Sunday, July 31, 2011

PERNAH TENGOK ORANG BERJALAN PAKAI LUTUT??



Baru sempat on9. Keja bagai nak gila.

Hari ni keja dari kul 7 pagi sampai 12.30 pagi. Penat ya amat. Esok 7 pagi lagi.

Tak sempat makan pon.

Kaki aku ni rasa macam nak berjalan guna lutut plak.

Memang tak sempat nak on9.

Penat

=(



Friday, July 29, 2011

HARI KEDUA KERJA


Aku kena bahagian dapur. Hari pertama kena bahagian kaunter. So dah rasa perbezaan kedua-dua ini. Kalo bahagian kaunter macam biasalah kena berhadapan dengan ramai orang. Memang kalut sikit apatah lagi bila ramai yang beratur. Kelebihannya boleh duduk bila tak ada customer.


Bahagian Dapur

Opkos sangat-sangat bz. Tapi tak kalut. Just kena sediakan bahan-bahan, kena masak. Basuh peralatan tapi penat la sikit sebab memang tak ada peluang nak duduk. Time duduk pon bila aku keluar solat. Baru la boleh nak merasa duduk. Kaki tu sakit tok sah kata la rasa macam nak p buar refleksologi





Kaunter atau Dapur??

Dapur kot sebab aku segan nak dok kaunter. Pastu kena hadapi kerenah customer malas la hihihi....Lagipun nanti orang kenai segan haha... (bajet macam popular ja kan? wakaka)

Semalam motor buat hal pula masa OTW balik. Tetiba lampu boleh terpadam, terbakar kot sedangkan baru sehari aku tukar. Setakat ni dah 2x dah jadi macam tu. Hari ni Jumaat pula mana ada kedai motor yang buka. Malam ni balik jenuh bergelap. Nak minta pinjam kereta kat mak bapak aku agak-agak depa nak bagi tak?? Kalo dapat satu keajaiban la tu -_-"

Apa-apa pon doakan keselamatan aku pergi dan balik yer.


Thursday, July 28, 2011

SUASANA DI TEMPAT KERJA BARU



Bos

Alhamdulillah ok sangat-sangat. Ni 1st time aku dapat bos lelaki. Selalu dapat bos perempuan dia punya angin banyak teruk kot. Gaduh ngan pak we dia lepas kat pekerja. Tapi aku bertahan gak dalam 4 bulan macam tu kalo tak silap.

Hari cuti pon boleh pilih nak hari apa. Gaji pon boleh pilih nak cara macam mana. Ikut bulan atau hari. Kalo nak berhenti bos suruh bagitau awal-awal jangan berhenti mengejut. Setakat ni ok la.

Tengok cara dia, jenis boleh bawa berbincang dan melawak so, pandai-pandai la kita bawa diri, time kerja, kita kerja sungguh-sungguh.


Kawan-kawan

Kawan yang ajak aku kerja sekali dengan dia adalah kawan baik aku merangkap kawan zaman-zaman kecik dulu. Terpisah bila aku berpindah sekolah di Alor Star masa form 1. Tapi masih lagi dok contact dan jumpa bila aku balik kampung. So masing-masing dah kenal jadi kerja tu jadi senang. Tak payah nak cari chemistry dh sebab dah memang ada.


Persekitaran kerja.

Mencabar, menarik, ada lelaki hensem ahahaha.... Mampus kalo TTM tau. Tapi aku baik. Mana ada nak noty2, main mata sikit-sikit sudah la haha... =P

Walaupun penat sangat-sangat, tapi aku enjoy sebab salah seorang pekerja merangkap pak su kawan aku tu jenis lawak. Aku ni pulak memang kaki gelak asyik dok gelak jer la bila dia buat lawak. So bila tengah tension-tension terus tak jadi nak rasa tension.

Sekarang ni aku cuma perlukan mental dan fizikal yang kuat saja sebab tempat kerja aku tu memang mencabar sangat-sangat.

=)





HARI PERTAMA KERJA



Macam nak pengsan.

Kebetulan puasa pulak hari ni.

So, setiap hari akan sibuk. Memang penat sangat-sangat.

Kaki aku ni rasa macam nak tercabut dah.

Tak pa demi cari duit nak kahwin eh silap, nak raya akan ku gagahkan diri juga.

Ni pon aku baru sampai di rumah dalam pukul 12.40 am. Naik motor sorang-sorang. Gila bahaya kan??

Beranikan diri. Doakan keselamatan aku. Sebab setiap hari aku akan balik lewat.

-_-"

Amin......



Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #11


HIDUP DI KAMPUS INDAH ATAU SEBALIKNYA??




Ini entry ulangan (2010). Sekadar mengimbas kenangan lalu.



.....................................................................................................



Hidup di Universiti memang sesuatu yang indah untuk dikenang.

Disinilah bermulanya hidup sebagai seorang pelajar dalam erti yang sebenar.


Di sini, bermulanya langkah kita sebagai seorang manusia.

Sama ada berjaya menggenggam cita-cita atau pun tersungkur di pertengahan.

Hampir 3 tahun, di mana sem depan adalah sem terakhir aku bergelar pelajar IPTA. (Tapi sekarang aku dah tamat pengajian)

Di USM ni lah tercatat pelbagai peristiwa, kenangan, pergaduhan, air mata, gelak ketawa yang dilakarkan dengan pelbagai warna kehidupan.

Mungkin aku antara yang bertuah dapat menikmati kehidupan alam kampus.

Pada kawan-kawan dan adik-adik yang mungkin telah dan akan memasuki alam ini, carilah sebanyak mana pengalaman, kawan-kawan dan kenangan yang ingin anda ukirkan.

Bila dah kerja memang tak kan dapat lagi nikmati semua ni.

Dan aku berjaya melakarkan pelbagai warna dalam kehidupan aku sendiri.


Aku dan kawan-kawan masa perlawanan futsal

(time ni aku tak dapat main sebab tisu kaki aku koyak injured masa friendly dengan pasukan lain)





Program citrawarna hostel kami jadi tuan rumah dan aku sebagai setiausaha program

(walaupun tak cukup tdo dah 2 hari tak tdo sampai mata pon dah jadi cam tu)




Menyertai aktiviti Pelajar Jepun yang datang ke Malaysia under Pusat Pengajian




Lepak kat Gurney
Banyak kenangan berguna yang aku dapat dengan depa ni







Bersama teman-teman lain ke pertandingan nasyid. Kami tukang sokong ja.
( masa ni First Year kurus lagi ni hehe)




Bola Baling untuk SUKAD






Bowling Tournament dengan classmates






Berjimba dengan depa ni

(penghibur aku saat kesedihan)







Sambutan Aidilfitri bersama budak-budak Desasiswa (hostel)
Ramai 1st year kat sini



Dan



Aku rindu depa ni.
Semuanya dah tak sama lagi macam dulu...



Apa yang aku dapat bila menyertai semua ni?

Aku dapat 1 kepuasan dalam diri.


Puas sebab aku tak sia-siakan hidup aku di kampus.





Kawan pon ramai dan yang paling penting pengalaman.

Pengalaman yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit.

Cuma aku nak berpesan

Jangan memilih kawan

Jangan menjadi terlalu skema dengan hidup ampa

Hidup kena berani sahut cabaran

Apa yang penting??

Kerjasama..

=)


Tuesday, July 26, 2011

KERJA SELEPAS HABIS BELAJAR



Selepas 2 bulan menamatkan pelajaran dan menanam anggur sehingga dah berbuah akhirnya esok aku akan mulakan kerja.

Tapi bukan la kerja kerajaan ataupun kerja tetap. Sekadar kerja yang gajinya lepas la untuk persiapan raya nanti.

Harap-harap segalanya dipermudahkan.

Insyallah.....

MIMPI NGERI




"Abang, orang rasa orang lagi berisi la sekarang"

"A'ah abang pon perasan macam tu... Joging la sayang..."

Gedegang!!

Terus tak sedarkan diri.

TOPIK KBU: BILA PEREMPUAN MENANGIS ITU BIASA TAPI BILA LELAKI MENANGIS????

Assalamualaikum...

Wiwit..kita kembali kepada segmen topik KBU. Kalau sebelum ini kita bincang pasal Sifat lelaki dan perempuan yang paling tak disukai apa pula topik kali ini???


Topik kali ini adalah


"Bila perempuan menangis itu biasa tapi bila lelaki menangis???"


Maka antara jawapan yang diberikan adalah...




Dan jawapan yang tak leh blah sekali



Amboi depa, sedap nowh hisap rokok.

Sekali si Nora ni komen:


Amik hang hahaha....

Pada lelaki tu jangan dok hisap rokok nowh... Lagipun haram hisap rokok hukum dia.

Yang mana suka hisap rokok tu bawa-bawa berhenti la..


Jawapan lain pula


Yeke bodoh? Mana tau dia memang sedih sangat. Kadang-kadang bila lelaki dah sayangkan seseorang tu tak mustahil dia akan menangis sebab perempuan.


Aku pon keluarkan statement:


Pendapat ni aku setuju sangat-sangat



Tapi perbincangan ini sampai kemuncaknya bila sang lelaki mula mengeluarkan statement berani mati.

Apa kata mereka??




Rupa-rupanya ramai lelaki yang tadi kononnya berselindung akhirnya mengaku hehehe..

Macam aku cakap tadi, tak salah lelaki menangis, hati mereka pon sebenarnya ada yang sensitif, mudah tersentuh. Tapi bukan bermakna mereka ni jenis lelaki lembut yang macam auuwww tu.

Kita sedia maklum selalunya lelaki ni egonya tinggi. Tu memang tak boleh nak dinafikan. Jadi cara yang terbaik adalah menahan kesedihan tu. Berbeza dengan perempuan, kalo sedih boleh menangis tak kira tempat.

Air mata tu kan senjata wanita??

Kesimpulannya Manusia ni sama ja yang membezakan adalah jantina dan juga ego. Jadi kalo nak menangis, menangis la wahai lelaki.



Monday, July 25, 2011

BILA BUDAK KECIK NYANYI LAGU BLACK MENTOR~AKU RINDU SAYANG KAMU



Budak-budak sekarang ni memang berbakat besar. Bijak-bijak pulak tu. Sebab tu banyak rancangan yang mengambil budak-budak sebagai pengacara dan juga penyanyi.

Tapi banyak juga bakat-bakat terpendam yang kita tak tahu yang ada pada budak-budak ni.

Tadi dok layan youtube terjumpa 1 video ni.

Layannnn...






Gaya dia tu perghhhhh....

Kat part last tu yang tak boleh blah hahaha.....

Anak sapa la ni. Memang berbakat besar lagi dasyat pada Black hihi...

Kalo Black tengok menangis dia sebab tak leh cari makan.

Terbaikk...

BILA KEADAAN DAH MAKIN STABIL




Assalamualaikum.....

Alhamdulillah aku dah semakin stabil. Syukur juga aku tak amik tindakan melulu hari tu untuk delete blog macam aku tulis dalam entry ni. Tapi semua itu serba berkemungkinan kan?

Sebab tu gunanya kita tenangkan fikiran, dan fikir semasak-masaknya. Apa yang terjadi biar aku sorang saja yang tahu. Memang melukakan hati tapi kita kena teruskan juga hidup.

Kadang-kadang kita asyik memikirkan pasal orang lain lebih dari kita sendiri. Ada masanya kita kena fikir diri kita dulu sebab orang lain tak kan fikir pasal diri kita.

Aku harap lepas ni, aku tak kan sesekali fikir macam dalam entry sebelumnya itu. Harap-harap aku kuat nak hadapinya.

Ada "kawan" cakap, hidup kena pandang ke hadapan jangan pandang ke belakang.

Tapi bagi aku, hidup memang kena pandang ke hadapan, sesekali kita kena pandang ke belakang supaya kita tahu dan sedar apa kesilapan kita dan kita tak kan mengulanginya.

Kesilapan akan terus menjadi kesilapan sekiranya kita tidak pernah belajar dari kesilapan

=)



Rupa-rupanya Tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi





NOTACIKGADIS: Walaupun aku cakap nak buat INI, masih lagi ada yang sudi follow blog ni. Terima Kasih Tulang Belakangku. Ampa memang terbaik.



Friday, July 22, 2011

HATI YANG TERCEDERA







Blog ini mungkin akan tersadai buat beberapa ketika sehingga pemiliknya kembali stabil.

Mungkin tidak akan di update langsung atau mungkin hanya dibiarkan sepi macam tu saja dan mungkin juga kembali macam dulu.

Mungkin akan di private dan mungkin juga akan di delete terus.

Semuanya serba berkemungkinan.

Doakan yang terbaik untuk aku.

Insyallah...



Thursday, July 21, 2011

BILA BERPACARAN



Sekali sekala berbicara pasal jodoh dengan kawan-kawan banyak input yang kita dapat. Lebih-lebih lagi bila ada yang berkongsi pengalaman masing-masing. Sedikit sebanyak kita akan belajar sesuatu dari itu. Mungkin tak banyak tapi sedikit sudah memadai.


Adakalanya, kita masih dengan orang yang sama tapi ada kawan yang silih bertukar ganti pasangan lantas membuatkan kita terfikir ada yang tak kena dengan pasangannya atau dirinya sendiri??





"Jangan salahkan orang lain tapi tengok apa salah diri sendiri"-GKSB



Kita rasa kita sudah buat yang terbaik tapi adakah orang lain juga menganggapnya begitu?? Itu yang kita kena selalu fikirkan. Yang pasti pemikiran setiap orang tak sama. Macam-macam boleh jadi, macam-macam boleh kita fikirkan.


Namun bila berpasangan, kita selalu kena duduk berbincang apa yang tak kena, apa yang tak suka, apa yang disukai. Jangan membiarkan pasangan kita sendiri berusaha untuk mengenali kita kan lebih baik kalau sama-sama berusaha. Dari situ kita akan belajar kenal antara satu sama lain.


Bila tengok kawan-kawan yang masih silih berganti pasangan pada umur yang akan mencecah 24 di tahun baru apa yang mampu kita lakukan? Hanya mendoakan mereka berjumpa pasangan yang sesuai dengan mereka.


Sedangkan pasangan kita pon belum tentu lagi apatah lagi mahu memikirkan pasal orang lain??



Layan....


Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY: APAKAH???




SABAR ADA TAHAPNYA




Bila kita berbicara pasal kawan, macam-macam jenis kawan kita akan jumpa. Sama ada kawan yang jenis macam "drive thru" atau kawan yang p mana pon, pusing-pusing pon kawan tu juga yang kita akan cari dan berkawan.





Sebenarnya bukan mudah nak cari kawan yang sekepala dengan kita. Tak dapat dinafikan dulu masa zaman sekolah aku lebih suka berkawan dengan lelaki. Kalo dalam kelas cikgu tak ada aku lepak dengan geng laki sembang-sembang.


Pada peringkat awal memang geng perempuan akan pandang sinis pada aku, tapi aku tak kisah sebab aku tau diri aku macam mana. Bila dah lama-lama depa sendiri boleh paham aku macam mana. Budak-budak laki pon ada cakap "hang ni sekepala dengan kami, jenis tak gedik sebab tu kami boleh ngam dengan hang".


Kalo dah ada 4 orang adik laki kat umah nak gedik apanya anggap macam biasa ja. Lain la sesetengah perempuan macam tak pernah jumpa laki, mula nak control-control tergedik-gedik haishh aku tak boleh tengok perempuan macam tu.


Kalo lepak dengan perempuan macam biasala gosip tak sangka hahaha... Tapi ada faedahnya juga at least tau juga berita-berita terkini ni. Biasala kepochi....


Dari situ juga kita akan kenal macam mana perangai kawan-kawan kita. Dan mungkin juga perangai kita sendiri. Kadang-kadang kita rasa diri kita ni dah cukup jaga pergaulan kita tapi tu pon ada yang tak puas hati lagi, suka buruk-burukkan orang lain sampai buat orang lain benci kita.


Tapi bila sampai satu tahap Tuhan nak tunjuk, sekaligus saja kebenaran akan tersingkap. Kalo kita buka aib orang, sampai satu tahap aib kita pula akan ditunjukkan. Semua tu dah terbukti.


Di akhir-akhir semester, kebenaran tersingkap juga. Kalo busuk hati tu apa saja boleh jadi. Yang paling penting semua orang dah tahu kebenarannya.


Jadi pendekatan yang paling mudah jaga diri sendiri sudah, biarlah apa orang nak kata pasal kita, cakap la selagi boleh tapi sampai satu masa aku hilang sabar, hampir-hampir makan penumbuk juga itu budak kalo ada yang tak halang dan pegang aku hari tu.


Sabar ada tahapnya.



Peace no war

WORDLESS WEDNESDAY: JANGAN MENANGIS SAYANG






Tuesday, July 19, 2011

SIFAT LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG PALING AMPA TAK SUKA?? DAN JAWAPANNYA........



Ampa mesti ada join groups dalam FB kan?

Selalunya groups akan jadi tempat kita ping entry betoi dak? So sebagai groups admin, ampa kena kembali kepada matlamat kenapa ampa tubuhkan groups tu?

Sebagai contoh group Kami Blogger Utagha, kami ada matlamat kami sendiri. KBU juga dijadikan sebagai 1 tempat untuk kita meminta pendapat dan bertukar buah fikiran.

Semalam, aku ada utarakan 1 topik.

Topik tersebut adalah

"Berikan satu sifat lelaki atau perempuan yang paling ampa tak suka??"

Nak tau apa jawapan ahli-ahli KBU?? Jom kita terjah...




Hahaha macam-macam jawapan kan kita boleh tengok??

Nampak tak yang bertanda warna merah tu??

"Girl shopping slalu lama"

Sangat-sangat setuju. Walaupun aku ni perempuan, aku bukan la jenis yang shopping lama. Aku selalu set dalam kepala otak, benda apa aku nak beli dan aku beli kemudian balik.

Kalau kawan aku pula boleh kata semua kedai kat supermarket tu dia nak masuk. Kalo masuk kedai kasut asyik nak try belinya idak pon.

Tapi nasib aku la dapat BF jenis shopping lama. Tak larat kadang-kadang. Belek barang punya lama tak beli pon. Pastu dah habis pusing semua kedai akhirnya p kedai yang mula-mula masuk tu beli barang yang mula-mula dia pegang tadi. Penat -_-"


Berbalik pada tajuk asal, antara salah satu sifat yang diutarakan adalah yang ni




Hahahahaha..

Gelak terbahak-bahak aku sampai walid aku hairan pasaipa aku dok gelak tengah-tengah malam buta.

Ceta pasai kentut ni ex-boy aku dulu pernah kentut dalam library bau dia punya masyukkk sampai aku rasa nak pengsan hahaha...

Dah la dalam aircond. Kembang kempis hidung aku. Aku tengok orang yang berdekatan dengan aku pon dok kembang kempis hidung.

Terus aku ajak dia blah. Bila dah keluar aku tanya dia, dia ka yang kentut. Pastu dia dok senyum-senyum memang sah dia yang kentut. Kentut tak bunyi bau dia lagi perghhhh..... ampa paham-paham sendiri la...


So kesimpulannya



Agak-agak berguna tak topik kali ni??

=)



Monday, July 18, 2011

JUVANA: Dapat webcam dengan Ayam dan Apek | JUVANA terrbaaaikkkkk



Akhirnya tamat Drama Juvana ni dengan ending yang sangat-sangat menarik dan bikin puas hati.

Masa start tu memang bikin suspen je tadi. Berdebar-debar tengok drama ni.

Keseluruhannya drama ni memang terrrbaaaikkk.....

Walaupun ramai pelakon baru tapi semua berjaya melakonkan watak masing-masing dengan sangat berkesan.

=)

Sebelum start tadi sempat live webcam dengan Apek dan Ayam.

Tak percaya meh tengok ni.



Jangan jelessss.....

Hahahaha...

Tak ada la kalo ampa nak live chat jom ke laman Web di bawah sekarang ni


Tadi Ayam dengan Apek sekarang ni Botak dengan Daim

Jom sembang kat sana ramai-ramai



"TAK PAYAH TEGUQ.. TAU DAH.."



2,3 hari yang lepas emosi aku kan tak menentu. Disebabkan nak merehatkan otak, aku larik balik kampung. Dalam pukul 2 lebih camtu tetiba dapat ilham dalam kul 3 tolak sampai kul 4. Agak laju gak ar aku bawa motor. Tengah emo katanya haha...

So tenang sket la hati aku ni.

Ada la aku singgah umah sedara aku kat kampung tu, biasalah rumah kampung ni dekat-dekat jer dengan adik beradik. Ramai juga yang lepak kat situ, aku singgah jer. Aku pernah dipuji oleh tok cik aku gara-gara sikap aku yang peramah dgn orang tua. (Ni puji diri sendiri pulak kat sini)

Tapi rasanya bukan orang tua ja, semua orang kot Aku peramah wakaka =P

Pastu mak lang aku tegur

"Aku nak teguq hang sket ni boleh dak??"

Aku kata "Tak payah teguq tau dah."

Sambil gelak-gelak aku sambung "Nak kata gemok la tu"

Semua gelak kat aku. Hahaha... Aku rileks jer..

Biasala kalo dok umah ni tak buat apa cam tu la jadinya. Badan macam dipam-pam.

Incik TTM pon dah tegur suruh bagi kurus sket. Baru cun katanya. Aku jawab sekarang pon dah cun apa??

Erkkk...

-_-"





I HAVE A DREAM =)





Setiap orang ada impian.

Yang pasti impian itu yang membuatkan kita berusaha untuk mencapainya.

Kalau orang yang kuat semangat mungkin akan berusaha untuk mencapainya juga sehingga berjaya walaupun pelbagai dugaan yang dihadapinya.

Tapi bagi yang cepat putus asa, mungkin tak kan berjaya mencapainya terutamanya bila diuji.

Yang mana satu pilihan kita??

Semestinya kita inginkan kejayaan dan tidak akan pernah untuk berputus asa untuk mencapainya.

Yang penting ada keazaman dan iltizam yang kuat.

Insyaallah aku akan kuatkan semangat untuk mencapai impian aku.

Untuk itu aku tuju lagu ni untuk semua orang yang mempunyai impian.








NOTACIKGADIS: Tahukah anda tandatangan yang ada garisan pada tandatangannya lambat berjaya??



Sunday, July 17, 2011

Semua akan bertambah baik



Assalamualaikum....

Aku kembali setelah merehatkan otak dan fikiran yang kusut.

Terima kasih atas nasihat ampa semua dalam entry ni.

Biasa la sebagai manusia ada masa aku rasa down sangat. Insyaallah mungkin lepas ni akan bertambah baik.

=)



Saturday, July 16, 2011

Macam orang bodoh




Aku sekarang tengah mengalami tekanan yang amat sangat.

Masa kat U, aktif kemain, sekarang ni duduk kat umah macam orang bodoh plak rasa.

Mesti ampa tertanya-tanya awat aku tak cari kerja. Dah cari nak buat macam mana belum ada rezeki lagi.

Rasanya dah 2 bulan aku duduk umah. Tapi bukan duduk melangut saja, duduk jaga adik aku yang umur 4 tahun tu.

Bila tak ada kerja ni apa yang boleh menghilangkan kebosanan aku adalah online, main games kat FB.

Tapi kadang-kadang mak bapak kita tak paham, depa tau nak bising ja. Aku dah la stress cari kerja tak dapat tapi bila on9 pon dijadikan isu apa lagi aku boleh buat???

Stress~

Orang yang aktif dengan macam-macam aktiviti tiba-tiba tak buat apa-apa boleh bayangkan tak macam mana keadaannya??

Kenderaan pon tak ada. Terperuk dalam rumah ja macam orang bodoh.

Memang tekanan.

Kalo la umi ngan walid baca tolong la paham situasi anakmu ini yer, kalo orang lain mungkin boleh terima lagi tapi kalo keluarga sendiri tak paham apa lagi yang boleh aku kata..

Sedih kot

=(




BE Dah Bertukar Jadi ME | Jumlah Duit Nuffnang setakat ini



Hari tu baru je aku update pasal Buffered Earning.

Hari ni salah satu BE tu dah bertukar jadi ME




Celcom Kolony Phase dah bertukar jadi ME dengan jumlah hanya RM 12.16 je. Tak la banyak sangat lepas la duit makan untuk 2 hari hahaha...

Dan semua jumlah terkumpul setakat ni lepas 1st time aku cash out baru-baru ni ada banyak ni





Boleh la tera tu kan?? Kalo nak bandingkan aku dengan blogger yang terkenal yang dapat ribu-ribu tu memang tak leh la.

Aku ni blogger yang biasa-biasa ja. Nuffnang ni pon sekadar income sampingan. Sambil tulis blog sambil dapat duit.

Walaupun orang kata syarikat iklan lain lagi masyukk bagi aku biarlah aku setia dengan nuffnang dulu lagipun aku buat nuffnang pon baru tahun lepas selepas hampir 4 tahun aku buat blog hehehe...

Pelan-pelan kayuh la ye dak??

So pada kawan-kawan yang lain bukan la niat aku nak menunjuk duit nuff yang tak seberapa ni cuma aku nak ampa anggap ni sebagai pemangkin semangat ampa untuk terus menulis blog dan bukan semata-mata menulis tapi berusaha menghasilkan entry yang kreatif dan menarik minat ramai orang untuk baca.

Contohnya macam aku, kalau aku tengok orang lain dapat BE, aku akan cuba hasilkan entry yang memungkinkan syarikat iklan memilih blog kita sebagai papan iklan depa.

Kalau tengok orang update pasal traffic, kita usaha la cari alternatif untuk meningkatkan traffic kita tapi ingat yer jangan jadi seorang yang gila traffic dan hamba traffic.

So itu saja nak aku kongsikan harap ampa semua terus bersemangat untuk menulis blog sambil-sambil tu boleh jana income dengan Nuffnang

=)





Friday, July 15, 2011

Produk Penjagaan Muka versi GKSB



Kalau sebelum ni aku ada tulis pasal Shampoo yang mengurangkan keguguran rambut aku, kali ni aku nak kongsikan produk-produk untuk jaga kulit muka yang aku pakai.

Walaupun semua produk ni murah jer, tak mahal macam sesetengah orang tapi tak salah kalau aku nak kongsikan.

Tapi jangan la mengharapkan yang aku ni guna produk mahal yer.

Ok kita mulakan dengan pencuci muka. Aku gunakan Nivea Visage Sparkling white whitening foam.







Almaklumlah kadang-kadang kulit kita ni terdedah dengan cahaya matahari. Mula la muka kita sun burn. Lebih-lebih lagi orang yang aktif sukan macam aku ni cepat sangat sun burn. So cara terbaik nak bagi kulit muka sekata balik aku pilih pencuci muka ni.


Ok untuk toner pula aku guna Safi Balqis Perfect 10.




Toner ni bagus untuk menyegarkan muka dan menutup liang-liang roma. Selain itu kita boleh cuci dan menghilangkan sisa kotoran dekat muka. Kalo guna kapas tu kita boleh tengok kesan kotoran kat muka kita tu. Kalo kotor sangat boleh nampak kesan kekuningan dekat kapas tu eeeuwww.....



Untuk krim pula aku guna fair n lovely multivitamin




Nampak macam tak ada kelasss jer kan?? Tapi percaya la memang berkesan sangat. Aku guna fair n lovely start aku darjah 6. Sekarang ni umur aku dah 20-an so bleh bayangkan betapa lamanya aku guna. Ni la tandanya aku seorang yang setia keh3..

Bukan aku tak pernah cuba krim lain, tapi semua tak sesuai.. Muka aku yang tak pernah berjerawat tetiba naik jerawat. Sebab tu aku pakai jer krim ni sampai sekarang. Lagipun memang dah terbukti berkesan.

Macam aku cakap aku seorang yang aktif sukan, bila muka dah sun burn, pakai krim ni memang tak amik masa yang lama untuk pulih macam biasa. Bukan aku tak mau guna sun block, dah pernah guna tapi lagi burn muka pastu amik masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala.



Kalau muka ampa ada parut jerawat aku syorkan ampa guna krim ni.



Ni berdasarkan pengalaman kawan aku. Dia lelaki ok. Muka dia memang banyak parut jerawat ampa bayangkan la sendiri kalau ada parut tu macam mana rupanya, ada sekali tu terkejut jumpa dia sebab muka dia dah licin, bila tanya apa rahsia dia cakap dia guna krim ni.



Bagi kulit yang selalu ada bintik-bintik hitam macam aku, aku guna gel pengelupasan Syahirah.




Tapi kecik jer, agak mahal la bagi yang tak berduit macam aku hehe. Tapi syok la tenyeh kat muka sebab dia akan keluarkan sel-sel kulit mati kita dan muka yang rasa macam banyak bintik hitam tu akan kurang.

So dah terdedah rahsia apa yang aku gunakan untuk jaga kulit hehehe..

Alhamdulillah kulit aku tak ada masalah jerawat.

Walaupun barang yang aku guna semua tak ada la mahal gilerrr tapi janji sesuai dengan kulit aku sudah.

=)







NOTACIKGADIS: Sesuai dengan kulit aku tak semestinya sesuai dengan kulit ampa juga.



KAMI BLOGGER UTAGHA 11: UPDATE LINK KBU




Assalamualaikum....

Wah dah lama GKSB tak update link blog yang dah join KBU kan?? So hari ni GKSB dah merajinkan diri untuk update link ahli KBU.



Nak join KLIK SINI make sure semua syarat-syarat dipatuhi yer.

GKSB update 20 blog dulu. Yang lain akan diupdate kemudian.



Kyramin (blog dah private)





















Done..

Kalau ampa perasan ada 1 nama tu aku bold kan.
Sangat menarik entry dia. Sampat gelak guling-guling kalau baca hahaha...



NOTACIKGADIS: Make sure ampa add GKSB di FB dan gtau link yang ampa dah buat yer.





Bila ada manusia yang berhati busuk dan khianat



Entry sebelumnya pasal gangguan Makhluk Halus.

Cerita terbaru yang aku dapat, adik kawan aku tu disyaki terkena buatan orang. Semalam sampai muntah keluar paku dengan jarum. Ampa boleh bayang tak betapa seksanya dia menanggung sakit.

Sekarang ni tengah berubat dengan ustaz dari SG Petani kalau tak silap aku. Aku pon dah tanya lecturer aku, dia pon dah bagi contact number seseorang yang berpangkat Datuk.

Tapi kawan aku dengan keluarga dia masih lagi cuba berubat dengan ustaz tu sebab dari awal lagi memang dok berubat dengan ustaz tu dah.

Sebelum tu memang p berubat rata dah. Macam-macam versi boleh dengar. Duit pon dah habis banyak. Depa tu bukan la datang dari keluarga yang senang. Kalau la aku mampu, dah lama aku tolong depa. Ni diri sendiri pon tak terurus lagi.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi cukup la aku update keadaan adik dia dulu sekarang. Aku cuma nak minta ampa semua tolong doakan keadaan adik dia beransur sihat. Biarlah orang yang buat khianat tu mendapat balasan dari Allah swt.



Manusia hanya merancang tapi......



Tadi aku tulis pasal Entry aku turun KL kan?

Masa dok siap kemas-kemas tadi umi aku gtau tak jadi bertolak petang tapi esok pagi lepas subuh.

Mai malam dia gtau pula tak jadi stay gombak tapi terus ke Kuala Selangor tempat dia ada games pentaque tu.

Agak-agak aku nak ikut ker??

Kalo kat gombak, duduk rumah mak su aku boleh gak nak p berjalan-jalan ke tengok tv ker, kalau dh sampai ke Kuala Selangor, tengok depa lawan je la.

Masa aku ikut depa lawan kat Perlis pon aku masuk tidur dalam kereta, kalo dah sampai Kuala Selangor lagi tak tahu nak buat apa.

Payah-payah sangat tak payah p.

Sakit hati juga la sebab dok ubah-ubah plan, aku kemain lagi iya-iya nak p berjalan kat sana siap rancang nak p cari baju raya lagi kat Jalan Masjid India.

Tak pa la, tu la namanya manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan..




Thursday, July 14, 2011

DRAMA DEWA CINTAKU~ULASAN GKSB








Dibintangi oleh Fasha Sandha sebagai June dan Iqram Dinzle sebagai Iqbal.

Kalau ampa nak tau drama ni juga diadaptasi dari Novel Dewa Cintaku karya Dilla Hussein.

Aku ada tengok, tapi pendapat aku pasal drama ni memang tak best. Rasa macam lembab plak perjalanan ceta ni.

Dah la suara June miming tu tak sedap. Suara sapa la yang depa amik tu. Lakonan Iqram Dinzle plak macam dok control macho dan ala-ala lembut plak aku tengok. Rasa macam geli geleman pun ada.

Tak sampai la lakonan dia. Aku tak boleh rasa apa yang dia cuba sampaikan. Kalo Drama Nora Elena apa yang dicakapkan oleh Seth Tan siap boleh buat status kat FB lagi.

Dari 5 bintang aku bagi 2 bintang ja untuk drama ni.



NOTACIKGADIS: Tak best bagi aku tak semestinya tak best juga bagi ampa.

GKSB turun KL




Apa khabar ampa semua? Harap-harap sihat la yer...

Petang ni GKSB akan bertolak ke KL, maybe stay kat gombak. Tapi p kejap jer maybe sampai sabtu kot.

Ada sapa-sapa yang stay kat gombak?? Boleh la mai amik GK bawa jalan-jalan hahaha..

Mungkin GK akan jumpa dengan beberapa blogger kat sana tu pon kalau berkesempatan.

Kalo ada yang nak jumpa GK boleh la contact.. errr tapi ada ke yang nak jumpa?? Bajet macam ada orang nak jumpa plak kan??

-_-"

Ok la kalo berkesempatan nanti GK update lagi, semalam laptop buat hal. Mau menangis air mata darah. Dah la hidup tengah susah sekarang ni, buat hal plak dia,

Dan harap ampa semua dapat doakan keselamatan GKSB pergi dan balik. Insyaallah...





Eh tiba-tiba keluar gambar ni?? Apakedehal??

Kenal tak sapa?? Kui3......


Wednesday, July 13, 2011

Bila berlakunya keguguran....



Rambut adalah mahkota setiap wanita. Setiap wanita sama ada bertudung atau tak pasti mementingkan penjagaan rambut terutamanya bagi wanita yang bertudung. Semua orang impikan rambut yang cantik dan lembut.

Tapi tak semua orang akan dapat seperti yang kita inginkan. Ada yang mempunyai masalah kelemumur, masalah kutu pon ada hehe...dan lain-lain lagi.

Syukur sangat aku tidak hadapi semua masalah tu cuma semasa aku masih study aku alami masalah keguguran rambut yang sangat serius. Aku ada tulis dalam ENTRY NI. Kat entry tu boleh tau macam mana seriusnya masalah keguguran rambut aku. Sampai nipis rambut.

Tapi alhamdulillah sejak aku menggunakan shampoo Pantene Hair Fall, rambut aku semakin kurang gugur. Kalau nak hasil yang lagi ok gunakan bersama Conditioner.



Google



Sekarang ni kalo ikat rambut pon dah rasa tebal sket berbanding dulu. Sebelum ni aku guna shampoo jenama lain mungkin tak sesuai sama sebab tu makin banyak gugur. Jenama tu juga pernah aku pakai lagi banyak kelemumur. Sebab tu aku guna shampoo pantene ni. Alhamdulillah sesuai dengan aku.

Bagi aku, kita kena ada ikhtiar. Selain itu tips-tips dan petua dahulu kala perlu diambil kira. Ada sapa-sapa nak kongsikan petua orang dulu-dulu tak?



Bila orang dewasa meminati kartun, Buruk kah??


"Telefon...telefon berbunyi... ada haiwan dalam bahaya...ada haiwan dalam bahaya di sana..."


Hahaha....

Mesti ampa semua minat tengok wonder pets kan? Tak kira la ampa umur dah berapa kalo dah suka tengok tu memang akan tengok juga.




Macam aku sendiri kalo dah tiap-tipa hari adik aku si Puteri ni dok tengok Wonder Pets mau tak mau aku pon jadi penonton setia. Jam 2.30 Petang mesti kedengaran lagu wonder pets..

"Apa yang penting??"

"Kerjasama..."


Ada satu hari tu boleh kata semua adik aku ada. Sambil dok tengok ceta ni mula la aku menyanyi ikut wonder pets ni nyanyi sekali baru aku tersedar adik aku yang kecik dok senyap ja aku yang besar ni dok pulun nyanyi

hahaha...

Tapi cerita ni memang banyak pengajaran..



Apa yang penting????


....................................................


WORDLESS WEDNESDAY #8




BOTAK JUVANA DALAM FUHHH...MEMANG FUHHH LA..



Ampa tengok tak Fuuhh tadi??

Antara artis jemputan adalah Botak Juvana atau nama sebenar dia Johan Asari.




Perghhhh nampak sangat lain gila dengan lakonan dia dalam Juvana. Kat luar jenis cam lawak-lawak juga dia ni.

Tak ada la serius macam dalam Juvana tu.

Dah la smart... auwww... mula kan nak mengada-ngada haha...

Latar belakang dia pon boleh tahan. Diploma Kaunseling dan pernah belajar tahfiz dulu.

Cuma aku harap, lepas ni dia dapat watak sesuai dengan status dan latar belakang dia.


Botak yang dah tak botak



Sapa minat botak?? Kompom ramai yang minat. Lakonan dia berjaya menenggelamkan watak Daim dalam Juvana.

Minggu depan Last episode jangan lupa saksikan Juvana yer.

=)

Tuesday, July 12, 2011

TUALA WANITA PUNCA BARAH RAHIM??



KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.

Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya.

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.

Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.

“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya.



.....................................................................................

Ada kemungkinan kah??

Kalo betul mungkin wanita perlu berhati-hati. Tapi nak hati-hati macam mana kalau dah memang time "bulan mengambang" memang kena pakai tuala wanita?

Apa-apa pon yang penting kena pandai jaga kebersihan.

Termasuklah tidak dicuci bersih dan tidak buang merata-rata tuala wanita tu.

Kalau kat hostel dulu, ada juga yang dok buang merata-rata sedangkan pelajar universiti tu.

Haisyooo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi