Friday, October 28, 2011

SAKIT HATI


Aku sekarang ni tekanan perasaan dengan sorang budak kat tempat keja aku ni. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Buat cerita macam-macam pasal aku kat bos. Bahabi sangat budak ni. Bila aku tegur sikit siap sound nak penampar aku. Tapi cakap belakang, kalo aku dengar apa yang dia cakap kita tengok sapa nak penampar sapa dulu.


Aku susah nak marah orang tapi kalo makin lama mencabar kesabaran aku memang tunggu masa ja. Masa study dulu penah ja aku bagi penumbuk kat sorang budak ni. Kurang ajaq sangat. Tu pon nasib baik ada yang dok halang aku kalo ikut baran aku lagi teruk kena.


Aku tak suka cari pasal dengan orang tapi kenapa ada orang yang suka cari pasal dengan aku? Dengki tang mana sangat? Ada apa dengan diri aku ni sampai nak buat cerita macam-macam, cerita yang tak betul plak tu. Sakit hati aku.


Setakat ni aku boleh sabar lagi tapi bila aku hilang sabar tunggu tengok nak jadi apa. Aku fikir malu kat orang ja kalo bergaduh sebab aku tau bila aku marah macam mana keadaan aku.


Tapi budak ni depan aku buat baik ja. Bila dia dok nak bersembang dengan aku atau buat lawak, aku buat bodoh ja. Lantak hang la nak gelak sorang-sorang ka apa. Perangai macam lahanat ingat aku nak layan sangat?? Puihhhh......


So tunggu masa saja! Haishhh sakit hati aku ni.




Tuesday, October 25, 2011

"SAYANG..ABANG MINTA IZIN NIKAH SORANG LAGI...




Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.


Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.


Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.


Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.


Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´


Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.


Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.


´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.


abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...


abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.


abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.


Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.


Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


SUMBER: FB



KISAH 2 HANTU




Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.




Sunday, October 23, 2011

MAT TEBU? SAPA TU??




Adik: "kakak, umi suh cali pandan take mat tebu"(sambil cakap pelat-pelat)

aku: "mat tebu?? sapa tu??"

umi: umi bagitau suruh cari pandan kek mat gebu (Adnan Ibrahim)

kah3...pelat punya pasal mat gebu pon dah jadi mat tebu =P

Mat tebu pon boleh~~

kah3.....

=P



Thursday, October 20, 2011

"KAKAK, NENEN TU SUSU KA??"


Baru-baru ni Puteri dihantar ke rumah pengasuh yang baru. Nak dijadikan cerita pengasuh tu ada anak yang sebaya dengan puteri. So memang dia ada kawan. Namanya Ain.


Tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi bila ada 2 orang kanak-kanak yang hampir sebaya, cara percakapan mungkin berbeza. Puteri yang pelat sikit-sikit balik dan bertanya


"Kakak, nenen tu susu ka? Ain panggil susu nenen"


Erkkkkk......Nak tergelak pon ada masa ni. Budak-budak mesti ada perasaan ingin tahu yang tinggi apatah lagi bila dia rasa pelik sebab kat rumah dia sebut lain, bila tengok budak-budak lain sebut lain walaupun maksudnya sama.


Aku pon iyakan saja la. Tapi bila puteri start panggil nenen kat umah rasa macam tak sedap plak aku nak mendengarnya sebab puteri ada 4 orang abang. Aku betulkan dia suruh sebut susu saja.


Yela tak kan nak terangkan yang nenen tu tetek satgi dia p gtau ain macam tu jenuh plak. Budak-budak ni kadang-kadang lurussss....


Nak tahu macam mana lurusnya si puteri ni boleh KLIK SINI.




NOTACIKGADIS: Kanak-kanak lebih baik diajar sebut perkara yang betul untuk mengelakkan bercakap pelat contoh: cucu=susu, ak=berak.




Wednesday, October 19, 2011

LAGU 1MALAYSIA TAPI SIAPA GADIS ITU??




Selalu aku tengok iklan kat RTM ada lagu pasal 1Malaysia. Bila aku dengar sedap juga lagu ni malah boleh aku katakan ini la lagu patriotik yang terbaik pada zaman sekarang. Tahniah pada Lim Kok Wing Universiti yang dapat hasilkan lagu macam ni.


Lagu ni cepat je melekat kat hati sampaikan adik aku yang umur 5 tahun tu kalo dengar mesti nak nyanyi lagu ni.


Dalam banyak-banyak versi aku paling tertarik dengan seorang gadis ni nyanyi. Suara dia perghhh....power..... Cantik plak tu. Tapi siapa dia eyh??


Ni video yang aku maksudkan tu.



JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN






WORDLESS WEDNESDAY






Tuesday, October 18, 2011

GADIS STREAMIX YANG SEKSI & SEKSA



Apa perasaan ampa sebagai seorang perempuan lihat seorang perempuan berbadan agak besar, free hair, pakai baju ketat atas punggung, duduk, sampil nampak belahan punggungnya di food court. Hampir setengah punggung kita boleh tengok. Yang tengah makan mesti hilang selera.


Aku sebagai perempuan rasa sangat malu! Macam nak p tegur budak tu. Tapi masa tu tak ada orang jaga kedai. Kalo tak dah lama aku keluar p tegur. Tiba-tiba ada sorang abang yang tegur suruh dia duduk elok-elok sikit sebab nampak habis belahan belakang.


Apa yang dia buat?? Tergelak sambil betulkan duduk. Tapi masih nampak belahan punggung dia tu. Tak ada perasaan malu ker??? Lelaki plak tu yang tegur.


Budak cina sebelah kedai aku yang turut lihat aksi tersebut cakap "Sepatutnya melayu tak boleh pakai macam tu kan??"



**bunyi cengkerik**







Monday, October 17, 2011

BILA DIRI DIFITNAH




"Kak Anis, hati-hati sikit dengan ****"

"Awat kenapa?"

"Dia............."



Bermula dari situ lah aku dapat tau segala-galanya cerita yang berlaku di belakang aku. Dan lebih teruk siap mereka-reka cerita yang tak betul pasal aku, dah memfitnah aku. Padahal dia baru masuk kerja dan aku berkesempatan kerja shif dengan dia baru sekali lepas tu aku cuti, dia dah tabur macam-macam fitnah dah kat aku sampai bawa cerita dekat bos.


Ya Allah aku betul-betul tak sangka. Tak sampai 2 minggu dia masuk kerja dah macam-macam benda dia dah buat. Sebab tu kawan aku tu berhenti bila tengok banyak perkara yang tak betul berlaku. Budak tu tak jujur, tak amanah.


Aku masih bertahan sebab niat aku kerana Allah nak cari rezeki halal, nak menabung untuk persiapan aku duduk KL awal bulan Disember ni.


Kadang-kadang aku fikir, aku dah cukup jaga tingkah laku, buat kerja betul-betul tak amik peduli sangat hal orang lain dan jaga diri sendiri tapi masih ada yang tak puas hati. Masih ada orang yang nak busuk hati, apa salah aku???


Mesti terfikir boleh percaya ke orang yang menyampaikan cerita tu kat aku?? Jawapan aku boleh. Sebab selama aku bekerja dengan dia dah 3 bulan lebih ni kita dah tahu macam mana perangai dia dan aku senang bekerja dengan dia.


Tapi bila ada budak baru masuk, dengan mulut dia yang asyik mengata orang, mencarut sana sini kita dah dapat tau orang macam mana dia ni. Awal-awal masuk keja dah tipu pasal umur. Bila aku ternampak salinan ic dia dan aku tanya sekali lagi dia tetap nak menipu. Bila aku bagitau dia pasal tu, dia diam ja tak kata apa. Agak-agak orang jenis apa macam ni?


Cukup lah aku pernah terkena sekali dulu tahun 2005/2006, sampai aku diberhentikan keja gara-gara terkena fitnah. Dan sampai 1 tahap semua benda dah terbongkar dan dia mengaku memang saja nak kenakan aku.


Hanya disebabkan cemburu pada aku baik dengan semua orang dan lelaki yang dia suka kat tempat keja tu nak kawan dengan aku dan tak suka dekat dia. Hanya kerana sebab tu ja.


Aku menulis pasal ni sebab aku dah tak tahan dengan tekanan. Migrain tiap-tiap malam bila terlalu asyik fikir pasal ni. Dah tak larat nak menangis bila fikir apa yang jadi.


Mungkin ni dugaan Allah SWT untuk aku. Aku redha.






"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)






Saturday, October 15, 2011

MANGSA FITNAH





"Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikan aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi.. Jauhkan aku dari fitnah dan kejian manusia berhati busuk"










PENYET MENJADI KEGILAAN???



Sebenarnya entry ni dah lama aku nak tulis. Tapi hari ni baru berkesempatan padahal dah berlaku bulan lepas lagi. Sapa yang kenal aku memang akan tahu kegilaan aku pada makanan.

Aku suka makan charkuetiau dan tomyam. Kalo tetiba teringin nak makan sanggup keluar beli walaupun dah lewat malam hatta tak ada duit sekali pon akan sanggup cuba untuk mendapatkan apa yang dingini.


Sekarang ni ada satu lagi menu yang jadi kegilaan aku. Punya la dok gila sampai jadi macam ni la






Nak tahu apa?? Jom kita tengok Menu-menu yang ada




Jawapannya adalah Ayam Penyet Wong Solo.

Bagi aku sedap sebab nasi dia memang guna beras yang elok, ayam dia sedap kot dan cabai yang dia guna memang kaw punya pedas cuma yang tak berapa syok sebab cabai dia besaq-besaq dia buat macam tak halus sangat. Aku dah la tak reti makan yang nampak cabai besaq-besaq ni tapi sebab sedap, makan juga.



Ni la rupa ayam penyet Wong Solo area Mergong




Ayaq pula kami order teh ais dan limau ais. Ayaq limau dia memang kaw. Harga pon kaw RM 2.50 segelas.





Bila dah semua terhidang tunggu apa lagi masa untuk makan



Dari segi makanan memang tiptop. Cuma yang tak bestnya dalam kedai tu kalo tak silap aku ada 2 kipas saja. Memang panas. Apatah lagi bila waktu tengahari nak makan.


Dari segi layanan dari pelayan kedai tu 1st time aku p memang ok, tak ada masalah cuma yang kali kedua aku p, servis lembab gila. Aku minta nak tambah cabai, dari nasi dok banyak lagi sampai nak habis nasi aku makan padahal orang tak la ramai sangat. Alih-alih aku p bangun sendiri amik.


Cabai tu dah lama siap cuma tak dihantar, boleh plak dia p hantar order yang berhampiran meja aku tapi tak bawa cabai yang aku minta tu, lepas tu p dekat customer lain plak padahal aku dah minta lama dah. Sampai nak habis nasi yang aku makan tu. Nasib baik nasi dia sedap so rasa boleh dimaafkan kot.


Apa-apa pon tomyam juga no 1 di hati =)



Thursday, October 13, 2011

FACEBOOK MEMBAWA KITA MENGIMBAU KENANGAN LAMA



Facebook sekarang ni dah jadi satu laman sosial yang wajib kita ada. Kononnya kalau tak ada facebook dikatakan ketinggalan zaman, kononnya la.


Tak dinafikan juga facebook merupakan salah satu alternatif untuk kita berhubung dengan kawan-kawan lama sehingga la ada yang dah terpisah lebih 10 tahun dapat jumpa balik hanya dalam facebook.


Bila ada facebook ni pasti akan ada gambar-gambar lama kita masa zaman sekolah dulu yang akan diupload dan bila kita tengok mesti akan terfikir "aku ka ni??" atau "tudia muka aku....." errr macam aku ja yang fikir camtu??


Baru-baru ni member aku masa sekolah teknik dulu ada tag gambar yang bila aku tengok nak tergelak pon ada, macam skema rama-rama pon ada keh3....... Jom tengok gambar masa aku zaman bebudak dulu.


Masa ni bergambar dengan guru kelas, Pn Ku Nazli Afifah yang juga guru add math kami.





Cam tak aku yang mana?? Hahahaha... Skema gila... Time ni suma muka bajet budak baik. Yang dulu kurus sekarang dah berubah habis jadi montel


Dan yang tak boleh blah sekali pic kat bawah ni turut bersama adalah blogger Hans.Yang mana 1? Ampa cari la sendiri hahaha...(mampus aku kena dengan dia lepas ni =P)





Apa-apa pon aku rasa zaman sekolah ada zaman di mana kita belajar sesuatu yang baru terutama sekali untuk sesiapa yang tinggal di hostel. Bertemu dengan orang yang baru, berbeza latar belakang serta bermacam ragam.


Macam-macam geng ada. Tapi kalo dalam kelas aku suka berkawan dengan bebudak yang tak tinggal di asrama. Boleh gak dok seludup handphone kat depa hahaha.....


Kenangan masa di sekolah asrama memang terbaik la. Kalo nak cerita memang tak kan habis. Tapi dari pengalaman itulah yang ajar kita jadi manusia tapi ada juga yang tersalah langkah dan mungkin akan membawa penyesalan sehingga seumur hidup.



Wednesday, October 12, 2011

CUBA JATUHKAN ORANG LAIN HANYA KERANA NAMA???




Manusia tak kan lari dari ada sifat mazmumah. Dalam diri tu kalo tak banyak, sikit mesti ada perasaan iri hati pada orang lain. Tapi bergantung pada diri kita macam mana jenis iri hati tu,


Walaupun pengalaman aku tidak la sebanyak pengalaman orang lain yang lebih berpengalaman tapi dah cukup untuk aku kenal watak-watak begini yang ada pada manusia.

Contoh:


  1. Dia tak boleh tengok orang lain lebih dari dia, mesti nak lebih lagi. Tapi jika dia lakukan dengan cara positif, usaha sendiri, kita boleh amik perkara ini sebagai satu rangsangan dia untuk mencapai apa yang dia idamkan.

  2. Dia tak boleh tengok orang lebih dari dia, mula la nak jatuhkan orang lain, guna pelbagai cara nak buruk-burukkan orang lain, cakap tak nak kalah, diri dia yang paling hebat padahal.....non-ado.

  3. Guna cara mudah nak naik, nak dapat nama sampai pijak kepala orang lain, menganiayai orang lain.


Aku pasti ampa semua pernah jumpa dan merasai situasi macam ni. Aku fikir, aku tak kan bertemu dah orang macam ni, tapi aku silap. Sekali lagi aku terkena. Memang kita akan marah, sakit hati, tapi aku cuba tenang kan diri dan berfikir, biar Allah yang balas semua ini. Biar Allah yang tunjukkan kebenaran kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.


Hanya mampu berdoa, kerana doa orang yang teraniaya insyaallah pasti makbul.




Thursday, October 6, 2011

Saturday, October 1, 2011

MONOLOG SEORANG AKU~~KISAH HATI



Kisah hati sangat susah kita nak ungkapkan. Bila kita cuba ceroboh dalam-dalam terowong hati itu dan aku pasti tidak akan siapa akan jumpa jalan keluar lalu tersesat di dalamnya.


Itu kisah hati.


Tapi ini kisah kehidupan. Kehidupan realiti yang kadang-kadang kita rasakan bagai mimpi. Macam mana cepatnya masa berlalu sampai kita tak sedar budak hingusan itu sudah menjadi dara, sudah menjadi teruna. Lalu kisah-kisah dahulu kian dilupakan.


Bila kita ingin cuba selak kembali kisah-kisah lama belum tentu ia dapat diselak dengan kemas. Pasti ada cebisan-cebisan yang tertinggal bagai kertas yang dikoyak, hancur...


Kita selalu idamkan sesuatu yang mustahil kita akan miliki. Bila dapat memilikinya adakah kita akan menghargainya???





Menanti dan terus menanti saban waktu



Acap kali ia bermain-main di fikiran aku. Betulkah jalan yang aku pilih? Betulkah ini yang aku inginkan?? Adakah ini yang aku mahukan?? Lantas kenapa harus aku keliru dengan rasa ini??


Mungkin hanya masa yang aku perlukan. Masa untuk bersendiri. Cukuplah. Penat bila terlalu memaksa diri. Aku tahu, aku yang terbaik tapi masih ada yang lebih baik.




Hanya mampu tersenyum tapi rahsia hati tak siapa yang tahu



Biarkan aku membawa diri. Mencari sesuatu yang mungkin telah hilang. Hilang ditelan masa. Masa yang semakin cepat berlalu sehingga kita tidak sedar sebenarnya ia dah jauh meninggalkan kita. Dan kita masih fikir yang kita masih ada masa???



Izinkan aku pergi mencari "sesuatu" itu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi