Friday, September 30, 2011

DILEMA WANITA TAPI KENAPA LELAKI TAK PAHAM BILA.......



Tajuk kemaih kemain, dilema wanita! Sekarang ni memang aku hadapi dilema sangat-sangat dan aku rasa ramai lagi wanita yang turut hadapi dilema ataupun masalah yang sama.


Kalo ampa perasan la, selalunya wanita ni akan merungut pasal berat badan dah naik la, gemok la, pipi tembam la bla bla bla.....(eh macam aku yang merungut je ni) dan yang sewaktu dengannya. Tapi memang betul pon kan?? =P


Itulah tandanya wanita ni amik berat pasal diri dia. Sayang diri, **sayang laki** tetiba plak kan?? Sang lelaki plak selalu hairan kenapa masalah berat badan ni selalu sangat jadi masalah besar pada wanita??


Macam nak pahamkan sang lelaki eyh?? Senang cerita, ada orang walaupun berbadan besar sangat confident pada diri sendiri. Itu sangat-sangat bagus. Tapi yang tak bagusnya bila over confident sampai cara berpakaian pon over. Tapi ada yang bijak untuk tampil cantik dan menarik walaupun berbadan besar.


Tapi untuk diri aku, aku memang tak confident dengan diri sendiri. Apatah lagi sejak berat badan aku naik secara mendadak dan tak turun-turun lagi. Serius aku cakap bila aku nak pakai baju sampai aku salin balik 2,3 helai baju lain sebab aku rasa tak sesuai dah aku pakai baju tu lagi padahal sama jer macam dulu.


Dan antara faktor kenaikan badan aku bila aku makan VCO. Kalo nak tahu macam mana aku boleh start makan VCO, klik SINI. Mungkin bagi sesetengah orang yang makan, dia tak alami kesan yang macam aku alami, tapi ada yang alami macam aku alami. Tapi ni diri aku yer kalo jadi macam ni kat diri aku tak semestinya akan jadi juga kat diri ampa.


Sebelum aku beli pon, akak yang jual VCO tu dah cakap, ada setengah orang makan, selera makan dia akan bertambah, ada yang tengok makanan dah kenyang dan aku kategori yang selera makan bertambah. Macam hantu melantak pon ada. Sekarang ni aku dah stop makan VCO sebab biarpon kulit cantik tapi berat badan naik buat apa. Aku pentingkan berat badan lagi okeh?


Tak percaya?? Meh tengok buktinya.



Ni pic terbaru aku






Ni pic sekitar bulan 4

Time ni ada dagu lagi. Pic yang sebelum tu dagu dah sama dengan pipi, tak leh nak beza ni pipi ke dagu... ehh??



Errr..tak cukup lagi kan?? Ni pic masa 2 minggu lagi sebelum raya. Pipi masa ni pon ok lagi.



Tapi sekarang.... Nahhhhh hamikk hang



So pada sang lelaki, sekarang ni ampa paham la kot kenapa wanita selalu merungut pasal berat badan depa yang naik tu.

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

AKU PUNYA KONVOKESYEN~~SEBAK NOKSSS...




Assalamualaikum....

Alhamdulillah aku kini dah bergelar graduan dari USM. Memang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata macam mana perasaan aku. Cuma masa dalam dewan, masa tengah nyanyi lagu negaraku dan lagu USM, rasa sebak sangat bila teringat balik yang aku akhirnya dapat genggam ijazah juga.


Ni 1 kejayaan yang paling manis buat diri aku sebab aku berjaya buktikan pada mak bapak aku, anak yang paling ketegaq, kahaq, yang selalu menyusahkan depa ni akhirnya berjaya juga jadi "Orang". Cuma terkilan sebab arwah tok dan wan tak ada sama nak raikan hari bersejarah aku ni. *kesat air mata* Al-fatihah untuk mereka.


Ok jom nak sajikan pic yang sempat dirakam masa hari konvo aku tu.



Masa ni tengah beratur tunggu giliran nak amik skroll. Disebabkan nama aku bermula dari W haruslah berada di kedudukan belakang. Moral of the story letak la nama anak ampa nanti start with A. Masa ni dah seram sejuk dah tangan. Menggigil sebab nevesss sama. Dah la tak p raptai kan. Nasib baik la dah ada tanda dekat pentas tu nak berdiri dekat mana. Yang mana 1 aku?? Yang kiri sekali tu yang tak berapa nak cukup tinggi tu kui3....





Bila dah settle semua terus rasa lega. Masa nak keluar dewan tu mula la tercari-cari mak bapak masing-masing. Nasib baik jumpa. Dah la masa tu telefon bagi dekat adik aku pegang al-maklum la pakai baju kebaya mana ada poket. Nak juga mention pakai baju kebaya~~kelass ko jahh....


Sesi bergambar dengan umi & walid aku. Errr nampak muda kan umi aku?? Kalo kata kakak pon orang percaya. Tapi sila jangan tanya kenapa anak dia ni membesar dengan sihat. Bambam sangatkan aku ni??




Ciuman seorang adik untuk kakak dia. Aku harap puteri bila dah besar nanti ikut jejak langkah kakak dan abang-abang dia. Jadila budak yang bijak-bijak macam kakak & abang-abang yer... Ok aku perasan bijak padahal malas belajar @_@ menangis baca statement sendiri.






Tahniah untuk diri sendiri. Tahniah juga sebab dah berjaya membesarkan badan dengan sihat menjelang hari konvokesyen. Pipi oh pipi~~ =(






Bersama adik no 4, insyaallah bakal ikut jejak langkah kakak dia juga. Pipi oh pipi =(





Antara ahli keluarga aku yang hadir. ~~Arghh pipi lagi






Dan paling best sekali keluarga aku yang satu lagi dari group Kami Blogger Utagha turut menghadirkan diri. Siap bagi bearbear lagi. Terharu noksss....


Dari kiri: Syukri aka Mr Straw, NAMI, Budak comel, Zezolla Atin, Cik Sha, walid aku (eh termasuk juga)




Terima kasih sangat-sangat pada ampa semua yang sudi mai, siap bagi hadiah lagi. Terharu cheq. Lepas tu malam tu rancang keluar makan dengan depa ni dan beberapa orang lagi geng blogger. Aku dok tunggu gambar ja ni nak buat entry, ampa jangan terkejut tengok apa yang kami makan malam tu. So tunggu aku up entry pasal ni.


Apa-apa pon rasa sangat puas, gembira, sedih pon ada. Syukur sangat-sangat sebab segalanya dipermudahkan. Syukur juga sebab dapat kawan-kawan macam ni. Tak tau nak gambar dengan kata-kata melainkan bersyukur pada Allah sebab beri nikmat yang begini pada aku. Alhamdulillah.









Sunday, September 25, 2011

SELAMAT HARI LAHIR CINTA MUKA BUKU~~♥




25 September befday kepada Incik TTM aku yang ke 27. Ok dah tua dah pokcik sorang ni. Tapi tak reti-reti nak kawen lagi hehe...


Selamat Hari Lahir, semoga dimurahkan rezeki, bila dah murah rezeki boleh cepat kawin hehehe....


Semoga berbahagia dengan orang yang tersayang dan diberkati oleh Allah SWT.


=)




Dia yang selalu ada disaat aku menangis dan ketawa





Dia juga selalu ada disaat aku memerlukan seseorang disamping aku




Dia yang sentiasa ada disisi. Seorang teman yang sangat memahami, sangat sangat cool bila dalam apa situasi pon.


Dia la incik Teman Tapi Mesra (TTM) yang aku kenal setahun yang lepas dalam Muka Buku. Siapa sangka dari hanya kawan didalam Muka Buku menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup aku.


Semoga hubungan kita akan terus kekal sampai akhir hayat.


Selamat Hari Lahir untuk kamu yang sangat special dalam hidup saya


I♥U



Friday, September 23, 2011

UPDATE: Akhirnya dapat merasa apa itu bahagia.



Assalamualaikum..... Ya Allah dah lama gila aku tak update blog. Ni suma gara-gara PC buat hal. Termasuklah google chrome yang tak boleh nak buka blog, email pon tak boleh juga tu yang sampai berkurun tak update blog.


23-09-2011 merupakan tarikh bersejarah juga pada aku sebab selama 3 tahun berhempas pulas menuntut ilmu aku berjaya juga menamatkan pengajian dan merupakan hari konvokesyen aku di USM. Macam-macam kenangan yang tercipta kat sini. =)


Dan lebih manis aku dapat panggilan aku berjaya dapat kerja di AADK. Kalo ikutkan aku dah kena lapor diri hari Isnin ni, tapi dia call sekali bagitau ditunda sampai bulan 12 ni sebab aku akan ditransfer ke cawangan baru AADK tu. So lega la juga, sempat juga aku cari modal nak duduk kat sana nanti. Kat mana tu?? Errr...segan lak nak gtau hihihi...


Alhamdulillah.....Segala-galanya dipermudahkan untuk aku. Syukur juga sebab aku bahagia dengan si dia. Aku harap semua ni kekal sampai bila-bila. Kadang-kadang terfikir juga, adakah ini semua petanda aku akan diuji pula selepas ini??


Tapi aku fikir positif ja, Tuhan dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin zaman dulu aku tak pernah rasa bagaimana dan apa itu bahagia, selalu diuji. Tapi kini aku dah dapat merasanya, alhamdulillah.....Amin syukur pada Allah SWT.

=)



Wednesday, September 14, 2011

SUSULAN ISU NILAI HANTARAN IKUT STATUS PELAJARAN




Berkenaan pasal isu Nilai Hantaran Ikut Status Pelajaran dalam Entry ini, macam-macam feedback aku dapat. Kat FB pon aku post. Antara komen yang aku dapat:





Yeesszaa... Bagi aku ikut kemampuan lelaki. Tapi jangan la sampai terlalu rendah, takut nanti jadi bualan orang lain pulak. Walaupun orang kata mulut orang memang tak boleh nak tutup tapi pada aku, bab yang tu kena amik kira juga.


Kenapa aku kata kena amik kira?? Sebab bila orang dok mengata, pastu pergi bawa cerita pada orang lain, akan effect benda ni pada diri kita balik. Mula la stress pastu akan timbul masalah. Jadi walaupun ikut kemampuan lelaki tu jangan sampai terlalu rendah.


Aku pon tak la kisah sangat tapi zaman sekarang ni semua perlukan duit. Kalo nak ikut status pelajaran tu memang susah la membebankan pihak laki pulak. Lambat la kawen jawabnya. Silap-silap kawen dengan orang lain. Minta simpang la jadi macam tu. Cukupla sekali aku dah rasa pengalaman macam tu tapi bukan sebab hantaran yer?


Lepas aku post status FB tu kat group Kami Blogger Utagha, beberapa orang turut bagi pendapatnya nak tahu apa?? Meh baca


Kahwin pon nak ada subsidi yer cik abang?? Untung la~~



Lagi pasal ni



Betoi juga tu. Dah mahal sangat, tapi kalo dah sayang lautan api sanggup direnangi keh3.....



Tapi yang tak boleh blah status ni


Ada ker??? Hahaha



Jangan jadi macam kawan aku sudah, baru sehari bertunang dah nak putus gara-gara pihak perempuan tetiba minta setengah duit hantaran dulu tanpa berbincang apa-apa. Terkulat-kulat pihak lelaki ni. Lepas tu suruh akad nikah 20hb ni walaupun 11hb ritu bertunang padahal sebelum bertunang pihak lelaki dah bagitau abeh kuat tempoh bertunang setahun tapi bila mai hari bertunang jadi macam lain pulak.


Ya Allah minta simpang la benda-benda macam ni berlaku kat aku. Semoga dipermudahkan segala-galanya aminnnn......



Monday, September 12, 2011

PERLUKAH NILAI HANTARAN IKUT STATUS PELAJARAN???



Terbaca satu status di FB pasal nilai hantaran.


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-


UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


Apa komen anda pasal isu ini??

Lontarkan pendapat ampa semua, lagi panjang lagi ok. Aku nak kita sama-sama bincang pasal ni dan berkongsi pendapat masing-masing.



MENYAMPAH TENGOK DIRI SENDIRI




Assalamualaikum...

Pergh....lama juga aku tak update blog aku ni. Komitmen pada keja mengatasi segala-galanya. Banyak perbezaan dan perubahan yang berlaku pada aku ni terutamanya dari segi fizikal la.


Nak tau apa yang berlaku? Ni gambar terbaru aku masa hari raya ritu.




Pipi aku dah makin bambam dah. Tak boleh nak diselamatkan. Aku pon tak tau la sama ada boleh kurangkan berat badan ke tak. Gemok! Mood nak bergambar pon dah tak ghairah macam dulu, pantang jumpa kamera mesti nak bergambar.


Sekarang ni asal amik gambar je lepas tu mesti delete. Rasa menyampah plak tengok budak gemok dalam kamera. Sebab tu la pic raya tahun ni tak ada. Aku rasa pic kat atas ni la satu-satunya pic raya aku.


Dah la nak konvo, siap beli baju kebaya lagi nak pakai konvo nanti. Buatnya tak muat, padan muka aku haha... Kes...kes...


23hb ni aku konvo, alhamdulillah aku lulus dengan jayanya. Sekarang ni nak ampa semua doakan aku bagi cepat dapat keja tetap dah la. Orait?? Jumpa lagi nanti...

Tata...

Senyum Mau Maneh =D



Wednesday, September 7, 2011

MUKA BERTALAM-TALAM




Muka bertalam-talam. Depan kita baik, belakang mengata. Lumrah dunia la tu. Mau tak mau mesti kita akan jumpa orang macam ni juga dalam hidup kita. Aku tak suka nak mengata orang tu macam ni, orang tu macam tu. Nak amik tahu pasal orang lain pon aku malas.


Tapi bila asyik ada yang menjaga tepi kain, depan kita kemain lagi pijak semut pon tak mati tapi belakang kita perghhhh....Boleh tahan juga mulut tu. Pada aku benda kecik-kecik ni tak payah la nak diperbesarkan. Tak ada faedahnya pon.


Sekali dua boleh sabar lagi tapi kalo dah lama-lama hangin juga aku. Kawan aku lagi teruk kena. Sampai hal-hal kecik-kecik pon nak dihebahkan pada orang lain. Pada aku, kita jaga diri sendiri sudah, jangan terlalu sibuk menjaga hal orang lain, mengata itu ini padahal anak sendiri lagi teruk perangainya cuma dia yang tak tahu.

Orang yang talam dua muka ni sangat bahaya kot. Nak cakap lebih-lebih pon tak boleh sangat. Chill sudah~Haishh....Sabar je la....



Tuesday, September 6, 2011

PENGALAMAN PERTAMA KALI BERAYA DI RUMAH SI DIA



Assalamualaikum, pada hari ahad bersamaan dengan 4 September 2011 jadi sejarah untuk aku bila aku buat pertama kalinya beraya di rumah incik TTM. Memang berdebar tapi orang kata jadi diri sendiri. So aku jadi diri sendiri je la tak control apa pon haha...


Alhamdulillah la dipermudahkan, kemain lagi aku dok bersembang dengan mak bapak dia. Buat pertama kali ni macam biasalah latar belakang kita yang akan ditanyanya. Mak bapak keja apa, dulu study mana, kos apa, dah minta kerja mana, tu antara soalan-soalan yang diterjah oleh mak TTM pada aku.


Abah dia pon ok, boleh dok melawak. TTM ada kata kalo abah dia boleh dok melawak tu kira ok la tu, kalo dok senyap ja dok tengok saja ada la yang tak berkenan di hati. Fuhh lega lepas dah aku hehe...


Cuma TTM ja aku tak bawa secara rasmi lagi jumpa mak bapak aku. Kalo mai jemput aku kat umah, selalu jumpa umi macam tu ja. Tak kena soal siasat lagi macam aku kena. Lepas ni turn dia plak la, tapi tak tau lagi bila nak bawa. Tunggu dia sedia dari segi mental kot hihihi....


TTM ada gak ceta aku 1st perempuan yang dia bawa jumpa mak bapak dia. Dulu ex-gf dia yang dia kawan sampai 4 tahun sekali pon dia tak pernah bawa lagi. TTM yang berani lebih atau aku yang berani lebih ni? Kui3...


Mak dia bagi aku 3 jenis kuih bawa balik hehe... Kuih raya kat rumah dia ada la dalam 8 jenis kalo tak silap aku semua mak dia buat sendiri. Buat sorang-sorang lak tu, nak harap kat anak pon depa semua anak teruna, nak kena cari menantu perempuan cepat-cepat ni keh3... Gatai! =P


Lepas ke rumah dia sempat la jalan-jalan kat Padang Besar dengan TTM. Alasan p tengok orang. Dapat la rembat pencil box dengan bear angry bird. TTM beli pencil box untuk adik aku puteri. Kemain suka lagi si puteri tu yang memang dok gila main game angry bird.



Sebijik mcm pic google ni



Nasib baik dah lama habis study kalo tak aku rembat dah menatang ni untuk aku hehe.... Lepas ni nak p cari lagi la. Nak beli angry bird banyak-banyak hehe... Macam budak-budak pulak aku kan?? Biasa la jiwa muda kui3...


Raya tahun ni walaupun aku rasa macam tak raya kira ok la sebab aku dapat beraya dengan TTM, jumpa family dia, lagipun bila umur macam aku ni dah sesuai sangat kot nak melangkah ke alam baru cuma sama ada dah sedia atau belum bersedia. Persoalannya dah sedia ker aku??


Apa-apa pon macam biasa la cuma minta ampa mendoakan kami berdua. =) Insyaallah....



Pedulikan pp aku yang makin bambam tu @_@



Sunday, September 4, 2011

BERAYA DI DEPAN TOILET PON JADI LAH (^_^)




Perghhhhh........


Eh Assalamualaikum semua.... Lama gilosss kot aku tak update blog. Kerja punya pasal sampai terabai blog. Meh tolong aku cuci sawang kat blog ni. Rindu weh rindu. Rindu nak menulis macam dulu.


Dulu idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi sekarang ni, gandum pon tak nampak rupa, dok ada tepung gandum ja... Ok tak lawak, sekian!


Disebabkan raya kedua kena kerja sampai la sekarang memang banyak terlepas peluang nak beraya dengan kawan-kawan. Syok ja depa ada pic raya tapi aku memang tak ada pic raya. Ngan family pon tak ada.


Memang tahun ni tak merasa raya langsung. Puasa sebulan pon tak terasa sebab sibuk sangat bekerja. Gila kerja ka aku ni?? Maybe la nak cari duit untuk konvo punya pasal. 23.9 ni aku konvo. Mau tak mau memang kena kerja keras la apatah lagi gaji dibayar ikut jam. Kalo kerja lebih jam, duit pon dapat lebih.


Hari ni masuk keja kul 10 pagi abeh pukul 9 malam. Tak sempat makan pon. Kerja terus menerus, customer plak ramai memang tak dapat la nk makan2 ni. Tapi sekali makan hamik hang banyak kot sebab tu aku makin montel sekarang ni kui3....


Bila dengan ahli keluarga KBU beraya bersama-sama memang alahai jelesnya. Tapi komitmen keja, mau tak mau kena berkorban sket rasa hati tu.


Tapi yang paling buat aku terharu sekali Kak Shida, Wani, Anith Shasha dan Anith Abil sanggup mai kat tempat keja aku kononnya nak buat surprise, tapi memang suprised sungguh la boleh plak terserempak dalam toilet hahaha...


Sory pada semua sebab tak sempat nak sembang lama. Time tu keluar sat ja sebab nak p toilet. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi mai.


Yala dok tengok aku hari-hari dok merungut kat FB tak boleh nak p beraya mana-mana sekali depa mai jumpa aku. Dapat jumpa sat pon jadi la terubat juga hati aku ni. Terharu kot =,)


Jumpa depan toilet, beraya depan toilet dengan aku pakai baju kerja belemoihnya aku masa tu. Malu kot. Depa siap pakai baju raya lagi.


Sempat juga amik gambar kenangan dengan depa. Sekeping pon jadi la kan?


Dari kiri: si Anith shasha, GKSB, adish shida, Anith abil dan Wani yang amik gambar



Aku tak tau la ada ka orang baca aku membebel panjang-panjang dalam entry aku ni ka tak tapi tak kisah la at least lepas rindu nak menulis macam dulu.


Pada kak shida dan semua sekali tq sangat-sangat sudi mai jumpa GK. Time tu rasa nak menitik ayaq mata dah, tapi cover baik punya hihihi...


Apa yang penting Senyum Mau Maneh =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi