Kelmarin ada tengok rancangan Nona di tv3 pasal cinta muka buku. Antara pasangan yang bertemu jodoh di laman web facebook ni antaranya adalah Zed Zaidi.
Masa tengok rancangan ni tersengih-sengih sorang diri bila teringat aku dengan TTM pon bertemu di Facebook.
4 Julai 2010 kami jadi friend kat FB. Dia add aku. Ada la dia dok tegur-tegur kat FB. Mula-mula tu aku rasa dia ni annoying la. hahaha...Boleh plak kan rasa macam tu? Huhu...Tapi tak sangka orang yang aku rasa anoyying tu la tetiba boleh jadi orang yang special dalam hidup aku.. Cewahh..
Lepas setahun kenal dia da bagitau niat dia nak jadikan aku isteri dia so dari situla hubungan kami bermula. Tak ada la nak melamar romantik-romantik gitu. Aku pon sebelum ni tak ada la nak mengharap sangat takut kecewa cam dulu.
Tapi dalam setiap hubungan tu pasti ada pasang surutnya. Hampir-hampir nak berpisah pon penah. Cuma dia bersikap matang nak menanganinya dan paling penting menerima aku seadanya.
Walaupun dah lama kenal satu sifat yang kami dua orang tak boleh buang lagi iaitu sifat malu-malu hihihi... Cam lawak pon ada bila ada kawan-kawan aku yang pernah jumpa kami tanya dah berapa lama kenal? Bila bagi tau tempoh kami kenal ada yang tegur dah lama kenal pon malu-malu lagi??
Hehehe..... =P
Aku kan pemalu... ##EHHH??
Cinta muka buku, tapi sejak dah ada aku ni dia dah jarang buka muka buku dia maybe sebab dah bertemu apa yang dicari kot.. Hohohoho....
Ada yang pernah alami pengalaman macam aku ni?? Jom kongsikan =)


12 PESANAN PENAJA:
er, syaz jumpa si dia pun kat muka buku.
biarlah rahsia..hahaha
Sama la.. Tengok ramcangan nona semalam renyih sowg2.. Terharu pon ada ngan pasangan bkn artis tu... Btw saya pon bertemu jodoh dari fb jgk.. Insya-allah akan bertunang dalam tahun ni... :)
kalu saya pulak, cinta muka twitter. err tapi taklah cecinta pun. saya suka dia jela sbb kitorang slalu tweet gaduh2. hikhik
saya sll stalk orang ja kat muka buku.. hehehe
pernah ada cinta muka buku tapi tiada jodoh. tp cinta dengan dia yang paling indah sekali dan takkan lupa sampai bila2.
seorang lelaki kalau dia dah jumpa jodoh dia dekat tempat yang dia biasa pergi, dia takkan pergi lagi tempat tu.
tapi, dia akan tetap terkenang.
happy for u... hehe... ^^
pemalu ke? ##ehhhh :p
semoga cinta muka buku berkekalan hingga cinta ke syurga.... Amin
kami cinta blogger la pulak.... :p
syazana: wah2...cinta muka buku gak ni ehehe....
mr straw: hg kan retisss haruslah berahsiakan??
cik emma: alhamdulillah.... dah ke step seterusnya... semoga berkekalan
filza: amboi...ada burung(tweet) plak eyh yg sampaikan...
piqah: ada stalk GK x?? hihihi
pinkyz: kenangan indah utk dikenang
orkid: semoga dipermudahkan segalanya
betul ke anyss pemalu? ekeke..
ape2 pun semoga semua yg dirancang dipermudahkan..jgn lupe panggil kalau makan nasik minyak..^_^
Post a Comment