Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA YANG MACAM TAK RAYA




Raya kedua dah kena kerja. Malam raya balik kampung. Hari raya pertama dah balik rumah sendiri sebab hari ni (raya kedua) dah kena kerja.


Pengalaman baru tapi bagi aku agak sadis sebab aku bersendirian dirumah. Family semua masih dikampung. Rasa nak menangis pon ada. Omai.... =,(


Bersiap sedia nak p kerja. -_-"


Selamat menyambut hari kemerdekaan



NOTACIKGADIS: Bila la berkesempatan nak beraya rumah bakal mertua oppssss..... =P



Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA DARI TUAN PUNYA TAGLINE "SENYUM MAU MANEH"




Di kesempatan ini GKSB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Gadis Kampung Separa Bandar.

Tahun ni GKSB akan beraya di kampung kat Yan Besar, Kedah. Kalo ada yang tinggal berdekatan jemput datang ke rumah yer. Hari raya pertama ja nak boleh raya pon sebab raya kedua dah kena keja. Sadis kan??

Pada yang akan balik kampung tu berhati-hati di jalan raya ingat orang yang tersayang =)



"Senyum Mau Maneh"




NOTACIKGADIS: Rindu nak raya dengan arwah tok dan wan = (

.

Saturday, August 27, 2011

BILA HUBUNGAN DIDUGA~ADAKAH BERPISAH JALAN PENYELESAIAN??



Hubungan mana yang tak pernah diduga. Selama ni hubungan aku dengan TTM berjalan dengan lancar, tak pernah diduga. Kalo ada masalah kami akan cepat-cepat selesaikan. Tapi aku tahu hubungan yang macam tu la sekali bila diduga akan lebih teruk dugaannya.


Sampai satu tahap kami hampir berpisah. Semalam kata-kata keramat tu keluar dari mulut aku. Hanya 1 perkataan yang dia cakap membuatkan aku terasa dengan dia. Ditambah dengan perasaan rendah diri yang aku tak sepadan dengan dia. Padahal dia tak pernah peduli semua tu.


Bila aku berkeras nak berpisah, aku tersedar pasal 1 perkara bila dia memujuk aku, ada sesuatu yang istimewa ada pada aku yang orang lain tak kan ada. Apa dia biarlah aku dengan dia saja yang tahu. Memang aku tersentuh sangat. Tak pernah ada orang ungkapkan perkara macam tu pada aku.


Sampaikan satu tahap dia cakap, kalo dia kehilangan aku dia tau dia tak kan jumpa dah orang macam aku. Dia serius dengan aku, bukan nak main-main. Mungkin aku tak patut ikutkan rasa hati sangat. Bagi peluang untuk sama-sama perbaiki diri.


Alhamdulillah, kematangan dia tu membuka mata aku. Jangan terlalu merendah diri sebab masing-masing ada keistimewaan masing-masing. Dia sendiri juga tak sempurna cuma kalo ada masalah, sama-sama bawa berbincang dan selesaikannya.


Alhamdulillah juga pagi tadi, TTM bawa family dia jemput aku kat rumah keluar shopping raya dengan family dia. Buat pertama kali juga aku jumpa dengan mak dan abah dia. Segalanya dipermudahkan alhamdulillah.


Baru aku sedar satu perkara, bila lelaki itu dah betul-betul sayangkan kita, dia akan menerima segala kekurangan kita macam mana dia terima kelebihan kita. Ada hikmahnya. Malam kami hampir berpisah tapi pagi tadi dia hadir bersama family dia mungkin nak buktikan yang dia memang betul-betul serius dengan aku.


Cuma nasihat aku, kalo ada masalah berbincang dari hati ke hati lebih baik dari membuat keputusan ikut hati. Buang ego jauh-jauh sebab semua tu tak berguna tapi hanya akan bawa masalah lagi. Jagalah hati orang yang sayangkan kita. =)


Di kesempatan ini juga kami nak ucapkan


Doakan hubungan kami berdua =)



Lagu ni khas untuk ampa semua....


Kredit to: Inchik Eman





Thursday, August 25, 2011

SALAH ORANG KITA NAMPAK SANGAT, SALAH DIRI SENDIRI???



Salam Ramadhan.


Sejak dua tiga menjak ni, aku boleh rasa perubahan terutamanya di blog aku. Aku dah tak "selancang" dulu bila menulis. Sekarang ni lebih kepada cerita peribadi. Malas dah nak "fire" orang haha...


Tapi bila aku baca blog orang yang asyik dok cari kesalahan blogger lain, pada mulanya mungkin kita akan rasa wahh betul juga kan apa yang dia cakap. Bila terlalu banyak "dilonggokkan" dengan cerita-cerita yang sebegitu rupa lama-lama dah jadi menyampah.


Bagi dia, apa yang dia cakap semua betul...orang lain semua tak kena. Newbie macam tu, otai macam ni.. Yang tu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Tajuk mesti nak "hot" ye la boleh naikkan traffic kan??


Sampaikan kita rasa alahai blogger ni tak habis-habis nak hentam blogger lain. Mungkin kalo nak tegur tu boleh tapi kalo dah selalu sangat menegur kononnya diri tu perfect sangat apa cerrr??


Berpada-pada la bila menegur tu, ni bila menulis siap dengan emosi bagai sebab tu mungkin buat orang tak suka. Ye la siapa kita nak control orang bagi suka kat kita. Tapi jangan la sampai cari pasal dengan blogger lain.


Sampai satu tahap nanti ampa akan rasa penat. Penat asyik cari pasal. Hati pon tak tenang bila asyik fikir entry "hot" apa pulak aku nak tulis hari ni. Nak cari pasal dengan sapa pula hari ni?


Omai.....Tak suka kan hidup macam tu?? Tapi kalo dah depa suka macam tu kononnya puas, puas la bila dapat tunjuk lagak kat orang lain yang kononnya dia tu bagus sangat tapi sebenarnya tak tera mana pon.


Aku sendiri banyak kelemahan. Kadang-kadang kita tak sedar kelemahan kita. Kelemahan orang lain memang kita nampak sangat padahal diri sendiri??? So mari kita sama-sama perbaiki diri.





Wednesday, August 24, 2011

"Guess my name"





Boy: "I wanna be a superhero, guess my name."

Girl: "Superman? Batman? Ironman? Keluangman?"

Boy: *smiles* "No, Yourman." :)

Omai..... ♥



Tuesday, August 23, 2011

CEPATNYA MASA BERLALU




Salam Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah 23 hari kita berpuasa. Dah tak lama dah nak raya. Bila dah bekerja (walau part time job) masa tu dirasakan semakin cepat berlalu.


Mungkin sebab tu la aku dah tak update blog sekerap dulu. Masa terhad. Untuk diri sendiri, keluarga dan juga untuk yang tersayang =P.


19 hb hari tu aku mendapat jemputan menghadiri Interview di AADK di KL. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan walaupun agak mencabar juga la apabila Pengarah AADK sendiri yang menjadi interviewer.


Tapi yang lawaknya dia pertikai aku cakap utagha haha.. Padahal dia pon dok cakap utagha dengan aku huhu..Insyaallah kalo ada rezeki, lepas raya ni dapat tau keputusan sama ada aku berjaya dapat keja ke tak.


Kalo dapat, terpaksa la bercinta jarak jauh pulak. Sesuatu yang aku kurang gemar. Banyak dugaan kot. Walaupun jarang jumpa setakat ni tak rasa sangat sebab Kedah-Perlis bukan la jauh pon kan? Perghh berangan padahal keja pon belum tentu dapat lagi hahaha...


Apa-apa pon semoga rezeki aku murah dan dapat kerja tu. Insyaallah =)




Gambar hiasan klik SINI untuk cerita selanjutnya


Monday, August 22, 2011

ENTRY WAJIB BACA: KEMBARA RAMADHAN BERAKHIR | DISEBALIK TABIR PROGRAM INI

Alhamdulillah majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Perlis akhirnya tamat dan berjalan dengan lancar. Sebelum tu jom baca perjalanan majlis ni iaitu sehari sebelum berlangsungnya program ini di blog Syakira yang juga merangkap Bendahari KBU.


Sebelum tu nak bagi amaran pada ampa semua entry ini mungkin panjang tapi jangan risau akan diselitkan dengan banyak gambar so ampa mungkin tak kan boring membacanya. =p Insyallah. Bukan apa malas nak buat banyak part hehehe....


Sebelum tu nak perkenalkan orang-orang kuat group Kami Blogger Utagha


Yang dok control ayu ni dikenali sebagai Cik GKSB @ GK merangkap founder/admin/kepala KBU (aku la tu)




Yang santai sambil buat muka kekenyangan ni Pakcu Sofi merangkap penolong kepala KBU yang juga admin 2 @ admin gila kosa katanya =P




Yang kecik molek ni Adish Shida, setia yang sentiasa berusaha (setiausaha) juga merupakan admin 3 KBU.





Hat yang comel ni pulak Syakira merangkap ceti KBU (Bendahari) Bab duit semua serah kat dia yang pasti dia jujur dan amanah. Garang bendahari ni..Jaga-jaga hihihi



Sebelum berangkat ke Perlis, kami semua berkumpul di rumah Syakira. Sebab apa kumpul di rumah Syakira?? Semestinya untuk mengambil barang-barang sumbangan untuk diletakkan dalam bonet kereta masing-masing.

Masa ni dah siap sedia nak berangkat ke Perlis. Ada 6 buah kereta yang berkonvoi ke Perlis.




Berikut adalah bungkusan sumbangan yang telah siap dibungkus.



Antara jenis sumbangan yang diberikan adalah barang berbentuk keperluan, al-quran, sejadah, telekung



Sumbangan untuk 40 orang warga emas dan juga 10 orang anak yatim




5.30 PM, kami tiba di Petronas Jalan Kaki Bukit sambil menunggu ketibaan belia menjemput kami ke KG Padang Melangit. Masa dok tunggu tu sempat bergambar dulu. Biasalah kami ni pantang jumpa kamera terus lupa diri.




Konvoi ke KG Padang Melangit sampil memasang double signal dalam kelajuan 40 KM/J adalah moment paling bermakna sekali. Kenapa 40 KM/J?? Sebab nak bajet masa bagi sampai tepat pada masanya so ampa jangan heran la masa tu kita macam makan angin sambil menikmati keindahan alam semesta. Kannnnn???


Akhirnya 6PM kami sampai di Masjid Al-Sakinah di Kg Padang Melangit. Turun-turun je kereta lepas susun sumbangan terus bergambar. Macam biasala, aktiviti wajib tu.

Promote baju KBU sikit. Sikit je la sebab sorang tak ada baju. Nak order?? Hihihi...



Kemudian model-model carian Hero Remaja ini posing pula dengan sepanduk (boleh dikatakan sepanduk la kot =P) KBU WE CARE yang menjadi trademark KBU terutamanya untuk majlis amal.




Banner pada hari itu.



Tiba-tiba pengerusi MAYC kg tersebut jumpa dengan aku suruh buat ucapan. Apa lagi terus nebesss.... Mula la nak mengarang ayat. Dah macam karangan dah. Ok ni tipu, nak buat ayat kemain susah, rasa lagi susah dari karangan Bahasa Melayu SPM.



Tapi disebabkan kesuntukan masa sebelum penyampaian sumbangan tu, aku gtau pengerusi MAYC supaya teruskan acara bagi sumbangan nanti ye la kalo aku dah start berucap tak tau bila boleh abeh padahal nebesss nak berdiri bagi ucapan. Satgi tak sempat nak berbuka puasa pulak.


Masjid AL-Sakinah




Apa la yang sedang difikirkan Tok wan kita ni??




Warga emas eh silap warga muda ni sempat lagi posing. Biasala retisss pantang jumpa kamera omai...



Antara sebahagian warga emas dan anak yatim yang hadir



Dalam 15 minit lagi nak buka puasa selepas ceramah serta ucapan dari pengerusi penyampaian sumbangan diteruskan. Mereka ini mula mengambil tempat.



Sumbangan untuk masjid Al-Sakinah kg padang Melangit kepada Imam masjid tersebut.

Al-Quran, sejadah, surah Yasin dan telekung disumbangkan kepada mereka. Apa yang imam ni ucapkan pada aku, dia berterima kasih kepada semua dan mendoakan supaya Allah memurahkan rezeki semua yang telah menyumbang pada majlis ini. Amin.....



Pak cu sofi menyampaikan sumbangan kepada warga emas.




Akhir sekali, cenderahati pihak KBU kepada MAYC. Time ni azan Magrib dah berkumandang menandakan waktu berbuka bagi kawasan yang sewaktu dengannya =P




Tapi ada sesuatu yang menarik pada hari tu sebab kita ada Rosyam Nor yang hadir. Ok bukan Rosyam Nor pelakon tu tapi Rosyam Nor versi cilik yang menjadi tumpuan kami semua. Aku tanya mak cik tu sapa letak nama anak dia. Mak cik tu cakap dia letak sebab minat sangat dengan Rosyam Nor. Bertuah Rosyam Nor ada peminat setia macam ni. Ada yang nak letak nama anak Seth Tan tak?? Errr......


Kemain lagi Rosyam Nor ni posing.



Alhamdulillah majlis ni berjalan dengan lancar. Kami mendapat feedback dari Encik Sani iaitu pengerusi MAYC, yang warga emas disitu terharu sebab menerima sumbangan daripada kita terutamanya nak dekat raya ni.



Lepas selesai ja majlis tu, kami semua bergerak untuk bermain bunga api. Apa nama tempat kat tengah bandar Kangar yang ada replika Keris besar tu eyh???


Kemain lagi main bunga api.


Siap dapat buat ini lagi...So sweeettt....




Potret Keluarga KBU diabadikan di sini.



Memang macam hari raya dah.





Di kesempatan ini, aku sebagai wakil dari KBU, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan bagi membantu program ini diadakan. Alhamdulillah, sumbangan ampa telah kami sampaikan kepada pihak yang sepatutnya menerima sumbangan.


Imam masjid itu sendiri rasa berbesar hati kerana kita, yang hanya penulis blog sahaja dan bukan siapa-siapa mampu bekerjasama dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Jumlah sumbangan juga telah mencecah RM 13**. Terima kasih sangat-sangat kepada semua termasuk yang bukan blogger yang turut sudi menghulurkan sumbangan. Tolong sampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga masing-masing.


Terima kasih juga kepada pihak belia MAYC Kg Padang Melangit yang sudi memberi peluang kepada pihak blogger untuk bekerjasama dengan mereka. Insyallah group Kami Blogger Utagha akan terus menjalankan aktiviti berbentuk amal dan dalam perancangan untuk mendaftar sebagai NGO kerana itulah salah satu tujuan group ini ditubuhkan.




KREDIT PIC: Kepada semua la yang rasa pic yang dia ambil wujud di sini. Terima kasih yer =)


Friday, August 19, 2011

TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DI PERLIS



Berikut adalah tentatif mengenai majlis ini:





3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)

4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri)

: Konvoi ke Balai Baru

5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit

6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan

7.00 mlm : Ketibaan VVIP (MB Perlis, YB Santan, MAYC Negeri, Majlis Belia Negeri)

7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)

7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)

8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih

10.00 mlm : Bersurai


PAKAIAN: Baju kurung bagi perempuan dan T-shirt KBU bagi lelaki (bawa bersama baju melayu untuk dipakai ketika majlis buka puasa)




Untuk sebarang maklumat boleh contact

Admin KBU:

GKSB- 019-4446535
Pakcu sofi- 0194406353
Adish Shida- 014-7577561



Wednesday, August 17, 2011

INTERVIEW PERTAMA



Esok ke KL, ada interview kat sana.

Doakan segalanya dipermudahkan dan aku dapat kerja tu.

=)

TAK PERNAH AKU RASA "KAGUM" MACAM NI SEUMUR HIDUP AKU!!




Kagum habis la dengan kumpulan Max 24.7 ni. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Cara dia menari, perghhhhhhh......... Dasyat-dasyat....

Sampaikan aku rasa adik aku si Puteri tu pon tak pandai menari macam depa.

Ampa mesti kagum punya

Tak percaya ker???

Jom tengok





Kan aku dah cakap, ampa mesti kagum punya kannn??

Tangan di bahu mata ke atas




Tuesday, August 16, 2011

BILA DAH BERJUMPA, KALO TAK KECOH BUKAN KBU LA NAMANYA




Tibalah masanya aku nak update pasal Majlis Berbuka di Kuala Perlis baru-baru ni. Kalo sebelum ni entry ada gambar ja so kali ni siap dengan captions lagi. Tapi jangan dok espek la aku susun pic ikut kejadian yang berlaku, ai tak berapa rajin la yuuu....Hihihi


Ok la dipendekkan cerita kami sampai sana kul 4.45 walaupun janji dengan pihak belia pukul 4.3o walaupun awalnya janji nak jumpa pukul 4. Tapi disebabkan ada beberapa masalah ditambah lagi dengan hujan lebat+kesesakan tiba la pukul 4.45.




AJK KBU sedang berbincang dengan wakil belia mengenai majlis Kembara Ramadhan tu nanti. Nampak macam serius ja. Padahal......





Suka pic ni =P Suka tang mana??? Kui3....







Syakira dok tengok perut pakcu ker?? Muahahahahaha...... kantoi =P







Ishak sampai terjegil biji mata. Apa la yang dia terkejut sampai macam tu sekali keh3...







7 gadis ayu bersama jejaka kayu eh???





Muka kekenyangan tengok pinggan dah la bersusun....Muka paling kenyang boleh dilihat pada Pakcu sofi (kanan sekali)







Sila jangan tiru aksi ini, sungguh tidak sopan sekali. So memang terbukti budak baju pepel tersebut mempunyai Nafsu Tomyam muahahaha......Budak baju biru tu makan sambil menjilat jari =P





Terbaikkk... Boboi boy




Gambar terbaik pada hari itu yang berjaya diambil jatuh kepada

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Ok tamat cerita.

Dan ini pic terbaru GKSB yang makin.....................




Pic suma dicilok dari Pakcu, Munet dan Nora.



Nak tau cerita lagi??

Meh tengok entry

Encik Hyde Part 1 dan Part 2



Monday, August 15, 2011

KEMBARA RAMADHAN: MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DAN WARGA EMAS


PERHATIAN!


Dengar sini wahai orang kampung. Group Kami Blogger Utagha akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas pada 20 Ogos 2011 ini.

Segala maklumat lanjut boleh tengok pada banner berikut.




Majlis ini adalah dengan kerjasama Persatuan Belia AZAMUDA (MAYC) Kg Padang Melangit, Perlis bersama KBU. Pada 13 Ogos 2011, pihak Admin dan AJK KBU telah meeting bersama dengan pihak belia mengenai majlis ini.

Dikatakan juga, Menteri Besar Perlis juga akan turut serta pada majlis berbuka puasa ini. Oleh bagi yang ingin turut serta boleh la sertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan.

Pihak KBU juga telah membuat kutipan daripada ahli-ahlinya serta mencari penaja untuk memberikan sumbangan kepada warga emas dan anak yatim.

Alhamdulillah setakat ini, kami telah menerima sumbangan daripada beberapa pihak. Jadi kepada blogger-blogger lain yang mungkin ingin juga memberi sumbangan boleh bank-in kan kepada Bendahari KBU minimum RM 10.


Nur Syakira Yaakub
CIMB: 08240004875529

Tarikh Akhir Bayaran: 17 Ogos 2011



Diharapkan dengan sumbangan yang diterima ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan terutamanya pada bulan yang mulia ini.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudi memberikan sumbangan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa ampa semua.

Untuk sebarang maklumat boleh contact

Admin KBU:

GKSB- 019-4446535
Pakcu sofi- 0194406353
Adish Shida- 014-7577561




NOTACIKGADIS: Walaupun bukan ahli KBU atau bukan berasal dari negeri tersebut, anda turut boleh memberi sumbangan. Yang penting niat anda =)

Sunday, August 14, 2011

BERBUKA PUASA DI KUALA PERLIS MEMANG MENGENYANGKAN =P



Apa cerita majlis berbuka puasa kelmarin kat Kuala Perlis??

Jom layan pic dulu





Sila tengok mata si sehak tu... Aku pulak dok pegang pisau buat apa tak tau?? Muahaha..






Ni baru sikit, ada banyak lagi pic yang menanti.

Nanti la aku update lain dan cerita apa yang berlaku pada hari kejadian.


Kredit pic: Nora Amila



Saturday, August 13, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PERLIS



ENTRY STICKY POST!

ENTRY TERBARU DI BAWAH ENTRY INI



Khas untuk bloggers yang berada di Perlis atau kawasan yang berdekatan dengannya satu majlis berbuka puasa akan diadakan di Perlis. Segala maklumat seperti tertera pada Banner





Tapi ampa jangan kompius dengan majlis berbuka puasa yang aku bagitau dalam ENTRY NI. Sebenarnya kebetulan kami akan ke Perlis berjumpa dengan pihak belia nak bincang pasal Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim tu, alang-alang kami dah ada kat sana apa kata kita pakat jumpa dan berbuka puasa sekali.


Pasal bayaran pula, itu hanya anggaran sahaja. Tertakluk kepada perubahan. Cara bayaran, tak payah nak bank-in apa, kita settle kat sana lepas makan orait?? So sapa-sapa yang nak join dipersilakan.


Cuma aku nak ampa comfirm kan kedatangan ampa supaya senang kami nak buat tempahan. Konsep kita kali ni adalah santai. Berbuka puasa sambil kenal-kenal antara satu sama lain. Tak payah la nak segan-segan ok??


Kalo ada apa-apa hal sila hubungi di nombor yang tertera. Mungkin akan di reply lewat sikit sekiranya aku tengah kerja. So jumpa ampa di sana. =)



NOTACIKGADIS: Sila sebarkan pasal ni yer =)



Friday, August 12, 2011

KUALA PERLIS TUNGGU AKU.........




Tajuk mesti nak geli-geli kan? Hahaha...

Esok (13 Ogos 2011) akan ke Perlis. Ada baca kan pasal entry Sticky Post ni??

Sebelum berbuka puasa tu kami akan meeting dengan pihak Belia dulu pasal Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dan juga warga tua yang dijadualkan berlangsung pada 20hb ni.

Lepas tu baru ke Kuala Perlis nak berbuka puasa bersama bloggers Perlis di sana. Nampaknya ramai bloggers yang belum aku pernah jumpa akan join juga. Terujanya kih3.....




Jom lepak di kola perlis...



Kalau ada yang nak join buka posa esok, jangan lupa contact aku yer.

Jumpa ampa di sana



Thursday, August 11, 2011

NAFSU TOMYAM



Salam Ramadhan

Hari dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Puasa kali ni tak terasa sangat kemeriahannya sebab aku sibuk dengan kerja. Dengar-dengar kata raya kedua juga aku kena kerja. Ni mungkin pengalaman pertama aku kot time raya kena kerja hehe.. So agak terasa kelainan sket.


Pasal persiapan raya awal lagi kot nak beli. Hari tu rancang nak kuar dengan TTM kononnya nak p beli baju raya sekali, siap ajak aku pakai sedondon lagi padahal raya nanti bukan leh jumpa pon haha...


Raya kali ni memang lain sangat-sangat. Kalo tahun lepas raya, kami masih berkawan biasa tapi tahun ni lebih dari kawan kan? Teman Tapi Mesra katanya. Err baru TTM bukannya suami isteri lagi kecoh jer aku ni kan?? Haha sila sedar diri awal-awal.


Tapi syok jer bila tengok blogger yang baru kahwin ni akan beraya dengan orang baru. Tahniah pada Ujang & Yana, Mizz Sue & incin green, tak lupa juga Ben Ashaari dan isteri yang masing-masing akan menimang cahaya mata nanti. Kita doakan semuanya dipermudahkan =).


Bulan-bulan puasa ni nafsu paling hebat sekali nak kena bendung adalah nafsu makan. Teringin macam-macam. Tiba-tiba hari ni teringin nak makan tomyam pulak. Mau kena cari juga satgi.


Tomyam google



Pada semua pembaca selamat berbuka puasa ye nanti. Kawal sikit nafsu makan tu kalo tak makin membesar la macam aku. Choii...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi