Wednesday, January 18, 2012

HANYA KERANA BUAH LIMAU


Hari ni ada perkara yang betul-betul menyentuh hati aku. Sebagai pegawai kes, kebanyakan klien akan dirujuk kepada aku dulu untuk didaftarkan masuk ke Cure Care Service Centre (CCSC) under AADK.

Baru-baru ni ada sorang klien berbangsa India yang datang dengan sukarela untuk mendapat khidmat nasihat dimana dia ingin berhenti dari ketagihan dadah. Lepas diberi maklumat apa-apa yang patut aku isi borang untuk rujuk dia ke Cure And Care (C&C).

Tapi tadi tiba-tiba dia datang ke CCSC bagitau yang borang rujukan dia tercicir semasa dia OTW nak ke C&C. Sanggup dia berpatah balik untuk amik borang rujukan klien tu walaupun dah berada separuh jalan dan dah hampir sampai pon tanpa dia ketahui yang jika tiada borang tersebut dia masih boleh mendaftar disana. Kat situ aku nampak kesungguhan dia untuk berubah.

Dan paling menyentuh hati aku bila dia datang sambil berkata "cik, ni saya ada bawa buah tangan sikit.." sambil serahkan buah limau dalam 1 plastik untuk aku. Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa tapi bagi aku itu sesuatu yang amat bermakna.

Terasa dia sangat menghargai orang yang cuba membantunya walaupun sebenarnya ia mungkin sebagai tugas kita menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan tapi setiap hari aku niat dan berharap Allah permudahkan apa yang aku lakukan.

Walaupun pada mulanya ada yang memperlekehkan dia sebab mungkin dirasakan dia tak bersungguh tapi pada aku kesanggupan dia untuk dia datang secara sukarela itu sudah menunjukkan kesungguhan dia ingin berubah.

Dan aku akui sejak aku bekerja dimana persekitaran aku adalah berkait rapat dengan penagih ada satu perkara yang membuat aku sedar mengenai mereka.

Mungkin banyak tanggapan yang tidak elok atau negatif akan kita fikir pasal mereka tapi disebaliknya tak siapa pon yang amik peduli mengapa mereka jadi macam tu dan tidak memberi sokongan untuk mereka berubah waima keluarga sendiri.

Apa yang paling penting, aku dah mula jatuh cinta pada bidang kerja aku ni. =)





11 comments:

  1. diorg perlukan sokongan, dorongan dan doa dari kita...

    ReplyDelete
  2. done follow your blog
    hOpe ade mse leyh jnguk2 & follow blog Ika plak ye chentahati19.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. patut sokong pada perubahan yang positif

    ReplyDelete
  4. Mmg nampak lelaki tersebut bersungguh2 utk berubah DAN dia mempunyai secubit sikap yg x ada pd orang lain dewasa ini. Sikap berterima kasih dan terhutang budi..

    ReplyDelete
  5. @kiera

    yup...sama2 la kita doakan diorg supaya ditetapkan hati utk berubah

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi