Tuesday, May 31, 2011

SHAWLS VS TUDUNG BAWAL





Sejak trend memakai shawls ni, memang aku dah jadi peminat setia shawls. Boleh kata macam-macam jenis dan corak aku ada, tapi aku lebih suka pakai warna hitam.

Lepas tu wujud plak tudung syria, tapi aku masih tetap dengan shawls. Sekarang ni dah macam-macam gaya tudung ada. Tudung bawal yang dulu harga mencecah berpuluh-puluh ringgit dah jatuh harganya.

Sampaikan ada yang harganya RM 10 ja tudung bawal tu cuma kain dia biasa-biasa ja la. Kalo dulu kain biasa-biasa pon dah RM 20 lebih, sekarang ni memang murah dan jarang dah orang dok jual tudung bawal gara-gara trend baru tudung yang beraneka jenis ni.

Cuma jenis aku, memang tak berani mencuba yang pelik-pelik. Ada ja yang aku beli, sampai sekarang aku tak pernah pakai. Bila tengok orang lain pakai lawa, bila diri sendiri nak pakai rasa cam pelik plak. Itu la aku kot hehehe..

Sebab tu aku lebih selesa pakai shawls sampai sekarang.




Shawls hitam menjadi pilihan sebab senang, kalo tak iron pon tak nampak sangat kedut-kedut hehe




Ahad lalu, aku menghadiri kenduri kawan sekolah aku dulu. Disebabkan tak ada shawls yang warna sama dengan baju, aku cuba pakai tudung bawal. Mula-mula tudung depan dok kelepek juga hahaha... Lama tak pakai, tak berapa nak menjadi plak.

Tapi bedal jer. Dengan baju kurung gelebeh, (mak sedara aku punya sebab tak payah iron) drive kereta ke Jalan Pegawai sebab dah janji dengan sorang blogger ni nak jumpa.

Bukan apa nak cepat punya pasal. Bila dah berjanji dengan orang ni, aku tak suka orang menunggu aku lama-lama. Nak tak nak cari jer baju yang mana senang nak pakai haha..

Aku ni memang jenis kalut sket, mai kelam kabut memang jadi lagu tu la.

Dan hasilnya jadi la macam ni



Pon bolehhh...


Hahahaha...




31 MEI | GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR



31 Mei..

Hari ni genap setahun sudah.

Segala kenangan mungkin hanya tinggal kenangan.

Kadang-kadang kita kehilangan perkara yang paling kita sayang. Kita bersedih. Terluka. Kecewa.

Tapi disebaliknya Tuhan lebih mengetahui segala-galanya.

Aku kehilangannya dan aku berjumpa orang yang lebih serasi untuk aku bersama.

Disebalik kedukaan pasti ada hikmahnya.



Senyum Mau Maneh

=D

BANYAK SONGEH SANGAT AIHHH..MENYAMPAH AKU



Bila orang banyak songeh memang bikin aku menyampah. Serius aku memang sangat-sangat tak suka orang yang banyak songeh ni terutamanya hal yang kecik-kecik.
.
Sebagai contoh perkara yang kecil pon dia perbesarkan, benda sikit-sikit nak bising haihhh.. Geram betul aku. Mungkin perangai aku ni sama kot memang tak suka dengar orang berleter atau bising-bising dekat aku.

Tapi zaman sekarang ni FB memang dah jadi keutamaan kepada semua orang. So dijadikan sebagai medan untuk menunjukkan perangai yang banyak songeh tu.

Grrrrrrrrrrr......

Tolonglah yer pada orang-orang yang rasa diri dia tu suka banyak songeh sila berubah kerana perangai ampa yang banyak songeh ni menyusahkan orang dan membuat orang menyampah.

Harap maklum!

Monday, May 30, 2011

LEPAK DI MINI I-CITY ALOR STAR



Semalam lepak di Mini I-City di Alor Star..

Bersama adik beradik KBU



Lepak, lepak dan lepak....

Memang terbaik...

=)

ABC VS CENDOL PULUT



Masa aku ke Perlis hari tu seperti yang aku cerita dalam ENTRY NI, kebetulan jumpa dengan sorang blogger ni. Epol namanya. Dia ada pesan T-Shirt KBU sebelum ni, dah kebetulan aku ke sana so aku bawa sekali nak serah pada dia.

Serius aku segan ngan dia, tiba-tiba bertukar jadi pemalu wakaka... Sangat ajaib bila GKSB bertukar jadi pemalu.. Apakah???

Hahaha..

Tapi kan, Si Epol ni kan 1 sekolah dengan aku dulu cuma kami tak kenal ja. Eh aku kenal dia sebab dia skema hahaha... Boleh macam tu??

Yang boleh kenal balik ni pon sebab macam mana tak tau aku terjumpa blog dia, pastu dalam FB So bertaut balik lah ikatan persahabatan tu.

Lepas tu dia nak bawa p makan tapai yang pernah dia ceta dalam blog dia tapi tapai tak ada. So pekena ABC dan cendol pulut. Mula-mula dia order ABC dekat aku, tapi aku cancel sebab nak try cendol pulut.

Lepas tu aku menyesal tak sudah bila tengok ABC tu macam ni




Uwaaaa.....Nak ABC huhuhu...

Gambar cendol pulut tak amik, sebab tak sedap...

Cendol pulut yang aku cerita dalam ENTRY ni lagi sedap hehe...

Hahaha tapi cam lawak la plak masa mula-mula duduk kat kedai makan tu. Dia duduk depan aku, pastu aku suruh dia ubah tempat duduk sebelah aku sebab aku segan haha..

Dalam aku dok malu macam tu pon puas dok usik dia sampai muka dia bertukar jadi pink.

Hehehe....

Dia ada cerita dalam blog dia gak pasal ni. Jom jenguk SINI.




=)



Gambar tak ada kena mengena~~Dah lama tak pakai tudung bawal

Sunday, May 29, 2011

SALMA JUARA MENTOR 5


Malam ini, Mentor 5 berakhir.

Dan juara telah dinobatkan kepada Salma..



"Saya Berbangga dengan Salma"~Erra



Keputusan mungkin mengejutkan buat Iqa dan Edry kerana pada peringkat separuh akhir, Iqa berada di tempat pertama dan Salma hampir-hampir tidak dapat masuk ke Final.


Tapi dah rezeki Salma. Akhirnya Salma dinobatkan sebagai juara musim ke-5 dengan markah sebanyak 85 mengatasi Shiha iaitu 63 dan Iqa 56 markah sahaja.

Tahniah sekali lagi pada Salma dan juga Erra.

Lepas ni ada artis baru la dalam industri hiburan cuma yang aku harapkan jangan la timbul kontroversi lagi macam-macam artis lain.

Ye dak????

KARAS DAN MENERAM~APA TU???




Aku baru balik kenduri classmate aku masa sekolah dulu kahwin.

Sampai sekerat jalan baru teringat, kamera tertinggal. Aduyai~ Frust...

Tapi kan yang bestnya, gift yang aku dapat selain bunga telur dan gula-gula aku dapat kuih yang memang aku suka.

Iaitu kuih Karas



Sedap sungguh..Ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu memang suka sangat makan kuih ini.

Satu lagi kuih yang aku suka adalah meneram. Kalo orang utara panggil coq negham. Tudia pekat sungguh. Ataupun juga dikenali sebagai telinga keling kalau kat tempat lain.



Meneram.


Sedap... Nyum nyum...

Jom la kita memeriahkan kenduri. Aku tau musim cuti sekolah ni kenduri berlambak-lambak cuma tuan badan ja tak kenduri lagi

Hehehe...

Kalau tanya aku bila lagi, mungkin lambat lagi kot. Errr...Yeke??

"KOMPANG DIPALU..PENGANTIN BARU..."




Selamat Pengantin Baru kepada blogger Mizz Sue yang kini sudah bergelar Puan. Puan Suhaida Supalio.

Bila tengok gambar-gambar dia di Blog dia, rasa sweet sangat. Comel kan dia?

Tapi aku agak frust, memang aku nak sangat p kenduri kahwin dia kelmarin 28 Mei 2011, siap dapat kad kahwin lagi. Sekali aku contact sepupu aku dekat KL sana nu, depa plak p Kuantan. Tak ada orang nak amik aku kat stesen Bas. Mau tak mau, aku terpaksa cancel kesana.

Apa-apa pon sekali lagi Selamat Pengantin Baru buat Kak sue dah suaminya. Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.

KLIK SINI untuk ke blog Puan Sue




Saturday, May 28, 2011

HUJUNG MINGGU YANG AGAK MENDUKACITAKAN

Alhamdulillah


Dah selamat sampai di rumah tercinta.


Sebelum ni berada di Perlis sebab umi dan walid aku ada pertandingan Pentaque di Padang Majlis Perbandaran Perlis, sempena hari koperasi kalau tak silap aku.


Kami menginap kat Hotel Federal kat Kangar. Serius aku rasa boring ya amat sangat. Nasib baiklah semalam ada gak yang sudi bawa keluar. Pekena cendol pulut. Yang tu nanti aku cerita kat entry lain. Hehehe


Tapi keadaan aku tadi memang agak dasyat la. Boring tahap tenuk dah. Last sekali aku amik kunci kereta, masuk tidur dalam kereta. Ya la pagi tu sebelum pukul 8 kena ada kat Padang dah.


Sekali bila dah terjaga tengok umi dan walid aku dah selesai main. Umi aku dapat Johan.


Dan nasib memang tak menyebelahi aku la. TTM plak tak ada kat Perlis, dia ada program dengan belia kat Putrajaya. Kalo tak, tak la boring sangat aku kat Perlis tu.


Ni saja cerita aku yang sangat boring di minggu ini.


Apa cerita hujung minggu ampa plak??




NOTACIKGADIS: Cuti sekolah dah bermula, musim kahwin pon tiba, kenyang makan nasi kenduri la pula hihihihi


=)

Friday, May 27, 2011

BLOG BERMASALAH LAGI~~PERLIS AKU DATANG







Aku tak tahu la apa problem dengan google chrome ni sebab blog aku memang tak boleh nak buka melaluinya.

Sekarang ni aku dok open blog melalui internet explore. Tapi lembab yang amat. Minta maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat nak membalas jejak ampa yang tinggalkan komen.


Dan kebetulan masa ampa membaca ni sekarang aku dah berada di Perlis. Walid dengan umi aku ke sana sebab ada games pentaque.

Pihak pengurusan bagi bilik, so, walid aku ajak kami anak beranak p sekali. Kami dok menginap di Hotel Federal di Kangar.

Kalau ada yang dok kat Perlis tu nak jumpa aku boleh la contact. Tak la aku boring sangat nanti kui3...

Ada nombor fon aku kan??

Nanti contact la eyh hehe...






NOTACIKGADIS: ENTRY NI ADALAH AUTOPOST

PUTERIKU~~SELAMAT HARI ULANG TAHUN MELIHAT DUNIA

27 Mei 2007

Lahir seorang lagi Puteri dalam keluarga kami.

Sebelum ni keluarga aku hanya aku seorang perempuan dan 4 orang laki.

Tapi dengan hadirnya seorang lagi puteri memang menjadi penyeri dalam keluarga kami.








Dan hari ni 27 Mei 2011,

Genap 4 tahun sudah puteri ini.

Nama diberi Puteri Qistina Syakira



Dan dalam umur dia 4 tahun, dia dah kenal Huruf-huruf ABC sampai Z. Dah boleh mengira dan yang paling penting dia dah pandai menulis nama dia sendiri.

Hobi dia melukis dan mewarna. Kadang-kadang dah pukul 12 malam pon dok mewarna lagi, bila ajak p tdoq, dia cakap "sat la adik dok taler-taler ni" dengan gaya pelat dia cakap hehe..

Kalo p shopping complex, bukan mainan yang dia cari, tapi buku. Bila tak dapat memang menangis sambil dok cakap "adik nak buku, adik nak buku"



Happy birthday buat adik kesayangan aku Puteri Qistina Syakira




Thursday, May 26, 2011

FILEM KARAK~ULASAN GKSB





Berkaitan Entry pasal Filem Karak tadi, aku dengan selamatnya selesai menonton.

Blogger yang dimaksudkan dalam entry tu adalah Hans iaitu merangkap classmate aku dulu masa sekolah Teknik kat Perlis dan turut ditemani kawan aku Nani. Bukan Noni macam yang Hans kata dalam Blog dia tu hehe..


Kalo tengok trailer filem ni memang seram. Sampai la aku hampir-hampir nak cancel tadi. Tapi kesian plak kat Hans satgi dia tok ketaq sorang-sorang tengok filem ni hahaha.

Tapi lepas tengok filem ni yang seram pon dah jadi tak seram. Bukan sebab apa, masa ada part scene seram dan hantu keluar tiba-tiba ada penonton menjerit, dah la kuat, pastu panjang. Kami 1 panggung dok gelak. Yang seram pon dah jadi tak seram. Hehehe...Lawak la plak

Memang ada part yang terkejut. Tapi Nani yang dok terkejut banyak sangat, aku rileks jer... Errr...ok aku ngaku tak la rileks sangat kadang-kadang tu terkejut gak. Hans keja dok gelak kat kami ja.


Walaupun seram tetap menghiburkan sebab ada dialog dia yang kelakar terutamanya lakonan Md Eyzendy memang sangat best. Tapi part muka dia mekap dengan ulat-ulat tu memang buat aku loya. Sampai terkeluar eeeeeeeee.......dari mulut aku masa tengok scene dia berlakon tu.





Md. Eyzendy




(Gambar)




Apa-apa pon overall ceta ni memang best dan aku paling suka part last sekali. Nak tau apa part last sekali?? Ampa kena la p menontonnya sendiri dan kalau ampa dok tengok part tu mesti ampa akan ingat apa yang aku tulis ni kih3....




Blogger GKSB dan Hans








SINOPSIS FILEM KARAK~GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR





Hari ni Filem Karak keluar dekat pawagam.





Walaupun aku tau yang aku ni jenis penakut dan menggelupur kalau tengok ceta seram ni, aku tetap nak tengok. Demi tidak menghampakan peminat aku. Ehhh??

Tak ada la kali ni aku akan menonton bersama seorang blogger ni yang juga merangkap classmate aku masa sekolah dulu.

Jom sapa berkesempatan kita p tengok kat Alor Star Mall.



Ni sinopsis Filem Karak


Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.






Tengok trailer ni pon dah seram. Aku tak tau la macam mana keadaan aku satgi masa tengok filem ni.



Wednesday, May 25, 2011

PERASAN MUDA~TERIMA KASIH YER PAK CIK SEBAB MEMBUATKAN SAYA MERASA BEGITU





Semalam aku p beli nasi lemak. Sambil dok tunggu mak cik kedai tu bungkus nasi lemak, ada la sorang pak cik tu yang juga customer gerai tu..Sambil dia dok pilih-pilih lauk tetiba dia tanya aku.



Pak cik: Hang form berapa?

Aku: (Dalam hati Form berapa?? Nampak muda ka aku ni) Sambil senyum-senyum aku jawab "Baru abeh belajaq pak cik"

Pak cik:"Baru abeh SPM ka??"

Aku: (makin tersenyum lebaq) "Dak aih...baru abeh belajaq kat USM"

Pak cik tu dok tanya lagi: "Hang dok mana?"

Aku: Dok dekat sini-sini ja.

Pak cik: Ingatkan hang dok kat taman tu (sambil tunjuk kat taman berdekatan)

Aku: Dak aih pak cik...dok kat sana nuuu (sambil tunjuk arah taman aku)

Pak Cik: Hang nak pelam dak?? Ada dalam raga motor. Saja bawa dok bagi kat orang banyak kat rumah pelam tu tak buat apa pon.

Aku: Tak apa la Pak cik, Makaseh. (sambil senyum)

Pak Cik: Tak pa, satgi nak p bagi kat depa kat kedai tu.. Dok mai karoke selalu.



Dan sepanjang perjalanan aku balik ke rumah, aku tersenyum atas motor. Bukan apa, syok bila orang dok tanya form berapa, boleh perasan muda walaupun umur aku dah mencecah 23. Awet muda katanya hihihi...







KELUAR MELIHAT DUNIA





Dah lama tak keluar dari rumah lihat dunia.

Hari ni akan ke satu Destinasi.


Gambar Hiasan Kredit to BLOG INI



KENAPA PERLU BEGITU???





Kita selalu berfikir,


"Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa hidup aku bukan macam si polan itu? Kenapa macam ni? Kenapa macam tu?"



Kita selalu merungut itu ini. Itu tak kena. Ini tak kena. Tapi adakah kita check diri kita kembali apa yang tak kena dengan diri kita?


Kita selalu menyalahkan orang lain dan tanpa kita sedar, kita yang bersalah. Dan lebih bersalah kalau kita langsung tak sedar akan kesalahan kita.


**Sigh


Hidup ini bukan hanya diri kita, bukan hanya semata-mata diri kita sahaja tapi fikirkan orang sekeliling. Fikirkan yang kita hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua orang yang sayangkan kita. Jangan jadi pentingkan diri sehingga mengabaikan orang yang kita sayang.


"Kenapa orang tidak memahami aku?"


Untuk membuatkan orang memahami kita bukan mudah. Sedangkan kita sendiri tidak pernah paham dengan diri sendiri jadi bagaimana?



Tepuk dada tanya hati~~GKSB


Layan lagu ni jom



Tuesday, May 24, 2011

MENANGIS BACA KOMEN INI



Menangis baca komen ni untuk Entry ni





Terima kasih Epol


Mungkin bagi orang lain, apa ada pada komen tersebut? Tapi bagi aku komen tu sangat bermakna pada aku.

Bila kita rasa kita putus asa untuk terus menulis rupanya masih ada orang yang menghargai penulisan aku yang tak seberapa walaupun aku tahu, tak ada apa yang istimewanya blog aku ini.

Kadang-kadang kita rasakan diri kita tak berguna dan ada orang yang membuatkan kita rasa diri kita ni langsung tak berguna.

Sedihkan bila ada yang membuatkan diri kita ni seolah-olah langsung tak berguna??

Aku sayang blog aku ni. Tapi situasi tak menyebelahi aku.

Insyaallah aku cuba untuk menjadi lebih baik nanti.

Demi tidak menghampakan "peminat" hebak macam Epol

Senyum tak perlu kata apa-apa

=)





"Tak semua yang kita impikan akan kita dapat"





Alhamdulillah...

Masih diberikan peluang untuk menghirup udara di dunia ini.

Jarang sekali aku update sekarang ni. 1 entry sehari. Tak macam dulu, sehari 2,3 entry. Serius semakin hari, aku semakin hilang semangat nak menulis blog.

Adakalanya banyak yang ingin aku tulis, ingin aku luahkan rasa hati tapi aku segan. Ramai yang sudah kenal aku di dalam realiti, bila aku luahkan dalam blog mungkin bila berjumpa nanti aku akan rasa segan.

Bila kita memendam perasaan jadi macam semalam, sakit kepala menyerang.

Dah beberapa hari aku tak on9 waktu malam. Hmmm...



"Tak semua yang kita impikan akan kita dapat"



Ayat ini sering berlegar-legar di fikiran aku. Aku cuba untuk bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang, tapi separuh hati aku mengatakan ini bukan yang aku inginkan. Ini bukan diri aku.

Tapi wajarkah aku melukakan hati orang lain semata-mata untuk memenuhi kehendak diri sendiri??


*Sigh


Buntu~




Gambar Hiasan




NOTACIKGADIS: Terima kasih kepada tulang belakang yang baru follow GKSB




Monday, May 23, 2011

NUR KASIH THE MOVIE~~TAK PUAS LAH




Nur Kasih The Movie??

Ada lagi ke yang belum berkesempatan nak tengok??




Aku dah tengok.

So komen aku ceta ni memang best, cuma terlampau cepat sangat dari 1 scene ke scene yang lain.

Bayangkan baru dok feeling ja tiba-tiba dah masuk scene lain. Kalo dok tengah menangis tu terbantut nak menangis hehe...

Tapi terus terang la aku tak puas tengok. Banyak sangat gangguan. Ada penonton yang masuk lewat la, pastu ada yang tersilap tempat pastu bila pekerja panggung tu suruh tukar, dimarah plak pekerja tu.

Al-maklum la ramai ja mak cik-mak cik yang mai tengok so paham-paham ja la macam mana kecohnya. Sedangkan time tu wayang dh start.

Pastu ada plak telefon berbunyi, dengan budak sebelah aku ni dok gelak-gelak. Haihh mau ja aku sound.

Cuma aku pusing tengok dia ja.. Kalo dia tak paham-paham lagi aku tak tau la.

Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang ja. 3 bintang?? Ok la tu kan? Huhu...


Aku p tengok dengan umi dan adik laki aku. Puteri kami tak bawa kebetulan walid aku bawa dia balik kampung.

Malam tu sampai ja umah, dia tengok gambar umi aku dalam kamera terus menangis nak tengok Nur Kasih.

Adik aku ni peminat Nur Kasih jangan tak tau hehe...

Nak tengok dia menangis??

Mai tengok video ni.






NOTACIKGADIS: Tergelak bila tengok orang yang kuar panggung suma mata merah hehe..

Sunday, May 22, 2011

VIDEO SAKSI TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT




Semalam negara kita digemparkan dengan berita tanah runtuh yang menimpa rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Tragedi ini mendapat liputan luas oleh semua rakyat di seluruh negara kerana melibatkan anak-anak yatim

Punca kejadian adalah disebabkan faktor semula jadi.

Berita di bawah adalah senarai mangsa tragedi tanah runtuh.



Senarai mangsa tragedi tanah runtuh


KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.
Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA


Antara mangsa yang terkambus di bawah runtuhan tanah



Dan ini antara video saksi kejadian Tanah Runtuh yang sempat dirakamkan oleh Berita Harian Online.







Saturday, May 21, 2011

2 MINGGU~~NANTI 2 BULAN... JANGAN SAMPAI 2 TAHUN SUDAH




Dah 2 minggu aku dok umah.

Rindu kawan-kawan plak.

Nak lepak duit tak ada.

Yam, Syarma, bila nak lepak sekali?? Izan, sory hang dok jauh, kelate nuuu... Tak dapat nak lepak sekali.






Rindu nak berkelah depan KLCC USM lagi la...

Huhuhu..






AL-FATIHAH




Setiap yang hidup pasti akan mati.

Hidup kita di dunia ni hanya sementara, bila masa kita akan pergi tak ada siapa akan tahu

tapi persoalannya sudah cukup ke amalan kita???

Kehilangan orang yang tersayang bukan sesuatu perkara yang mudah kita terima.

Aku sendiri pernah merasa kehilangan. Dan aku rindu kucupan itu.

Dan semalam adik seorang sahabat blogger kembali ke Rahmatullah.

Takziah aku ucapkan kepada Nor Azlan dan keluarga.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua umat Islam yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita doakan supaya Allah SWT tempat roh-roh mereka ditempat orang yang beriman.

Al-Fatihah


PELAKON MAHYON ISMAIL MENINGGAL DUNIA



Siapa yang tak kenal Seniwati Mahyon Ismail (gambar) yang juga merupakan ibu kepada pelakon Faizal Hussein, Fairuz Hussein dan Dilla Hussein telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kepada arwah.





Gambar



Seniwati Mahyon Ismail pernah membintangi Filem Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991) yang telah menaikkan namanya di arena perfileman.

Takziah kepada keluarga arwah.


Sumber berita: RTM

SEGMEN BLOGLIST ABG TEROR~TANAH TUMPAH DARAHKU








Kali ni GKSB nak join segmen yang dianjurkan Abg Teror. Untuk Maklumat Lanjut boleh jenguk SINI

Sebelum tu kena jawab beberapa soalan.



Dimana anda dilahirkan??

GKSB dilahirkan di Hospital Sg. Petani, Kedah.



Dimana anda dibesarkan??

GKSB dibesarkan di Yan, Kedah oleh tok dan tok wan. Bila masuk form 1, baru duduk dengan family di Alor Star, sebab tu la nama Gadis Kampung Separa Bandar =)




Negeri Pilihan untuk dimasukkan ke dalam bloglist.

Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman



Cerita sebab memilih negeri tersebut.

Semestinya negeri tempat lahir tanah tumpahnya darahku.







Friday, May 20, 2011

PENANGAN NUR KASIH THE MOVIE~ DASYATNYA




Sana sini orang bercerita pasal Nur Kasih The Movie yang start ditayangkan kelmarin 19 Mei 2011.

Betapa hebatnya penangan Nur Kasih




Hebat tak hebat sampaikan adik aku p cari tiket wayang tadi, tiket habis la.

Yang esok punya yang ada pon malam.

Umi aku yang dah bertahun-tahun tak tengok wayang pon sanggup nak p tengok sekali.

Tu nasib baik ayah aku pon tak ikut sekali kalo tak memang dasyat la penangan Nur Kasih ni,

Yang lagi dasyat siap ada orang yang nak letak nama anak Nur Kasih hahaha...

Esok baru aku berkesempatan nak p tengok Movie Nur Kasih ni dengan family aku dekat Alor Star Mall.

Lepas dah tengok nanti aku review movie ni eyh? Tak sabarnya nak p tengok





VOTE GKSB. TQ

DRAMA SAHARA~APA YANG PELIK DENGAN PELAKONNYA NANU BAHARUDDIN??




Sapa tengok Drama Sahara di TV 3??

Pelakonnya Nanu Baharuddin.




Tapi kan, awat la aku tak puas bila tengok muka dia?

Serius.

Bukan tak puas hati sebab dia cantik lagi ka apa tapi bila aku tengok muka dia ish.. Tak puas la. Kenapa eyh??


Cuba tengok muka Nanu masa dalam drama Sahara.




Dan bandingkan dengan gambar-gambar lama dia.

Gambar ini




Dan juga ini...



Ada perbezaan tak??

Walaupun aku ada terfikir yang bukan-bukan, dan ampa pon ada terfikir juga kan macam aku?

Tapi tak baik la kita nak cakap macam apa yang kita fikirkan kan?

Ya, kecantikan itu penting tapi natural beauty lagi ok kan dari..........(sila sambung ayat sendiri)

Senyum Mau Maneh

=D




P/S: Gara-gara kepelikkan tersebut, umi aku terus tak suka tengok drama ni. Hehehe..







Thursday, May 19, 2011

RINDUNYA ZAMAN KANAK-KANAK




Semalam adalah malam penuh nostalgia di group Kami blogger utagha bila masing-masing dok mengenang kenangan masa zaman kanak-kanak dulu.

Pak Cu Sofi pon ada buat entry pasal ni.

Jom mengenang zaman kanak-kanak bersama GKSB.


Sapa pernah makan biskut ni??



Mesti ampa pernah makan kan? Aku tak tau nak panggil biskut apa, tapi masa kecik-kecik aku panggil biskut gula warna-warni.

Kalo dah nama budak-budak mesti dok makan gula dia ja, biskut buang. Tapi aku suka makan dua-dua. Sedapnya hehe....




1 lagi makanan feveret aku, ni buble gum perisa. Sekupang ja harga dia dulu. Aku suka beli banyak-banyak. Bukan apa, sedap sebab dia rasa grape.






Dan 1 lagi semestinya yang jadi feveret ampa semua masa zaman kecik mesti biskut kapal terbang betul tak?




Dulu beli 5kupang pon dapat banyak. Zaman sekarang ni mana ada dah biskut ni harga 5kupang.

Memang rajin sungguh aku p beli dulu. Rasanya pedas-pedas sket. Tapi sekarang ni jarang dah ada biskut kapal terbang ni. Kalo ada pon, rasa dia dah tak sama macam dulu.

Sekarang ni kurang sedap la, tak tau la pasaipa.



Ha sapa suka makan gula-gula getah ni?? Siap ada tatoo lagi kat kertas pembalut dia. beli banyak-banyak pastu dok lawan tempek kat tangan. Hehe... Bila dah kena marah baru hegeh-hegeh nak p basuh.


Harganya sekupang juga.




Ala lagi ni.

Ampa tau belon ni.




Kalo nak tiup, picit kat tiub warna kuning tu, pastu masuk dalam mulut kulum-kulum baru tiup.

Rasa belon ni macam pedas-pedas sket.

Kalo belon dah pecah main tempek kat dahi sambil dengar dia meletup-letup hehe





Seronokkan bila dapat mengimbau kembali kenangan masa kecik-kecik dulu. Terbayang-bayang dah kat mata ni. Teringin nak kembali ke zaman kanak-kanak tapi mana mungkin???




KLIK BANNER UNDI GKSB TQ


Wednesday, May 18, 2011

KONVOKESYEN UITM~TERHARU TENGOK REAKSI IBU BAPA






Hari ni aku ke UITM Arau sempena majlis konvokesyen adik aku.

Dia amik Diploma Sains Sukan dan sekarang ni sambung degree kat Uitm Shah Alam dalam kos yang sama juga.

Tahniah aku ucapkan pada my bro Megat Iskandar Zulkarnain.






Ada satu masa tu, tak tau la pasaipa aku rasa nak menitik air mata. Mungkin bila tengok reaksi ibu bapa yang datang untuk tengok konvo anak-anak.

Ada teruja, gembira, bangga, semua tu semestinya tergambar di wajah ibu bapa masing-masing.

Apatah lagi bila tengok ada yang bawa tok dan tokwan masing-masing, tiba-tiba teringat kat arwah tok dan wan yang tak sempat tengok hari konvo aku nanti.

Apa-apa pon aku gembira dengan adik-adik aku, alhamdulillah semua berjaya dalam bidang masing-masing.






Nak berkenalan ke? Singgah la Blog Dia




P/S: Bulan 9 ni aku plak konvo. Insyaallah...Harap2 lulus semua untuk sem ni,




Minta tolong Vote untuk GKSB Thanks


DYE RAMBUT BOLEH DIBAWA SEMBAHYANG KAH?? AKU SUKA JAWAPAN FIZZ FAIRUZ BILA AWAL ASHAARI BERTANYA PADANYA TENTANG DYE RAMBUT


Semalam aku tengok rancangan Fuhh kat TV 3.

Pengacaranya adalah Awal Ashaari dan Artis jemputan adalah



Fizz Fairuz


dan juga


Shafie Naswip




Tapi aku tertarik dengan pertanyaan Awal Ashaari pada Fizz Fairuz.

Lebih kurang macam ni la Awal tanya pada Fizz Fairuz pasal rambut sebab Fizz Fairuz antara artis yang tak pernah colour kan rambut.

Fizz Fairuz jawab "Saya sembahyang". Simple je jawapan dia.

So maksudnya boleh katakan yang dye rambut kebanyakan tak halal. Tapi Awal Ashaari kata ada yang halal.

Sepanjang pengetahuan aku, walaupun ada dye yang dikatakan halal tetap tak sah dibawa sembahyang, kecuali inai. Kalo salah tolong betulkan aku.

So lebih baik tak payah dye kan rambut. Rambut hitam lagi menawan kan?

Senyum Mau Maneh

=)



Minta tolong VOTE Makaseh


NAKAL SUNGGUH BUDAK NI






Tadi aku kena buli teruk.

Kena buli dengan budak yang berumur 4 tahun.

Dok saja-saja dia mai tarik rambut aku.

Dan yang paling menyakitkan dia cucuk aku dengan pensel sampai berdarah.

Ishhh..

Geram betul.

Aku marah dia, teriak la sat. Cubit-cubit dia, tampar tangan dia. Pastu dia buat aku lagi.

Dia amik botol susu, letak ayaq paip mai simbah kepala aku plak.

Adik-adik. Nakal sungguh.


Budak ni la yang buli aku



Tuesday, May 17, 2011

ANAK KER??




Ada adik kecil di umur 20-an sebenarnya bukan sesuatu yang mudah.

Walaupun seronok melayan kerenah adik kecil, tapi adakalanya rasa tak seronok bila..

Berjumpa dengan kawan-kawan lama ataupun orang yang tak dikenali mereka akan bertanya

"Anak ke?"





Kalo rajin aku gtau la kata adik,

Kalo malas aku cakap

"A'ah anak"


Senyum tak perlu kata apa-apa



KAMI BLOGGER UTAGHA 10: DAH MASUK KE SIRI 10 JOM BERKENALAN






So hari ni aku update lagi 20 link.

Jom berkenalan dengan geng-geng group Kami Blogger Utagha





Monday, May 16, 2011

ALAHAI.....SAMPAI BILA KU HARUS MENUNGGU





Assalamualaikum..

Sekarang ni aku update blog sudah tak sekerap dulu kan?

Ingatkan bila dah habis study ni boleh update blog 2,3 entry sehari, tapi malangnya tidak.

Keadaan aku agak tak stabil sekarang ni. Banyak benda yang tertangguh.

Tekanan mencari kerja sudah melanda. Duit semakin tiada. Dah tak ada apa yang tinggal lagi.

Tolong doakan aku supaya cepat dapat kerja. Baru nak masuk 2 minggu di rumah aku dah mati kutu walaupun aku tak ada kutu.

Bila mood tak ada, secara automatik idea nak menulis blog pon kurang.

Alahai....sampai bila la akan macam ni.





SELAMAT HARI GURU: 5 BUAH SEKOLAH AKU MENUNTUT ILMU =)



Hari ni 16 Mei, Hari Guru.


Banyak kenangan semasa kita bersekolah. Dari kita tak tahu apa-apa, kita kenal ABC, 123, mengeja, membaca dan mengira.

Sungguh besar jasa guru kan?

Tapi sayang guru-guru sekarang tidak dihargai dan disalahkan jika ada guru yang merotan pelajar jika pelajar melakukan kesalahan.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku ingat lagi, Ustazah Salma selalu cubit perut. Tak ingat bacaan ja perut menjadi sasaran.

Cikgu Hajijah, cikgu dari Sarawak, tak buat kerja sekolah jer, dia kahwin kan kami dalam kelas hehehe...

Cikgu Hanif dan cikgu shafie, cikgu yang banyak mengajar aku main bola tampar.

Cikgu Mokhtar, yang treat aku main bola baling.

Fuhhh jasa depa dan semua guru akan ku ingat.


Selamat Hari guru kepada guru-guru di

Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan

Sekolah Menengah Yan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary Alor Star

Sekolah Menengah Teknik Kangar

Sekolah Menengah Tungku Abdul Malik, Alor Star

dan kepada semua yang bergelar guru.



Guru umpama lilin yang membakar diri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi