Monday, November 28, 2011

INDAHNYA BILA DAPAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA




Tudia tajuk tak mau kalah ahahaha...

Untungla~~

Sekarang ni musim orang mendirikan masjid lebih-lebih sekali cuti sekolah. Maka banyak jemputan yang aku dapat.

Dan hari ni berkesempatan ke majlis Syaliza yang juga merupakan seorang blogger.

Tahniah pada Liza dan juga Asyraf selamat berbahagia sampai akhir hayat =)

Amin...









Amik berkat =P



NOTACIKGADIS: Baru perasan ramai kawan-kawan aku yang menamatkan zaman bujang diusia 23 tahun.




Saturday, November 26, 2011

Everything happens for a reason???


"Everything happens for a reason"


Sudah pasti kita semua pernah dengar petikan ini kan?? Setiap yang berlaku ada sebabnya. Sama juga maksud setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apa yang terjadi walaupun kita tak nampak apa sebab berlaku begitu di kemudian hari kita akan tahu juga hikmah yang tersembunyi.


Sebagai contoh yang berlaku dalam hidup aku dulu. Dulu aku dapat tawaran ke Politeknik dalam Diploma IT. Padahal masa tu aku berada di dalam tingkatan 6. Sama ada meneruskan atau berhenti untuk ke Poli. Dan aku memilih untuk ke Politeknik.


Segala surat menyurat suma dah ada cuma tunggu untuk pendaftaran saja tapi masa tu bapak aku suruh stay form 6. Aku enggan. Sampaikan bapak aku cakap nak p boleh tapi segala perbelanjaan tanggung sendiri. Ok aku kalah kalo bersangkut dengan duit ni.


Aku gagahkan diri untuk belajar di tingkatan 6 walaupun pada mulanya aku memberontak tapi lama kelamaan ia berubah bila aku antara pelajar dalam kelas yang di target akan mendapat keputusan yang cemerlang.


Alhamdulillah walaupun result exam aku tak menepati ramalan tapi sudah cukup melegakan aku apatah lagi bila ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia. Dan yang penting sekali aku dah banggakan mak bapak aku dengan kejayaan aku. Bila fikir-fikir balik tu hikmahnya bila aku dengar cakap bapak aku dulu.


Ada lagi contoh pengalaman aku yang lepas. Ini kisah lama. Bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun tiba-tiba si dia tinggalkan aku tanpa sebarang kata, tanpa sebarang petunjuk dan menghilang diri macam tu saja tanpa boleh dihubungi lagi. Tinggalkan aku terkapai-kapai sorang diri.


Dia kahwin dengan orang lain yang dia baru kenal tak sampai sebulan. Dan kini lepas 3 tahun baru aku tahu apa sebenarnya yang terjadi. Syukur juga kehidupan aku lebih baik dari dia dan syukur juga aku tak dapat lelaki macam tu sebagai suami aku.


Bila aku ingatkan balik keadaan aku masa mula-mula ditinggalkan terasa macam bodohnya aku. Sampai jatuh sakit, berat badan susut. Tapi kalo lihat aku sekarang yang mana makin "sihat" boleh tahu macam mana senangnya hati aku hahaha....

Kalo kita amati balik segala perkara yang berlaku sama ada suka mahu pon duka pasti ada sebabnya dan yang pasti, ada hikmah di sebaliknya. Yang membezakannya sama ada kita sedar ataupun tidak dengan perkara tersebut.


Kalau ditimpa musibah acap kali kita menyalahkan takdir, takdir mempermainkan kita la, itu ini, ingat ni cerita hindustan ka asyik nak menyalahkan takdir dan juga Tuhan??


Itu tak redha namanya. Memang kadang-kadang kita akan merungut itu ini tapi bila Tuhan berikan dugaan untuk kita hadapi bermakna dia nak menguji adakah kita sabar, adakah kita redha dan adakah kita akan makin dekat dengan-Nya ataupun semakin jauh dari-Nya??


Apa yang pasti everything happens for a reason.


Sempena Awal Muharam ini, mari kita sama-sama muhasabah diri apa yang kita telah lakukan dalam hidup kita sepanjang masih bernafas ini. Sememangnya manusia takkan pernah lari dari kesilapan tapi yang membezakannya adakah kita akan belajar dari kesilapan dan menjadikannya pengajaran atau masih terus menerus melakukan kesilapan yang sama???


Tepuk dada tanya hati.





Friday, November 25, 2011

REZEKI MENANTI


Alhamdulillah...

Ada keja yang sudah menanti walaupun aku tahu keja yang menanti itu adalah cabaran yang paling berat yang aku kena hadapi.

Insyaallah 29.11.2011 aku kena lapor diri di Kompleks Kerajaan Kuala Lumpur.

Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Semoga segalanya dipermudahkan.



Wednesday, November 23, 2011

AWAK SUKA SAYA TAK??




Awak suka saya tak?? Suka sampaikan aku dah terjatuh cinta pada novel baru karya Melur Jelita ni. Masa mula-mula nak beli memang aku tak tahu novel apa yang aku nak beli. Yela dah lama aku tinggalkan minat dan hobi aku yang satu ni.


Bila tengok di FB ada yang nak jual novel aku terus tempah. Pada mulanya novel lain yang aku booked tapi lepas aku terbaca entry kak Sofi pasal novel ni terus aku tertarik nak memilikinya. Dan sila la percaya yang ampa tak kan menyesal membeli novel ni.







Novel ni memang lain dari yang lain. Banyak mengajar kita mengenai kasih sayang dan ada la sikit persamaan watak intan tu dengan aku. Cewah! Yang sama tu bila yang selalu amik keputusan melulu tanpa mahu nak dengar penjelasan.


Asyik bersangka buruk padahal orang tu sayang kita. Ada la sket menyedarkan aku bila kenang balik masa lalu. Dan insyaallah aku tak kan ulanginya untuk perhubungan yang ada sekarang ni.


Kalo dalam perhubungan,ada sesetengah orang jenis tak kan luahkan perasaan dia waima untuk berkata i love u sekali pon. Tapi bagi aku, aku akan selalu meluahkan rasa hati sekurang-kurangnya sebelum tido sebab aku takut yang aku mungkin tak akan ada kesempatan lagi nak mengucapkannya sama seperti dalam novel ni.


Kalo ampa nak tahu apa sebenarnya cerita yang terkandung dalam novel Awak Suka Saya Tak? Sila dapatkan di pasaran. Dan paling penting novel ini mengajar kita untuk cintakan Allah, Rasul, Ibu bapa dan keluarga sebelum mencintai orang lain.


Kalo nak baca novel review yang lain KLIK SINI




Tuesday, November 22, 2011

MASA BERUBAH TAPI BELUM TENTU MINAT JUGA BERUBAH


Kalau dulu, boleh dikatakan aku berada dalam kelompok yang sangat rajin nak menulis dan update blog tapi sekarang segalanya dah berubah.


Kekangan masa kadangkala membataskan segalanya. Dah tak macam dulu lagi. Sekarang ni aku cuba melakukan kembali aktiviti yang dulu aku dah tinggalkan. Bila asyik sibuk bekerja kadang-kadang kita akan mengabaikan apa yang kita suka lakukan dulu.


Nak menulis entry ni pon dah beberapa kali terhenti sebab dah kehilangan "skill" nak menulis. Idea pon lambat datang. Tu la kesannya bila kita dah lama tak menulis.


Bila umur dah nak masuk angka 24 sikit masa lagi rasa macam tak percaya eh betul ke umur aku ni? Rasa macam baru semalam dok main aci ligan dengan kawan-kawan, rasa macam semalam juga dok main aci nyorok padahal dah boleh jadi mak orang dah ni huhuhu...


Bila tengok kawan-kawan sekolah rendah, menengah sekarang ni dah ramai yang kawen mesti teringat dulu kawan aku ni hingusan lagi, hingus pon lap kat kain tudung ja tapi sekali wah dah jadi isteri orang, lain sangat sekarang ni. Macam tak percaya.


Tapi itulah kitaran hidup kita yang sebenar. Cuba kita muhasabah diri kita. Lihat kembali masa lalu dan lihat kembali siapa kita sekarang ni. Percayalah ampa akan nampak sesuatu dari kisah masa lalu itu.






MALAYSIA BENAM INDONESIA~TAHNIAH MALAYSIA



TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! untuk skuad bola sepak negara yang menang pingat emas sukan sea apabila berjaya benamkan Indonesia.


Alhamdulillah aku sekeluarga juga selamat sampai di Alor Star dari Kuala Lumpur. 4 hari 3 malam kat sana. Masa sampai tadi terus singgah di kedai mamak untuk makan dan tengok bola. Meriah tu tok sah kata la, yang pasti malam ni banyak kedai mamak yang untung hahaha....


Bila tamat separuh masa pertama kami sekeluarga cepat-cepat bertolak balik ke rumah keh3... Bola punya pasal punya.


Sambung bab bola pulak. Bila tiba masa penyampaian pingat rasanya kita semua boleh tengok bagaimana cara penyampaian pingat dan sijil yang tidak teratur, kelam kabut, dan ada pemain yang tidak langsung tahu menghormati pasukan lain ketika berlangsungnya penyampaian hadiah.


Boleh plak duduk kat pentas tu masa berlangsungnya penyampaian pingat untuk negara lain terutamanya pemain tuan rumah. Dan segala-gala macam lagi masalah dan sabotaj yang mereka lakukan maksud aku apa yang Indonesia lakukan selama berlangsungnya Sukan Sea ni untuk negara kita. Mungkin kekalahan ni boleh menundukkan ego mereka.


Dan yang pasti semua rakyat Malaysia pasti berbangga dengan skuad Harimau Muda negara kita. Tahniah untuk semua =)






p/s: malam ni tdo nak mimpi baddrol la... keh3..




Friday, November 11, 2011

11-11-11


Hari ni sudah semestinya ramai pasangan yang tidak akan melepaskan peluang nak melangsungkan perkahwinan ataupun saat-saat bahagia mereka pada tarikh yang unik ni 11-11-11.


Cuma nak ucapkan selamat bertunang, selamat pengantin baru dan selamat segala-galanya

=)




Gambar Hiasan


Thursday, November 10, 2011

MAKIN DIPUJUK MAKIN MERAJUK


Makin dipujuk makin merajuk. Mungkin situasi tersebut dialami oleh kebanyakan sang lelaki. Eh yeke??? Mungkin......keh3.....


Ada sesetengah orang macam tu kot. (ke aku je yang macam tu =P) Itu yang TTM kata kat aku bila aku merajuk hahaha..... Nak tergelak pon ada. Sebenarnya bukan pasal INI aku merajuk tapi pasal lain.


Saja jer mengada nak merajuk-merajuk ni selalunya dia pujuk tapi semalam tak dipujuk pulak. Sakit hati plak rasanya. Yang syoknya aku boleh tanya kenapa tak pujuk. TTM cakap tadi nak pujuk la tapi bila nak pujuk makin merajuk plak. Hahaha... Nampak sangat mengada-ngada aku ni.


Aku tahu sang lelaki mesti pening kepala bila pasangan depa merajuk. Kalo dapat yang susah merajuk untungla~~ Aku susah nak merajuk, tapi kalo sekali merajuk makan hari juga nak pujuk kata TTM la kat aku. Huhuhu...


Ampa plak macam mana?Kongsi-kongsikan.



Gambar Hiasan

Photographer : Ezmaliza


NOTACIKGADIS: Kalo setiap kali merajuk dapat hadiah kan best???




Wednesday, November 9, 2011

MERAJUK


Aku: Abang nanti kita kahwin 12-12-12 na?? 11-11-11 dah tak sempat dah.

TTM: Ha mula la tu dok mereka-reka tarikh yang pelik-pelik.

Aku: Ok, fine! merajuk...




Sunday, November 6, 2011

SEMUANYA BERCAMPUR-ADUK~SALAM AIDIL ADHA


Assalamualaikum.....


Perghhh terbaik dari ladang. Sibuk memanjang mengalahkan PM. Sekarang ni aku gila kerja. Buat part time sampai 2 kedai. Nak cari duit punya pasal. Bila dah ada duit habis macam tu gak. Ada saja nak kena bayar huhuhu...


Aku tengah cari rumah sewa sebenarnya. Area Gombak, Kampung baru, Dato Keramat, Wangsa Maju atau kawasan sekitar dekat dengan Hostel UTM Jalan Semarak. Tapi kebanyakan orang gtau suruh cari je dalam mudah.com sampaikan aku menyampah dengar. Kalo semudah tu tak payah la aku minta orang tolong cari rumah.


Kalo ampa boleh tolong carikan gtau eyh. Nak cari rumah sebab kami nak duduk 3 atau 4 orang 1 rumah. Bajet dalam 650 ke bawah.


Tapi surat dari HQ belum keluar lagi, masalah-problem juga tu. Satgi 2 hari nak kena lapor diri baru nak call yang kita ni terkial-kial nak kena p sana.


Sekarang ni masih berfikir mampukah aku kerja di KL menghadapi cinta jarak jauh???






Salam Aidil Adha

=)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi