Sunday, February 19, 2012

ADAKAH PENDIDIKAN MEMPENGARUHI TAHAP PEMIKIRAN SESEORANG??


Pendidikan memang sangat penting. Tambah pada zaman sekarang ni. Tapi bila aku lihat keadaan sekeliling aku, masih ada mak bapak yang tak pentingkan pendidikan anak-anak. Masih ada yang amik mudah pasal ni.

Anak-anak malas ke sekolah pon dibiarkan saja. Anak-anak nak berhenti sekolah dibiarkan saja. Apatah lagi bila berada di Kuala Lumpur ni. Serius masa mula-mula fikiran aku rasakan bila hidup di bandar ni mak bapak yang tinggal di bandar-bandar besar macam ni akan mementingkan pelajaran anak-anak tapi yang berlaku sebaliknya. Tapi tak semua itu aku akui.

Mak bapak lebih bersikap terbuka sehinggakan dalam soal ni pon lebih bersikap terbuka. Sebab tu masalah sosial meningkat. Memang aku tak merasa jadi mak bapak lagi tapi aku ada mak bapak. Cara didikan mak bapak tu penting.

Aku tak nafikan aku penah tersalah pilih langkah tapi didikan keluarga tu masih kuat di ingatan. Yes! family aku mementingkan pendidikan kalau tak, tak la aku kena balun dengan batang paip sebab malas p sekolah.

Pada orang lain mungkin akan rasa didikan ini keras, bapak ampa tak pernah pukul ampa tapi dengan didikan ini la aku jadi manusia apatah lagi bila bapak aku dah tak boleh nak kawal aku.

Aku akui kesilapan aku. Dan alhamdulillah aku jadi manusia juga. Apa yang aku ada sekarang ni semua hasil didikan keluarga yang mementingkan pelajaran.

Dan tak dapat dinafikan dalam sesetengah perkara pendidikan seseorang itu sangat mempengaruhi pemikirannya. Aku bukan nak merendahkan orang yang tidak belajar tinggi tapi itulah hakikatnya.




Cuma dalam hidup ni keluarga aku sendiri berpesan setinggi mana pon kita belajar tapi jangan terlalu mendongak kelangit, hormat orang lain, walaupun orang tu tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tapi pengalaman yang dia ada tu lagi berharga dari orang lain.

Itu yang aku tanamkan dalam diri aku.

Tapi masih ada manusia yang tak dapat terima orang lain lebih dari dia sehingga sanggup menabur fitnah, mereka-reka cerita yang langsung tak betul hanya untuk menutupi kelemahan diri.

Kononnya kami besar kepala sebab kami ada degree padahal dia tu yang tak boleh terima bila ada orang lebih dari dia. Pemikiran dia pon tak matang. Dia muda dari aku walaupun dia dah berkahwin dan dah ada anak sampaikan aku fikir dia ni budak-budak yang terperangkap dalam alam pekerjaan.

Apa perasaan ampa kalau tiba-tiba kita disodokkan dengan cerita yang tidak betul sehingga menjejaskan nama baik kita sehinggakan ke pihak atasan??

Betul la cakap orang alam pekerjaan ni lagi hebat cabarannya. Macam-macam ragam ampa akan jumpa. Jadi bersedia la dari segi mental. Kadang-kadang semua ini mainan psikologi. Sama ada kita berjaya nak hadapi atau tidak. Semua terletak pada diri kita.




16 comments:

  1. tetapi kan pengalaman jugak penting..bukan setakat pendidikan sahaja....hehehe..

    ReplyDelete
  2. ha ah kan..sy pon, dulu kalo malas p sekolah, dapat la habuan daripada mak bapak..hehe

    ReplyDelete
  3. setuju dengan setengah point..tapi anyss kadang2 pendidikan tinggi pun tak menjamin orang tu boleh berfikir dgn rasional..sebenarnye benda ni bergantung ke atas diri sendiri..

    tapi point yg pendidikan akhlak dan sahsiah yang diterapkan oleh ibu bapa tu memang sha setuju sangat..ibu bapa mmg memainkan peranan utama dalam mendidik anak2..itu yang ramai lalai..semua anggap guru yg patut didik anak2 depa..entahlah...semoga bila kita jadi ibu bapa nnt kite dapat didik anak kite dgn penuh amanah..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. pengalaman mematangkan diri :)

    side positif yg ampa dpt dari persekitaran, mengingatkan diri sendiri xjadi mcm some person yg teruk tue :)

    be strong girl!!!

    ReplyDelete
  5. saya pun mengalami masalah yang sama dengan rakan sekerja. Memang lain bekerja dengan org y berlainan taraf berpendidikannya. Tapi, ada juga ler yang belajar tinggi pun buat perangai mcm org tak sekolah he3...layan kan aje.

    Itu le alam pekerjaan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tempat kerja aku tak jumpa orang macam ni. Sebab mungkin semuanya ada Master dan degree, paling cikai pun ada sijil. Profesional penting, Tapi kalau profesional takde iman dan taqwa semuanya ke laut...

    ReplyDelete
  7. pada pendapat aku la GK, alam pekerjaan akan ada 2 golongan utamanya. 1 golongan cerdik pandai yang bakal membuat keputusan penting tetapi kurang pengalaman (bagi yang baru bekerja) dan 2 pulak golongan yang banyak pengalaman dalam bidang tugas tetapi kurang cerdik didalam pelajaran. Sebenarnya ikut mana pun, kita kena pndi saling mnghormati. Masing-masing dengan tahap pengalaman masing-masing. Aku kurang bersetuju dengan ayat hang yang berbunyi "pendidikan seseorang itu mempengaruhi pemikirannya". Sebab semua itu adalah dari segi individu bkn pendidikan. kematangan seseorang dalam membuat keputusan dan tingkah laku adalah dari individu biarpun orang itu hanya sekadar darjah 6 atau punya Phd. Pendidikan yang dari tahap mana sekalipun tidak akan menjamin kematangan seseorang dalam berfikir. Jabatan kami panggil benda nie sebagai "datang ahri bodoh". Sebab kadang-kdang pegawai yang cerdik pandai nie buat silap dan yang darjah 6 nie kan betulkan kesilapan dia dan begitu juga sebaliknya. Sebab itulah keistimewaan manusia yang diciptakan Allah. Punya positif dan negatif secara persendirian.

    ReplyDelete
  8. i agree your blog...

    yeah,education is very important.all children want to study,but some parents not afford to pay especially fees and so on.and more pity is some of them quit from school because of poor.we understand,but some of them dun want to study coz they want to enjoy...some of them didn't think their future,they juz enjoy their life only...

    ReplyDelete
  9. Teringat hadis yangmembawa maksud, kalau kita nak dunia, kita ada ilmu, kita nak akhirat pun kena ada ilmu.

    Negara2 kaya, rakyatnya berilmu, dan kebanyakan negara2 miskin mundur, kerana ramainya yg buta huruf.

    Tentulah berbeza, namun yg tak dapat nak masuk U kerana sebab2 tertentu, kalian masih dapat ilmu melalui pembacaan yang luas.

    Bagi yg dah ada ijazah pula, kalau mereka jadi malas membaca, mengkaji, mereka juga akan tertinggal, kerana ilmu sentiasa berkembang. Sebagai contoh pelajaran tentang komputer dan IT, yang begitu pesat perubahannya.

    BEGITULAH PENDAPAT SAYA org kampung yg jauh terperuk di hujung dunia ini

    ReplyDelete
  10. @mizz erma

    "habuan" tu la yg byk mengajar kita jadi manusia berguna ;)

    ReplyDelete
  11. @cik sha

    mungkin ada benarnya pendidikan yang tinggi tak semestinya orang tu boleh berfikir secara rasional, sekurang-kurangnya mereka ada ilmu sama ada dia praktikkan ataupun tidak itu yg membuatkan seseorang itu tidak rasional....

    lebih berfikir mengikut emosi

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan dari Adando...

    Adando jadi Follower yang ke 2550
    blog ni..

    so Gadis Kampung Separa Bandar kena buat entry untuk adando sekali ngan Link andando sekali...

    ha...ha...ha........

    Meroyan sekejap....!!!!!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi