Wednesday, June 29, 2011

CINTA MUKA BUKU





Zaman sekarang Facebook dah jadi sajian hari-hari. Kalo tak buka Facebook tak sah hidup ye dak?? Bila dah ada FB macam-macam status kita boleh baca. Sepatutnya What's on your mind kena tukar la what's your problem? Ok tak?


Kadang-kadang aku gelak sorang-sorang bila baca status FB orang (kemain gelak kat orang sedangkan tak sedar orang dok gelak kat aku) keh3...


Tak kisah la tu cuma selalu kita tengok FB bebudak yang tak berapa nak matang lagi dah pandai nak baby sayang. Sekali tengok kat info baru form 2. Lepas tu kalo kat album kompom-kompom la ada gambar ngan BF/GF segala. Ejaan plak mesti la banyak kiteeewww iteeeww sukeeee....


Bila dah putus dok pulun delete gambar plak dah. Hahaha macam-macam. Nama pon bebudak. Tapi kalo yang tua bangka dok buat macam tu macam mana plak??


Apa-apa pon bagi aku guna la Facebook ke jalan yang sepatutnya. Jangan bila marah keluar ayat-ayat makian yang tak sepatutnya sebut habis yang kat bawah tu tak kira jantina. Kalo orang tua-tua tengok, sedara mara tengok kan tak manis tu.


Dari ayat-ayat makian tu orang dah tau macam mana perangai kita. Pada bebudak yang bawah umur tu jaga kelakuan sama. Ni gambar yang dok isap rokok pon letak juga dalam FB sedangkan kamu tu sekolah lagi.




Gambar Hiasan



Dan jangan tak tau berkemungkinan juga kita akan jumpa jodoh dalam Facebook. Tapi jangan mudah percaya, salah orang buruk padahnya. Apa-apa pon semua bergantung kepada niat kita. Kalau niat kita baik insyaallah semua akan jadi baik, kalo niat tak baik banyak masalah yang akan timbul.



WORDLESS WEDNESDAY | KAU RASA APA YANG AKU RASA??






KISAH FACEBOOK





Ini kisah pasal facebook. Bila dah ada facebook ni mestila kita akan berjumpa balik kawan-kawan lama. Tak kira la dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Dan setiap dari kita pasti ada kisah masa zaman budak-budak dulu kan?


Dan bila berjumpa kawan-kawan lama ni ada saja kisah yang akan diperkatakan. Kalo cerita yang gembira tak apa tapi ada plak kawan-kawan yang saja nak mengungkit kisah yang memalukan. Yang ni paling aku tak suka.


Agak-agak la kalo nak buka kisah lama pon tengok la kisah tu akan memalukan orang lain atau tak. Ni kisah sekolah rendah nak ungkit balik. Sekarang kita dah dewasa kot, umur pon dah cecah 20-an tak perlu la nak memalukan orang lain dengan ungkit balik kisah yang berbelas-belas tahun berlaku. Kisah zaman tak matang.


Block Facebook??

Aku hampir-hampir nak block kawan aku tu dari FB. Tapi bila fikir pusing-pusing nanti akan jumpa muka dia juga jadi jalan terbaik adalah delete jer komen dia. Kalo dia terasa pon aku tak kisah at least biar dia tahu aku tak suka cara dia dan kalo nak bergurau ada hadnya.


Orang yang kenal aku akan tahu aku memang boleh dibawa bergurau tapi kalo macam ni keadaannya memang nampak sangat something wrong kan?


Pernah juga seorang blogger ni yang merupakan kawan dalam FB buat FB baru gara-gara keadaan yang lebih kurang sama dengan aku. Yang penting kena tahu hadnya. Kita bukan budak-budak lagi sampai nak ungkit kisah zaman tak matang dulu.


Katakan seseorang tu dah berjaya pegang jawatan yang besar dan dihormati tetapi tiba-tiba ada plak kawan lama di FB ungkit perbuatan dia yang berpuluh-puluh tahun dulu masa zaman muda-muda dan perkara itu memalukan tak ker benda tu menyebabkan orang akan hilang hormat kepadanya.


So kalau nak buat apa-apa sila fikir dulu kesan dan akibat harap maklum.



Tuesday, June 28, 2011

VIDEO TOMOK DAN AYU~SAVE THE DATE



Masih ingatkah anda dengan entry pasal kad kahwin Tomok yang unik tu? Sebelum tu mai baca kat SINI


Kali ni kita tengok video Tomok dan Ayu tunangnya.

Save The Date





Berdasarkan video ni kan kesimpulan yang boleh aku buat kalo ada jodoh tak kan lari kemana.

=)



SERONOK MAKAN ANGIN SAMPAI TAK SEDAR RUPA-RUPANYA.......


Kelmarin aku p Perlis atas satu urusan. Sempat juga la jumpa Incik TTM lunch sekali. Tapi bukan pasal tu aku nak cerita cuma pernah tak ampa alami satu pengalaman di mana ampa drive kereta atau motor pusing merata ceruk dah tapi rupa-rupanya lesen ampa dah lama mati.



Pic google



Semalam aku baru sedar tu pon bila adik aku kata dia nak renew lesen terus aku teringat lesen aku. Bila check tarikh lesen tu dah lama mati dari 14.6 2011 hari tu lagi.

Ayomak... Nasib baik aku tak pernah kena tahan polis lagi. Berjalan rata tu pon ada hati nak p Penang hari tu. Nasib baik tak jadi p.

Pengajaran yang boleh diambil, check la slalu lesen ampa walaupun aku tau lesen ampa tu dok senyap dalam dompet kui3...

Kalo nak check online ampa boleh KLIK SINI

Ampa pon mesti ada pengalaman macam aku kan? Kongsi-kongsi kan la.

=)



Monday, June 27, 2011

JUVANA EPISOD 10 | LAGI CERITA PASAL BUDAK KEDAH



Mesti ramai yang duduk di depan TV tadi tengok Juvana kan??

Memang sangat menghiburkan apatah lagi bila ada watak Kedah yang dilakonkan oleh Fimie Don. Memang best kot dia berlakon. Tak larat nak gelak tengok telatah dia.

Dan paling best sekali cara dia cakap utara memang piaw la...Tak bunyi janggal langsung macam pelakon-pelakon dewasa lain contohnya dalam drama-drama lain yang kita tengok cuba cakap utara tapi tak berapa nak jadi.







Kalo ampa tengok cara KEDAH cakap guna kami-ampa macam tu la orang utara dok guna. Ala macam aku guna tulis dalam blog ni guna ampa. Ingat KEDAH ingat la GKSB hehehe...

Kalo ampa tengok budak-budak utara cakap, guna kami-ampa memang seronok. Macam aku la kecik-kecik dulu hehehe..

Tapi yang tak syoknya bebudak sekarang ni dok cakap aku-hang. Umur baru 5 tahun. Rasa macam kurang sopan plak. Kita yang dewasa ni tak pa la kan? Keh3.....

Apa-apa pon JUVANA malam ni memang best. Walaupun babak debat tu macam tak berapa nak kena sebab tak ikut peraturan debat yang sebenar. Nama pon drama ye dak??

Tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya. Komeng anak mak dah kembali.

Jom tunggu episod seterusnya minggu depan

Oh yeah~~

KENANGAN MASA PRA-U

Dok saja-saja tiba-tiba teringat masa aku Pra-u dulu. P ke sekolah yang langsung aku tak pernah terfikir nak masuk.

Masa ke sekolah tu memang aku tak kenal sapa-sapa. Hanya aku dan Ida ja dari sekolah Teknik. Yang lain boleh kata kebanyakan adalah murid asal sekolah tu.

Mula-mula depa kata kami ni menyombong. Biasala dah tak kenal so memang tak tegur sapa-sapa la. Ada plak 2,3 orang yang memang aku anti haha.. Tapi bila dah kenal lama tak sangka boleh jadi kawan baik pula.




Antara sebahagian kawan-kawan form 6.



Kat sekolah aku ni ada 2 kelas ja. Pra u 2A, dan Pra-u 2B. Kami dipecahkan kelas ikut subjek. Yang specialnya sekolah ni kami bleh pilih subjek mana yang kami nak amik dan aku pilih Geografi dan Sejarah di mana Pengajian Am dan Bahasa Melayu pula adalah subjek wajib.


Ada yang amik seni dan sastera. Seni?? Err aku tak minat sebab aku tak suka benda yang renyah ni. Huhuhu....

Ada sekali tu kami ada kem Pra-U dekat....Errr aku lupa plak nama tempat ni. Serius aku lupa. Macam-macam aktiviti kami buat. Antaranya aktiviti di bawah ni.




Best wooo....Tapi ada tragedi yang berlaku. Kasut aku hilang. Lepas mandi je naik-naik tengok kasut tak ada, balik berkaki ayam ke khemah. Rupa-rupanya ada kawan aku yang tersilap amik kasut. Tak pasal-pasal jer berkaki ayam.


Apa-apa pon banyak kenangan masa aku form 6. Banyak ilmu yang aku dapat dari cikgu-cikgu dan yang penting sekali aku berjaya jejakkan kaki ke USM. Alhamdulillah.


Sapa boleh cari mana aku?? Keh3...




Sunday, June 26, 2011

SAKIT ADALAH PENGHAPUS DOSA KECIL


Sejak 2,3 hari ni cuaca tak menentu di Alor Star. Kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas sangat.

Disebabkan tu juga keadaan GKSB pon tak berapa nak elok sangat. Asyik batuk ja sampai haaaaaaaaaaaa semputttt....

Penat kot batuk.

Sebab tu jarang nak on9 sangat sekarang ni. Apa-apa pon doakan GKSB supaya cepat sembuh yer...

=)





NOTACIKGADIS: Esok ke Perlis sebab ada urusan =)

TERHENTI DI SINI~~| GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR









Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta






SEGMEN KBU: JOM KEMBALI KE SEKOLAH




Sebelum tu nak tempek gambar masa kecik-kecik dulu =P





Kali ni GKSB nak join segmen yang Pak cu Sofi anjurkan. Kalau nak baca boleh KLIK SINI. Segmen ini adalah berkaitan dengan kembali ke sekolah. Ala zaman masa sekolah-sekolah dulu. Mesti banyak kenangan kan? Jom kita kongsikan.


Mana paling best, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah?

Sebenarnya GKSB tak berpeluang ke tadika. Err sebenarnya pernah merasa ke tadika tapi GKSB lari dari tadika, kalo nak cerita macam membuka pekung di dada. Tapi tak pa la benda pon dah lama. Sebenarnya GKSB start tadika umur 5 tahun. Masa tadika tu macam biasala cikgu bagi 1 uncang dalam tu ada pensel, pemadam, kaler krayon. Seronok tak kira la.

Nak dijadikan 1 cerita, ada satu hari tu GKSB tak mau p tadika, tapi Mak chaq GKSB (GKSB tinggal dengan tok, tok wan dan mak sedara dari kecik) suruh p juga. Dok guling-guling atas lantai pon Mak Chaq GKSB paksa p juga. P la tadika dengan hati tak rela.

Pastu dah sampai tadika teriak (nangis) nak ikut Mak chaq balik. Cikgu plak masa tu pegang tangan GKSB kuat-kuat sampai sakit tangan. Apa lagi disebabkan nak cikgu tu lepaskan tangan GKSB, GKSB gigit tangan cikgu tu hahaha...

Tapi bukan berhenti setakat tu ja. Bila dah lepas tangan tu GKSB dok teriak lagi. Tapi depa dah kunci pintu pagar dah. GKSB pon bohong la cikgu tu nak duduk kat luar ja. So depa pon bagi duduk kat luar. Masa tu semua budak-budak sibuk nyanyi ABC, tengok line clear terus GKSB panjat pagar tapi yang syoknya kain plak tersangkut hahaha...

Masa tu keadaan dah kecoh dah cikgu lari keluar nak pegang GKSB, tapi GKSB berjaya lepaskan diri dan lari balik ikut sungai belakang rumah. Start dari tu GKSB tak pernah p tadika. Belajar pon kat rumah ja. Tapi bila masuk darjah 1, GKSB dapat no 5. Top 5 tu sedangkan GKSB sorang ja yg tak pernah p tadika dalam kelas hehehe.

Kalo ditanya yang mana paling best, maybe sekolah rendah kot. Sebab GKSB ni aktif sukan. Pernah jadi kapten bola baling, bola tampar dan pernah dinobatkan pemain terbaik bola baling. Sebab tu la UPSR dapat 2A 3B ja kot haha....Banyak main sangat.








Pengalaman pahit??

Bila kawan baik sendiri tikam dari belakang masa tu form 3. Dia dok bohong GKSB macam-macam sekali tengok-tengok rampas BF GKSB hahaha... Tapi bukan persoalan rampas atau tak cuma masalah kawan yang kita percaya khianati kita. Itu yang jadi masalahnya. Sampai sekarang GKSB susah nak maafkan dia.

GKSB juga pernah bergaduh dengan budak lelaki masa sekolah rendah. Lawan tumbuk tendang semua ada sampaikan cikgu terpaksa masuk campur. Dasyat tak?? Kenangan pahit tu sebab GKSB kena penendang betul-betul perut. Tapi dia kena tumbuk betul-betul kepala, banyak das plak tu haha...


Pengalaman manis

Kenangan manis adalah terpilih jadi wakil negeri Perlis di sekolah menengah dalam Kawad Kaki KRS. Sampai ke Johor kami p. Lepas tu ke Perkhemahan Perdana KRS dekat negeri Sembilan. Kira merata la GKSB p masa di sekolah Teknik Kangar dulu. Sampai muka pon hitam legam. Tapi tak kisah, pengalaman punya pasal hehe...



Gambar masa baru balik dari Negeri Sembilan





Subjek yang digemari

Bahasa Melayu dan Sejarah. Memang minat gila subjek ni. Kalo sejarah tu memang boleh kata buku GKSB jadi lunyai sebab selalu sangat baca. Buku colourful. Hahaha... Tapi masuk form 6, jadi tak minat. Mungkin sebab faktor cikgu yang mengajar juga kot. Hasilnya GKSB hanya skor Sejarah 2. Sebab cikgu dia best. Sejarah 1 hancuq haha....


Rasanya cukup dulu setakat ni hehehe...


KLIK SINI untuk join Kami Blogger Utagha

KLIK SINI untuk join segmen ini



Saturday, June 25, 2011

KUMPULAN K-POP MALAYSIA TELAH MELANCARKAN SINGLE TERBARU MEREKA



Masih ingatkan anda dengan ENTRY pasal retisss K-Pop yang baru??


Gambar



Perkembangan terbaru mereka telah melancarkan single terbaru mereka yang kini menjadi juara carta di semua stesen radio di Malaysia.

Dan belum ada artis lain yang berjaya mengungat kedudukan carta lagu mereka.

Mari kita dengarkan single terbaru mereka.





Single terbaru ini turut menjadi ikutan anak muda mahupun warga emas sekali pon.

Apa-apa pon diucapkan selamat berjaya kepada mereka.

Mari kita lihat gambar-gambar mereka lagi dengan pelbagai aksi.





Segala aksi mereka adalah berkaitan dengan aktiviti mereka yang INI



NOTACIKGADIS: Jangan lupa dapatkan album mereka di pasaran pastikan yang ORIGINAL





Entry ini hanya gurauan semata-mata =)


Friday, June 24, 2011

Thursday, June 23, 2011

NOSTALGIA BETUL LA PUBLIC PHONE NI


Tadi masuk blog Penanti.com. Tertarik dengan entry yang dia buat pasal public phone. Memang nostalgia betul bila diingatkan balik zaman-zaman sekolah dulu.


Google



Al-maklum la aku duduk asrama masa tu. Nset tu memang tak boleh bawa langsung. So mahu tak mahu Public phone la yang menjadi penghubung. Kalo tiba hari minggu ja beratur panjang la aspuri. Bukan sebab nak call mak bapak, tapi nak call "balak" masing-masing.

Pastu kalo gayut tu tak hengat dunia plak. Sedangkan ramai jer beratur panjang kat belakang. Kalo junior tu memang kena maki dengan senior dah, kalo senior gayut, memang tak leh nak tegur apa-apa walaupun lama gila gayut.

Masa ni la masing-masing nak tunjuk kata depa ada "balak". Kalo gayut mula dok tergedik-gedik. Hahaha macam-macam aksi boleh tengok.

Time ni semua pantang jumpa syiling. Ada ja syiling simpan. Bukan apa senang nak gayut lama-lama. Memang nostalgia betul la. Tapi zaman sekarang ni public phone ni mana ada kegunaan sangat dah. Masing-masing dah ada nset.

Public phone pon dah jadi mangsa vandalisme. Mana ada yang elok dah sekarang ni.

Dan aku percaya mesti ampa pon ada pengalaman kan menggunakan public phone ni, apatah lagi masa zaman-zaman tak ada nset lagi. Kalo ada kongsi-kongsikan la.



INGAT SENANG NAK PERCAYA KAN ORANG??



Bila kita berbicara pasal kepercayaan, pasti ada pelbagai tafsiran mengenainya. Bukan senang nak percaya kan seseorang. Mungkin mudah untuk menanamkan kepercayaan orang pada kita tapi bukan mudah untuk memastikan yang kepercayaan mereka itu terpelihara.


Seandainya kepercayaan kita dikhianati, berkemungkinan kita akan bertukar menjadi seorang yang prejudis.


Apa itu prejudis??


Prejudis dari istilah psikologi adalah sikap atau emosi negatif yang bertindak balas terhadap seseorang individu ataupun kumpulan.


Sebagai contohnya kita nampak seorang pak cik yang gemuk beli 3 set KFC terus kita terfikir patut la gemok, gemok Ayam.


Contoh lain plak,


Perghh laki dia ensemnya....awat pompuan haram tak lawa pon...Ni mesti kes mandremm..


Nampak tak?? So sikap prejudis ni membuatkan kita selalu berfikir negatif. Jika dikaitkan dengan kepercayaan pula berkemungkinan dia pernah dikhianati. Orang yang pernah dikhianati ni memang makan dalam sket. Dia akan ingat benda tu sampai bila-bila. Untuk dia bina semula kepercayaan tu bukan mudah.


Siapa pernah rasa tahu la bagaimana sakitnya perasaan tu. Jadi, jika orang dah percaya pada kita, jaga kepercayaan tu elok-elok, jangan mengkhianatinya sebab sekali dia hilang kepercayaan pada kita, sampai bila-bila dia tak kan percaya dah.


Apa-apa pon tepuk dada tanya hati. Senyum Mau Maneh




Wednesday, June 22, 2011

GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR MIMPIKAN BLOGGER TERKENAL???



Google



Pagi tadi bangun-bangun aku tersenyum sendiri. Boleh plak aku mimpi seorang blogger ni. Kalau aku sebut sapa mesti ampa kenai punya. Dia ni memang terkenal sebab pakar fotografi. Rupa pon boleh tahan juga keh3..

Yang syoknya aku mimpi terjumpa dengan dia pastu siap bergambar dengan dia plak. Oh syahdunya haha..... Dah la jejaka tu blogger femes. Terharu cheq. Tak dapat jumpa betul-betul dapat jumpa dalam mimpi pon jadi la hahaha..

Yang tak tahan tu siap bergambar dengan dia plak. Macam retiss plak kan?? Nak tau blogger mana yang aku maksudkan tu?? Ehem ehem... Cheq malu la.

Aku mimpi.......mimpi........ Aizul Marcello. Kah3....

Macam mana boleh mimpi dia pon aku tak tau. Maybe sebab dok suka tengok gambar-gambar yang dia amik kat blog dia kot.

Masuk ni dah 2 orang blogger aku pernah mimpi. Sebelum ni boleh p mimpi Mikro Kokus. Yang tu lagi sakan, mimpi bercinta dengan dia pastu kantoi dia tau aku dah ada TTM hahaha... Lawak-lawak.

Ni semua gara-gara sebelum tdo, aku tengok gambar yang dia post kat FB. Tak pasal-pasal masuk dalam mimpi. Hahaha...Macam-macam.




WORDLESS WEDNESDAY | LAGI UNTUK HARI INI





WORDLESS WEDNESDAY | PERUBAHAN KETARA


2007





2011



Tuesday, June 21, 2011

KUMPULAN K-POP MALAYSIA YANG BARU BAKAL MENENGGELAMKAN KUMPULAN GULA-GULA DAN 24:7



ALOR STAR: Kumpulan yang diberi nama TAK PERLU KATA APA-APA dan dianggotai seramai 9 orang anak dara yang BERBAKAT BESAR akan melancarkan album terbaru mereka yang bertajuk ENTAH APA-APA AMPA NI.


Gadis-gadis muda yang kesemuanya berasal dari Utara tanah air, mula bertemu dan dikumpulkan dalam satu group yang dinamakan Group Kami Blogger Utagha. Mereka dipilih berdasarkan ujibakat yang dibuat dan telah diakui oleh semua ahli bahawa mereka sentiasa Bajet Retisss.






Bakal mengeluarkan single terbaru bertajuk ENTAH APA-APA AMPA NI. Mereka juga dikatakan bakal menenggelamkan populariti kumpulan K-Pop yang lain seperti Kumpulan Gula-gula dan juga 24:7. Kompom album laris bagai pisang goreng panas.

Jadi jangan lupa beli album yang ORIGINAL dan dapatkan dipasaran sekarang.






NOTACIKGADIS: Entry ni adalah gurau-gurauan semata-mata =)

IKLAN DIRI UNTUK JAWATAN KOSONG



Dah sebulan lebih aku jadi penganggur terhormat. Otak semua dah jadi tepu. Mungkin tak ada rezeki lagi nak dapat kerja.

Ada kawan-kawan yang dah dapat keja, ada yang belum. Rezeki masing-masing kot.

Mau saja aku buat iklan yang aku sedang mencari kerja. Agak-agak berhasil tak?? Hehe...

Duit pon dah makin susut. Nak Huha huha pon kalau duit tak ada jadi tak syok plak. Tak pa la janji tak hutang rata, jenuh satgi kena ligan sebab tak bayar hutang. Keh3...

Oh rezeki~~cepat la masuk. Tak sabar nak kerja dah ni.

Kalau ada kerja kosong kat mana-mana ROGER la. Aku kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemasyarakatan atau bahasa omputihnya Social Science dari USM.

Boleh Tegha tu??



TOLONG JANGAN SALAH GUNA EVENT INVITATION KAT FACEBOOK




Malam ni saja, malam ni saja yer dah lebih 10 invitations aku dapat menggunakan Event Invitations tu kat FB. Pelisss la...... Jangan dok invited benda ngarut-ngarut boleh tak?????

Ajak join segmen tu, segmen ni, contest la..... Suruh LIKE la... Tolong la na guna benda tu ke jalan yang betul jangan dok salah guna. MENYAMPAH ok???

Aku rasa ramai yang alami benda alah ni. Tapi malam ni betoi-betoi menyirap darah aku la. Lebih 10 invitations aku dapat dan semua tu LANGSUNG TAK ADA KENA MENGENA dengan mana-mana event.

Sapa yang dok buat macam tu tolong jangan dok buat macam tu. Nampak sangat ampa semua ni TERDESAK. Kalo nak minta tolong VOTE ka apa ka, p minta sendiri dengan cara elok dekat Wall FB bukannya guna EVENT INVITATION ni untuk suruh LIKE ka apa ka.

HARAP MAKLUM!!!



Monday, June 20, 2011

APA CERITA MEET UP BLOGGER?? MAI SINI NAK CERITA


Meep Up Blogger di Utara telah selamat berlangsung pada 18 Jun 2011 bertempat di Star Parade Alor Star dan dihadiri seramai 14 0rang bloggers.

Ada yang mai dari Perlis, ada yang sanggup mai dari Penang. Memang mabeless depa ni.

Jom tengok muka-muka yang mai hari tu





Dan juga Munet~~

Sory Munet huhu dah update dah ni.....



Macam-macam gaya ada

=)




Nampaknya sepanjang ia berlangsung, aku telah menjadi juara 2 kali berturut-turut di mana belum ada yang berjaya mengatasi aku. 1st masa di Jitra Mall hari tu, 2nd di Star Parade.

Bangga weh bangga. hahaha...

Start main jer 2 kali strike dah hahaha.

Tak percaya jom tengok score board ni.



109 markah untuk 1 games, boleh la tu... hehe..


Lepas lepak makan-makan di food court Star Parade kami ke Taman Jubli Emas untuk sesi Photoshoot


Melompat lebih tinggi





Gadis-gadis cover album

Depa ni kumpulan K-Pop yang baru keh3...





Aku paling suka pic ni

Ada style la



Sebelum balik


Bye bye...


Nak tengok gelagat bebudak KBU ni??

Meh tengok video ni




Disebabkan ada geng Penang yang nak mai tengok Mini ICT kat Aloq Staq, aku ajak depa mai singgah umah aku dulu, rehat-rehat sat, lepas Maghrib baru p Mini Ict.

Masa ni hanya tinggal 6 orang ja termasuk aku, tapi kecoh tak sangka haha..

Ampa tak percaya mai tengok video ni plak


Masa ni depa dok main teka-teka lagu. Aku ni tukang gelak ja tengok gelagat depa hehe

Yang dok gelak sakan tu aku la hehe..


Apa-apa pon terima kasih pada semua yang hadir pada hari tu.

=)

Happy sangat dengan ampa semua



NOTACIKGADIS: PIC KREDIT TO PAK CU DAN MUNET

TERIMA KASIH WALID UNTUK SEGALANYA



Aku tak pandai nak bermadah-madah macam adik aku kat ENTRY dia ni.

Cuma aku nak ucapkan selamat Hari Bapa kepada Encik Azman B Ahmad, bapa kepada Wan Nur Hanis bt Azman.

Terima kasih kerana telah bagi banyak duit bila diperlukan terutamanya ketika anakanda mu ini dok study kat USM hehehe...

Terima Kasih juga sebab selalu pukul anakanda mu ini masa kecik-kecik selalu. Anakanda mu ini yang paling ketegaq, keras kepala antara adik beradik semua. Selalu buat masalah dan tak pernah dengar cakap. Memang selalu terima "habuan".

Penampaq, rotan, batang paip dah jadi perkara biasa bagi aku.

Tapi semua tu yang telah menjadikan aku "orang" pada hari ini.

Terima kasih En Azman B Ahmad

Kerana membesarkan anak-anak dengan penuh tanggungjawab

Jasa mu dikenang sampai akhir hayat.





Keluarga En Azman & Ku Mastom

Anak-anak

Wan Nur Hanis Azman (ex-usm)
Megat Iskandar Zulkarnain (Uitm Shah Alam)
Putera Azfar Shafiqq (GMI Bangi)
Megat Affan Haziq (Maktab Mahmud Yan F4)
Putera Affan Izzat (Maktab Mahmud Yan F1)
Puteri Qistina Syakira (4 tahun)



Sunday, June 19, 2011

JANGAN PERNAH RASA KESEORANGAN





Bila kita rasa kita keseorangan, bila kita rasa kita kesunyian, bila kita rasa kita tiada siapa-siapa

Ingatlah bahawa kita masih ada kawan-kawan yang mengambil berat dengan kita

Cuma semua terserah pada kita untuk mencari kawan dan menjadi kawan yang bagaimana kita ingin jadi.

=)



Gambar Hiasan



BAKAL BERPISAH DENGAN TTM =(




Bulan Julai depan berkemungkinan aku akan kembali ke Penang.

Untuk apa??

Biarlah rahsia.

Dan sampai masanya dan jadi baru aku hebohkan.

So, akan kembali berpisah dengan Incik TTM.

Nasib baik masih berada di sekitar Utara.

;)




Bakal rindu dengan si janggut sejemput

Saturday, June 18, 2011

APA CERITA MEET UP BLOGGER??




1 gambar bisa menggambarkan pelbagai cerita

=)



Dah dapat gambar nanti baru syok sket cerita.

Pic kredit to Pak cu



Friday, June 17, 2011

HARAP TAK ADA YANG TERLEPAS PANDANG



Ada yang terlepas pandang tak pasal ni???




Harap tak ada yang terlepas pandang yer. Sebab sebelum ni bila aku anjurkan sesuatu event, lepas tu mesti ada yang komen, tak tahu pon pasal ni.

So minta jasa ampa semua tolong sebarkan yer.

Dengar kata ramai gak muka-muka baru iaitu orang yang aku belum pernah jumpa lagi akan join gak. Harap tak ada yang rasa segan sebab tak kenal sesiapa. Sebab tu la tujuan kita anjurkan bowling ni.

Dan untuk pengetahuan ampa semua T-Shirt Kami Blogger Utagha ada lagi satu saiz XS lengan pendek. Kalo ada yang nak bawa duit siap2 harganya RM 25.

Untuk yang nak order, tempahannya akan dibuka tidak lama lagi. Tapi bukan sekarang. Tunggu aku umumkan nanti okeh??

Untuk tahu lebih lanjut pasal Event ni boleh jenguk SINI




NOTACIKGADIS: TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER



GAMBAR MYVI BARU | ADA WARNA FAVORITE GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR



Arghhh....rasa macam nak jerit kuat-kuat jer.....

Tak ku sangka kereta yang aku idam-idam selama ni ada warna feveret aku iaitu purple.

Ada 2 jenis model yang baru dikeluarkan iaitu Myvi Elegance dan New Myvi.

Nak tengok macam mana rupanya??

Taraaaa..........



MYVI ELEGANCE



Purple tu weh, purple....

Suka sangat.....

Cewah Dok suka pon bukan aku boleh beli lagi. Yela tak dapat keja lagi. Tak pa la pelan-pelan kayuh, ada rezeki tak kemana ye dak??

Myvi Elegance hanya ada 3 pilihan warna iaitu Ungu, Hitam dan Putih.



Ini plak The New Myvi.

NEW MYVI


Ada 6 pilihan warna iaitu Purple, Grey, Silver, Black, Pearl white dan Ivory White. Lebih banyak pilihan warna dari Myvi Elegance.


Dari segi keluasannya lebih luas dari model-model MYVI yang lain yang pernah dikeluarkan oleh Perodua.




Ni contoh harga bagi Myvi SX 1.3 Manual




Ini pulak harga bagi Myvi 1.3 Elegance.




Kalau aku dah keja, mungkin aku akan ada sebijik kereta Myvi warna PURPLE. PURPLE hokeh??





Emo ni emo sebab tak dapat keja lagi. Sob Sob sob....


Untuk maklumat lanjut ampa boleh p jenguk di http://www.perodua.com.my





Thursday, June 16, 2011

NORA ELENA | SYOK SUNGGUH PAKAI SKIRT PENDEK. PASAL HANG SAJA MACAM-MACAM ISU TIMBUL





Nora Elena oh Nora Elena...

Pasal hang saja macam-macam isu timbul

Ada anak dara dok berangan nak dapat suami macam tu la, ada suami yang kena perli dengan isteri sebab nak suami jadi romantik macam Seth Tan tu la, macam-macam ampa nowh??

Kalo kat blog saja penuh cerita pasal Nora Elena, Seth Tan.

Fanatik betoi ampa.

Dalam drama boleh lah nak berlakon macam tu, kalo kat dunia nyata mana wujud orang macam tu. Semua lakonan saja. Nak buat modal berangan boleh la dapat suami macam Nora Elena tu keh3....

Hari ni episod lastkan??

Kompom malam ni penuh dengan entry pasal episod terakhir Nora Elena. Sila percaya kah3.....






NOTACIKGADIS: Heran, syok sungguh Nora Elena pakai skirt pendek, sekali balik tengok family dok sembahyang kat ruang tamu, masuk-masuk salam mak yang dok pakai telekung tapi hang pakai skirt pendek. Hahaha... Macam-macam. (episod kemarin) Nama pon drama...aduyai



THE PURSUIT OF HAPINESS | MEMBERI INSPIRASI



Kalau ampa rasa yang hidup ampa tak bermakna, kalau ampa rasa hidup ampa susah, kalau ampa rasa yang ampa dah putus asa dengan hidup, aku syorkan ampa p tengok cerita The Pursuit of Hapiness.






Sebenarnya cerita ni dah lama (2006). Tapi semalam ditayangkan kembali di TV 2 jam 10 malam. Dan aku berpeluang tengok ceta ni. Memang sangat sedih dan penuh pengajaran.


The Pursuit of Hapiness mengisahkan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual menghadapi kehidupan yang susah dan desakan hidup kerana tiada wang. Sehingga isterinya meninggalkan dia kerana tak tahan dengan kehidupan yang susah. Mereka mempunyai seorang anak dan dia mengambil keputusan untuk menjaga anak mereka.


Dalam pada tu macam-macam perkara malang yang berlaku. Dihalau dari rumah sebab tak ada duit nak bayar sewa, dan yang paling sedih bila dia dan anak dia terpaksa tidur dalam tandas bila tiada tempat nak bermalam.





Tapi dia tak pernah putus asa untuk mengubah kehidupan dia. Banyak perkara yang menarik berlaku lagi kalau ampa nak tau, kena la tengok cerita ni. Cari CD ker, download ke atau apa2 jer la.


Cerita ni berdasarkan kisah benar. Dan watak yang dipegang oleh Will Smith, Mr. Gardner itu kini menjadi seorang Broker yang terkenal dan berjaya.


Bagi aku, cerita ni memberi banyak pengajaran pada kita, untuk berjaya bukan senang tapi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Dan ada satu dialog tu memang sangat terkesan di hati. Bila Gardner berpesan pada anak dia:



"Don’t ever let someone tell you that you can’t do something. Not even me."


=)



Wednesday, June 15, 2011

MEET UP BLOGGER @ STAR PARADE


Khas kepada blogger yang duduk di Kedah atau kawasan sekitar.

Rasanya dah lama aku tak anjurkan aktiviti bersama blogger kan?? Last aktiviti adalah Gathering KBU di Penang.

Dan sempena cuti sem ni, mesti yang dulu duduk study jauh tak berpeluang nak join mana-mana aktiviti yang GKSB anjurkan, anda berpeluang untuk sertainya sebab kita akan buat meet up blogger di Pacific, Star Parade Alor Star.


Butir-butirnya adalah yang tertera seperti banner berikut:





Jadi mari sertainya. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa blogger yang mungkin ampa tak pernah jumpa tapi hanya bersua di blog sahaja.

Kalo ampa nak join, boleh sahkan kehadiran ampa.


Kalo ada apa-apa hal boleh contact

Cik GKSB - 019-4446535

Pak cu Sofi - 017-4857958




NOTACIKGADIS: Jangan lupa bawa stokin =)

NOTACIKGADIS2: HARAP DAPAT DATANG PADA MASA YANG DITETAPKAN



KAD JEMPUTAN KAHWIN TOMOK YANG UNIK




Nampaknya sekarang ni dah jadi trend plak kad kahwin yang unik dan berbagai bentuk.

Kalau hari tu Zed Zaidi dengan kad kahwin berbentuk facebook, lepas tu Noh Hujan dan Mizz Nina yang berbentuk kimono sekarang ni giliran Tomok plak.

Macam mana plak rupa kad kawen tomok??



Tomok dan Tunang. Manis dengan lesung pipit





Apa yang uniknya adalah dalam kad kahwin tomok tu ada nota lagu tajuk Bagaikan Bidadari yang dinyanyikan sendiri oleh Tomok. Mungkin bagi Tomok, tunangnya Ayu, adalah bidadari bagi Tomok

Walaupun Ayu lagi tua dari Tomok beberapa tahun, usia bukan penghalang

=)


Inilah gambar kad kawen Tomok

PIC KREDIT to Madammondoq










Dan lagu ni Khas untuk semua pembaca blog GKSB

Bagaikan Bidadari





Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama

Korus
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga

(Ulang Korus)

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku





NOTACIKGADIS: Kad kahwin aku nanti bentuk blog keh3....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi