Saturday, February 4, 2012

DIHUKUM TANPA TAHU KESALAHAN, WAJARKAH??


Kita dihukum tetapi tidak tahu apa kesalahan kita. Wajarkah??

Setiap orang ada buat salah sama ada kita sedar atau pun tidak sedar tetapi kita dihukum kerana kesalahan yang kita langsung tak tahu. Putus sahabat kerana kononnya kita ada buat salah tapi apa dia?? Apa kesalahan tersebut??

Dihukum kerana kesalahan yang kita tak tahu. Langsung tak wajar. Bila kita inginkan penjelasan tapi hanya diam menyepi. Apa lagi yang harus dibuat??

Banyak kali dah perkara macam ni terjadi dekat aku. Terbaru tiba-tiba aku dimusuhi tanpa sebab. Tertanya-tanya apa yang terjadi. Mujur kawan aku tu amik tindakan bijak bertanya sendiri kebenarannya.

Apa yang membuat aku terkejut rupanya selama ini kami dilaga-lagakan, mereka dihasut dengan cerita yang tidak benar yang membuatkan aku dibenci. Rupanya diri aku difitnah dan macam-macam cerita yang langsung tidak benar dilemparkan pada aku.

Allah maha besar. Selalunya orang yang perangai macam tu tak kan selamat. Allah makbulkan doa aku. Segala-galanya telah terbongkar.

Macam-macam ragam orang. Manusia yang busuk hati, dengki, akan terima balasannya juga. Kat dunia Tuhan dah balas. Semoga mereka ini diberikan petunjuk oleh-Nya.









8 comments:

  1. lumrah dunia. sabaq ja la.
    bagi menjawab persoalan tittle entri tu, sesungguhnya tak wajar! :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu... normally kita akan tau cerita sbnr tanpa perlu bertanya.. allah akan tunjuk siapa benar siapa salah. Yg pntg kita berbuat baik sentiasa...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Sabar sebahagian dari iman. Allah maha pengasih terhadap hambaNya.
    Moga tiada lagi fitnah selepas ini.


    TQ

    ReplyDelete
  4. @admin p@p

    waalaikummussalam...

    terima kasih atas doa itu...

    =)

    ReplyDelete
  5. bahaya nya bila ada gunting dalam lipatan

    ReplyDelete
  6. dalam persahabtan memang selalu perkara tu akan terjadi anyss..sha pun dah pernah kena dulu..tapi, benda yang betul takkan selamanya terlindung dan semestinya setiap perbuatan mereka yg khianat tersebut pasti akan mendapat balasan..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi