cari pasal dengan orang yang salah dan situasi yang salah. Siap ada ahli group KBU yang suruh report dekat web ni lagi http://aduan.skmm.gov.my/

Ampa bayangkan la, depa ni budak-budak lagi, baru habis SPM, kalau kena report apa yang ampa buat tu, dan pihak yang berkenaan amik tindakan, tak pasal-pasal ja gelap masa depan ampa. Bukan calang-calang sekolah ampa dok mengaji. Maybe ampa ni terlebih pandai sampai buat macam ni kot.

Depa ni bergerak dalam 1 kumpulan, cuma nak pesan la kalau kawan ampa dok buat benda yang tak sepatutnya, sebagai kawan ampa tegur bukan join sekaki. Group anti-blogger tapi ampa lupa ka ampa juga salah seorang blogger???

Dan salah seorang wakil dari group ni dah meminta maaf.

Dan aku sebagai admin group KBU memaafkan budak-budak ni. Kita anggap ja perbuatan ini sebagai kenakalan depa, ya la budak baru habis SPM tak boleh nak fikir lagi.

Cuma lepas ni berhati-hati la. Nak seronok ada cara nya bukan bikin kacau macam ni. Ni baru sket. Kalau ada yang buat aduan pasal ni tak pasal-pasal ja masa depan yang cerah jadi gelap.

Lain kali berfikir dulu. Bila tengok blog gabungan yang depa buat antara semua ahli, ada antara ahli tu sangat-sangat berbakat. Entry yang dihasilkan memang aku boleh tabik spring.

Cuma mungkin tercalar sket gara-gara group anti-blogger yang depa tubuhkan tu. Sekarang ni group tu dah bertukar. Dah tak ada group anti-blogger. Bagus la kalau cam tu.

So pada yang berkenaan, kalau nak buat apa-apa tu fikir dulu, ampa semua pon dah besar panjang, mengaji sekolah hebat-hebat sepatutnya ampa jadi contoh yang baik bukan buat benda yang tak berfaedah macam ni.

So, tepuk dada tanya hati

Senyum Mau Maneh

=D



Minta tolong VOTE GKSB klik bawah sini yer

GROUP ANTI-BLOGGER?????


Kah kah kah...

Group macam ni pon ada??

Tengok info profile kat FB mengaji tinggi, sekolah hebat-hebat, rupanya belajaq ja tinggi bodoh bertingkat-tingkat.

Pada admin dan konco-konconya ada akal saja tapi tak guna akal sebaiknya.

Apa jadahnya p create group macam tu???

Memang tak ada motif langsung pastu curi gambar orang lain buat pic profile, ni kes lelaki tak ada t***r.

Yang herannya pompuan pon join sekaki. Yang pakai tudung plak tu. Group yang tak ada pekdah cm ni pon nak join.

Cara dia, dia join group dalam FB pastu invite kawan dia ramai-ramai join group tu dan buat kacau kat group. Nasib baik group Kami Blogger Utagha closed group, memang aku dah tapis tapi terlepas plak sorang dua.

Depa pon blogger juga tapi anti dengan blogger nampak sangat kebodohan di situ. Opsss "menghangjeng" plak.

Pada ampa yang ada akai tu, Tuhan dah bagi elok-elok guna ke jalan yang betol. Jangan dok mengaji tinggi saja tapi bodoh bertingkat-tingkat.

Senyum Mau Maneh



NOTACIKGADIS: Kompom lepas ni aku kena serang dengan depa haha.. Ada aku kisah??



KLIK KAT SINI UNTUK VOTE




Tuesday, April 26, 2011

MENYESAL TAK SUDAH ~~



Tekanan perasaan~~

Rasa macam-macam

1st exam rasa macam aku tersalah jawab. Jawab tak ikut kehendak soalan pon ada. Kompius. Rasanya la...

Tapi benda yang dah lepas jangan dok ingat dah. Yang tu juga aku nak ingat.

Jumaat ni paper yang lagi mencabar.

Killer subject.

Fuh~~~



Study Study Study

Kalo tak menyesal tak sudah~~Tahun akhir dah ni

Doakan aku supaya dikuatkan daya ingatan dan dipermudahkan untuk menjawab exam yer




NOTACIKGADIS: Makaseh pada "Tulang Belakang" aku. Lagi 4 cukup 2000. Terima kasih semua =)



KITA KAWAN SAMPAI MATI OK???



Assalamualaikum...

Sebelum aku meneruskan entry ni, kalau ampa belum baca entry sebelum ni mai baca kat SINI dulu.

Ok entry kali ni aku nak coretkan sedikit perkara-perkara menarik yang berlaku di sebalik tabir Majlis Perpisahan ini.


1. Raja gelak boleh dinobatkan kepada Hidir. Dah la paling kecoh, kuat gelak.. Caras habis nadzri yang dulu dok pot pet pot pet sakan sangat. Kira ambil alih takhta banyak cakap la...

Kalau ampa tak caya, aku ada bukti dia. Cuba tengok yang baju hijau yang dok pegang gelas tu



Kan?? Kira ampa percaya dah apa aku tulis ni. Siap bukti lagi tu....




2. Azlan menjadi tumpuan ketika sesi ice-breaking. Bila dia bagitau umur dia semua kata "haaaa....biaq betoi??" Pakat tak percaya.

Umur dia 26 tahun. Mesti ampa pon tak percaya


Single lagi tu p la ngorat ececece.... Tapi aku dah cop borang 1 hahaha.. =P




3. Tiba-tiba ada geng susu. Ni la geng susu yang dimaksudkan tu



Macam mana dapat geng Susu??

Nadzri atau lebih dikenali sebagai Nadh dia mai bawa penyakit, dia sakit mata. Pastu kak shida kata la orang kata kalau sakit mata amik susu ibu titik dekat mata. Time tu aku dah gelak dekah-dekah dah.

NadH cakap tak kan nadh nak p wad bersalin p minta susu ibu kot mau kena katok nanti hahaha...

Terus nadh panggil kami yang ada kat situ geng susu haha...



Iklan sat makanan yang ada hari tu





4. Antara orang yang paling banyak kena bahan hari tu adalah aku. Dah la kena cop kuat gelak iaitu geng ngan Hidir, pastu kena bahan gara-gara iphone4 baru aku ni la.

Ce tengok pic sket



Hari tu aku kena bahan gara-gara pakai nset ikat dengan getah, kali ni depa dok bahan pasal tukar nset ni plak. Bau kedai la. Sampai dalam FB pon dok bau lagi.

Geram betoi aku.. Yang paling kuat menyakat si Rambut Afro ni la.

Yang lain-lain pon tumpang sekaki bahan aku. Seronok nowh ampa dok bahan GK, tau la GK slalu dok usik ampa pon, kena kat GK, ampa tak lepas peluang nowh....




Tapi kan yang paling best sekali geng ni la..

Sempat online lagi tuuu.....




Serius, aku tak pernah lagi jumpa kawan-kawan yang happening macam ni. Yang boleh buat aku tergelak-gelak sampai nak terkeluar isi perut

Yang aku boleh rasa kejujuran dan keikhlasan depa

Yang tak pernah langsung ambil hati jika bergurau kasar

Yang sentiasa cuba jadi yang terbaik

Dan paling penting sekali tidak pernah sesekali membezakan antara satu sama lain.

Alhamdulillah aku sangat berbangga sebab dari mula lagi aku sentiasa pesan pada semua tak kiralah banyak mana pon followers ampa di blog, banyak atau sket, kita semua tetap sama tak ada yang berbeza.

Yang penting kena pandai bawa diri.

Dan aku bersyukur sangat sebab Allah anugerahkan aku 1 idea untuk aku mewujudkan group ini. Kalau tak, kita semua tak kan kenal antara satu sama lain.

Dan aku harap sangat kita semua kawan sampai mati. Jangan ada sengketa antara kita dan jangan sesekali jadi gunting dalam lipatan, tikam dari belakang atau pon kawan makan kawan.

Perangai aku ni satu ja, kalau orang baik dengan aku, aku boleh jadi berganda-ganda baik lagi untuk ampa tapi sekali ampa buat taik kat aku, sampai mati aku ingat. Muka pon aku tak mau tengok dah apatah lagi dengar nama~~Fuh....takut tak takut tak? Hihihi.. Ok GK serius ni..

=P

Apa-apa pon memang aku sayang ampa semua.

WE ARE FAMILY

=)









Monday, April 25, 2011

HARI PERTAMA~~

Hari ni aku start exam,

1st paper~Medical Social Work.

29 ni paper kedua dan akan habis pada 5/5.

Maaf andai tidak sempat membalas jejak anda atau komen di blog aku ni.

Dahulukan apa yang perlu didahulukan

=)




Sunday, April 24, 2011

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN =)



Assalamualaikum~~

Halu2...mesti frustkan baca ENTRY ni semalam?

Ok, jom aku sambung balik cerita.

Dipendekkan cerita, group Kami Blogger Utagha (KBU) telah mengadakan majlis perpisahan ahli KBU iaitu Me'aw, Tomato Kering dan juga Bulat yang diadakan di rumah sewa mereka di Permatang Pauh.

Konsep majlis ni adalah potluck. So kami semua pakat bawa sorang sket makanan selain BBQ yang disediakan oleh Tuan rumah.

Hasilnya agak banyak makanan dan beraneka jenis yang pastinya memang lazat. =)






Memang sangat meriah apatah lagi temanya adalah tradisional. Yang lelaki pakai baju melayu dan perempuan baju kurung.

Ingatkan ramai yang tak ikut tema tapi boleh katakan 98% ikut tema. Memang terbaik ar.....

Ampa boleh bayangkan tak pakai baju melayu sambil bakar ayam, naik motor dari Alor Star rempit pakai baju Melayu?? Fuh memang terbaik dari ladang.

Tak percaya??

Meh tengok gambar ni



Comel sangat kan? Hahaha...

Cuma yang boleh aku katakan, kalau kita sporting, sesuatu benda yang dilakukan tu akan meninggalkan kenangan manis untuk kita.

=)




Dan aku sangat berbangga dengan ahli group KBU dimana tagline kami adalah WE ARE FAMILY.

Memang lain daripada group lain. Semua dah macam family, tak ada langsung istilah pilih kawan, kami semua memang sekepala. Sila jangan jeles wahai ahli group lain haha...

Masa nak balik tu sesi bergambar macam-macam gaya ada haha..

Jom tengok gaya-gaya bebudak KBU ni


GAYA COMEL




TANGAN DI BAHU MATA KE ATAS

Sila fokuskan kepada orang yang baju hijau




Dan yang terbaik dari ladang....

Sapa setuju sila angkat tangan macam saya



GAYA USOP WILCHA DALAM HANTU KAK LIMAH

Meriah sangat... Kalau ingat balik memang tergelak-gelak aku sorang-sorang. Macam-macam gelagat ada.

Dah la aku ni memang suka gelak dan kuat gelak, memang tak dapat nak cover-cover dah haih hahaha..

Sory nowh kalau cheq ni gelak kuat... Kui3..

Yang syoknya ingat Kirin Selama Perak dan Syakira ja ka boleh ada geng?

Aku pon ada geng gak pa...



Geng Purple =P




Dan pesanan kepada adik-adik ku bertiga

Onie Iyoko, Erika Rain, Tatia Bulat

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adalah kenyataan yang kita kena terima cuma jangan jadikan alasan perpisahan ini sebagai satu halangan untuk hubungan kita terjalin. Walaupun dimana anda berada ingatlah yang WE ARE FAMILY~KBU.

Tak mau sedih-sedih. Jangan nangis-nangis dah. Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi

=)


Berdiri dari kiri: Dek Nazz, Cik GKSB, Kak shida
Duduk dari kiri: Erika, Tatia bulat, Onie aka me'aw


Untuk entry versi lain pulak jom terjah BUDAK KECIK ni



PIC KREDIT TO MR. AFRO dan MIKRO KOKUS



NOTACIKGADIS: Kalau kenduri aku nanti panggil depa jadi mentara ok gak kan? Hahaha =P




PERBEZAAN ITU YANG MENDEKATKAN KAMI =)



Nak update pasal cerita Majlis Perpisahan ahli KBU seperti dalam entry Pagi tadi.

Ala yang aku cerita pasal Merempit Pakai Baju Melayu tu??

Sebelum itu, jom lihat pic terbaikk dari ladang ini


Tangan di bahu mata ke atas




Ini saja untuk hari ni. Esok aku cerita lain

Nak tdoq dah....

=)


Jom jenguk Mikro KoKus yg dah update pasal ni.


Saturday, April 23, 2011

MEREMPIT PAKAI BAJU MELAYU??



Assalamualaikum...

Morning...

Pagi ni aku bersama bebudak group Kami Blogger Utagha akan menghadiri majlis perpisahan 3 kawan blogger kami iaitu Meaw, Tomato kering dan Tatia Bulat.

Depa ni bukan asal Penang dan hanya study kat Penang. So lepas ni maybe tak kan jumpa depa dah.

So majlis hari ni ada kelainan sket sebab kami semua dah berpakat nak pakai baju tradisional, yang perempuan baju kurung, yang lelaki baju melayu.

Aku tak tau la depa sanggup tak terima cabaran aku. Aku merempit pakai baju kurung dari AS ke Penang. Ada gak blogger lelaki yang akan merempit dari AS ni pakai baju melayu?? Tak tau la dia sanggup pakai ka tak.

Apa-apa hal pon aku update lagi pasal ni lepas tamat Majlis Perpisahan ni kat rumah depa.

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik.


Friday, April 22, 2011

KENAPA SESETENGAH PEREMPUAN BANYAK SONGEH???


Kenapa sesetengah perempuan ni banyak songeh. (baca : sesetengah)

Benda kecik-kecik pon nak kecoh. Kalau mendatangkan faedah tak pa, ni tak ada pekdahnya.

Kalau perempuan yang banyak songeh macam ni mengada-ngada ja lebih. Nak perhatian tak pon kurang kasih sayang hahaha...

Aku kalau jumpa perempuan macam ni malas nak layan pe'el dia yang mengada-ngada tu. Silap haribulan aku sound ja.

Orang macam ni kadang-kadang menyusahkan orang. Benda-benda kecik akan jadi besar.

Kalau boleh, tak payah la nak mengada sangat. Cool sudah.

Orait??





KENAPA KITA BUAT BLOG???




Pastinya ada sebab yang tersendiri. Macam-macam ada dalam dunia blog ni. Kebanyakan blogger datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dah bekerja, masih belajar dan juga ada yang dah berkahwin.


Dan adakalanya kita tengok wah hebatnya dia dalam dunia blog, followers beribu-ribu tapi kat luar sebenarnya dia sama juga dengan kita. Ada plak blogger yang dalam blog dia biasa-biasa saja tapi kat dunia realiti wah hebatnya dia, anak Donald Trump rupanya. Itu sebagai contoh jer la.



Donald Trump




Kadang-kadang kita tak sedar bahawa dunia maya ni sebenarnya sama jer dengan dunia realiti apa yang berbeza dunia maya ni kita tak tahu siapa dia. Kita hanya baca penulisan dia. Yang kadang-kadang bila kita baca kita akan terfikir "wah hebatnya budak ni. Ayat berapi-api". Tapi bila dah jumpa semut api rupanya dia.


Sebab tu jangan la hairan kalau ada sifat dengki mendengki ni dan tak pernah nak puas hati dengan orang lain. Itukan salah satu sifat yang selalu juga kita hadapi di luar sana? Tak semua blogger ni baik adakalanya depan kita baik tapi di sebaliknya menyamar sebagai anon maki-maki kita.


Tak kurang juga yang gila traffic. Dia buat blog semata-mata nak kejar traffic dan nak tambah income. Jangan plak kita nak p mengutuk dia "apa la blog hang ni tak habis-habis dengan entry pasal traffic, setakat entry mcm ni adik aku yang tadika pon boleh buat".


Masing-masing ada cara tersendiri. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa dia blogging. Kita siapa nak cakap orang tu salah orang ni salah? Tak suka orang tu tak suka orang ni?


Bagi aku, jaga diri sendiri sudah.


Diri sendiri pon tak tera mana nak kalut pasal orang lain. Yang tak puas hati tu kenapa?


Ada plak yang siap kutuk "apa la blog hang ni macam sampah". Macam sampah pon hang dok baca juga.





Kalau nak cerita pasal dunia blog ni 7 keturunan pon tak habis. Ada akal guna. Kita sendiri yang pilih blogger macam mana yang kita nak jadi. Semua tu terpulang pada diri sendiri.


Kalau bab budaya menegur ni, kalau boleh tegur dengan cara yang elok. Ada adab dan tertibnya. Dan aku akui kadang-kadang kita tegur dengan cara yang elok pon masih ada yang tak boleh nak terima teguran. Kalau dah tahu orang tu macam tu lu pk la sendiri yer.


Tak semua orang pandai menegur dan tak semua orang boleh terima teguran.


Tepuk dada tanya hati.


"Senyum Mau Maneh"



Thursday, April 21, 2011

CINTA DUNIA MAYA



Cinta Dunia maya wujud. Sapa kata tak wujud? Dah banyak dah kita tengok di sekeliling kita. Contohnya blogger Cik Puan Aina ni. Kira aku kenal dia masa aku mula-mula terlibat dengan blog ni.


Cik Puan Aina ni pon ramah sangat. Selalu jer datang blog kita bertegur-sapa. Masa tu dia masih bergelar tunang kepada encik Suami dia sekarang. Kira aku ikuti perkembangan depa gak. Kenal dari Myspace punya nak kata jodoh tu alhamdulillah dah jadi suami isteri dah siap menunggu kelahiran anak sulung lagi sekarang ni.


Cuba tengok, sapa kata jodoh kat dunia maya ni tak wujud. Memang la banyak yang kita jumpa jenis main-main tapi kalo nasib kita baik insyaallah bertemu jodoh juga.


Dan yang terbaru heboh pasal Zed Zaidi yang buat kat kahwin dia dalam bentuk FB. Menarik kan? Kreatif sangat.



Ni la kad kahwin Zed Zaidi tu.




Konon-kononnya sebab dia dengan bakal isteri dia kenal dalam FB. Menarik kan?





Dan aku pun nak pecah 1 rahsia kat ampa semua. Sebenarnya aku kenal Teman Tapi Mesra aka TTM aku tu pon dalam dunia maya gak. Start dari FB. Dia start tegur aku, tengok muka boleh tahan gak. Putih, muka jambu haha. Aku kalau muka jambu ni tak berapa nak berkenan sangat.


Pantang aku online mesti dia tegur, masa tu ada 2 orang. Bila aku online ja mesti 2-2 orang ni komen. Konon-konon nak berkenalan la.


Tapi TTM ni la yang rajin sangat tegur aku. Annoying juga la mula-mula tu apa hal mamat ni rajin sangat dok tegur. Mula-mula dok jual mahal gak. Buat layan tak layan apatah lagi masa tu aku baru ja break ngan ex-boy aku.


Lepas tu macam mana tak tau bila kenal dalam telefon dia macam ok ja, aku pon beranikan diri nak jumpa dengan dia. Suruh dia mai amik kat rumah ja. Dia mai tu... Umi aku pon cam ok ja. Kira dia ni berani la. Dan memang ikhlas. Kalau tak, tak kan dia nak mai jemput kat rumah.


Adakalanya aku bawa puteri sekali nak tengok dia ok ka tak, kalau orang lain mampuih tak mau apa kelasss dating bawa adik kecik. Tapi dia ok ja, siap melayan puteri lagi. Puteri pon bukan main lagi dengan dia pot pet pot pet. Aku pon naik hairan.






Selalunya kalau orang yang baru dia jumpa dan kenal, puteri akan malu-malu ni baru jumpa pertama kali siap bagitau nama, umur dan paling tak boleh blah tu siap baca ABC lagi sampai abeh hahaha...


Ada orang tanya kenapa aku tak tunjuk gambar TTM?? Selalunya letak gambar sipi-sipi ja tak pon gambar dari belakang ja. Sebenarnya segan satgi kena adik beradik ampa ka jenuh dah la dia tak tau pasal blog aku ni. Eh sebenarnya Dia tau aku ada blog tapi tak tau pasal blog ni.


Hahaha tak ada la. Aku rasa belum sampai masanya lagi. Kami berdua pon dalam proses nak kenal lagi. Insyaallah perancangan ke arah yang lebih serius tu ada cuma belum lagi rezeki. Kalau ada ikatan apa-apa tu baru leh dedah. Biaq eksklusif sket.


Takut plak aku, nanti jadi macam sesetengah orang tu dok tayang rata ceruk last sekali tak jadi, malu dapat, sedih pon dapat.


Cuma doakan la kebahagiaan kami dan moga-moga jodoh kami kuat, Amin.... Tak mau dah dok main-main, umur aku dah berapa dah ni, umur dia lagi la, tua 4 tahun dari aku. Lagi tua kan? Haha..



Kuala Perlis saksi cinta bersemi di hati

uweekkk sila muntah ngan ayat jiwang ini kih3..






Doakan kami

=)


CEPAT-CEPAT NAK NAIK.............


Fuh~~

Sat ja kan sedar tak sedar nak masuk bulan 5 dah. Lepas habis exam, mungkin ke alam pekerjaan plak. Cuma sekarang ni dok pening gak nak cari kerja.

Setakat ni aku dah minta SPA ja. Tu pon guna STPM ja. Nak guna degree tak boleh lagi.

Harap-harap la aku cepat-cepat dapat kerja.

Lepas tu cepat-cepat

naik

Sumber:Google



TTM, tak kan tak cukup duit lagi kot??




Wednesday, April 20, 2011

CINTA MONYET DALAM KALANGAN REMAJA~SWEET KER??




Pergh...Tajuk tak menahan.


Baru lepas tengok Wanita Hari Ini kat TV3. Tajuk cinta monyet di kalangan anak-anak. Disebabkan aku tak ada anak melainkan anak tekak dan anak mata so aku tukar tajuk dalam kalangan remaja.


Sapa tak pernah melalui cinta monyet di zaman sekolah rugi. Rugi pada aku sebab benda tu la yang akan kita kenang bila kita tua-tua nanti. Siap boleh cerita kat cucu kita. "Cu, kalau cu nak tau nenek masa zaman muda-muda dulu hot....Ramai tergila-gilakan nenek...auuwwww" hahaha boleh tera tu??


Bila ingat balik cinta monyet masa sekolah dulu, nak tergelak pon ada, sakit hati pon ada. Aku start kenal cinta monyet start form 1. Hahaha..gila gatai nak mampuih. Masuk form 2, dapat surat cinta. Minta nak couple. Aku ingat lagi nama dia Syamil. Pengawas perpustakaan sama aku gak.


Ajak bercinta pastu bila jumpa dok wat malu-malu. Boleh plak dok curi-curi tengok aku disebalik rak buku hahaha... Lawak gila. Cukup seminggu aku hantar surat kat dia kata tak mau couple ngan dia, aku minta putus. Hahaha..Budak-budak katakan.





Tapi yang aku paling ingat sekali masa tu dia anta email siap biodata dia lagi ala yang ada makanan kegemaran, hobi, cita-cita. Hahaha.. Syok plak ingat zaman budak-budak dulu.

Lepas putus ngan dia, dok sat couple plak dengan Izwan. Time ni la kawan baik aku sendiri tikam belakang. Dok muhung aku macam-macam sekali balik sekolah berjemput. Izwan ni dok jemput dia naik motor balik sekolah. Ngan dia ni sat ja gak kot. Aku pon tak ingat lama mana.


Masuk form 4 couple plak ngan Firdaus. Sekampung dengan aku. Aku dapat p Teknik Kangar, dia dapat p Teknik SP 2. Sekali ada awek baru kat sekolah sana. Dengan alasan sunyi pastu kawan-kawan ada awek kat sana. Abeh SPM terus putus. Aku ni punya la setia kat dia. Haha ngok ngek ja.

Cinta itu indah



Tapi sampai sekarang ni kami berkawan lagi. Aku fikir cam ni la, tu zaman budak-budak masing-masing tak matang lagi, so tak salah kalau berkawan. Dia pon ok ja. Kadang-kadang dok kuar gak ngan dia. Tapi sekarang dia dah dapat keja tetap kat Sibu, Sarawak jadi Polis. Dia pon dok pulun kumpul duit nak kawen, aku pon sama eyh??


Tapi zaman sekarang budak-budak remaja ni lagi advance. Dah ada FB, dok bercinta dalam FB. Mana ada surat-surat dah. Banyak plak tu kes sosial. Kecik-kecik dah pandai yang tu yang ni.


Macam-macam kan? Pengalaman cinta monyet ni indah kalau dikenang. Mesti ampa pon dok terbayang-bayang kan kisah cinta monyet ampa tu. So apa kata ampa kongsikan sama. Kalo rajin, Buat entry dan tinggalkan link ampa kat entry ni. Seronok gak kalau tau kisah monyet ampa tu.


Dan lebih sweet lagi kalau cinta monyet tu kekal sampai jinjang pelamin. =)





NOTACIKGADIS: Pic Google




GIVEAWAY UJANG9897

Hari ni teringin nak join Giveaway Ujang yang femes amos tu....

Untuk syarat-syaratnya KLIK SINI


Walaupun aku ni selalu tak bertuah kalau bab-bab giveaway ni apa salahnya kita mencubakan?

So untuk Ujang dan Yana selamat pengantin baru. Tak lama dah kan?

Aku hanya menjadi silent reader kepada pasangan bahagia ini jer hehe, selamat berbahagia sampai ke akhir hayat yer ujang dan Yana.


Ikhlas dari Gadis Kampung Separa Bandar

Tuesday, April 19, 2011

CARELESS~SAMPAI KE PERLIS BARU TAHU RUPA-RUPANYA........



Assalamualaikum...

Wiwit...

Ini minggu lepas punya cerita dimana aku ke Perlis konon-kononnya nak bagi T-Shirt KBU kat Si Hidir ni, sekali bila sampai sana check dalam plastik baju dia tak ada. Tertinggal kat Penang nuuuu...

Careless kan aku ni?? Aiyooo...

Dah la masa tu dah sampai Perlis. Tapi p la juga jumpa dia kat Dewan 2020 sebab kebetulan dia ada exhibition untuk FYP kat sana. Budak kejuruteraan katakan hehe...

Petang tu contact Hidir Sekali lagi n ajak Syaliza sama lepak Kola Perlis. Errr..bukan aku sorang ja sekali dengan TTM aku angkut huhu...


Nampak kurang ketinggian di situ huhu



Kami lepak situ sambil makan Lok Cheng kan orang Perlis panggil bagi yg cucuk-cucuk tu.

Dan Hidir belanja. Buktinya ada di bawah ni hehe




Aku panggil makanan ni cucuk-cucuk ja. Tapi bukan yang cucuk botox tu na...

Tak mo, tak mo, tak mo cam tu

=P



Lepas dok bergosip sakan sampai tak sedaq Masa dah Time. Eyh??

Masa nak balik tu dan lagi la Si Liza ni dok kata apa tak tau kat TTM.



Aku tak tau la Si Liza ni dok bagi amanat apa kat TTM.

Suruh masuk meminang aku cepat-cepat kot haha...

Wekkk prasantan.


Sapa-sapa yang dok Perlis tu, gtau la aku tinggalkan no fon ka senang sket bila sampai sana boleh la jumpa ampa sekali ye dak??

=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi