TULANG BELAKANGKU

Tuesday, February 21, 2012

APA ITU JUJUR??




Jujur. Apa definisi jujur pada diri anda?? Yang pasti akan ada pelbagai tafsiran dan definisi mengenai jujur. Jujur juga boleh diibaratkan seperti "seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam yang kelam".

Jujur itu subjektif. Ada yang kata jujur itu telus, lurus dan macam-macam lagi perkataan untuk menggambarkan maksud jujur.

Paling penting sekali jujur pada diri sendiri barulah kita boleh jujur dengan orang lain. Kalau dengan diri sendiri pon kita tak boleh jujur macam mana kita nak berlaku jujur dengan orang lain??

Segalanya bermula dari hati. Bila kita tak jujur dengan diri sendiri hati kita akan tenang ker? Pasti tidak bukan?? Kita akan dihantui dengan rasa bersalah apatah bila kita turut tidak berlaku jujur dengan orang lain.

Jujur di sini bukanlah jujur yang bendul, maksunya terlalu lurus bendul tapi kita kena berlaku jujur yang bijak. Macam mana pula jujur yang bijak itu??

Jujur yang bijak bergantung pada situasi iaitu tidak memudaratkan diri. Sebagai contoh kita nak minta kerja, tapi sebelum ni kita pernah dibuang kerja sebab kononnya kita pernah mencuri walaupun mungkin tuduhan tersebut tidak benar tapi bila kita minta kerja lain sebagai cashier perlu ke kita nak bagitau yang kita pernah kena buang kerja sebab pernah dituduh mencuri agak-agak orang akan terima tak??

Apa kesannya bila kita tidak berlaku jujur??

Andai kata kita boleh hidup untuk 100 tahun dan sepanjang 100 tahun tu kita berlaku jujur tapi sekali jer kita tidak berlaku jujur orang akan ingat mengenai sekali anda tidak berlaku jujur tu dan akan melupakan 100 tahun yang anda jujur.

Apa yang penting kita jujur pada diri sendiri. Kalau dengan diri sendiri pon kita tidak boleh jujur apatah lagi dengan orang lain. Pokok pangkalnya ia bermula dari hati kita.

Jujur yang jujur punya jujur ialah jujur yang berpanjangan bukannya jujur semata-mata lakonan untuk dapatkan sesuatu.

Kesimpulannya jujur la pada diri sendiri dulu sebelum jujur dengan orang lain. Sebelum entry ini diakhiri aku nak tuju sebuah lagu untuk ampa semua. Terima lah Jujur-Radja.



19 PESANAN PENAJA:

fRaMe+LenSeS said...

Setuju la. Jujur ng diri tjk kita jjr ng org. ;)

Mr. Straw said...

entry yg bgus..keep it up

Rozuan Ismail said...

amboi, terus pasang lagu jujur radja kan.sesuai sgt dgn entri

tomatokering :) said...

butul butul butul. sokong cik gk. kalau dengan diri sendiri pong tak jujur camne nak jujur dengan orang lain. huhu

efa said...

jujurlah pd diri sendiri kahkah

♥CIK SHA♥ said...

betol tu..jujur pada diri sendiri adalah kunci paling utama..

kiera'sakura said...

dan adakalanya kita kena berbohong untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yg kita sayang :)

Mizz ErMa said...

stuju sgt2..mcm tu la jgk dgn org laen kn..kalo kta jjur dgn dia, dia pon akn jjur jgk dgn kta..=)

gadisBunga said...

tak rugi jujur. sebab tak payah pening kepala nak kona cerita sana sini. :D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@frame&lenses

terima kasih untuk bersetuju

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@Mr Straw

tenkiu my fren

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@rozuan

haha..kannn....sesuai sgt

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@tomatokering

oh yeah undi la GK keh3...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@efa

yeah..jujur pada diri sndiri dlu ye..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@sha

kunci rumah ada tak?? hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@kiera

hehe..konon2 bohong sunat la wlpn xda dlm istilah bohong sunat tu =P

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@MIZZ ERMA

Insyaallah..sebab setiap perbuatan yg baik pasti akan dibalas dgn baik

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@gadisbunga

haha...betul tu

Iam Yanty said...

Naiss one , babe!

Jujur lah kalau nak orang pun turut jujur dengan kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...